{"id":12033,"date":"2008-04-13T00:00:00","date_gmt":"2008-04-13T00:00:00","guid":{"rendered":"http:\/\/localhost\/wordpress\/2008\/04\/13\/pendidikan-keselamatan-jalan-raya-pkjr\/"},"modified":"2008-04-13T00:00:00","modified_gmt":"2008-04-13T00:00:00","slug":"pendidikan-keselamatan-jalan-raya-pkjr","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/2008\/04\/13\/pendidikan-keselamatan-jalan-raya-pkjr\/","title":{"rendered":"Pendidikan Keselamatan Jalan Raya (PKJR)"},"content":{"rendered":"<p class=&quot;MsoPlainText&quot; style=&quot;text-align: justify;&quot;><font face=&quot;Arial, Helvetica, sans-serif&quot;><span style=&quot;font-family: Arial;&quot; lang=&quot;MS&quot;><font size=&quot;3&quot;><b>Bakal Melahirkan Generasi<br \/>\nPengguna Jalan Raya Yang Berhemah<\/b><\/font><\/span><\/font><\/p>\n<p><font face=&quot;Arial, Helvetica, sans-serif&quot;><br \/><\/font><\/p>\n<p class=&quot;MsoPlainText&quot; style=&quot;text-align: justify;&quot;><font face=&quot;Arial, Helvetica, sans-serif&quot; size=&quot;1&quot;>artikel sumbangan : <a subject=&quot;George Langat Ngau&quot; href=&quot;mailto:gln4jc@yahoo.com&quot;><span style=&quot;font-size: 12pt; font-family: Arial;&quot; lang=&quot;MS&quot;>George Langat Ngau<\/span><\/a><\/font><\/p>\n<p class=&quot;MsoPlainText&quot; style=&quot;text-align: justify;&quot;><font face=&quot;Arial, Helvetica, sans-serif&quot;><span style=&quot;font-family: Arial;&quot; lang=&quot;MS&quot;>Punca utama kecederaan dan<br \/>\nkematian dalam kalangan kanak-kanak di jalan raya adalah kerana mereka tidak<br \/>\nmempunyai kemahiran dan pengetahuan mengenai keselamatan di jalan raya.<br \/>\nJusteru, pendidikan keselamatan jalan raya perlu dibangunkan secara<br \/>\nbersesuaian, berterusan dan berperingkat-peringkat dari tahap sekolah rendah<br \/>\nlagi.<o:p><\/o:p><\/span><\/font><\/p>\n<p class=&quot;MsoPlainText&quot; style=&quot;text-align: justify;&quot;><font face=&quot;Arial, Helvetica, sans-serif&quot;><span style=&quot;font-family: Arial;&quot; lang=&quot;MS&quot;>Falsafah Pendidikan Keselamatan<br \/>\nJalan Raya (PKJR) menekankan satu usaha pembentukan dan<span style=&quot;&quot;>  <\/span>inisiatif jangka masa panjang yang bermula<br \/>\ndari peringkat kanak-kanak bagi melahirkan generasi baru pengguna jalan raya<br \/>\nyang mengamalkan budaya selamat, beradab, berhemah dan berhati-hati di jalan<br \/>\nraya. Usaha pembentukan ini adalah bagi melahirkan generasi pengguna jalan raya<br \/>\nyang berhemah boleh menyumbang kepada keharmonian, kemakmuran dan pembangunan<br \/>\njalan raya.<o:p><\/o:p><\/span><\/font><\/p>\n<p class=&quot;MsoPlainText&quot; style=&quot;text-align: justify;&quot;><font face=&quot;Arial, Helvetica, sans-serif&quot;><span style=&quot;font-family: Arial;&quot; lang=&quot;MS&quot;>Berdasarkan rekod populasi<br \/>\npenduduk Malaysia, mulai tahun 1996 populasi penduduk Malaysia telah meningkat<br \/>\ndaripada 21.3 juta kepada 26.4 juta pada tahun 2005 dengan purata peningkatan<br \/>\nsebanyak 2.5 peratus setahun. Bilangan kenderaan berdaftar juga meningkat dari<br \/>\n7.7 juta pada tahun 1996 ke 14.8 juta pada tahun 2005 dengan purata peningkatan<br \/>\nsebanyak 9.3 peratus setahun. Peningkatan yang dinikmati dalam bidang<br \/>\nsosioekonomi telah memperlihatkan pertambahan jumlah kes kemalangan jalan raya,<br \/>\niaitu daripada 189,109 kes pada tahun 1996 ke 328,268 kes pada tahun 2005,<br \/>\niaitu peningkatan pada kadar 74 peratus. Oleh kerana itu, satu pelan tindakan<br \/>\ntelah dirangka khas untuk mengatasi masalah ini.<o:p><\/o:p><\/span><\/font><\/p>\n<p class=&quot;MsoPlainText&quot; style=&quot;text-align: justify;&quot;><font face=&quot;Arial, Helvetica, sans-serif&quot;><span style=&quot;font-family: Arial;&quot; lang=&quot;MS&quot;>Pelan Keselamatan Jalan Raya<br \/>\n2006-2010 telah dirangka khusus untuk dijadikan garis panduan dan hala tuju<br \/>\nmengenai dasar, sasaran dan program keselamatan jalan raya di Malaysia di bawah<br \/>\nRancangan Malaysia Ke-9 (RMK-9). Pelan tindakan tersebut telah menetapkan satu<br \/>\nperancangan menyeluruh dengan pendekatan yang seimbang dalam melaksanakan<br \/>\ninisiatif keselamatan jalan raya berdasarkan konsep 4 E iaitu kejuruteraan,<br \/>\npendidikan, penguatkuasaan dan alam sekitar (<i style=&quot;&quot;>engineering, education, enforcement and environment<\/i>). Di samping<br \/>\nkoordinasi, peruntukan kewangan dan mekanisme lain yang terlibat dalam<br \/>\nperlaksanaan strategi serta keutamaan dalam merealisasikan matlamat kerajaan<br \/>\nbagi menangani masalah keselamatan jalan raya sehingga tahun 2010. Oleh itu,<br \/>\npendidikan keselamatan jalan raya adalah asas dan pemangkin bagi mendokong<br \/>\nsegala program yang boleh membawa kepada perubahan yang diinginkan terhadap<br \/>\ntingkah laku, kemahiran dan sikap pemandu. Tanpa program pendidikan keselamatan<br \/>\njalan raya yang berkesan, langkah pencegahan yang lain akan menjadi lebih sukar<br \/>\nuntuk dilaksanakan dalam mencapai matlamat dan sasaran yang diingini.<o:p><\/o:p><\/span><\/font><\/p>\n<p class=&quot;MsoPlainText&quot; style=&quot;text-align: justify;&quot;><font face=&quot;Arial, Helvetica, sans-serif&quot;><span style=&quot;font-family: Arial;&quot; lang=&quot;MS&quot;>Tujuan pendidikan keselamatan<br \/>\njalan raya adalah mendidik pemandu dan pengguna jalan raya yang lain supaya<br \/>\nmereka tidak mengambil risiko di jalan raya dan memperlengkapkan diri dengan<br \/>\nilmu serta kemahiran yang bersesuaian. Dengan latihan yang sesuai dan efektif,<br \/>\nrisiko yang tidak diingini boleh dielakkan. Pengguna jalan raya yang mudah<br \/>\nterdedah kepada bahaya seperti penunggang motosikal, pemandu dan pejalan kaki<br \/>\nperlu diberikan latihan pendidikan keselamatan jalan raya secukupnya melalui<br \/>\nprogram pendidikan yang direka khas bermula dengan pendidikan keselamatan jalan<br \/>\nraya di sekolah.<o:p><\/o:p><\/span><\/font><\/p>\n<p class=&quot;MsoPlainText&quot; style=&quot;text-align: justify;&quot;><font face=&quot;Arial, Helvetica, sans-serif&quot;><span style=&quot;font-family: Arial;&quot; lang=&quot;MS&quot;>Pendidikan keselamatan jalan<br \/>\nraya merupakan proses pendidikan sepanjang hayat dan harus bermula di peringkat<br \/>\nsekolah rendah, merangkumi program bagi mengajar amalan keselamatan lalu lintas<br \/>\ndari seawal sekolah rendah hingga ke sekolah menengah supaya pendidikan<br \/>\nkeselamatan jalan raya menjadi sebahagian daripada budaya dan amalan bagi<br \/>\nsetiap kanak-kanak di Malaysia. Ini kerana kanak-kanak memerlukan penyeliaan<br \/>\naktif dan rapi apabila berada di jalan raya.Kadar kemalangan yang tinggi dalam<br \/>\nkalangan pejalan kaki adalah melibatkan kanak-kanak berumur 5 hingga 12 tahun.<br \/>\nHal ini mungkin disebabkan kurangnya penyeliaan atau belum memiliki kemahiran<br \/>\nyang diperlukan untuk berada dengan selamat di jalan raya sebagai pejalan kaki,<br \/>\npembonceng dan penunggang basikal.<o:p><\/o:p><\/span><\/font><\/p>\n<p class=&quot;MsoPlainText&quot; style=&quot;text-align: justify;&quot;><font face=&quot;Arial, Helvetica, sans-serif&quot;><span style=&quot;font-family: Arial;&quot; lang=&quot;MS&quot;>Perkembangan mental, fizikal dan<br \/>\npsikomotor kanak-kanak yang terhad merupakan antara penyebab mereka terdedah<br \/>\nkepada risiko dan bahaya ketika berada di jalan raya. Perkembangan yang terhad<br \/>\nini menyebabkan mereka tidak dapat mengenal pasti tempat melintas yang selamat<br \/>\ntetapi mereka berpendapat bahawa mereka boleh melintas bersendirian.<br \/>\nKanak-kanak juga tidak dapat menentukan kelajuan dan jarak kenderaan dengan<br \/>\ntepat, tidak dapat mengenal pasti arah bunyi dan tidak dapat menyesuaikan diri<br \/>\ndengan perubahan keadaan lalu lintas di jalan raya. Mereka juga tidak dapat<br \/>\nmemahami perkara-perkara abstrak berkaitan keselamatan di jalan raya dan lebih<br \/>\nsuka menumpukan perhatian kepada satu aspek tetapi pada satu masa mudah hilang<br \/>\ntumpuan. Selain itu, mereka juga sukar dilihat oleh pemandu kenderaan<br \/>\ndisebabkan oleh saiz mereka yang kecil. Berdasarkan faktor-faktor<span style=&quot;&quot;>  <\/span>inilah maka Program Pendidikan Keselamatan<br \/>\nJalan Raya (PKJR) telah diluluskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet<br \/>\nMengenai Keselamatan Jalan Raya Nil.1\/2006 yang telah dipengerusikan oleh Y.A.B<br \/>\nPerdana Menteri pada 15 Mei 2006. Program ini bertujuan untuk memupuk pemahaman<br \/>\ndalam kalangan kanak-kanak dan ibubapa mengenai bahaya semasa berada di jalan<br \/>\nraya dan amalan yang baik danselamat sebagai seorang pejalan kaki dan pengguna<br \/>\njala raya.<o:p><\/o:p><\/span><\/font><\/p>\n<p class=&quot;MsoPlainText&quot; style=&quot;text-align: justify;&quot;><font face=&quot;Arial, Helvetica, sans-serif&quot;><span style=&quot;font-family: Arial;&quot; lang=&quot;MS&quot;>Pendidikan Keselamatan Jalan<br \/>\nRaya (PKJR) merupakan program bersama Kementerian Pengangkutan Malaysia dan<br \/>\nKementerian Pelajaran Malaysia yang bermatlamat untuk memberikan pengetahuan<br \/>\ndan<span style=&quot;&quot;>  <\/span>kemahiran asas tentang keselamatan jalan<br \/>\nraya bagi melahirkan generasi pengguna jalan raya yang berhemah. Selain itu,<br \/>\nmurid akan dapat memahami, menghayati serta mengamalkan langkah-langkah<br \/>\nmemelihara keselamatan diri dan menghormati hak pengguna jalan raya yang lain.<o:p><\/o:p><\/span><\/font><\/p>\n<p class=&quot;MsoPlainText&quot; style=&quot;text-align: justify;&quot;><font face=&quot;Arial, Helvetica, sans-serif&quot;><span style=&quot;font-family: Arial;&quot; lang=&quot;MS&quot;>Pendidikan Keselamatan Jalan<br \/>\nRaya bukannya satu mata pelajaran tetapi elemen ilmu yang diserapkan ke dalam<br \/>\nmata pelajaran Bahasa Melayu. Fokus pengajaran ialah Bahasa Melayu tetapi<br \/>\nkandungan pengajaran tersebut berkaitan PKJR.Pengajaran PKJR hanyalah satu<br \/>\npenyerapan atau sisipan ketika pengajaran Bahasa Melayu dijalankan.Rancangan<br \/>\nPersediaan Mengajar PKJR Tahun 1 telah diselaraskan semasa Kursus Keselamatan<br \/>\nJalan Raya Dalam Pendidikan Bahasa Melayu Tahun Satu bagi daerah rintis<br \/>\nperingkat negeri Sarawak pada 3 April hingga 5 April 2007 di Eastwood Valley<br \/>\nGolf and Country Club, Miri. Antara objektif khusus dalam persediaan mengajar<br \/>\nPKJR untuk murid tahap 1 dan tahap 2 adalah:<o:p><\/o:p><\/span><\/font><\/p>\n<ol>\n<li><font face=&quot;Arial, Helvetica, sans-serif&quot;><span style=&quot;font-family: Arial;&quot; lang=&quot;MS&quot;>Menunjukkan kesedaran mengenai<br \/>\nkeselamatan jalan raya.<o:p><\/o:p><\/span><\/font><\/li>\n<li><font face=&quot;Arial, Helvetica, sans-serif&quot;><span style=&quot;font-family: Arial;&quot; lang=&quot;MS&quot;>Mempamerkan sikap positif dan<br \/>\ntanggungjawab ketika berada di jalan raya.<o:p><\/o:p><\/span><\/font><\/li>\n<li><font face=&quot;Arial, Helvetica, sans-serif&quot;><span style=&quot;font-family: Arial;&quot; lang=&quot;MS&quot;>Memahami bahagian jalan dan<br \/>\npersekitaran yang selamat.<o:p><\/o:p><\/span><\/font><\/li>\n<li><font face=&quot;Arial, Helvetica, sans-serif&quot;><span style=&quot;font-family: Arial;&quot; lang=&quot;MS&quot;>Memahami kegunaan alat<br \/>\nkeselamatan (topi keledar, tali pinggang keledar, pemantul cahaya) dan<br \/>\nkepentingan penyelenggaraan basikal.<o:p><\/o:p><\/span><\/font><\/li>\n<li><font face=&quot;Arial, Helvetica, sans-serif&quot;><span style=&quot;font-family: Arial;&quot; lang=&quot;MS&quot;>Mampu untuk melintas di jalan<br \/>\nraya dengan bantuan atau secara bersendirian dengan selamat.<o:p><\/o:p><\/span><\/font><\/li>\n<\/ol>\n<p class=&quot;MsoPlainText&quot; style=&quot;text-align: justify;&quot;><font face=&quot;Arial, Helvetica, sans-serif&quot;><span style=&quot;font-family: Arial;&quot; lang=&quot;MS&quot;>Kandungan sukatan pelajaran<br \/>\nkeselamatan jalan raya sekolah rendah telah digubal dengan memberikan fokus<br \/>\nkepada hasil pembelajaran yang perlu diamalkan oleh murid. Hasil pembelajaran<br \/>\nini berteraskan pengetahuan dan pemahaman, kemahiran, amalan serta sikap dan<br \/>\nnilai. Hasil pembelajaran ini adalah berdasarkan konsep \u201cCermat, Tiba Selamat\u201d<br \/>\nserta empat tema utama iaitu Sikap Dan Tanggungjawab, Persekitaran, Kenal Pasti<br \/>\nBahaya dan Melintas dengan Selamat.<o:p><\/o:p><\/span><\/font><\/p>\n<p class=&quot;MsoPlainText&quot; style=&quot;text-align: justify;&quot;><font face=&quot;Arial, Helvetica, sans-serif&quot;><span style=&quot;font-family: Arial;&quot; lang=&quot;MS&quot;>Dengan adanya Pendidikan<br \/>\nKeselamatan Jalan Raya ini, maka hasrat kerajaan untuk melahirkan bakal<br \/>\npengguna jalan raya yang akan datang dapat mengamalkan budaya selamat, beradab,<br \/>\nberhemah dan berhati-hati di jalan raya. Usaha pembentukan bagi melahirkan<br \/>\ngenerasi pengguna jalan raya yang berhemah ini seterusnya akan dapat menyumbang<br \/>\nkepada keharmonian, kemakmuran dan pembangunan jalan raya.<o:p><\/o:p><\/span><\/font><\/p>\n<div style='text-align:center' class='yasr-auto-insert-visitor'><!--Yasr Visitor Votes Shortcode--><div id='yasr_visitor_votes_49d6a6888c9ed' class='yasr-visitor-votes'><div class=\"yasr-custom-text-vv-before yasr-custom-text-vv-before-12033\">Click to rate this post!<\/div><div id='yasr-vv-second-row-container-49d6a6888c9ed'\r\n                                        class='yasr-vv-second-row-container'><div id='yasr-visitor-votes-rater-49d6a6888c9ed'\r\n                                      class='yasr-rater-stars-vv'\r\n                                      data-rater-postid='12033'\r\n                                      data-rating='0'\r\n                                      data-rater-starsize='16'\r\n                                      data-rater-readonly='true'\r\n                                      data-rater-nonce='1f2ce0db1e'\r\n                                      data-issingular='false'\r\n                                    ><\/div><div class=\"yasr-vv-stats-text-container\" id=\"yasr-vv-stats-text-container-49d6a6888c9ed\"><svg xmlns=\"https:\/\/www.w3.org\/2000\/svg\" width=\"20\" height=\"20\"\r\n                                   class=\"yasr-dashicons-visitor-stats\"\r\n                                   data-postid=\"12033\"\r\n                                   id=\"yasr-stats-dashicon-49d6a6888c9ed\">\r\n                                   <path d=\"M18 18v-16h-4v16h4zM12 18v-11h-4v11h4zM6 18v-8h-4v8h4z\"><\/path>\r\n                               <\/svg><span id=\"yasr-vv-text-container-49d6a6888c9ed\" class=\"yasr-vv-text-container\">[Total: <span id=\"yasr-vv-votes-number-container-49d6a6888c9ed\">0<\/span>  Average: <span id=\"yasr-vv-average-container-49d6a6888c9ed\">0<\/span>]<\/span><\/div><div id='yasr-vv-loader-49d6a6888c9ed' class='yasr-vv-container-loader'><\/div><\/div><div id='yasr-vv-bottom-container-49d6a6888c9ed' class='yasr-vv-bottom-container'><div class='yasr-small-block-bold'><span class='yasr-visitor-votes-must-sign-in'>You must sign in to vote<\/span><\/div><\/div><\/div><!--End Yasr Visitor Votes Shortcode--><\/div>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Bakal Melahirkan Generasi Pengguna Jalan Raya Yang Berhemah<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"yasr_overall_rating":0,"yasr_post_is_review":"","yasr_auto_insert_disabled":"","yasr_review_type":"","footnotes":""},"categories":[2],"tags":[3168],"class_list":{"0":"post-12033","1":"post","2":"type-post","3":"status-publish","4":"format-standard","6":"category-featured","7":"tag-rencana"},"acf":[],"yoast_head":"<!-- This site is optimized with the Yoast SEO plugin v26.3 - https:\/\/yoast.com\/wordpress\/plugins\/seo\/ -->\n<title>Pendidikan Keselamatan Jalan Raya (PKJR) - RAKAN Sarawak<\/title>\n<meta name=\"robots\" content=\"index, follow, max-snippet:-1, max-image-preview:large, max-video-preview:-1\" \/>\n<link rel=\"canonical\" href=\"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/2008\/04\/13\/pendidikan-keselamatan-jalan-raya-pkjr\/\" \/>\n<meta property=\"og:locale\" content=\"en_US\" \/>\n<meta property=\"og:type\" content=\"article\" \/>\n<meta property=\"og:title\" content=\"Pendidikan Keselamatan Jalan Raya (PKJR) - RAKAN Sarawak\" \/>\n<meta property=\"og:description\" content=\"Bakal Melahirkan Generasi Pengguna Jalan Raya Yang Berhemah\" \/>\n<meta property=\"og:url\" content=\"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/2008\/04\/13\/pendidikan-keselamatan-jalan-raya-pkjr\/\" \/>\n<meta property=\"og:site_name\" content=\"RAKAN Sarawak\" \/>\n<meta property=\"article:publisher\" content=\"https:\/\/www.facebook.com\/rakanswk\" \/>\n<meta property=\"article:published_time\" content=\"2008-04-13T00:00:00+00:00\" \/>\n<meta property=\"og:image\" content=\"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/wp-content\/uploads\/2025\/02\/Facebook-Google-Chrome-13_2_2025-7_32_32-PM.png\" \/>\n\t<meta property=\"og:image:width\" content=\"1200\" \/>\n\t<meta property=\"og:image:height\" content=\"675\" \/>\n\t<meta property=\"og:image:type\" content=\"image\/png\" \/>\n<meta name=\"author\" content=\"RAKAN Sarawak\" \/>\n<meta name=\"twitter:card\" content=\"summary_large_image\" \/>\n<meta name=\"twitter:creator\" content=\"@RAKANSarawak\" \/>\n<meta name=\"twitter:site\" content=\"@RAKANSarawak\" \/>\n<meta name=\"twitter:label1\" content=\"Written by\" \/>\n\t<meta name=\"twitter:data1\" content=\"RAKAN Sarawak\" \/>\n\t<meta name=\"twitter:label2\" content=\"Est. reading time\" \/>\n\t<meta name=\"twitter:data2\" content=\"5 minutes\" \/>\n<script type=\"application\/ld+json\" class=\"yoast-schema-graph\">{\"@context\":\"https:\/\/schema.org\",\"@graph\":[{\"@type\":\"Article\",\"@id\":\"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/2008\/04\/13\/pendidikan-keselamatan-jalan-raya-pkjr\/#article\",\"isPartOf\":{\"@id\":\"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/2008\/04\/13\/pendidikan-keselamatan-jalan-raya-pkjr\/\"},\"author\":{\"name\":\"RAKAN Sarawak\",\"@id\":\"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/#\/schema\/person\/d698020a2e61d11eef92f5146bee5f26\"},\"headline\":\"Pendidikan Keselamatan Jalan Raya (PKJR)\",\"datePublished\":\"2008-04-13T00:00:00+00:00\",\"mainEntityOfPage\":{\"@id\":\"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/2008\/04\/13\/pendidikan-keselamatan-jalan-raya-pkjr\/\"},\"wordCount\":1015,\"commentCount\":0,\"publisher\":{\"@id\":\"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/#organization\"},\"keywords\":[\"Rencana\"],\"articleSection\":[\"Featured\"],\"inLanguage\":\"en-US\",\"potentialAction\":[{\"@type\":\"CommentAction\",\"name\":\"Comment\",\"target\":[\"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/2008\/04\/13\/pendidikan-keselamatan-jalan-raya-pkjr\/#respond\"]}]},{\"@type\":\"WebPage\",\"@id\":\"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/2008\/04\/13\/pendidikan-keselamatan-jalan-raya-pkjr\/\",\"url\":\"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/2008\/04\/13\/pendidikan-keselamatan-jalan-raya-pkjr\/\",\"name\":\"Pendidikan Keselamatan Jalan Raya (PKJR) - RAKAN Sarawak\",\"isPartOf\":{\"@id\":\"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/#website\"},\"datePublished\":\"2008-04-13T00:00:00+00:00\",\"breadcrumb\":{\"@id\":\"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/2008\/04\/13\/pendidikan-keselamatan-jalan-raya-pkjr\/#breadcrumb\"},\"inLanguage\":\"en-US\",\"potentialAction\":[{\"@type\":\"ReadAction\",\"target\":[\"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/2008\/04\/13\/pendidikan-keselamatan-jalan-raya-pkjr\/\"]}]},{\"@type\":\"BreadcrumbList\",\"@id\":\"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/2008\/04\/13\/pendidikan-keselamatan-jalan-raya-pkjr\/#breadcrumb\",\"itemListElement\":[{\"@type\":\"ListItem\",\"position\":1,\"name\":\"Home\",\"item\":\"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/\"},{\"@type\":\"ListItem\",\"position\":2,\"name\":\"Pendidikan Keselamatan Jalan Raya (PKJR)\"}]},{\"@type\":\"WebSite\",\"@id\":\"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/#website\",\"url\":\"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/\",\"name\":\"RAKAN Sarawak\",\"description\":\"An eyewitness to Sarawak\u2019s transformation\",\"publisher\":{\"@id\":\"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/#organization\"},\"alternateName\":\"Rangkaian Khidmat Awam Negeri Sarawak\",\"potentialAction\":[{\"@type\":\"SearchAction\",\"target\":{\"@type\":\"EntryPoint\",\"urlTemplate\":\"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/?s={search_term_string}\"},\"query-input\":{\"@type\":\"PropertyValueSpecification\",\"valueRequired\":true,\"valueName\":\"search_term_string\"}}],\"inLanguage\":\"en-US\"},{\"@type\":\"Organization\",\"@id\":\"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/#organization\",\"name\":\"RAKAN Sarawak\",\"alternateName\":\"Rangkaian Khidmat Awam Negeri Sarawak\",\"url\":\"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/\",\"logo\":{\"@type\":\"ImageObject\",\"inLanguage\":\"en-US\",\"@id\":\"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/#\/schema\/logo\/image\/\",\"url\":\"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/wp-content\/uploads\/2023\/12\/logo-rstagline.png\",\"contentUrl\":\"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/wp-content\/uploads\/2023\/12\/logo-rstagline.png\",\"width\":172,\"height\":120,\"caption\":\"RAKAN Sarawak\"},\"image\":{\"@id\":\"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/#\/schema\/logo\/image\/\"},\"sameAs\":[\"https:\/\/www.facebook.com\/rakanswk\",\"https:\/\/x.com\/RAKANSarawak\"]},{\"@type\":\"Person\",\"@id\":\"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/#\/schema\/person\/d698020a2e61d11eef92f5146bee5f26\",\"name\":\"RAKAN Sarawak\",\"image\":{\"@type\":\"ImageObject\",\"inLanguage\":\"en-US\",\"@id\":\"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/#\/schema\/person\/image\/\",\"url\":\"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/wp-content\/uploads\/2023\/12\/android-chrome-192x192-1_uwp_avatar_thumb.png\",\"contentUrl\":\"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/wp-content\/uploads\/2023\/12\/android-chrome-192x192-1_uwp_avatar_thumb.png\",\"caption\":\"RAKAN Sarawak\"},\"url\":\"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/myprofile\/rakansarawak\/\"},false]}<\/script>\n<!-- \/ Yoast SEO plugin. -->","yoast_head_json":{"title":"Pendidikan Keselamatan Jalan Raya (PKJR) - RAKAN Sarawak","robots":{"index":"index","follow":"follow","max-snippet":"max-snippet:-1","max-image-preview":"max-image-preview:large","max-video-preview":"max-video-preview:-1"},"canonical":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/2008\/04\/13\/pendidikan-keselamatan-jalan-raya-pkjr\/","og_locale":"en_US","og_type":"article","og_title":"Pendidikan Keselamatan Jalan Raya (PKJR) - RAKAN Sarawak","og_description":"Bakal Melahirkan Generasi Pengguna Jalan Raya Yang Berhemah","og_url":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/2008\/04\/13\/pendidikan-keselamatan-jalan-raya-pkjr\/","og_site_name":"RAKAN Sarawak","article_publisher":"https:\/\/www.facebook.com\/rakanswk","article_published_time":"2008-04-13T00:00:00+00:00","og_image":[{"width":1200,"height":675,"url":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/wp-content\/uploads\/2025\/02\/Facebook-Google-Chrome-13_2_2025-7_32_32-PM.png","type":"image\/png"}],"author":"RAKAN Sarawak","twitter_card":"summary_large_image","twitter_creator":"@RAKANSarawak","twitter_site":"@RAKANSarawak","twitter_misc":{"Written by":"RAKAN Sarawak","Est. reading time":"5 minutes"},"schema":{"@context":"https:\/\/schema.org","@graph":[{"@type":"Article","@id":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/2008\/04\/13\/pendidikan-keselamatan-jalan-raya-pkjr\/#article","isPartOf":{"@id":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/2008\/04\/13\/pendidikan-keselamatan-jalan-raya-pkjr\/"},"author":{"name":"RAKAN Sarawak","@id":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/#\/schema\/person\/d698020a2e61d11eef92f5146bee5f26"},"headline":"Pendidikan Keselamatan Jalan Raya (PKJR)","datePublished":"2008-04-13T00:00:00+00:00","mainEntityOfPage":{"@id":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/2008\/04\/13\/pendidikan-keselamatan-jalan-raya-pkjr\/"},"wordCount":1015,"commentCount":0,"publisher":{"@id":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/#organization"},"keywords":["Rencana"],"articleSection":["Featured"],"inLanguage":"en-US","potentialAction":[{"@type":"CommentAction","name":"Comment","target":["https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/2008\/04\/13\/pendidikan-keselamatan-jalan-raya-pkjr\/#respond"]}]},{"@type":"WebPage","@id":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/2008\/04\/13\/pendidikan-keselamatan-jalan-raya-pkjr\/","url":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/2008\/04\/13\/pendidikan-keselamatan-jalan-raya-pkjr\/","name":"Pendidikan Keselamatan Jalan Raya (PKJR) - RAKAN Sarawak","isPartOf":{"@id":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/#website"},"datePublished":"2008-04-13T00:00:00+00:00","breadcrumb":{"@id":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/2008\/04\/13\/pendidikan-keselamatan-jalan-raya-pkjr\/#breadcrumb"},"inLanguage":"en-US","potentialAction":[{"@type":"ReadAction","target":["https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/2008\/04\/13\/pendidikan-keselamatan-jalan-raya-pkjr\/"]}]},{"@type":"BreadcrumbList","@id":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/2008\/04\/13\/pendidikan-keselamatan-jalan-raya-pkjr\/#breadcrumb","itemListElement":[{"@type":"ListItem","position":1,"name":"Home","item":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/"},{"@type":"ListItem","position":2,"name":"Pendidikan Keselamatan Jalan Raya (PKJR)"}]},{"@type":"WebSite","@id":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/#website","url":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/","name":"RAKAN Sarawak","description":"An eyewitness to Sarawak\u2019s transformation","publisher":{"@id":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/#organization"},"alternateName":"Rangkaian Khidmat Awam Negeri Sarawak","potentialAction":[{"@type":"SearchAction","target":{"@type":"EntryPoint","urlTemplate":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/?s={search_term_string}"},"query-input":{"@type":"PropertyValueSpecification","valueRequired":true,"valueName":"search_term_string"}}],"inLanguage":"en-US"},{"@type":"Organization","@id":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/#organization","name":"RAKAN Sarawak","alternateName":"Rangkaian Khidmat Awam Negeri Sarawak","url":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/","logo":{"@type":"ImageObject","inLanguage":"en-US","@id":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/#\/schema\/logo\/image\/","url":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/wp-content\/uploads\/2023\/12\/logo-rstagline.png","contentUrl":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/wp-content\/uploads\/2023\/12\/logo-rstagline.png","width":172,"height":120,"caption":"RAKAN Sarawak"},"image":{"@id":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/#\/schema\/logo\/image\/"},"sameAs":["https:\/\/www.facebook.com\/rakanswk","https:\/\/x.com\/RAKANSarawak"]},{"@type":"Person","@id":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/#\/schema\/person\/d698020a2e61d11eef92f5146bee5f26","name":"RAKAN Sarawak","image":{"@type":"ImageObject","inLanguage":"en-US","@id":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/#\/schema\/person\/image\/","url":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/wp-content\/uploads\/2023\/12\/android-chrome-192x192-1_uwp_avatar_thumb.png","contentUrl":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/wp-content\/uploads\/2023\/12\/android-chrome-192x192-1_uwp_avatar_thumb.png","caption":"RAKAN Sarawak"},"url":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/myprofile\/rakansarawak\/"},false]}},"yasr_visitor_votes":{"stars_attributes":{"read_only":true,"span_bottom":"<div class='yasr-small-block-bold'><span class='yasr-visitor-votes-must-sign-in'>You must sign in to vote<\/span><\/div>"},"number_of_votes":0,"sum_votes":0},"publishpress_future_action":{"enabled":false,"date":"2026-04-17 19:52:09","action":"change-status","newStatus":"draft","terms":[],"taxonomy":"category","extraData":[]},"publishpress_future_workflow_manual_trigger":{"enabledWorkflows":[]},"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/12033","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=12033"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/12033\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=12033"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=12033"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=12033"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}