Ekonomi Baharu : Perkhidmatan Awam Sarawak Perlu Bersedia Rapi

0
105

Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak perlu membuka horizon penguasaan pengetahuan dan kemahiran dalam ekonomi baharu sebagai persediaan bagi merealisasikan aspirasi Sarawak maju menjelang 2030

Demikian antara intipati yang ditekankan Premier Sarawak, YAB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr.) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg ketika sesi dialog dalam program Townhall Premier Sarawak Bersama Penjawat Awam Negeri Sarawak pada 28 September 2022.

Premier Sarawak menekankan pentingnya penjawat awam bersedia menghadapi cabaran dan trend global

Sehubungan itu, penjawat awam perlu mengubah sikap mengambil tahu perkembangan senario dunia melalui pembacaan, pemerhatian dan pengalaman kerja serta interaksi dengan pihak-pihak yang berkaitan.

Melalui usaha tersebut, kita perlu meningkatkan keupayaan diri, meneroka “sempadan baharu” seiring dengan usaha Kerajaan Sarawak yang telah pun mewujudkan Kementerian Kewangan dan Ekonomi Baharu sebelum ini.

Premier Sarawak sentiasa mengingatkan penjawat awam sentiasa meningkatkan kapasiti diri dan mengadaptasi perubahan semasa

Jelas Premier Sarawak, ia menuntut kepada input-input baharu, semua yang berteraskan teknologi termasuk metadologi, pendekatan baharu yang dapat memanfaatkan seluruh rakyat Sarawak.

Beliau masih lagi ingat ketika mula mengarahkan perkhidmatan awam untuk bergerak ke arah  ekonomi digital (Strategi Ekonomi Digital 2018-2022 di lancarkan pada tahun 2017) setelah dua (2) bulan beliau mengambil alih pentadbiran negeri dan sekali lagi menggubal dan menjayakan Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 2030 (dilancarkan pada 2021)

Antara peserta yang mengutarakan persoalan kepada Premier Sarawak
Salah seorang peserta mengutarakan tentang keperluan infrastruktur perumahan untuk penjawat awam di luar bandar

Ia berjaya dilaksanakan oleh jentera perkhidmatan awam walaupun pada permulaannya ramai yang skeptikal tetapi beliau bersyukur perkhidmatan awam negeri Sarawak sentiasa ada disampingnya dan sentiasa bersedia apa jua keadaan sekalipun.

Ia ternyata berjaya menguji kemampuan serta kebijaksanaan gandingan pihak pentadbiran negeri yang digerakkan oleh jentera perkhidmatan awam

Hasilnya kita berjaya mengharungi saat-saat getir pandemik COVID ini disebabkan kita telah didedah lebih awal kepada platform digital untuk urus niaga (walaupun kita masih di bawah perintah kawalan daerah) ketika itu.

Atas semangat kerja berpasukan yang tinggi (jentera perkhidmatan awam) serta aspirasi tinggi daripada pemimpin negeri semuanya dapat kita laksanakan dengan jayanya

Premier Sarawak melancarkan logo One Team for SCS -An Honour To Serve
Logo One Team for SCS -An Honour To Serve

Premier Sarawak turut menekan Sarawak tidak boleh mengasingkan diri daripada sempadan dunia dan perlu mencipta pengurusan dan pentadbiran moden bagi memacu pembangunan negeri Sarawak.

Pada masa yang sama, kita memerlukan lebih ramai golongan pakar dalam bidang-bidang tertentu (expert subject matter) untuk berkongsi kepakaran, di samping kita meningkatkan pengetahuan kita melalui pembacaan, mengadaptasi teknologi ketika lawatan luar negara selain menghantar pegawai muda melanjutkan pelajaran atau kursus jangka pendek di institusi terkemuka dunia.

Jelas Premier Sarawak, kita perlu memanfaatkan sumber dan kekuatan yang kita ada daripada ekonomi baharu untuk menjana pendapatan negeri Sarawak seterusnya menyediakan peluang-peluang ekonomi untuk rakyat Sarawak.

Apabila kita sudah ada kekuatan ini (dari segi pendapatan negeri Sarawak) baharulah kita dapat merencanakan dan melaksanakan lebih banyak pembangunan untuk negeri dan rakyat Sarawak.

Mengenai sesi Townhall, Premier Sarawak menyifatkan Sesi Townhall ini sebahagian daripada platform untuk berkongsi ilmu, pandangan dan pendekatan bersama anggota perkhidmatan awam agar dapat meningkatkan corak dan taraf kehidupan rakyat Sarawak seterusnya membangunkan negeri Sarawak maju menjelang 2030.

Premier Sarawak bergambar kenangan bersama dengan semua penjawat awam negeri Sarawak
Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]