31 C
Kuching
Sunday, February 28, 2021

Inisiatif Bantuan Khas Pesakit Buah Pinggang, KWKPK

Rekod dari Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak pada tahun 2018 menunjukkan terdapat 3,317 orang pesakit buah pinggang di Sarawak. Daripada jumlah tersebut, 2,920 orang menjalani rawatan hemodialisis, 275 orang menjalani CAPD dan selebihnya telah menjalani pemindahan buah pinggang.

Kerajaan Sarawak dalam tahun 2020 telah memperuntukkan lebih RM4.6 juta di bawah Bantuan Khas Pesakit Buah Pinggang bagi membantu meringankan beban pesakit buah pinggang di Sarawak yang memerlukan rawatan untuk penyakit buah pinggang.

YB Dato Sri Hajah Fatimah Abdullah

Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-kanak Sarawak (KWKPK), YB Dato Sri Hajah Fatimah Abdullah berkata, bantuan khas itu melibatkan bantuan klinikal dan sokongan.

Terdapat 15 buah tempat dialisis di Sarawak iaitu Kuching (6), Betong (1), Sri Aman (1), Sibu (3), Bintulu (1), Miri (1), Limbang (2).

Bantuan klinikal meliputi pemasangan Arteriovenous Fistula (AVF); suntikan Erythropoietin (EPO); rawatan Hemodialisis dan Continuous Ambulatory Peritoneal Dialysis (CAPD).

Bantuan sokongan pula merangkumi bantuan mesin iaitu penempatan mesin hemodialisis di pusat rawatan dengan keutamaan di pusat rawatan kerajaan.

Bantuan sokongan berbentuk bantuan pengangkutan pula ialah pembiayaan sebanyak RM50 bagi kos pengangkutan setiap kali pesakit menjalani rawatan dengan keutamaan untuk pesakit di kawasan luar bandar.

Sementara bantuan pemindahan buah pinggang pula berjumlah RM5,000 bagi memberikan sokongan daripada segi pengangkutan dan penginapan kepada pesakit yang dalam proses pemulihan setelah menjalani pemindahan buah pinggang di Semenanjung Malaysia dengan syor daripada Pakar Nefrologi Kerajaan sahaja.

Dato Sri Hajah Fatimah menambah, mereka yang layak memohon bantuan khas itu adalah daripada kalangan kumpulan B40 atau M40 dengan pendapatan per kapita tidak melebihi RM1,020 sebulan atau mengikut paras garis kemiskinan semasa.

Selain iu katanya pemohon juga haruslah bukan penjawat awam, pesara awam dan pencarum Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) serta tidak mendapat subsidi rawatan dan bantuan pengangkutan daripada mana-mana agensi kerajaan, swasta dan badan bukan kerajaan.

“Pemohon juga harus orang Sarawak, kad pengenalan status ‘K’ dan menetap di Sarawak. Tiada had umur untuk mendapat bantuan khas ini.

Sepanjang tahun 2020 sebanyak 88 permohonan telah diterima.  Daripada jumlah tersebut sebanyak 61 permohonan diluluskan dengan perbelanjaan sebanyak RM420,452.00

Bagi tahun ini, Dato Sri Hajah Fatimah memaklumkan KWKPK akan giatkan lagi inisiatif reach out dengan mengadakan promosi dan hebahan tentang Bantuan Khas Pesakit Buah Pinggang dalam pelbagai platform media di samping mengendalikan soal selidik keberkesanan pemberian Bantuan ini bagi meningkatkan tahap kesihatan dan kualiti hidup pesakit dan keluarga di Sarawak.

 
An eyewitness to Sarawak’s transformation

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

943FansLike
1,667FollowersFollow
21SubscribersSubscribe
- Advertisement -

Latest Articles