15 Pengiktirafan Emas di RISTEx Wilayah Sarawak

0
201

Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) telah menganjurkan Majlis Perasmian Penutupan dan Penganugerahan program Regional Innovation Showcase on Team Excellence (RISTEx) 2021 pada 21 September 2021 bagi mengiktiraf 202 projek inovasi yang berjaya dilaksanakan oleh 98 organisasi.

Majlis ini diadakan bagi mengumumkan keputusan seterusnya meraikan kejayaan semua kumpulan Team Excellence (TE) yang bertanding dan  telah disertai oleh 1,304 peserta yang berlangsung pada 8 hingga 9 September 2021 secara dalam talian.

Di majlis ini, sebanyak 196 projek inovasi mendapat pengiktirafan Emas dan layak untuk bertanding ke Peringkat Kebangsaan iaitu di Annual Productivity and Innovation Showcase (ArISe) 2021 yang akan berlangsung secara atas dalam  talian pada 15 hingga 18 November 2021.

Selain itu, 10 kumpulan TE telah berjaya menerima anugerah persembahan video terbaik dengan masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai RM500

Bagi Wilayah Sarawak, sejumlah 15 kumpulan telah berjaya mendapat pengiktirafan Emas.

Senarai pemenang RISTEx Wilayah Sarawak 2021

Antara organisasi dan agensi kerajaan yang terlibat dalam RISTEx Wilayah Sarawak ialah Kumpulan Trigona Tech (Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia MARDI, Kuching), Kumpulan TS Gemilang (Pejabat Pendidikan Daerah Tatau/ Sebauh), Kumpulan Sirius Prime (Majlis Bandaraya Miri), Kumpulan Juseana (Institut Perguruan Sarawak, Tun Abdul Razak (IPTAR), Kumpulan Innovengers (Unit Agama-Agama Lain -UNIFOR) Sarawak, Kumpulan TR Evolution (Majlis Daerah Sarikei), Kumpulan Q1 Team (Akauntan Negeri, Jabatan Perbendaharaan Sarawak), Kumpulan Saf 2 (IPTAR).

Senarai pemenang RISTEx Wilayah Sarawak 202

Turut terlibat Jabatan Bomba dan Penyelamat yang menghantar tiga (3) kumpulan iaitu Kumpulan Gadjet (Jabatan Bomba dan Penyelamat Miri), Kumpulan Benak Revolution (Jabatan Bomba dan Penyelamat Sri Aman) dan Kumpulan Charlie (Jabatan Bomba dan Penyelamat Simunjan).

Organisasi swasta seperti Kumpulan Thunder LPG (Petronas Dagangan Berhad Bintulu LPG Terminal Sarawak), Kumpulan P.U.B.G 2 (Petronas Dagangan Berhad Aviation Terminal Sarawak), Kumpulan Perodua Kuching2 (Perodua Kuching 2 Service Center, Sarawak) dan Kumpulan Sayang Sarawak (Perodua RPPC Kuching).

Senarai pemenang RISTEx Wilayah Sarawak 2021

Secara keseluruhan, inovasi ini berjaya merekodkan jumlah penjimatan sebanyak RM466 juta (melibatkan 196 kumpulan TE daripada 95 organisasi dengan penglibatan seramai 1,411 orang) manakala bagi wilayah Sarawak berjaya merekodkan penjimatan sebanyak RM75,601,651.61 juta (melibatkan 15 kumpulan mewakili 13 organisasi daripada sektor awam dan swasta)

Pelaksanaan program konvensyen ini adalah platform bagi MPC menggalakkan budaya pembelajaran yang sentiasa menambahbaik kemahiran dan pengetahuan pekerja untuk menghadapi cabaran baharu di masa hadapan.

Pemenang Anugerah Video Persembahan Terbaik

Organisasi yang melaksanakan inisiatif kumpulan TE bukan sahaja dapat memupuk semangat kerjasama dan kecemerlangan sebagai satu pasukan, malahan setiap tahun berjaya meningkatkan penjimatan kos yang merupakan faktor utama dalam meneruskan kelangsungan perniagaan.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]