{"id":11449,"date":"2021-03-01T08:01:00","date_gmt":"2021-03-01T00:01:00","guid":{"rendered":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/?p=11449"},"modified":"2021-02-28T20:46:11","modified_gmt":"2021-02-28T12:46:11","slug":"perpustakaan-bergerak-sedia-perkhidmatan-ke-189-buah-sekolah-rendah","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/perpustakaan-bergerak-sedia-perkhidmatan-ke-189-buah-sekolah-rendah\/","title":{"rendered":"Perpustakaan Bergerak Sedia Perkhidmatan Ke 189 Buah Sekolah Rendah"},"content":{"rendered":"\n<p class=\"has-drop-cap wp-block-paragraph\">Setakat Februari 2021, sebanyak 189 buah sekolah rendah di Sarawak telah menerima perkhidmatan Perpustakaan Bergerak (PB) yang disediakan oleh Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak (MLGH) melalui Sektor Perpustakaan Bergerak, Unit Pendidikan Komuniti.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Inisiatif ini dilihat sebagai satu usaha murni MLGH untuk memberi peluang kepada pelajar dan kakitangan sekolah terutama yang berada di kawasan luar bandar yang tidak mempunyai atau jauh dari perpustakaan awam selain daripada perpustakaan sekolah yang kekurangan sumber bahan bacaan.<\/p>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-image\"><figure class=\"alignright size-large is-resized\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" src=\"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/wp-content\/uploads\/2021\/02\/Art-01-in-02-1.jpg\" alt=\"\" class=\"wp-image-11446\" width=\"407\" height=\"229\" srcset=\"https:\/\/www.rakansarawak.com\/wp-content\/uploads\/2021\/02\/Art-01-in-02-1.jpg 960w, https:\/\/www.rakansarawak.com\/wp-content\/uploads\/2021\/02\/Art-01-in-02-1-600x338.jpg 600w, https:\/\/www.rakansarawak.com\/wp-content\/uploads\/2021\/02\/Art-01-in-02-1-300x169.jpg 300w, https:\/\/www.rakansarawak.com\/wp-content\/uploads\/2021\/02\/Art-01-in-02-1-768x432.jpg 768w, https:\/\/www.rakansarawak.com\/wp-content\/uploads\/2021\/02\/Art-01-in-02-1-150x84.jpg 150w, https:\/\/www.rakansarawak.com\/wp-content\/uploads\/2021\/02\/Art-01-in-02-1-696x392.jpg 696w, https:\/\/www.rakansarawak.com\/wp-content\/uploads\/2021\/02\/Art-01-in-02-1-747x420.jpg 747w\" sizes=\"auto, (max-width: 407px) 100vw, 407px\" \/><figcaption>Perpustakaan bergerak, ia hanya disediakan ke Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Jenis Kebangsaan <\/figcaption><\/figure><\/div>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Selain itu, perkhidmatan PB juga disediakan sebagai salah satu usaha untuk memupuk amalan dan minat membaca di kalangan orang ramai terutama murid-murid sekolah.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Melihat peranan perpustakaan dengan lebih luas, ia merupakan salah satu kemudahan untuk orang awam yang telah diwujudkan selaras dengan fungsi dan peranan kementerian untuk membangun dan meningkatkan kualiti hidup komuniti melalui tadbir urus yang baik.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Di peringkat Unit Pendidikan Komuniti, Prosedur Operasi Standard (SOP) dan Pelan Strategik telah dibangunkan sebagai rujukan dan garis panduan keseragaman dalam pengurusan perpustakaan di bawah Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Perkhidmatan perpustakaan yang telah mengangkat tema strategik \u2018<em>Smart Service Delivery\u2019<\/em> adalah sebagai komitmen untuk meningkatkan perkhidmatan pelanggan (<em>Enhance Customer Services<\/em>) dan menambah baik penyampaian perkhidmatan pelanggan (<em>Enhance Service Delivery<\/em>).<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Dalam konteks perkhidmatan perpustakaan bergerak, ia hanya disediakan ke Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Jenis Kebangsaan sahaja kerana bahan-bahan bacaan yang disediakan adalah terhad.<\/p>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-image\"><figure class=\"alignleft size-large is-resized\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" src=\"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/wp-content\/uploads\/2021\/02\/Art-01-in-01.jpg\" alt=\"\" class=\"wp-image-11445\" width=\"416\" height=\"235\" srcset=\"https:\/\/www.rakansarawak.com\/wp-content\/uploads\/2021\/02\/Art-01-in-01.jpg 798w, https:\/\/www.rakansarawak.com\/wp-content\/uploads\/2021\/02\/Art-01-in-01-600x338.jpg 600w, https:\/\/www.rakansarawak.com\/wp-content\/uploads\/2021\/02\/Art-01-in-01-300x169.jpg 300w, https:\/\/www.rakansarawak.com\/wp-content\/uploads\/2021\/02\/Art-01-in-01-768x433.jpg 768w, https:\/\/www.rakansarawak.com\/wp-content\/uploads\/2021\/02\/Art-01-in-01-150x85.jpg 150w, https:\/\/www.rakansarawak.com\/wp-content\/uploads\/2021\/02\/Art-01-in-01-696x392.jpg 696w, https:\/\/www.rakansarawak.com\/wp-content\/uploads\/2021\/02\/Art-01-in-01-745x420.jpg 745w\" sizes=\"auto, (max-width: 416px) 100vw, 416px\" \/><figcaption>189 buah sekolah rendah di Sarawak telah menerima perkhidmatan Perpustakaan Bergerak <\/figcaption><\/figure><\/div>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Disebabkan itu juga, keutamaan perkhidmatan PB hanya diberikan kepada sekolah yang berada di kawasan luar bandar berjarak lebih daripada enam (6) kilometer dari pusat bandar kerana mereka mempunyai kesukaran untuk mendapatkan bahan bacaan berbanding dengan pelajar yang berada di kawasan bandar.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Perkhidmatan PB telah mula beroperasi pada tahun 1990 di mana PB Kuching merupakan bas perintis dan selepas itu, ia mula dilaksanakan di Bahagian lain secara berperingkat.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Setakat ini, Unit Pendidikan Komuniti MLGH telah menyediakan perkhidmatan PB di tujuh (7) Bahagian iaitu PB Bahagian Kuching, PB Bahagian Kota Samarahan, PB Bahagian Sri Aman, PB Bahagian Sarikei, PB Bahagian Sibu, PB Bahagian Mukah (Daerah Mukah dan Daerah Dalat) dan PB Bahagian Miri.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Perkhidmatan PB ini dikawal selia oleh 18 orang kakitangan yang terdiri daripada seorang Pembantu Pustakawan, seorang Pembantu Operasi dan seorang Pemandu untuk setiap bas.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Ekoran penularan wabak COVID-19, operasi perkhidmatan PB telah ditangguhkan sejak Mac 2020 apabila Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengeluarkan arahan untuk menutup semua sekolah di seluruh negara.<\/p>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-image\"><figure class=\"alignright size-large is-resized\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" src=\"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/wp-content\/uploads\/2021\/02\/Art-0-01-in-03.jpg\" alt=\"\" class=\"wp-image-11447\" width=\"419\" height=\"236\" srcset=\"https:\/\/www.rakansarawak.com\/wp-content\/uploads\/2021\/02\/Art-0-01-in-03.jpg 960w, https:\/\/www.rakansarawak.com\/wp-content\/uploads\/2021\/02\/Art-0-01-in-03-600x338.jpg 600w, https:\/\/www.rakansarawak.com\/wp-content\/uploads\/2021\/02\/Art-0-01-in-03-300x169.jpg 300w, https:\/\/www.rakansarawak.com\/wp-content\/uploads\/2021\/02\/Art-0-01-in-03-768x432.jpg 768w, https:\/\/www.rakansarawak.com\/wp-content\/uploads\/2021\/02\/Art-0-01-in-03-150x84.jpg 150w, https:\/\/www.rakansarawak.com\/wp-content\/uploads\/2021\/02\/Art-0-01-in-03-696x392.jpg 696w, https:\/\/www.rakansarawak.com\/wp-content\/uploads\/2021\/02\/Art-0-01-in-03-747x420.jpg 747w\" sizes=\"auto, (max-width: 419px) 100vw, 419px\" \/><figcaption>Perkhidmatan Perpustakaan Bergerak diurus dan dikendalikan oleh seorang Pembantu Pustakawan, seorang Pembantu Operasi dan seorang Pemandu untuk setiap bas<\/figcaption><\/figure><\/div>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Perkhidmatan PB hanya akan beroperasi seperti biasa setelah sesi persekolahan dibuka semula namun, ia adalah tertakluk kepada arahan daripada KPM dari semasa ke semasa.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Bagi pelajar yang telah meminjam buku daripada PB sebelum pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), mereka dibenarkan memulangkan buku yang dipinjam setelah sesi persekolahan bermula tanpa dikenakan caj atau denda kerana lewat memulangkan buku.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Walau bagaimanapun, sekiranya para peminjam telah menghilangkan buku yang dipinjam, mereka perlu membayar ganti rugi buku yang hilang mengikut harga asal buku tersebut.<\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image size-large\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"724\" height=\"1024\" src=\"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/wp-content\/uploads\/2021\/02\/Art-0-01-in-04-724x1024.jpg\" alt=\"\" class=\"wp-image-11448\" srcset=\"https:\/\/www.rakansarawak.com\/wp-content\/uploads\/2021\/02\/Art-0-01-in-04-724x1024.jpg 724w, https:\/\/www.rakansarawak.com\/wp-content\/uploads\/2021\/02\/Art-0-01-in-04-600x849.jpg 600w, https:\/\/www.rakansarawak.com\/wp-content\/uploads\/2021\/02\/Art-0-01-in-04-212x300.jpg 212w, https:\/\/www.rakansarawak.com\/wp-content\/uploads\/2021\/02\/Art-0-01-in-04-768x1087.jpg 768w, https:\/\/www.rakansarawak.com\/wp-content\/uploads\/2021\/02\/Art-0-01-in-04-1086x1536.jpg 1086w, https:\/\/www.rakansarawak.com\/wp-content\/uploads\/2021\/02\/Art-0-01-in-04-150x212.jpg 150w, https:\/\/www.rakansarawak.com\/wp-content\/uploads\/2021\/02\/Art-0-01-in-04-300x425.jpg 300w, https:\/\/www.rakansarawak.com\/wp-content\/uploads\/2021\/02\/Art-0-01-in-04-696x985.jpg 696w, https:\/\/www.rakansarawak.com\/wp-content\/uploads\/2021\/02\/Art-0-01-in-04-1068x1511.jpg 1068w, https:\/\/www.rakansarawak.com\/wp-content\/uploads\/2021\/02\/Art-0-01-in-04-297x420.jpg 297w, https:\/\/www.rakansarawak.com\/wp-content\/uploads\/2021\/02\/Art-0-01-in-04.jpg 1359w\" sizes=\"auto, (max-width: 724px) 100vw, 724px\" \/><\/figure>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\"><sup><sub><em>RAKAN Sarawak <\/em>merakam penghargaan terima kasih atas kerjasama Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak (MLGH) yang membantu menyalurkan maklumat dan foto dalam penghasilan artikel di atas.<\/sub><\/sup><\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\"><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Perpustakaan Bergerak disediakan sebagai salah satu usaha untuk memupuk amalan dan minat membaca di kalangan orang ramai terutama murid-murid sekolah.<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":11444,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[23,27,36],"tags":[3123,1118,3122],"class_list":["post-11449","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","category-from-rakan-sarawak","category-rakan-lensa","category-general-info","tag-bahan-bacaan","tag-komuniti","tag-perpustakaan-bergerak"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/11449","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=11449"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/11449\/revisions"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/wp-json\/wp\/v2\/media\/11444"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=11449"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=11449"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=11449"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}