RAKAN Sarawak

09 September 2010

Sila masukkan kata nama dan kata laluan anda

Kata nama:

Kata laluan:

Daftarkan saya!  Lupa kata laluan?

SENARAI ARTIKEL

Kelebihan-Kelebihan Bismillah

Kukuh, Benar, Boleh Diharapkan dan Tidak Terjejas

Masyarakat Sedar Bahaya Jenayah Rasuah

SPRM Yang Lebih Berwibawa dan Berkesan

Membanteras Jenayah Rasuah

Membanteras Gejala Rasuah

Pemimpin

Hargailah

Bersabarlah ...




Hantar Berita




Kelebihan-Kelebihan Bismillah

Tarikh: 11 February 2009


   


 

1.     Yang pertama ditulis Qalam adalah BISMILLAH. Maka apabila kamu menulis sesuatu, maka tulislah BISMILLAH pada awalnya kerana BISMILLAH tertulis pada setiap wahyu yang Allah turunkan kepada Jibrail.

2.     "BISMILLAH untukmu dan umatmu, suruhlah mereka apabila memohon sesuatu dengan BISMILLAH.  Aku tidak akan meninggalkannya sekejap mata pun sejak BISMILLAH diturunkan kepada Adam." (Hadith Qudsi)

3.     Tatkala BISMILLAH diturunkan ke dunia, maka semua awan berlari ke arah barat, angin terdiam, air laut bergelora, mendengarkan seluruh binatang dan terlempar semua syaitan.

4.     Demi Allah dan keagunganNya, tidaklah BISMILLAH itu dibacakan pada orang sakit melainkan menjadi ubat untuknya dan tidaklah BISMILLAH dibacakan di atas sesuatu melainkan Allah beri berkat ke atasnya.

5.     Barangsiapa yang ingin hidup bahagia dan mati syahid, maka bacalah BISMILLAH setiap kali memulakan sesuatu perkara yang baik.

6.     Jumlah huruf dalam BSMILLAH ada 19 huruf dan malaikat penjaga neraka ada 19.  Ibnu Mas'ud berkata: "Sesiapa yang ingin Allah selamatkan dari 19 malaikat neraka maka bacalah BISMILLAH 19 kali setiap hari."

7.     Tiap huruf BISMILLAH ada JUNNAH(penjaga/khadam) hingga tiap huruf berkata, "Siapa yang membaca BISMILLAH maka kamilah kekuatannya dan kamilah kehebatannya. "

8.     Barangsiapa yang memuliakan tulisan BISMILLAH nescaya Allah akan mengangkat namanya di syurga yang sangat tinggi dan diampunkan segala dosa kedua orang tuanya.

9.     Barangsiapa yang membaca BISMILLAH maka akan bertasbihlah segala gunung kepadanya.

10.  Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, maka akan terpelihara dari gangguan syaitan, kecurian dan kebakaran, maut mendadak dan bala.

11.  Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 50 kali di hadapan orang yang zalim, hinalah dan masuk ketakutan dalam hati si zalim serta naiklah keberanian dan kehebatan kepada si pembaca.

 

Sabda Rasulluah, "siapa yang menyampaikan satu ilmu dan orang mengamalkannya maka dia akan beroleh pahala walaupun sudah tiada...."

 





Jumlah perkataan (anggaran): 366 patah perkataan
Dikemaskini pada: 2/11/2009 10:45:42 AM
Dibaca: 1037 kali








 

Sebarang pertanyaan, sila emel ke news@rakansarawak.com


RAKAN Sarawak -(Rangkaian Khidmat Awam Negeri) Sarawak,
D/a Faradale Media-M Sdn Bhd, Tingkat 1, Wisma Bapa Malaysia, Petra Jaya, 93502, Kuching, Sarawak
Tel: 082-442498 /448498 Fax: 082-311498 E-mail: fmm@faradalemedia.com Website: http://www.faradalemedia.com

*Sebarang pendapat penulis bukanlah mewakili organisasi/perkhidmatan awam secara keseluruhan

RAKAN Sarawak 1994-2010 Hakcipta terpelihara. Aturcara dan rekabentuk oleh Mohamad Rozman