{"id":28633,"date":"2026-01-24T01:01:00","date_gmt":"2026-01-23T17:01:00","guid":{"rendered":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/?p=28633"},"modified":"2026-01-24T07:12:06","modified_gmt":"2026-01-23T23:12:06","slug":"memperkukuh-pendidikan-teras-pembangunan-modal-insan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/2026\/01\/24\/memperkukuh-pendidikan-teras-pembangunan-modal-insan\/","title":{"rendered":"Memperkukuh Pendidikan Teras Pembangunan Modal Insan"},"content":{"rendered":"\n<p class=\"has-drop-cap\">Pendidikan terus menjadi nadi utama dalam perancangan pembangunan Sarawak apabila Bajet Sarawak 2026 secara jelas meletakkan pembangunan insan sebagai salah satu keutamaan strategik negeri.<\/p>\n\n\n\n<p>Daripada sembilan teras strategik yang digariskan, penekanan terhadap&nbsp; pendidikan berkualiti dan pemerkasaan modal insan mencerminkan kefahaman kerajaan Sarawak bahawa kemajuan ekonomi dan kesejahteraan sosial tidak boleh dicapai tanpa asas pendidikan yang kukuh, inklusif dan mampan.<\/p>\n\n\n\n<p>Dalam konteks cabaran global yang semakin kompleks merangkumi perubahan struktur ekonomi, kemajuan teknologi, persaingan tenaga kerja serta ketidaksamaan sosioekonomi, pendekatan Sarawak terhadap pendidikan melalui Bajet 2026 dilihat bersifat menyeluruh dan berpandangan jauh.<\/p>\n\n\n\n<p>Ia bukan sahaja bertujuan memperluas akses, malah menekankan kualiti, kesaksamaan dan kebolehpasaran graduan.<\/p>\n\n\n\n<p>Komitmen ini diterjemahkan melalui empat inisiatif utama yang dirangka secara menyeluruh, merangkumi keseluruhan rantaian pembangunan insan daripada pendidikan awal, pendidikan menengah, pendidikan tinggi hingga ke sokongan kebolehpasaran graduan.<\/p>\n\n\n\n<p>Kesemua inisiatif ini saling melengkapi bagi memastikan pembangunan modal insan Sarawak berlaku secara inklusif, berperingkat dan mampan sekali gus memastikan manfaat pendidikan dapat dinikmati oleh seluruh rakyat Sarawak tanpa mengira latar belakang sosioekonomi atau lokasi geografi.<\/p>\n\n\n\n<p><strong>Inisiatif Pertama : Pendidikan Percuma untuk Pelajar Sarawak<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p>Pelaksanaan pendidikan tinggi percuma melalui Skim Pendidikan Tinggi Percuma (FTES) merupakan langkah dasar yang signifikan dalam usaha membina modal insan Sarawak.<\/p>\n\n\n\n<p>Bermula tahun 2026, pelajar Sarawak yang mengikuti pengajian di universiti milik negeri Sarawak seperti Universiti Teknologi Sarawak, Curtin University Malaysia, Kolej Laila Taib, Swinburne University of Technology, dan i-CATS University College akan menikmati pengecualian yuran pengajian bagi 64 program ijazah sarjana muda yang telah dikenal pasti.<\/p>\n\n\n\n<p>Dengan peruntukan sebanyak RM250 juta, FTES bukan sahaja mengurangkan beban kewangan keluarga, malah mengubah akses kepada pendidikan tinggi daripada keistimewaan terhad kepada peluang terbuka berasaskan merit.<\/p>\n\n\n\n<p>Laporan Survei Pendapatan Isi Rumah Sarawak 2024 menunjukkan bahawa pendapatan isi rumah kasar bulanan penengah negeri ini hanyalah RM5,504, manakala 31.4 peratus isi rumah berpendapatan di bawah RM4,000 sebulan, dengan sebahagian besarnya tertumpu dalam kelas RM2,000 hingga RM3,999.<\/p>\n\n\n\n<p>Dalam situasi ini, kos pengajian tinggi yang lazimnya melibatkan yuran, penginapan, pengangkutan dan sara hidup menjadi beban besar kepada keluarga berpendapatan rendah dan sederhana, khususnya di luar bandar yang mencatatkan pendapatan penengah lebih rendah berbanding kawasan bandar.<\/p>\n\n\n\n<p>Ketidaksamarataan pendapatan turut ketara apabila hampir 43 peratus agihan pendapatan negeri dikuasai oleh kumpulan tertinggi iaitu D9\u2013D10 (had pendapatan isi rumah RM9,170 dan ke atas), manakala kumpulan D1\u2013D4 (kurang daripada RM 4,670) hanya memperoleh sekitar 18 peratus daripada jumlah pendapatan isi rumah Sarawak<\/p>\n\n\n\n<p>Keadaan ini menjelaskan mengapa akses kepada pendidikan tinggi sebelum ini lebih memihak kepada isi rumah berpendapatan sederhana dan tinggi, sedangkan pelajar berpotensi dari keluarga berpendapatan rendah sering berdepan halangan kewangan walaupun berkelayakan dari segi akademik.<\/p>\n\n\n\n<p>Dalam jangka panjang, pendidikan tinggi percuma dijangka meningkatkan kadar penyertaan pendidikan tertiari, melahirkan lebih ramai graduan berkemahiran tinggi serta menyokong keperluan tenaga kerja tempatan dalam sektor strategik seperti ekonomi digital, tenaga boleh baharu, penyelidikan dan inovasi.<\/p>\n\n\n\n<p>Dari sudut pembangunan modal insan pula, langkah ini membolehkan Sarawak memanfaatkan sepenuhnya potensi bakat tempatan yang sebelum ini mungkin terhalang oleh kekangan kewangan.<\/p>\n\n\n\n<p>Secara tidak langsung, ia juga mengukuhkan rantaian nilai modal insan Sarawak dan mengurangkan kebergantungan kepada tenaga kerja luar.<\/p>\n\n\n\n<p>Pendekatan ini membawa kesan besar kepada keluarga berpendapatan rendah dan sederhana yang selama ini berdepan dilema antara kos pendidikan dan keperluan sara hidup.<\/p>\n\n\n\n<p>Dengan peruntukan yang besar, FTES berpotensi mengubah trajektori kehidupan ribuan anak Sarawak dengan membolehkan mereka melanjutkan pelajaran tanpa tekanan kewangan yang melampau.<\/p>\n\n\n\n<p>Erti kata lain, tiada lagi alasan masalah kewangan untuk melanjutkan pelajaran kerana kerajaan negeri telah menyediakan pelbagai bantuan dan kemudahan untuk rakyat Sarawak mendapatkan pendidikan yang lebih tinggi.<\/p>\n\n\n\n<p>Lebih penting, pendidikan percuma ini bukan sekadar bantuan jangka pendek, tetapi satu pelaburan sosial jangka panjang sekali gus menyumbang kepada peningkatan tahap kemahiran tenaga kerja tempatan.<\/p>\n\n\n\n<p>Ia bahkan mengurangkan kebergantungan kepada tenaga luar, serta menyokong aspirasi Sarawak untuk bergerak ke arah ekonomi berasaskan pengetahuan dan inovasi.<\/p>\n\n\n\n<p><strong>Inisiatif Kedua : Memperkukuh Sistem dan Kemudahan Pendidikan Sarawak<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p>Selain pendidikan tinggi, Bajet Sarawak 2026 turut memberi tumpuan kepada pengukuhan sistem dan kemudahan pendidikan di peringkat sekolah termasuklah melalui pembangunan Yayasan Sarawak International Secondary School (YSISS).<\/p>\n\n\n\n<p>Penubuhan YSISS merupakan satu pencapaian besar dalam landskap pendidikan negeri dan menjadi batu loncatan penting dalam strategi pendidikan Sarawak.<\/p>\n\n\n\n<p>Ia juga memperlihatkan kesungguhan Sarawak dalam menyediakan alternatif pendidikan bertaraf dunia kepada pelajar tempatan.<\/p>\n\n\n\n<p>Penggunaan kurikulum antarabangsa seperti Cambridge pula membuka ruang kepada pelajar Sarawak untuk menguasai kemahiran berfikir kritikal, komunikasi global dan pembelajaran berorientasikan penyelesaian masalah.<\/p>\n\n\n\n<p>Dalam jangka panjang, ini akan melahirkan generasi pelajar yang lebih bersedia menghadapi cabaran global serta mampu bersaing di peringkat antarabangsa.<\/p>\n\n\n\n<p>Pada masa yang sama, kehadiran institusi pendidikan bertaraf antarabangsa turut memberi nilai tambah kepada negeri dengan menarik pelabur, profesional dan tenaga pakar yang melihat pendidikan berkualiti sebagai faktor penting dalam membuat keputusan menetap dan melabur.<\/p>\n\n\n\n<p>Peruntukan RM36 juta bagi memastikan kelancaran operasi sekolah ini, serta RM13 juta di bawah Pembiayaan Alternatif untuk peluasan kampus ke Bintulu dan Miri, membuktikan kesungguhan Kerajaan Negeri dalam memastikan pendidikan bertaraf antarabangsa tidak terhad kepada kawasan tertentu sahaja.<\/p>\n\n\n\n<p>Dari perspektif modal insan, inisiatif ini menyumbang kepada pembentukan generasi pelajar yang bukan sahaja cemerlang akademik, tetapi memiliki kemahiran insaniah dan perspektif global.<\/p>\n\n\n\n<p>Selain itu, pembangunan modal insan tidak bermula di universiti, sebaliknya bermula sejak usia awal.<\/p>\n\n\n\n<p>Menyedari hakikat ini, Bajet Sarawak 2026 memperuntukkan RM22 juta kepada SeDidik bagi meningkatkan akses dan kualiti pendidikan prasekolah di seluruh negeri.<\/p>\n\n\n\n<p>Tambahan pula, RM4 juta disediakan melalui Geran Khas Tahunan bagi subsidi yuran Taman Didikan Kanak-Kanak (TADIKA) dan Taman Asuhan Kanak-kanak (TASKA) secara langsung memberi manfaat kepada 4,000 kanak-kanak daripada isi rumah berpendapatan RM7,000 dan ke bawah.<\/p>\n\n\n\n<p>Dari sudut pembangunan modal insan, intervensi awal membantu mengurangkan jurang pencapaian pendidikan sejak peringkat asas, sekali gus memastikan kanak-kanak daripada latar belakang sosioekonomi berbeza memasuki sistem pendidikan formal dengan tahap kesediaan yang lebih seimbang.<\/p>\n\n\n\n<p>Peruntukan tersebut mencerminkan pendekatan proaktif kerajaan dalam memastikan kanak-kanak daripada keluarga berpendapatan rendah tidak ketinggalan sejak awal.<\/p>\n\n\n\n<p>Dengan meringankan kos pendidikan prasekolah, kerajaan bukan sahaja membantu keluarga mengurus perbelanjaan harian, malah mewujudkan persekitaran pembelajaran yang lebih adil dan seimbang.<\/p>\n\n\n\n<p>Secara tidak langsung, langkah ini juga menyumbang kepada penyertaan tenaga kerja, khususnya dalam kalangan ibu bapa, kerana akses kepada pendidikan awal yang mampu milik memberi ruang kepada mereka untuk bekerja dan meningkatkan pendapatan isi rumah.<\/p>\n\n\n\n<p>Dalam pada itu, di bawah inisiatif kedua ini, Program Dwibahasa Sarawak (DLP) Program Dwibahasa Sarawak (DLP) turut diberikan peruntukan bagi menyokong pelaksanaannya.<\/p>\n\n\n\n<p>DLP merupakan inisiatif strategik Kerajaan Sarawak untuk memperkukuh penguasaan Bahasa Inggeris pelajar, khususnya dalam mata pelajaran Sains dan Matematik, selari dengan keperluan ekonomi global.<\/p>\n\n\n\n<p>Dalam Bajet Sarawak 2026, peruntukan sebanyak RM6 juta disediakan bagi meneruskan pelaksanaan penilaian DLP yang mula dilaksanakan pada Oktober tahun lalu.<\/p>\n\n\n\n<p>Penilaian ini berfungsi sebagai mekanisme penting bagi mengukur keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dwibahasa secara berasaskan data.<\/p>\n\n\n\n<p>Kertas peperiksaan disahkan mengikut piawaian antarabangsa dengan kerjasama Lembaga Peperiksaan, Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak, serta rakan antarabangsa seperti Swinburne Innovation Malaysia dan Cambridge University Press &amp; Assessment.<\/p>\n\n\n\n<p>Dari sudut pembangunan modal insan, DLP membantu melahirkan pelajar yang lebih berdaya saing, fasih berkomunikasi dan bersedia menghadapi cabaran pendidikan serta pasaran kerja global, sekali gus menyokong aspirasi Sarawak ke arah ekonomi berasaskan pengetahuan.<\/p>\n\n\n\n<p><strong>Inisiatif Ketiga : Pembinaan Semula dan Pemulihan Sekolah Daif<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p>Kualiti pendidikan tidak boleh dipisahkan daripada keadaan fizikal sekolah.<\/p>\n\n\n\n<p>Berdasarkan Dashboard Projek Pembangunan Bangunan Sekolah Daif Kementerian Pendidikan Malaysia, sebanyak 397 jumlah projek pembangunan semula bangunan daif di Sarawak telah dicatatkan dengan pembahagian sebanyak 70 projek masih berstatus prabina, 52 sedang dibina dan 275 projek telah siap.<\/p>\n\n\n\n<p>Menyedari hakikat ini, Bajet Sarawak 2026 memperuntukkan sumber yang besar bagi menangani isu sekolah daif, khususnya di kawasan luar bandar dan pedalaman.<\/p>\n\n\n\n<p>Melalui penyediaan dana RM1 bilion sebagai pendahuluan kepada pinjaman Persekutuan bagi mempercepatkan kerja naik taraf dan pembinaan semula sekolah mencerminkan kesungguhan kerajaan Sarawaj untuk memastikan setiap pelajar Sarawak belajar dalam persekitaran yang selamat dan kondusif.<\/p>\n\n\n\n<p>Setakat tahun 2025, sebanyak RM700 juta telah disalurkan kepada Kerajaan Persekutuan.<\/p>\n\n\n\n<p>Pelaburan besar ini membuktikan kesungguhan Kerajaan Negeri dalam merapatkan jurang kemudahan pendidikan antara kawasan bandar dan luar bandar.<\/p>\n\n\n\n<p>Usaha ini bukan sahaja meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran, malah memberi mesej jelas bahawa pendidikan anak-anak luar bandar tidak dipinggirkan.<\/p>\n\n\n\n<p><strong>Inisiatif Keempat : Membolehkan Peluang Pembelajaran yang Saksama<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p>Inisiatif terakhir di bawah Teras Strategik Ketiga memberi tumpuan kepada usaha membolehkan peluang pembelajaran yang lebih saksama melalui pelaksanaan pelbagai program sokongan pendidikan yang bersifat inklusif dan menyeluruh.<\/p>\n\n\n\n<p>Berdasarkan Statistik Pendidikan Tinggi 2023 oleh Kementerian Pendidikan Tinggi, Sarawak merekodkan seramai 50,644 enrolmen pelajar ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT) pada tahun 2023, dan angka ini meningkat kepada 54,660 enrolmen pada tahun berikutnya.<\/p>\n\n\n\n<p>Trend peningkatan ini mencerminkan minat yang semakin tinggi dalam kalangan anak Sarawak untuk melanjutkan pengajian ke peringkat tertiari, dan dijangka akan terus berkembang selari dengan penyediaan bantuan serta kemudahan pendidikan yang komprehensif oleh kerajaan negeri.<\/p>\n\n\n\n<p>Antara inisiatif utama yang menyokong aspirasi ini termasuk Program Peningkatan Pendidikan Sarawak (SEEP), Bantuan Komputer Riba Percuma dan Baucar Buku, Diskaun Bayaran Balik Pinjaman PTPTN, Bantuan Khas kepada Pelajar Universiti serta Inisiatif Graduan Pulang Sarawak (i-GPS).<\/p>\n\n\n\n<p>Program SEEP memberi manfaat kepada kira-kira 63,000 pelajar di 185 sekolah menengah melalui penyediaan tuisyen percuma bagi lapan mata pelajaran kritikal SPM, dengan peruntukan RM20 juta bagi tahun hadapan.<\/p>\n\n\n\n<p>Intervensi awal ini penting dalam memperkukuh asas akademik pelajar sekali gus meningkatkan kebolehpasaran mereka untuk melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.<\/p>\n\n\n\n<p>Selain itu, penyediaan komputer riba percuma dengan peruntukan RM30.5 juta serta baucar buku berjumlah RM2 juta berperanan merapatkan jurang digital dan memastikan pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah tidak tercicir dalam arus pembelajaran moden yang semakin bergantung kepada teknologi dan akses bahan rujukan berkualiti.<\/p>\n\n\n\n<p>Dalam konteks pendidikan tinggi, diskaun bayaran balik pinjaman PTPTN melibatkan peruntukan RM15 juta pada tahun 2026 membantu mengurangkan beban kewangan graduan, manakala bantuan sara hidup pelajar universiti berjumlah RM60 juta pula menyokong kebajikan pelajar agar mereka dapat menumpukan perhatian sepenuhnya kepada pengajian.<\/p>\n\n\n\n<p>Sementara itu, inisiatif Graduan Pulang Sarawak (i-GPS) mencerminkan keprihatinan kerajaan terhadap pelajar Sarawak yang menuntut di luar negeri, dengan menyediakan subsidi tiket penerbangan bagi memudahkan mereka mengekalkan hubungan kekeluargaan.<\/p>\n\n\n\n<p>Rangkaian bantuan dan kemudahan ini menunjukkan pendekatan dasar yang holistik dalam pembangunan pendidikan, merangkumi aspek akademik, kewangan, kebajikan, teknologi dan kesejahteraan pelajar.<\/p>\n\n\n\n<p>Lebih penting, inisiatif-inisiatif ini menyumbang secara langsung kepada pembangunan modal insan Sarawak dengan memastikan lebih ramai anak tempatan berpeluang melanjutkan pengajian ke peringkat tertiari, meningkatkan tahap kemahiran dan pengetahuan tenaga kerja, serta melahirkan graduan berkualiti yang mampu menyokong keperluan ekonomi negeri dalam jangka panjang<\/p>\n\n\n\n<p>Secara keseluruhannya, Bajet Sarawak 2026 memperlihatkan pendekatan yang holistik dan berpandangan jauh terhadap pembangunan pendidikan.<\/p>\n\n\n\n<p>Dengan peruntukan besar dan inisiatif menyeluruh, pendidikan diangkat sebagai pelaburan strategik yang memberi manfaat bukan sahaja kepada individu, malah kepada masyarakat dan ekonomi Sarawak secara keseluruhan.<\/p>\n\n\n\n<p>Langkah ini meletakkan Sarawak di landasan kukuh untuk melahirkan generasi berilmu, berdaya saing dan bersedia memacu masa depan negeri.<\/p>\n\n\n\n<p><strong>Rujukan :<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p>Kementerian Ekonomi Jabatan Perangkaan Malaysia. (2025). Laporan Survei Pendapatan Isi Rumah (Household Income Survey Report) Sarawak 2024. Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM). <a href=\"https:\/\/v2.dosm.gov.my\/uploads\/release-content\/file_20251010173346.pdf\">https:\/\/v2.dosm.gov.my\/uploads\/release-content\/file_20251010173346.pdf<\/a><\/p>\n\n\n\n<p>Kementerian Pendidikan Malaysia. (n.d.). Projek Daif: Dashboard projek pembangunan semula sekolah daif di Malaysia. <a href=\"https:\/\/projekdaif.moe.gov.my\/\">https:\/\/projekdaif.moe.gov.my\/<\/a><\/p>\n\n\n\n<p>Ministry of Higher Education Malaysia. (2023). Statistik pendidikan tinggi 2023: Bab 1 \u2013 Makro (Macro higher education statistics). Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. <a href=\"https:\/\/mohe.gov.my\/muat-turun\/statistik\/2023-3\/1473-bab-1-makro-2023-pdf\/file\">https:\/\/mohe.gov.my\/muat-turun\/statistik\/2023-3\/1473-bab-1-makro-2023-pdf\/file<\/a><\/p>\n\n\n\n<p>Ministry of Higher Education Malaysia. (2024). Statistik pendidikan tinggi 2024 : Bab 1 \u2013 Makro (Macro higher education statistics). Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. <a href=\"https:\/\/www.mohe.gov.my\/muat-turun\/statistik\/2024-4\/1702-bab-1-makro-2024-update-pdf\/file\">https:\/\/www.mohe.gov.my\/muat-turun\/statistik\/2024-4\/1702-bab-1-makro-2024-update-pdf\/file<\/a><\/p>\n\n\n\n<p>Office of the Premier of Sarawak. (2025). 2026 Sarawak Budget Speech. <a href=\"https:\/\/premier.sarawak.gov.my\/web\/subpage\/speeches_view\/230\">https:\/\/premier.sarawak.gov.my\/web\/subpage\/speeches_view\/230<\/a><\/p>\n<div style='text-align:center' class='yasr-auto-insert-visitor'><!--Yasr Visitor Votes Shortcode--><div id='yasr_visitor_votes_b734039bea6ee' class='yasr-visitor-votes'><div class=\"yasr-custom-text-vv-before yasr-custom-text-vv-before-28633\">Click to rate this post!<\/div><div id='yasr-vv-second-row-container-b734039bea6ee'\r\n                                        class='yasr-vv-second-row-container'><div id='yasr-visitor-votes-rater-b734039bea6ee'\r\n                                      class='yasr-rater-stars-vv'\r\n                                      data-rater-postid='28633'\r\n                                      data-rating='0'\r\n                                      data-rater-starsize='16'\r\n                                      data-rater-readonly='true'\r\n                                      data-rater-nonce='2b823f8f73'\r\n                                      data-issingular='false'\r\n                                    ><\/div><div class=\"yasr-vv-stats-text-container\" id=\"yasr-vv-stats-text-container-b734039bea6ee\"><svg xmlns=\"https:\/\/www.w3.org\/2000\/svg\" width=\"20\" height=\"20\"\r\n                                   class=\"yasr-dashicons-visitor-stats\"\r\n                                   data-postid=\"28633\"\r\n                                   id=\"yasr-stats-dashicon-b734039bea6ee\">\r\n                                   <path d=\"M18 18v-16h-4v16h4zM12 18v-11h-4v11h4zM6 18v-8h-4v8h4z\"><\/path>\r\n                               <\/svg><span id=\"yasr-vv-text-container-b734039bea6ee\" class=\"yasr-vv-text-container\">[Total: <span id=\"yasr-vv-votes-number-container-b734039bea6ee\">0<\/span>  Average: <span id=\"yasr-vv-average-container-b734039bea6ee\">0<\/span>]<\/span><\/div><div id='yasr-vv-loader-b734039bea6ee' class='yasr-vv-container-loader'><\/div><\/div><div id='yasr-vv-bottom-container-b734039bea6ee' class='yasr-vv-bottom-container'><div class='yasr-small-block-bold'><span class='yasr-visitor-votes-must-sign-in'>You must sign in to vote<\/span><\/div><\/div><\/div><!--End Yasr Visitor Votes Shortcode--><\/div>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Bajet Sarawak 2026 menjadikan pendidikan sebagai teras strategik pembangunan modal insan melalui penyediaan bantuan dan kemudahan pendidikan sekali gus meningkatkan kualiti dan melahirkan rakyat yang berpendidikan tinggi dan berkualiti setaraf global.<\/p>\n","protected":false},"author":4910,"featured_media":28632,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"yasr_overall_rating":0,"yasr_post_is_review":"","yasr_auto_insert_disabled":"","yasr_review_type":"","footnotes":""},"categories":[23,2,46,4180],"tags":[5759,5761,1633,5760],"class_list":{"0":"post-28633","1":"post","2":"type-post","3":"status-publish","4":"format-standard","5":"has-post-thumbnail","7":"category-from-rakan-sarawak","8":"category-featured","9":"category-rencana","10":"category-social","11":"tag-bajet-sarawak-2026","12":"tag-pembangunan-modal-insan","13":"tag-pendidikan","14":"tag-pendidikan-percuma"},"acf":[],"yoast_head":"<!-- This site is optimized with the Yoast SEO plugin v26.3 - https:\/\/yoast.com\/wordpress\/plugins\/seo\/ -->\n<title>Memperkukuh Pendidikan Teras Pembangunan Modal Insan - RAKAN Sarawak<\/title>\n<meta name=\"robots\" content=\"index, follow, max-snippet:-1, max-image-preview:large, max-video-preview:-1\" \/>\n<link rel=\"canonical\" href=\"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/2026\/01\/24\/memperkukuh-pendidikan-teras-pembangunan-modal-insan\/\" \/>\n<meta property=\"og:locale\" content=\"en_US\" \/>\n<meta property=\"og:type\" content=\"article\" \/>\n<meta property=\"og:title\" content=\"Memperkukuh Pendidikan Teras Pembangunan Modal Insan - RAKAN Sarawak\" \/>\n<meta property=\"og:description\" content=\"Bajet Sarawak 2026 menjadikan pendidikan sebagai teras strategik pembangunan modal insan melalui penyediaan bantuan dan kemudahan pendidikan sekali gus meningkatkan kualiti dan melahirkan rakyat yang berpendidikan tinggi dan berkualiti setaraf global.\" \/>\n<meta property=\"og:url\" content=\"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/2026\/01\/24\/memperkukuh-pendidikan-teras-pembangunan-modal-insan\/\" \/>\n<meta property=\"og:site_name\" content=\"RAKAN Sarawak\" \/>\n<meta property=\"article:publisher\" content=\"https:\/\/www.facebook.com\/rakanswk\" \/>\n<meta property=\"article:published_time\" content=\"2026-01-23T17:01:00+00:00\" \/>\n<meta property=\"article:modified_time\" content=\"2026-01-23T23:12:06+00:00\" \/>\n<meta property=\"og:image\" content=\"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/wp-content\/uploads\/2026\/01\/RO-16-1-17-2026.jpg\" \/>\n\t<meta property=\"og:image:width\" content=\"1000\" \/>\n\t<meta property=\"og:image:height\" content=\"500\" \/>\n\t<meta property=\"og:image:type\" content=\"image\/jpeg\" \/>\n<meta name=\"author\" content=\"rakan16sarawak\" \/>\n<meta name=\"twitter:card\" content=\"summary_large_image\" \/>\n<meta name=\"twitter:creator\" content=\"@RAKANSarawak\" \/>\n<meta name=\"twitter:site\" content=\"@RAKANSarawak\" \/>\n<meta name=\"twitter:label1\" content=\"Written by\" \/>\n\t<meta name=\"twitter:data1\" content=\"rakan16sarawak\" \/>\n\t<meta name=\"twitter:label2\" content=\"Est. reading time\" \/>\n\t<meta name=\"twitter:data2\" content=\"9 minutes\" \/>\n<script type=\"application\/ld+json\" class=\"yoast-schema-graph\">{\"@context\":\"https:\/\/schema.org\",\"@graph\":[{\"@type\":\"Article\",\"@id\":\"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/2026\/01\/24\/memperkukuh-pendidikan-teras-pembangunan-modal-insan\/#article\",\"isPartOf\":{\"@id\":\"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/2026\/01\/24\/memperkukuh-pendidikan-teras-pembangunan-modal-insan\/\"},\"author\":{\"name\":\"rakan16sarawak\",\"@id\":\"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/#\/schema\/person\/db74caec7088dbf82e82c4c292d0577e\"},\"headline\":\"Memperkukuh Pendidikan Teras Pembangunan Modal Insan\",\"datePublished\":\"2026-01-23T17:01:00+00:00\",\"dateModified\":\"2026-01-23T23:12:06+00:00\",\"mainEntityOfPage\":{\"@id\":\"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/2026\/01\/24\/memperkukuh-pendidikan-teras-pembangunan-modal-insan\/\"},\"wordCount\":1846,\"commentCount\":0,\"publisher\":{\"@id\":\"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/#organization\"},\"image\":{\"@id\":\"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/2026\/01\/24\/memperkukuh-pendidikan-teras-pembangunan-modal-insan\/#primaryimage\"},\"thumbnailUrl\":\"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/wp-content\/uploads\/2026\/01\/RO-16-1-17-2026.jpg\",\"keywords\":[\"Bajet Sarawak 2026\",\"Pembangunan Modal Insan\",\"Pendidikan\",\"Pendidikan Percuma\"],\"articleSection\":[\"Dari RAKAN Sarawak\",\"Featured\",\"Rencana\",\"Social\"],\"inLanguage\":\"en-US\",\"potentialAction\":[{\"@type\":\"CommentAction\",\"name\":\"Comment\",\"target\":[\"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/2026\/01\/24\/memperkukuh-pendidikan-teras-pembangunan-modal-insan\/#respond\"]}]},{\"@type\":\"WebPage\",\"@id\":\"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/2026\/01\/24\/memperkukuh-pendidikan-teras-pembangunan-modal-insan\/\",\"url\":\"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/2026\/01\/24\/memperkukuh-pendidikan-teras-pembangunan-modal-insan\/\",\"name\":\"Memperkukuh Pendidikan Teras Pembangunan Modal Insan - RAKAN Sarawak\",\"isPartOf\":{\"@id\":\"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/#website\"},\"primaryImageOfPage\":{\"@id\":\"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/2026\/01\/24\/memperkukuh-pendidikan-teras-pembangunan-modal-insan\/#primaryimage\"},\"image\":{\"@id\":\"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/2026\/01\/24\/memperkukuh-pendidikan-teras-pembangunan-modal-insan\/#primaryimage\"},\"thumbnailUrl\":\"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/wp-content\/uploads\/2026\/01\/RO-16-1-17-2026.jpg\",\"datePublished\":\"2026-01-23T17:01:00+00:00\",\"dateModified\":\"2026-01-23T23:12:06+00:00\",\"breadcrumb\":{\"@id\":\"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/2026\/01\/24\/memperkukuh-pendidikan-teras-pembangunan-modal-insan\/#breadcrumb\"},\"inLanguage\":\"en-US\",\"potentialAction\":[{\"@type\":\"ReadAction\",\"target\":[\"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/2026\/01\/24\/memperkukuh-pendidikan-teras-pembangunan-modal-insan\/\"]}]},{\"@type\":\"ImageObject\",\"inLanguage\":\"en-US\",\"@id\":\"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/2026\/01\/24\/memperkukuh-pendidikan-teras-pembangunan-modal-insan\/#primaryimage\",\"url\":\"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/wp-content\/uploads\/2026\/01\/RO-16-1-17-2026.jpg\",\"contentUrl\":\"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/wp-content\/uploads\/2026\/01\/RO-16-1-17-2026.jpg\",\"width\":1000,\"height\":500,\"caption\":\"Pelajar Sarawak yang mengikuti pengajian di universiti milik negeri Sarawak akan menikmati pengecualian yuran pengajian bagi 64 program ijazah sarjana muda Kredit Gambar : Swinburne Sarawak\"},{\"@type\":\"BreadcrumbList\",\"@id\":\"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/2026\/01\/24\/memperkukuh-pendidikan-teras-pembangunan-modal-insan\/#breadcrumb\",\"itemListElement\":[{\"@type\":\"ListItem\",\"position\":1,\"name\":\"Home\",\"item\":\"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/\"},{\"@type\":\"ListItem\",\"position\":2,\"name\":\"Memperkukuh Pendidikan Teras Pembangunan Modal Insan\"}]},{\"@type\":\"WebSite\",\"@id\":\"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/#website\",\"url\":\"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/\",\"name\":\"RAKAN Sarawak\",\"description\":\"An eyewitness to Sarawak\u2019s transformation\",\"publisher\":{\"@id\":\"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/#organization\"},\"alternateName\":\"Rangkaian Khidmat Awam Negeri Sarawak\",\"potentialAction\":[{\"@type\":\"SearchAction\",\"target\":{\"@type\":\"EntryPoint\",\"urlTemplate\":\"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/?s={search_term_string}\"},\"query-input\":{\"@type\":\"PropertyValueSpecification\",\"valueRequired\":true,\"valueName\":\"search_term_string\"}}],\"inLanguage\":\"en-US\"},{\"@type\":\"Organization\",\"@id\":\"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/#organization\",\"name\":\"RAKAN Sarawak\",\"alternateName\":\"Rangkaian Khidmat Awam Negeri Sarawak\",\"url\":\"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/\",\"logo\":{\"@type\":\"ImageObject\",\"inLanguage\":\"en-US\",\"@id\":\"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/#\/schema\/logo\/image\/\",\"url\":\"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/wp-content\/uploads\/2023\/12\/logo-rstagline.png\",\"contentUrl\":\"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/wp-content\/uploads\/2023\/12\/logo-rstagline.png\",\"width\":172,\"height\":120,\"caption\":\"RAKAN Sarawak\"},\"image\":{\"@id\":\"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/#\/schema\/logo\/image\/\"},\"sameAs\":[\"https:\/\/www.facebook.com\/rakanswk\",\"https:\/\/x.com\/RAKANSarawak\"]},{\"@type\":\"Person\",\"@id\":\"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/#\/schema\/person\/db74caec7088dbf82e82c4c292d0577e\",\"name\":\"rakan16sarawak\",\"image\":{\"@type\":\"ImageObject\",\"inLanguage\":\"en-US\",\"@id\":\"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/#\/schema\/person\/image\/\",\"url\":\"https:\/\/secure.gravatar.com\/avatar\/a8ff7919b50f48c9616122dfbd2397d3d2dbb87d5305c31130044fded8bc49a3?s=96&r=g&d=https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/wp-content\/plugins\/userswp\/assets\/images\/no_profile.png\",\"contentUrl\":\"https:\/\/secure.gravatar.com\/avatar\/a8ff7919b50f48c9616122dfbd2397d3d2dbb87d5305c31130044fded8bc49a3?s=96&r=g&d=https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/wp-content\/plugins\/userswp\/assets\/images\/no_profile.png\",\"caption\":\"rakan16sarawak\"},\"url\":\"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/myprofile\/rakan16sarawak\/\"},false]}<\/script>\n<!-- \/ Yoast SEO plugin. -->","yoast_head_json":{"title":"Memperkukuh Pendidikan Teras Pembangunan Modal Insan - RAKAN Sarawak","robots":{"index":"index","follow":"follow","max-snippet":"max-snippet:-1","max-image-preview":"max-image-preview:large","max-video-preview":"max-video-preview:-1"},"canonical":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/2026\/01\/24\/memperkukuh-pendidikan-teras-pembangunan-modal-insan\/","og_locale":"en_US","og_type":"article","og_title":"Memperkukuh Pendidikan Teras Pembangunan Modal Insan - RAKAN Sarawak","og_description":"Bajet Sarawak 2026 menjadikan pendidikan sebagai teras strategik pembangunan modal insan melalui penyediaan bantuan dan kemudahan pendidikan sekali gus meningkatkan kualiti dan melahirkan rakyat yang berpendidikan tinggi dan berkualiti setaraf global.","og_url":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/2026\/01\/24\/memperkukuh-pendidikan-teras-pembangunan-modal-insan\/","og_site_name":"RAKAN Sarawak","article_publisher":"https:\/\/www.facebook.com\/rakanswk","article_published_time":"2026-01-23T17:01:00+00:00","article_modified_time":"2026-01-23T23:12:06+00:00","og_image":[{"width":1000,"height":500,"url":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/wp-content\/uploads\/2026\/01\/RO-16-1-17-2026.jpg","type":"image\/jpeg"}],"author":"rakan16sarawak","twitter_card":"summary_large_image","twitter_creator":"@RAKANSarawak","twitter_site":"@RAKANSarawak","twitter_misc":{"Written by":"rakan16sarawak","Est. reading time":"9 minutes"},"schema":{"@context":"https:\/\/schema.org","@graph":[{"@type":"Article","@id":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/2026\/01\/24\/memperkukuh-pendidikan-teras-pembangunan-modal-insan\/#article","isPartOf":{"@id":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/2026\/01\/24\/memperkukuh-pendidikan-teras-pembangunan-modal-insan\/"},"author":{"name":"rakan16sarawak","@id":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/#\/schema\/person\/db74caec7088dbf82e82c4c292d0577e"},"headline":"Memperkukuh Pendidikan Teras Pembangunan Modal Insan","datePublished":"2026-01-23T17:01:00+00:00","dateModified":"2026-01-23T23:12:06+00:00","mainEntityOfPage":{"@id":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/2026\/01\/24\/memperkukuh-pendidikan-teras-pembangunan-modal-insan\/"},"wordCount":1846,"commentCount":0,"publisher":{"@id":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/#organization"},"image":{"@id":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/2026\/01\/24\/memperkukuh-pendidikan-teras-pembangunan-modal-insan\/#primaryimage"},"thumbnailUrl":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/wp-content\/uploads\/2026\/01\/RO-16-1-17-2026.jpg","keywords":["Bajet Sarawak 2026","Pembangunan Modal Insan","Pendidikan","Pendidikan Percuma"],"articleSection":["Dari RAKAN Sarawak","Featured","Rencana","Social"],"inLanguage":"en-US","potentialAction":[{"@type":"CommentAction","name":"Comment","target":["https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/2026\/01\/24\/memperkukuh-pendidikan-teras-pembangunan-modal-insan\/#respond"]}]},{"@type":"WebPage","@id":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/2026\/01\/24\/memperkukuh-pendidikan-teras-pembangunan-modal-insan\/","url":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/2026\/01\/24\/memperkukuh-pendidikan-teras-pembangunan-modal-insan\/","name":"Memperkukuh Pendidikan Teras Pembangunan Modal Insan - RAKAN Sarawak","isPartOf":{"@id":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/#website"},"primaryImageOfPage":{"@id":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/2026\/01\/24\/memperkukuh-pendidikan-teras-pembangunan-modal-insan\/#primaryimage"},"image":{"@id":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/2026\/01\/24\/memperkukuh-pendidikan-teras-pembangunan-modal-insan\/#primaryimage"},"thumbnailUrl":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/wp-content\/uploads\/2026\/01\/RO-16-1-17-2026.jpg","datePublished":"2026-01-23T17:01:00+00:00","dateModified":"2026-01-23T23:12:06+00:00","breadcrumb":{"@id":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/2026\/01\/24\/memperkukuh-pendidikan-teras-pembangunan-modal-insan\/#breadcrumb"},"inLanguage":"en-US","potentialAction":[{"@type":"ReadAction","target":["https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/2026\/01\/24\/memperkukuh-pendidikan-teras-pembangunan-modal-insan\/"]}]},{"@type":"ImageObject","inLanguage":"en-US","@id":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/2026\/01\/24\/memperkukuh-pendidikan-teras-pembangunan-modal-insan\/#primaryimage","url":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/wp-content\/uploads\/2026\/01\/RO-16-1-17-2026.jpg","contentUrl":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/wp-content\/uploads\/2026\/01\/RO-16-1-17-2026.jpg","width":1000,"height":500,"caption":"Pelajar Sarawak yang mengikuti pengajian di universiti milik negeri Sarawak akan menikmati pengecualian yuran pengajian bagi 64 program ijazah sarjana muda Kredit Gambar : Swinburne Sarawak"},{"@type":"BreadcrumbList","@id":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/2026\/01\/24\/memperkukuh-pendidikan-teras-pembangunan-modal-insan\/#breadcrumb","itemListElement":[{"@type":"ListItem","position":1,"name":"Home","item":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/"},{"@type":"ListItem","position":2,"name":"Memperkukuh Pendidikan Teras Pembangunan Modal Insan"}]},{"@type":"WebSite","@id":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/#website","url":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/","name":"RAKAN Sarawak","description":"An eyewitness to Sarawak\u2019s transformation","publisher":{"@id":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/#organization"},"alternateName":"Rangkaian Khidmat Awam Negeri Sarawak","potentialAction":[{"@type":"SearchAction","target":{"@type":"EntryPoint","urlTemplate":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/?s={search_term_string}"},"query-input":{"@type":"PropertyValueSpecification","valueRequired":true,"valueName":"search_term_string"}}],"inLanguage":"en-US"},{"@type":"Organization","@id":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/#organization","name":"RAKAN Sarawak","alternateName":"Rangkaian Khidmat Awam Negeri Sarawak","url":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/","logo":{"@type":"ImageObject","inLanguage":"en-US","@id":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/#\/schema\/logo\/image\/","url":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/wp-content\/uploads\/2023\/12\/logo-rstagline.png","contentUrl":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/wp-content\/uploads\/2023\/12\/logo-rstagline.png","width":172,"height":120,"caption":"RAKAN Sarawak"},"image":{"@id":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/#\/schema\/logo\/image\/"},"sameAs":["https:\/\/www.facebook.com\/rakanswk","https:\/\/x.com\/RAKANSarawak"]},{"@type":"Person","@id":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/#\/schema\/person\/db74caec7088dbf82e82c4c292d0577e","name":"rakan16sarawak","image":{"@type":"ImageObject","inLanguage":"en-US","@id":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/#\/schema\/person\/image\/","url":"https:\/\/secure.gravatar.com\/avatar\/a8ff7919b50f48c9616122dfbd2397d3d2dbb87d5305c31130044fded8bc49a3?s=96&r=g&d=https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/wp-content\/plugins\/userswp\/assets\/images\/no_profile.png","contentUrl":"https:\/\/secure.gravatar.com\/avatar\/a8ff7919b50f48c9616122dfbd2397d3d2dbb87d5305c31130044fded8bc49a3?s=96&r=g&d=https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/wp-content\/plugins\/userswp\/assets\/images\/no_profile.png","caption":"rakan16sarawak"},"url":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/myprofile\/rakan16sarawak\/"},false]}},"yasr_visitor_votes":{"stars_attributes":{"read_only":true,"span_bottom":"<div class='yasr-small-block-bold'><span class='yasr-visitor-votes-must-sign-in'>You must sign in to vote<\/span><\/div>"},"number_of_votes":0,"sum_votes":0},"publishpress_future_action":{"enabled":false,"date":"2026-04-28 16:56:11","action":"change-status","newStatus":"draft","terms":[],"taxonomy":"category","extraData":[]},"publishpress_future_workflow_manual_trigger":{"enabledWorkflows":[]},"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/28633","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/wp-json\/wp\/v2\/users\/4910"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=28633"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/28633\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":28634,"href":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/28633\/revisions\/28634"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/wp-json\/wp\/v2\/media\/28632"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=28633"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=28633"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=28633"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}