{"id":2750,"date":"2009-09-14T00:00:00","date_gmt":"2009-09-14T00:00:00","guid":{"rendered":"http:\/\/localhost\/wordpress\/2009\/09\/14\/rakan-muda-sukarelawan-antarabangsa\/"},"modified":"2009-09-14T00:00:00","modified_gmt":"2009-09-14T00:00:00","slug":"rakan-muda-sukarelawan-antarabangsa-2","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/rakan-muda-sukarelawan-antarabangsa-2\/","title":{"rendered":"Rakan Muda Sukarelawan Antarabangsa"},"content":{"rendered":"<table class=&quot;style4&quot; width=&quot;100%&quot; border=&quot;0&quot; cellpadding=&quot;0&quot; cellspacing=&quot;0&quot;>\n<tbody>\n<tr>\n<td colspan=&quot;3&quot; height=&quot;29&quot;><u><font size=&quot;2&quot; face=&quot;Arial, Helvetica, sans-serif&quot;><strong><br \/>\n\t\t\t\t\t\tBakal Dilaksanakan Oleh KBS\t\t\t\t\t\t<\/strong><\/font><\/u><\/td>\n<\/tr>\n<tr>\n<td colspan=&quot;3&quot; height=&quot;22&quot;>\n<div align=&quot;justify&quot;><font size=&quot;2&quot; face=&quot;Arial, Helvetica, sans-serif&quot;><span class=&quot;style4&quot;><\/p>\n<p>Kementerian Belia dan Sukan akan melaksanakan<br \/>\nProgram Rakan Muda Sukarelawan Antarabangsa bagi menggerakkan<br \/>\npelajar-pelajar Malaysia yang menuntut di luar negara di seluruh dunia<br \/>\nbekerjasama dengan badan-badan bukan kerajaan (NGO) tempatan bagi<br \/>\nmelaksanakan kerja-kerja kesukarelawan.<\/p>\n<p>Menteri Belia dan Sukan, Dato&apos; Ahmad Shabery Cheek berkata, Program<br \/>\nRakan Muda Sukarelawan Antarabangsa ini akan membolehkan<br \/>\npelajar-pelajar Malaysia di luar negara menimba pengalaman dalam<br \/>\nmelaksanakan kerja-kerja kesukarelawan semasa menuntut di luar negara.<\/p>\n<p>Selain itu katanya , program itu juga akan membolehkan mereka untuk<br \/>\nmemperluaskan &quot;networking &quot; atau jaringan kerjasama antara pelajar<br \/>\ndengan masyarakat, badan-badan mahupun persatuan-persatuan tempatan.<\/p>\n<p>&quot;Saya percaya program ini juga akan membolehkan pelajar-pelajar kita<br \/>\ndi luar negara menjadi &quot;duta&quot; yang mampu memberikan tanggapan positif<br \/>\nmasyarakat tempatan kepada Malaysia,&quot; katanya.<\/p>\n<p>Shabery berkata, model yang digunakan oleh pelajar-pelajar perubatan<br \/>\nMalaysia di Indonesia di dalam membantu mangsa gempa bumi di Jawa Barat<br \/>\nadalah contoh yang amat baik dan akan digunakan bagi melaksanakan<br \/>\nProgram Rakan Muda Sukarelawan Antarabangsa.<\/p>\n<p>Pelajar-pelajar perubatan terbabit dari Jakarta dan Bandung dengan<br \/>\nkerjasama Kelab UMNO Luar Negara dan Jabatan Penuntut Malaysia<br \/>\nIndonesia, telah menyertai pasukan Sukarelawan Bulan Sabit Merah<br \/>\nIndonesia bagi memberikan bantuan di Pangalengan, Bandung Selatan.<\/p>\n<p>Shabery yang juga Pengerusi Kelab UMNO Luar Negara berkata, konsep<br \/>\nlama program Kelab UMNO Luar Negara yang lebih bertujuan untuk<br \/>\nmembolehkan pelajar-pelajar Malaysia bernesra dan berkenalan antara<br \/>\nsatu sama lain akan diubah pendekatannya.<\/p>\n<p>&quot;Kita akan menerapkan program-program yang akan membawa<br \/>\npelajar-pelajar kita membina rangkaian hubungan dengan masyarakat di<br \/>\nmana mereka berada.<\/p>\n<p>&quot;Selama ini saya dapati ramai pelajar Malaysia di Amerika tidak ada<br \/>\nrakan rakyat Amerika, ramai pelajar kita di UK tiada rakan rakyat<br \/>\nBritish, mereka hanya bergaul dan berkumpul sesama sendiri,&quot; katanya.<\/p>\n<p><\/span><\/font><\/div>\n<\/td>\n<\/tr>\n<tr>\n<td colspan=&quot;3&quot; height=&quot;15&quot;><font size=&quot;2&quot; face=&quot;Arial, Helvetica, sans-serif&quot;>&nbsp;<\/font><\/td>\n<\/tr>\n<tr>\n<td colspan=&quot;3&quot; height=&quot;15&quot;><font size=&quot;2&quot; face=&quot;Arial, Helvetica, sans-serif&quot;><br \/>\n\t\t\t\t\t\t   Disediakan Oleh : Hisham Abdul Hamid, SUA Menteri Belia dan Sukan.<\/font><\/td>\n<\/tr>\n<\/tbody>\n<\/table>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Bakal Dilaksanakan oleh KBS<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[3172],"class_list":["post-2750","post","type-post","status-publish","format-standard","category-featured","tag-berita-dari-putrajaya"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/2750","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=2750"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/2750\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=2750"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=2750"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=2750"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}