{"id":27969,"date":"2025-10-21T08:10:15","date_gmt":"2025-10-21T00:10:15","guid":{"rendered":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/?p=27969"},"modified":"2025-10-21T08:17:10","modified_gmt":"2025-10-21T00:17:10","slug":"meningkatkan-akses-pendidikan-berkualiti","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/2025\/10\/21\/meningkatkan-akses-pendidikan-berkualiti\/","title":{"rendered":"Meningkatkan Akses Pendidikan Berkualiti"},"content":{"rendered":"\n<p class=\"has-drop-cap\">Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) 4 menyasarkan pendidikan berkualiti yang inklusif dan pada masa yang sama menggalakkan peluang pembelajaran sepanjang hayat untuk semua lapisan masyarakat dengan menetapkan 10 sasaran yang diukur dengan 11 penunjuk serta tujuh (7) sasaran hasil.<\/p>\n\n\n\n<p>Matlamat utama SDG 4 adalah menyediakan akses pendidikan berkualiti yang mudah kepada semua peringkat masyarakat serta peluang pembelajaran yang lain, antaranya dengan meningkatkan infrastruktur pendidikan termasuk menyediakan bantuan pendidikan.<\/p>\n\n\n\n<p>Masyarakat yang mendapatkan pendidikan berkualiti adalah asas untuk mewujudkan pembangunan yang mampan.<\/p>\n\n\n\n<p>Kesediaan Kerajaan membiayai sendiri projek baik pulih dan bina baharu sekolah daif, menubuhkan sekolah antarabangsa termasuklah menyediakan pelbagai bentuk bantuan pendidikan dilihat sebagai titik peralihan penting ke arah mencapai matlamat tersebut.<\/p>\n\n\n\n<p>Melalui penyediaan kemudahan dan bantuan pendidikan yang menyeluruh, akses pendidikan dapat dipertingkat dan dicapai secara saksama oleh semua lapisan masyarakat.<\/p>\n\n\n\n<p>Menyedari pendidikan adalah satu bentuk pelaburan sepanjang hayat dan sangat penting untuk diutamakan dalam usaha memajukan Sarawak, Kementerian Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak (MEITD) ditubuhkan untuk memantau dan membantu meningkatkan pendidikan di Sarawak.<\/p>\n\n\n\n<p>Sejak ditubuhkan, MEITD memfokuskan pada pendidikan berkualiti, akses kepada pendidikan yang saksama serta penyediaan infrastruktur pendidikan seperti yang disasarkan dalam SDG 4.<\/p>\n\n\n\n<p>Penubuhan<em> Yayasan Sarawak International Secondary School (YSISS)<\/em> adalah salah satu daripada usaha Kerajaan memberi peluang kepada rakyat tempatan, terutama golongan berpendapatan rendah dan sederhana untuk mengikuti pendidikan bertaraf antarabangsa yang menggunakan sukatan pelajaran Cambridge.<\/p>\n\n\n\n<p>Pemilikan YSISS sepenuhnya oleh Kerajaan Sarawak membolehkan Kerajaan melalui MEITD menetapkan dasar yang mahukan lebih ramai pelajar dalam kalangan keluarga B40 dan M40 menikmati pendidikan dan kemudahan pendidikan berkualiti serta berpatutan seperti yang ditawarkan oleh YSISS.<\/p>\n\n\n\n<p>Walaupun pendidikan adalah di bawah skop Kerajaan Persekutuan, hal ini tidak menghalang Kerajaan Sarawak untuk membantu dan bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan dalam membangunkan pendidikan dan kualiti pendidikan di Sarawak.<\/p>\n\n\n\n<p>Dalam menangani isu sekolah daif misalnya, inisiatif Kerajaan Sarawak membangunkan sekolah-sekolah daif dengan bayaran pendahuluan RM1 bilion kepada Kerajaan Persekutuan menunjukkan kesungguhan Sarawak meningkatkan kemudahan pendidikan dengan segera, seterusnya menoktahkan isu tersebut yang berpanjangan sekian lama.<\/p>\n\n\n\n<p>Lab pertama yang telah dijalankan oleh MEITD bersama-sama agensi yang berkaitan mendapati sebanyak 1,020 buah sekolah di Sarawak dikategorikan sebagai daif.<\/p>\n\n\n\n<p>Walau bagaimanapun, berikutan pengkategorian semula sekolah daif oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pada 2022, sebanyak 461 buah sekolah di Sarawak dikenal pasti berstatus daif dan tidak selamat.<\/p>\n\n\n\n<p>Setakat suku keempat 2024, sebanyak 58 projek pembangunan semula sekolah daif berjaya diselesaikan dan memberi manfaat kepada kira-kira 10,000 pelajar dengan kemudahan pembelajaran yang berkualiti.<\/p>\n\n\n\n<p>Sebelum penubuhan MEITD, peranan dalam hal ehwal pendidikan negeri dimainkan sedikit sebanyak oleh Yayasan Sarawak yang mewakili Kerajaan Sarawak dalam beberapa perkara berkaitan pendidikan di peringkat nasional.<\/p>\n\n\n\n<p>Namun begitu, fokus utama Yayasan Sarawak adalah menyalurkan bantuan pendidikan, biasiswa dan sebagainya.<\/p>\n\n\n\n<p>Pada Julai 2020, program Bas Sekolah Percuma yang dikendalikan Yayasan Sarawak dilancarkan di Kuching, menandakan satu lagi inisiatif Kerajaan membantu meringankan beban kos pengangkutan ke sekolah dalam kalangan ibu bapa berpendapatan rendah, selain membantu mengurangkan kesesakan lalu lintas.<\/p>\n\n\n\n<p>Inisiatif tersebut yang dijalankan secara usahasama dengan pengusaha perkhidmatan bas sekolah diperluaskan ke Sibu, Miri dan Limbang dan kini telah memberi manfaat kepada lebih 9,000 orang murid.<\/p>\n\n\n\n<p>Di peringkat pendidikan tertiari, penawaran biasiswa pascasiswazah Yayasan Sarawak kepada anak tempatan dalam bidang berkaitan kejuruteraan dilihat sebagai galakan dan pelaburan modal insan yang diharapkan dapat menyumbang kepada kemajuan Sarawak.<\/p>\n\n\n\n<p>Biasiswa berkenaan hanya ditawarkan kepada pelajar yang mengikuti program di peringkat ijazah Sarjana yang ditaja oleh Yayasan Sarawak serta dua (2) buah syarikat milik Kerajaan Sarawak, iaitu Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) dan Sarawak Petchem Sdn Bhd.<\/p>\n\n\n\n<p>Inisiatif tersebut yang merupakan satu bentuk pelaburan biasiswa menggambarkan komitmen Kerajaan dalam melahirkan ramai bakat tempatan dalam bidang berasaskan kejuruteraan dan teknologi selaras dengan visi Sarawak mencapai status maju dan berpendapatan tinggi menjelang tahun 2030.<\/p>\n\n\n\n<p>Bantuan komputer riba dan baucar buku percuma untuk pelajar pengajian tinggi telah dilancarkan pada 2024 yang mana sebanyak 9,581 komputer riba dan 3,105 baucar buku telah diagihkan kepada pelajar-pelajar yang layak di semua institusi pengajian tinggi (IPT) di Malaysia.<\/p>\n\n\n\n<p>Yayasan Sarawak sebagai agensi pelaksana akan mempertingkat usaha promosi bagi memastikan lebih ramai orang awam mengetahui tentang inisiatif bantuan pendidikan berkenaan yang dikhaskan kepada semua pelajar kelahiran Sarawak yang belajar sepenuh masa di mana-mana IPT awam dan swasta yang diiktiraf oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) di seluruh Malaysia.<\/p>\n\n\n\n<p>Bantuan tersebut diperkenalkan bagi membantu pelajar dari golongan isi rumah berpendapatan per kapita sebulan kurang daripada RM1,500.<\/p>\n\n\n\n<p>Pelajar yang ingin mendapatkan bantuan komputer riba percuma perlu memohon di tahun pertama pengajian yang berdaftar dalam sistem My-Yayasan.<\/p>\n\n\n\n<p>Pemberian komputer riba percuma adalah satu lagi komitmen Kerajaan meningkatkan akses pendidikan kepada semua golongan masyarakat.<\/p>\n\n\n\n<p>Lebih daripada itu, inisiatif Bantuan Kewangan Khas (BKK) untuk setiap anak Sarawak yang belajar di semua IPT di seluruh Malaysia turut diperkenalkan pada tahun lepas.<\/p>\n\n\n\n<p>MEITD menganggarkan seramai 60,220 orang pelajar yang layak menerima bantuan tersebut yang mana seramai 27,033 pelajar telah menghantar permohonan setakat Mei 2025.<\/p>\n\n\n\n<p>Pada 2026, Skim Pendidikan Tinggi Percuma Sarawak (FTES) akan mula dilaksanakan, menandakan <em>milestone<\/em> penting dalam sejarah pendidikan Sarawak.<\/p>\n\n\n\n<p>Skim tersebut ditawarkan kepada anak jati Sarawak yang mengikuti pengajian sepenuh masa di IPT milik Kerajaan Sarawak sahaja, iaitu Universiti Teknologi Sarawak (UTS), Universiti Curtin Malaysia, Universiti Swinburne Sarawak, Kolej Universiti i-CATS dan Pusat Kecemerlangan Teknologi Sarawak (CENTEXS).<\/p>\n\n\n\n<p>Sebagai permulaan, FTES akan memberi tumpuan awal kepada program ijazah sarjana muda dalam bidang berkaitan STEM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik), Undang-undang, Perubatan, Perakaunan, Kewangan dan Psikologi dan MEITD tidak menolak kemungkinan bahawa skim tersebut akan diperluaskan untuk kursus-kursus dalam bidang yang lain.<\/p>\n\n\n\n<p>Skim tersebut juga menawarkan elaun tahunan sebanyak RM15,000 kepada pelajar dalam kumpulan isi rumah berpendapatan per kapita RM1,500 ke bawah sebulan bagi membantu meringankan kos sara hidup sepanjang tempoh pengajian.<\/p>\n\n\n\n<p>Segala bantuan yang disediakan kepada pelajar-pelajar tempatan bukan hanya untuk meringankan beban perbelanjaan harian, malah lebih daripada itu membolehkan para pelajar dapat menumpukan sepenuh perhatian kepada pelajaran dan mengejar impian tanpa perlu risau memikirkan beban kewangan.<\/p>\n\n\n\n<p>Yang lebih penting, bantuan pendidikan adalah wajar dilaksanakan sebagai galakan kepada pelajar sekolah dan IPT kerana mereka ialah pelaburan masa depan yang bakal membawa kemajuan dan kemakmuran kepada Sarawak dan negara.<\/p>\n<div style='text-align:center' class='yasr-auto-insert-visitor'><!--Yasr Visitor Votes Shortcode--><div id='yasr_visitor_votes_92de6722a9edd' class='yasr-visitor-votes'><div class=\"yasr-custom-text-vv-before yasr-custom-text-vv-before-27969\">Click to rate this post!<\/div><div id='yasr-vv-second-row-container-92de6722a9edd'\r\n                                        class='yasr-vv-second-row-container'><div id='yasr-visitor-votes-rater-92de6722a9edd'\r\n                                      class='yasr-rater-stars-vv'\r\n                                      data-rater-postid='27969'\r\n                                      data-rating='0'\r\n                                      data-rater-starsize='16'\r\n                                      data-rater-readonly='true'\r\n                                      data-rater-nonce='7a772b7617'\r\n                                      data-issingular='false'\r\n                                    ><\/div><div class=\"yasr-vv-stats-text-container\" id=\"yasr-vv-stats-text-container-92de6722a9edd\"><svg xmlns=\"https:\/\/www.w3.org\/2000\/svg\" width=\"20\" height=\"20\"\r\n                                   class=\"yasr-dashicons-visitor-stats\"\r\n                                   data-postid=\"27969\"\r\n                                   id=\"yasr-stats-dashicon-92de6722a9edd\">\r\n                                   <path d=\"M18 18v-16h-4v16h4zM12 18v-11h-4v11h4zM6 18v-8h-4v8h4z\"><\/path>\r\n                               <\/svg><span id=\"yasr-vv-text-container-92de6722a9edd\" class=\"yasr-vv-text-container\">[Total: <span id=\"yasr-vv-votes-number-container-92de6722a9edd\">0<\/span>  Average: <span id=\"yasr-vv-average-container-92de6722a9edd\">0<\/span>]<\/span><\/div><div id='yasr-vv-loader-92de6722a9edd' class='yasr-vv-container-loader'><\/div><\/div><div id='yasr-vv-bottom-container-92de6722a9edd' class='yasr-vv-bottom-container'><div class='yasr-small-block-bold'><span class='yasr-visitor-votes-must-sign-in'>You must sign in to vote<\/span><\/div><\/div><\/div><!--End Yasr Visitor Votes Shortcode--><\/div>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Pelbagai inisiatif kemudahan dan bantuan pendidikan telah dilaksanakan oleh Kerajaan Sarawak bagi memastikan pendidikan berkualiti dapat dicapai secara inklusif.<br \/>\nBermula dari pembangunan kemudahan fizikal hingga ke pembangunan modal insan, semuanya dilaksanakan bagi meningkatkan akses pendidikan berkualiti yang selari dengan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) 4, iaitu Pendidikan Berkualiti.<\/p>\n","protected":false},"author":954,"featured_media":1418,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"yasr_overall_rating":0,"yasr_post_is_review":"","yasr_auto_insert_disabled":"","yasr_review_type":"","footnotes":""},"categories":[23,2,46],"tags":[380,5423,1633,5644,1954,5642,5643,5336,4546],"class_list":{"0":"post-27969","1":"post","2":"type-post","3":"status-publish","4":"format-standard","5":"has-post-thumbnail","7":"category-from-rakan-sarawak","8":"category-featured","9":"category-rencana","10":"tag-centexs","11":"tag-kolej-universiti-i-cats","12":"tag-pendidikan","13":"tag-pusat-kecemerlangan-teknologi-sarawak","14":"tag-sarawak","15":"tag-universiti-curtin-malaysia","16":"tag-universiti-swinburne-sarawak","17":"tag-universiti-teknologi-sarawak","18":"tag-uts"},"acf":[],"yoast_head":"<!-- This site is optimized with the Yoast SEO plugin v26.3 - https:\/\/yoast.com\/wordpress\/plugins\/seo\/ -->\n<title>Meningkatkan Akses Pendidikan Berkualiti - RAKAN Sarawak<\/title>\n<meta name=\"robots\" content=\"index, follow, max-snippet:-1, max-image-preview:large, max-video-preview:-1\" \/>\n<link rel=\"canonical\" href=\"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/2025\/10\/21\/meningkatkan-akses-pendidikan-berkualiti\/\" \/>\n<meta property=\"og:locale\" content=\"en_US\" \/>\n<meta property=\"og:type\" content=\"article\" \/>\n<meta property=\"og:title\" content=\"Meningkatkan Akses Pendidikan Berkualiti - RAKAN Sarawak\" \/>\n<meta property=\"og:description\" content=\"Pelbagai inisiatif kemudahan dan bantuan pendidikan telah dilaksanakan oleh Kerajaan Sarawak bagi memastikan pendidikan berkualiti dapat dicapai secara inklusif. Bermula dari pembangunan kemudahan fizikal hingga ke pembangunan modal insan, semuanya dilaksanakan bagi meningkatkan akses pendidikan berkualiti yang selari dengan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) 4, iaitu Pendidikan Berkualiti.\" \/>\n<meta property=\"og:url\" content=\"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/2025\/10\/21\/meningkatkan-akses-pendidikan-berkualiti\/\" \/>\n<meta property=\"og:site_name\" content=\"RAKAN Sarawak\" \/>\n<meta property=\"article:publisher\" content=\"https:\/\/www.facebook.com\/rakanswk\" \/>\n<meta property=\"article:published_time\" content=\"2025-10-21T00:10:15+00:00\" \/>\n<meta property=\"article:modified_time\" content=\"2025-10-21T00:17:10+00:00\" \/>\n<meta property=\"og:image\" content=\"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/wp-content\/uploads\/2007\/10\/264_6427_0.jpg\" \/>\n\t<meta property=\"og:image:width\" content=\"320\" \/>\n\t<meta property=\"og:image:height\" content=\"240\" \/>\n\t<meta property=\"og:image:type\" content=\"image\/jpeg\" \/>\n<meta name=\"author\" content=\"rakan03sarawak\" \/>\n<meta name=\"twitter:card\" content=\"summary_large_image\" \/>\n<meta name=\"twitter:creator\" content=\"@RAKANSarawak\" \/>\n<meta name=\"twitter:site\" content=\"@RAKANSarawak\" \/>\n<meta name=\"twitter:label1\" content=\"Written by\" \/>\n\t<meta name=\"twitter:data1\" content=\"rakan03sarawak\" \/>\n\t<meta name=\"twitter:label2\" content=\"Est. reading time\" \/>\n\t<meta name=\"twitter:data2\" content=\"5 minutes\" \/>\n<script type=\"application\/ld+json\" class=\"yoast-schema-graph\">{\"@context\":\"https:\/\/schema.org\",\"@graph\":[{\"@type\":\"Article\",\"@id\":\"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/2025\/10\/21\/meningkatkan-akses-pendidikan-berkualiti\/#article\",\"isPartOf\":{\"@id\":\"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/2025\/10\/21\/meningkatkan-akses-pendidikan-berkualiti\/\"},\"author\":{\"name\":\"rakan03sarawak\",\"@id\":\"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/#\/schema\/person\/336d061266bf0e27c346e244d74d2e75\"},\"headline\":\"Meningkatkan Akses Pendidikan Berkualiti\",\"datePublished\":\"2025-10-21T00:10:15+00:00\",\"dateModified\":\"2025-10-21T00:17:10+00:00\",\"mainEntityOfPage\":{\"@id\":\"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/2025\/10\/21\/meningkatkan-akses-pendidikan-berkualiti\/\"},\"wordCount\":963,\"commentCount\":0,\"publisher\":{\"@id\":\"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/#organization\"},\"image\":{\"@id\":\"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/2025\/10\/21\/meningkatkan-akses-pendidikan-berkualiti\/#primaryimage\"},\"thumbnailUrl\":\"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/wp-content\/uploads\/2007\/10\/264_6427_0.jpg\",\"keywords\":[\"CENTEXS\",\"Kolej Universiti i-CATS\",\"Pendidikan\",\"Pusat Kecemerlangan Teknologi Sarawak\",\"Sarawak\",\"Universiti Curtin Malaysia\",\"Universiti Swinburne Sarawak\",\"Universiti Teknologi Sarawak\",\"UTS\"],\"articleSection\":[\"Dari RAKAN Sarawak\",\"Featured\",\"Rencana\"],\"inLanguage\":\"en-US\",\"potentialAction\":[{\"@type\":\"CommentAction\",\"name\":\"Comment\",\"target\":[\"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/2025\/10\/21\/meningkatkan-akses-pendidikan-berkualiti\/#respond\"]}]},{\"@type\":\"WebPage\",\"@id\":\"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/2025\/10\/21\/meningkatkan-akses-pendidikan-berkualiti\/\",\"url\":\"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/2025\/10\/21\/meningkatkan-akses-pendidikan-berkualiti\/\",\"name\":\"Meningkatkan Akses Pendidikan Berkualiti - RAKAN Sarawak\",\"isPartOf\":{\"@id\":\"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/#website\"},\"primaryImageOfPage\":{\"@id\":\"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/2025\/10\/21\/meningkatkan-akses-pendidikan-berkualiti\/#primaryimage\"},\"image\":{\"@id\":\"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/2025\/10\/21\/meningkatkan-akses-pendidikan-berkualiti\/#primaryimage\"},\"thumbnailUrl\":\"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/wp-content\/uploads\/2007\/10\/264_6427_0.jpg\",\"datePublished\":\"2025-10-21T00:10:15+00:00\",\"dateModified\":\"2025-10-21T00:17:10+00:00\",\"breadcrumb\":{\"@id\":\"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/2025\/10\/21\/meningkatkan-akses-pendidikan-berkualiti\/#breadcrumb\"},\"inLanguage\":\"en-US\",\"potentialAction\":[{\"@type\":\"ReadAction\",\"target\":[\"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/2025\/10\/21\/meningkatkan-akses-pendidikan-berkualiti\/\"]}]},{\"@type\":\"ImageObject\",\"inLanguage\":\"en-US\",\"@id\":\"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/2025\/10\/21\/meningkatkan-akses-pendidikan-berkualiti\/#primaryimage\",\"url\":\"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/wp-content\/uploads\/2007\/10\/264_6427_0.jpg\",\"contentUrl\":\"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/wp-content\/uploads\/2007\/10\/264_6427_0.jpg\",\"width\":320,\"height\":240,\"caption\":\"Kos melanjutkan pengajian kian meningkat. Ibubapa harus bekerjasama dalam hal pembiayaan pendidikan anak mereka\"},{\"@type\":\"BreadcrumbList\",\"@id\":\"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/2025\/10\/21\/meningkatkan-akses-pendidikan-berkualiti\/#breadcrumb\",\"itemListElement\":[{\"@type\":\"ListItem\",\"position\":1,\"name\":\"Home\",\"item\":\"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/\"},{\"@type\":\"ListItem\",\"position\":2,\"name\":\"Meningkatkan Akses Pendidikan Berkualiti\"}]},{\"@type\":\"WebSite\",\"@id\":\"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/#website\",\"url\":\"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/\",\"name\":\"RAKAN Sarawak\",\"description\":\"An eyewitness to Sarawak\u2019s transformation\",\"publisher\":{\"@id\":\"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/#organization\"},\"alternateName\":\"Rangkaian Khidmat Awam Negeri Sarawak\",\"potentialAction\":[{\"@type\":\"SearchAction\",\"target\":{\"@type\":\"EntryPoint\",\"urlTemplate\":\"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/?s={search_term_string}\"},\"query-input\":{\"@type\":\"PropertyValueSpecification\",\"valueRequired\":true,\"valueName\":\"search_term_string\"}}],\"inLanguage\":\"en-US\"},{\"@type\":\"Organization\",\"@id\":\"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/#organization\",\"name\":\"RAKAN Sarawak\",\"alternateName\":\"Rangkaian Khidmat Awam Negeri Sarawak\",\"url\":\"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/\",\"logo\":{\"@type\":\"ImageObject\",\"inLanguage\":\"en-US\",\"@id\":\"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/#\/schema\/logo\/image\/\",\"url\":\"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/wp-content\/uploads\/2023\/12\/logo-rstagline.png\",\"contentUrl\":\"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/wp-content\/uploads\/2023\/12\/logo-rstagline.png\",\"width\":172,\"height\":120,\"caption\":\"RAKAN Sarawak\"},\"image\":{\"@id\":\"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/#\/schema\/logo\/image\/\"},\"sameAs\":[\"https:\/\/www.facebook.com\/rakanswk\",\"https:\/\/x.com\/RAKANSarawak\"]},{\"@type\":\"Person\",\"@id\":\"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/#\/schema\/person\/336d061266bf0e27c346e244d74d2e75\",\"name\":\"rakan03sarawak\",\"image\":{\"@type\":\"ImageObject\",\"inLanguage\":\"en-US\",\"@id\":\"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/#\/schema\/person\/image\/\",\"url\":\"https:\/\/secure.gravatar.com\/avatar\/3fa71d524101c1a5634ffea784a73046e61a6279fa211d5b6de3e9178992ba54?s=96&r=g&d=https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/wp-content\/plugins\/userswp\/assets\/images\/no_profile.png\",\"contentUrl\":\"https:\/\/secure.gravatar.com\/avatar\/3fa71d524101c1a5634ffea784a73046e61a6279fa211d5b6de3e9178992ba54?s=96&r=g&d=https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/wp-content\/plugins\/userswp\/assets\/images\/no_profile.png\",\"caption\":\"rakan03sarawak\"},\"url\":\"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/myprofile\/rakan03sarawak\/\"},false]}<\/script>\n<!-- \/ Yoast SEO plugin. -->","yoast_head_json":{"title":"Meningkatkan Akses Pendidikan Berkualiti - RAKAN Sarawak","robots":{"index":"index","follow":"follow","max-snippet":"max-snippet:-1","max-image-preview":"max-image-preview:large","max-video-preview":"max-video-preview:-1"},"canonical":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/2025\/10\/21\/meningkatkan-akses-pendidikan-berkualiti\/","og_locale":"en_US","og_type":"article","og_title":"Meningkatkan Akses Pendidikan Berkualiti - RAKAN Sarawak","og_description":"Pelbagai inisiatif kemudahan dan bantuan pendidikan telah dilaksanakan oleh Kerajaan Sarawak bagi memastikan pendidikan berkualiti dapat dicapai secara inklusif. Bermula dari pembangunan kemudahan fizikal hingga ke pembangunan modal insan, semuanya dilaksanakan bagi meningkatkan akses pendidikan berkualiti yang selari dengan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) 4, iaitu Pendidikan Berkualiti.","og_url":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/2025\/10\/21\/meningkatkan-akses-pendidikan-berkualiti\/","og_site_name":"RAKAN Sarawak","article_publisher":"https:\/\/www.facebook.com\/rakanswk","article_published_time":"2025-10-21T00:10:15+00:00","article_modified_time":"2025-10-21T00:17:10+00:00","og_image":[{"width":320,"height":240,"url":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/wp-content\/uploads\/2007\/10\/264_6427_0.jpg","type":"image\/jpeg"}],"author":"rakan03sarawak","twitter_card":"summary_large_image","twitter_creator":"@RAKANSarawak","twitter_site":"@RAKANSarawak","twitter_misc":{"Written by":"rakan03sarawak","Est. reading time":"5 minutes"},"schema":{"@context":"https:\/\/schema.org","@graph":[{"@type":"Article","@id":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/2025\/10\/21\/meningkatkan-akses-pendidikan-berkualiti\/#article","isPartOf":{"@id":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/2025\/10\/21\/meningkatkan-akses-pendidikan-berkualiti\/"},"author":{"name":"rakan03sarawak","@id":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/#\/schema\/person\/336d061266bf0e27c346e244d74d2e75"},"headline":"Meningkatkan Akses Pendidikan Berkualiti","datePublished":"2025-10-21T00:10:15+00:00","dateModified":"2025-10-21T00:17:10+00:00","mainEntityOfPage":{"@id":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/2025\/10\/21\/meningkatkan-akses-pendidikan-berkualiti\/"},"wordCount":963,"commentCount":0,"publisher":{"@id":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/#organization"},"image":{"@id":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/2025\/10\/21\/meningkatkan-akses-pendidikan-berkualiti\/#primaryimage"},"thumbnailUrl":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/wp-content\/uploads\/2007\/10\/264_6427_0.jpg","keywords":["CENTEXS","Kolej Universiti i-CATS","Pendidikan","Pusat Kecemerlangan Teknologi Sarawak","Sarawak","Universiti Curtin Malaysia","Universiti Swinburne Sarawak","Universiti Teknologi Sarawak","UTS"],"articleSection":["Dari RAKAN Sarawak","Featured","Rencana"],"inLanguage":"en-US","potentialAction":[{"@type":"CommentAction","name":"Comment","target":["https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/2025\/10\/21\/meningkatkan-akses-pendidikan-berkualiti\/#respond"]}]},{"@type":"WebPage","@id":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/2025\/10\/21\/meningkatkan-akses-pendidikan-berkualiti\/","url":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/2025\/10\/21\/meningkatkan-akses-pendidikan-berkualiti\/","name":"Meningkatkan Akses Pendidikan Berkualiti - RAKAN Sarawak","isPartOf":{"@id":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/#website"},"primaryImageOfPage":{"@id":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/2025\/10\/21\/meningkatkan-akses-pendidikan-berkualiti\/#primaryimage"},"image":{"@id":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/2025\/10\/21\/meningkatkan-akses-pendidikan-berkualiti\/#primaryimage"},"thumbnailUrl":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/wp-content\/uploads\/2007\/10\/264_6427_0.jpg","datePublished":"2025-10-21T00:10:15+00:00","dateModified":"2025-10-21T00:17:10+00:00","breadcrumb":{"@id":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/2025\/10\/21\/meningkatkan-akses-pendidikan-berkualiti\/#breadcrumb"},"inLanguage":"en-US","potentialAction":[{"@type":"ReadAction","target":["https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/2025\/10\/21\/meningkatkan-akses-pendidikan-berkualiti\/"]}]},{"@type":"ImageObject","inLanguage":"en-US","@id":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/2025\/10\/21\/meningkatkan-akses-pendidikan-berkualiti\/#primaryimage","url":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/wp-content\/uploads\/2007\/10\/264_6427_0.jpg","contentUrl":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/wp-content\/uploads\/2007\/10\/264_6427_0.jpg","width":320,"height":240,"caption":"Kos melanjutkan pengajian kian meningkat. Ibubapa harus bekerjasama dalam hal pembiayaan pendidikan anak mereka"},{"@type":"BreadcrumbList","@id":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/2025\/10\/21\/meningkatkan-akses-pendidikan-berkualiti\/#breadcrumb","itemListElement":[{"@type":"ListItem","position":1,"name":"Home","item":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/"},{"@type":"ListItem","position":2,"name":"Meningkatkan Akses Pendidikan Berkualiti"}]},{"@type":"WebSite","@id":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/#website","url":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/","name":"RAKAN Sarawak","description":"An eyewitness to Sarawak\u2019s transformation","publisher":{"@id":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/#organization"},"alternateName":"Rangkaian Khidmat Awam Negeri Sarawak","potentialAction":[{"@type":"SearchAction","target":{"@type":"EntryPoint","urlTemplate":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/?s={search_term_string}"},"query-input":{"@type":"PropertyValueSpecification","valueRequired":true,"valueName":"search_term_string"}}],"inLanguage":"en-US"},{"@type":"Organization","@id":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/#organization","name":"RAKAN Sarawak","alternateName":"Rangkaian Khidmat Awam Negeri Sarawak","url":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/","logo":{"@type":"ImageObject","inLanguage":"en-US","@id":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/#\/schema\/logo\/image\/","url":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/wp-content\/uploads\/2023\/12\/logo-rstagline.png","contentUrl":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/wp-content\/uploads\/2023\/12\/logo-rstagline.png","width":172,"height":120,"caption":"RAKAN Sarawak"},"image":{"@id":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/#\/schema\/logo\/image\/"},"sameAs":["https:\/\/www.facebook.com\/rakanswk","https:\/\/x.com\/RAKANSarawak"]},{"@type":"Person","@id":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/#\/schema\/person\/336d061266bf0e27c346e244d74d2e75","name":"rakan03sarawak","image":{"@type":"ImageObject","inLanguage":"en-US","@id":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/#\/schema\/person\/image\/","url":"https:\/\/secure.gravatar.com\/avatar\/3fa71d524101c1a5634ffea784a73046e61a6279fa211d5b6de3e9178992ba54?s=96&r=g&d=https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/wp-content\/plugins\/userswp\/assets\/images\/no_profile.png","contentUrl":"https:\/\/secure.gravatar.com\/avatar\/3fa71d524101c1a5634ffea784a73046e61a6279fa211d5b6de3e9178992ba54?s=96&r=g&d=https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/wp-content\/plugins\/userswp\/assets\/images\/no_profile.png","caption":"rakan03sarawak"},"url":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/myprofile\/rakan03sarawak\/"},false]}},"yasr_visitor_votes":{"stars_attributes":{"read_only":true,"span_bottom":"<div class='yasr-small-block-bold'><span class='yasr-visitor-votes-must-sign-in'>You must sign in to vote<\/span><\/div>"},"number_of_votes":0,"sum_votes":0},"publishpress_future_action":{"enabled":false,"date":"2026-04-18 10:14:22","action":"change-status","newStatus":"draft","terms":[],"taxonomy":"category","extraData":[]},"publishpress_future_workflow_manual_trigger":{"enabledWorkflows":[]},"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/27969","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/wp-json\/wp\/v2\/users\/954"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=27969"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/27969\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":27970,"href":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/27969\/revisions\/27970"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/wp-json\/wp\/v2\/media\/1418"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=27969"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=27969"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=27969"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}