{"id":28985,"date":"2026-03-22T01:01:00","date_gmt":"2026-03-21T17:01:00","guid":{"rendered":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/?p=28985"},"modified":"2026-03-23T08:22:47","modified_gmt":"2026-03-23T00:22:47","slug":"produktiviti-unggul-hasil-pengukuhan-soft-skills-secara-berterusan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/2026\/03\/22\/produktiviti-unggul-hasil-pengukuhan-soft-skills-secara-berterusan\/","title":{"rendered":"Produktiviti Unggul Hasil Pengukuhan Soft skills Secara Berterusan"},"content":{"rendered":"\n<p class=\"has-drop-cap\">Kerjaya idaman sering dianggap sebagai pekerjaan bergaji tinggi atau jawatan terkenal yang memberi prestij.<\/p>\n\n\n\n<p>Namun, dalam era automasi dan AI, kerjaya idaman kini menekankan gabungan kemahiran teknikal dan &#8216;soft skills&#8217; yang membolehkan individu bersaing, menambah nilai unik dan bersedia menghadapi pekerjaan masa depan yang dinamik.<\/p>\n\n\n\n<p>Transformasi teknologi ini bukan sekadar menghapuskan beberapa tugas konvensional, tetapi turut mewujudkan peluang pekerjaan baharu yang memerlukan kombinasi kemahiran manusia dan teknologi.<\/p>\n\n\n\n<p>Menurut laporan McKinsey Skill Shift, Automation and the Future of the Workforce, dunia kerja pada masa depan menuntut kemahiran sosial, emosi dan kognitif yang sukar digantikan oleh AI.<\/p>\n\n\n\n<p>Pekerja dengan kemahiran interpersonal yang kukuh seperti kepimpinan, kerjasama, komunikasi, kreativiti dan kecerdasan emosi akan terus menjadi aset berharga.<\/p>\n\n\n\n<p>Kajian Harvard University pula mengenal pasti beberapa kemahiran &#8220;future-proof&#8221;, termasuk pemikiran kritikal, kebolehsuaian, etika, komunikasi merentas disiplin dan kreativiti, yang akan tetap relevan walaupun AI berkembang pesat.<\/p>\n\n\n\n<p>Kemahiran ini membolehkan pekerja menilai output sistem automatik, membuat keputusan strategik dan mengambil tindakan berdasarkan nilai kemanusiaan.<\/p>\n\n\n<div class=\"wp-block-image\">\n<figure class=\"aligncenter size-large\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"683\" height=\"1024\" src=\"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/wp-content\/uploads\/2026\/03\/RO-inf-7-1-256-1000-683x1024.png\" alt=\"\" class=\"wp-image-28983\" srcset=\"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/wp-content\/uploads\/2026\/03\/RO-inf-7-1-256-1000-683x1024.png 683w, https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/wp-content\/uploads\/2026\/03\/RO-inf-7-1-256-1000-200x300.png 200w, https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/wp-content\/uploads\/2026\/03\/RO-inf-7-1-256-1000-768x1152.png 768w, https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/wp-content\/uploads\/2026\/03\/RO-inf-7-1-256-1000-280x420.png 280w, https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/wp-content\/uploads\/2026\/03\/RO-inf-7-1-256-1000-150x225.png 150w, https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/wp-content\/uploads\/2026\/03\/RO-inf-7-1-256-1000-300x450.png 300w, https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/wp-content\/uploads\/2026\/03\/RO-inf-7-1-256-1000-696x1044.png 696w, https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/wp-content\/uploads\/2026\/03\/RO-inf-7-1-256-1000-600x900.png 600w, https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/wp-content\/uploads\/2026\/03\/RO-inf-7-1-256-1000.png 1024w\" sizes=\"auto, (max-width: 683px) 100vw, 683px\" \/><\/figure><\/div>\n\n\n<p>Seorang pemimpin global dari McKinsey, Bob Sternfels, menegaskan bahawa kerjaya masa depan tidak boleh hanya bergantung pada kemahiran teknikal.<\/p>\n\n\n\n<p>Bob Sternfels menekankan bahawa walaupun AI mampu mengautomasi tugas rutin, terdapat tiga (3) kemahiran manusia yang tetap penting iaitu aspirasi strategik, pertimbangan bijak dan kreativiti asli. Individu yang menggabungkan kemahiran teknikal dengan <em>soft skills <\/em>ini akan lebih mudah menyesuaikan diri dengan perubahan pasaran dan membina kerjaya idaman yang bermakna.<\/p>\n\n\n\n<p>Transformasi kerjaya ini juga jelas berlaku di Malaysia, di mana menurut laporan EY 2024 Work Reimagined Survey, 90% pekerja dan 69% majikan bersetuju bahawa pembangunan kemahiran terutamanya <em>soft skills <\/em>adalah faktor utama dalam mencapai kerjaya yang diidamkan.<\/p>\n\n\n\n<p>Majikan kini bukan hanya menilai kelayakan akademik, tetapi menekankan kebolehan pekerja menyesuaikan diri, belajar sepanjang hayat dan berkolaborasi dalam pasukan pelbagai disiplin.<\/p>\n\n\n\n<p>Di Malaysia, langkah praktikal untuk membina <em>soft skills <\/em>yang menjadi tonggak kerjaya idaman semakin berkembang dengan pelbagai inisiatif yang menyokong pembelajaran holistik.<\/p>\n\n\n\n<p>Salah satu pendekatan yang memberi impak nyata ialah pelaksanaan program pementoran dan latihan industri yang memberi peluang kepada pelajar universiti menjalani latihan magang di syarikat-syarikat teknologi dan perkhidmatan.<\/p>\n\n\n\n<p>Melalui program ini, pelajar bukan sahaja dipupuk dari segi kemahiran teknikal, tetapi turut didedahkan kepada <em>soft skills <\/em>seperti komunikasi efektif, penyelesaian masalah dan kepimpinan praktikal. Ketiga-tiga aspek ini merupakan elemen penting yang sering disebut majikan sebagai keutamaan dalam dunia kerja masa kini dan masa depan.<\/p>\n\n\n\n<p>Selain itu, pusat latihan seperti HRD Corp telah mula menawarkan kursus yang menggabungkan pembelajaran kemahiran digital dan AI dengan <em>soft skills <\/em>asas termasuk pengurusan pasukan (<em>team management<\/em>), etika digital dan pendekatan kreatif dalam menyelesaikan masalah.<\/p>\n\n\n\n<p>Inisiatif seperti ini adalah penting kerana laporan global menunjuk bahawa kemahiran seperti ketahanan (<em>resilience<\/em>), fleksibiliti dan pemikiran kreatif bukan sahaja relevan tetapi juga sering dinyatakan oleh majikan sebagai kemahiran teras yang diperlukan oleh tenaga kerja masa depan.<\/p>\n\n\n\n<p>Menurut Future of Jobs Report 2025 oleh World Economic Forum, ketahanan, fleksibiliti dan kemampuan berfikir secara kreatif terus muncul dalam 10 kemahiran teratas yang dicari oleh majikan di seluruh dunia pada era kerja 2025-2030.<\/p>\n\n\n\n<p>Laporan yang sama juga mendapati bahawa kemahiran seperti pemikiran analitikal, kepimpinan dan pengaruh sosial, serta rasa ingin tahu dan pembelajaran berterusan turut mendominasi senarai kemahiran yang semakin meningkat kepentingannya.<\/p>\n\n\n\n<p>Bukan itu sahaja, kolaborasi antara sektor awam, swasta dan institusi pendidikan turut memainkan peranan penting dalam menyediakan platform lebih luas untuk pembangunan kemahiran.<\/p>\n\n\n\n<p>Sebagai contoh, inisiatif seperti ASEAN Green Skills Fair 2025 menyatukan pelajar, graduan dan profesional muda dalam program yang membantu mereka membina kemahiran teknikal serta interpersonal selari dengan keperluan ekonomi hijau dan digital.<\/p>\n\n\n\n<p>Pendekatan ini bukan sahaja memberi pendedahan terhadap teknologi hijau dan digital, tetapi juga menekankan kepentingan kebolehsuaian, kolaborasi antara disiplin dan pemikiran inovatif dalam pasaran kerja global.<\/p>\n\n\n\n<p>Seiring transformasi digital yang berlaku, beberapa sektor pekerjaan kini memerlukan integrasi yang lebih kompleks antara kemahiran manusia dan teknologi.<\/p>\n\n\n\n<p>Dalam sektor kesihatan dan penjagaan sosial, keupayaan untuk menguruskan pesakit dengan empati dan komunikasi yang berkesan tetap menjadi kemahiran yang tidak boleh diotomasi, walaupun teknologi digital menjadi sebahagian daripada proses kerja harian.<\/p>\n\n\n\n<p>Begitu juga dalam bidang pendidikan, guru tidak lagi sekadar menyampaikan ilmu, tetapi juga perlu kreatif dalam menggabungkan teknologi pendidikan untuk memberi pengalaman pembelajaran yang lebih bermakna kepada pelajar.<\/p>\n\n\n\n<p>Di sektor teknologi dan inovasi pula, pekerja bukan sahaja bertanggungjawab membangun sistem AI atau perisian, tetapi juga menghasilkan penyelesaian kreatif yang memenuhi keperluan manusia di mana ia merupakan satu kemahiran yang sukar digantikan oleh automasi.<\/p>\n\n\n\n<p>Kepentingan <em>soft skills <\/em>dalam meningkatkan produktiviti telah terbukti melalui pelbagai data global.<\/p>\n\n\n\n<p>Satu kajian oleh SThree, sebuah firma sumber bakat global, mendedahkan bahawa kepercayaan merupakan pengganda produktiviti utama, di mana lebih daripada 75% pekerja yang mempunyai kepercayaan tinggi terhadap pemimpin mereka bersedia untuk melakukan lebih daripada yang diharapkan, berbanding hanya 2% bagi mereka yang mempunyai kepercayaan rendah.<\/p>\n\n\n\n<p>Kajian yang sama juga mendapati bahawa profesional STEM kehilangan hampir enam (6) jam seminggu disebabkan oleh sokongan AI yang terhad dan sistem yang usang, yang bersamaan dengan kira-kira 34 hari bekerja setahun bagi setiap pekerja.<\/p>\n\n\n\n<p>Ini menunjukkan bahawa pelaburan dalam kemahiran insaniah seperti kepimpinan dan kebolehsuaian boleh membebaskan produktiviti yang hilang akibat ketidakcekapan organisasi.<\/p>\n\n\n\n<p>Di peringkat global, kajian upGrad Enterprise mendapati bahawa keutamaan terhadap kemahiran kepimpinan dikaitkan dengan margin keuntungan yang lebih tinggi, dengan India menunjukkan premium prestasi yang jelas iaitu sekitar 7 (tujuh) mata peratusan margin keuntungan yang lebih tinggi bagi syarikat yang mengutamakan pembangunan &#8216;<em>power skills&#8217;<\/em>.<\/p>\n\n\n\n<p>Di seberang dunia, negara-negara di Eropah menunjukkan bagaimana <em>soft skills <\/em>menjadi pemacu produktiviti melalui model kepercayaan dan kolaborasi.<\/p>\n\n\n\n<p>Negara-negara Nordic seperti Finland, Norway, Denmark, Estonia dan Sweden, yang kesemuanya berada dalam 10 teratas Indeks Kemahiran STEM SThree, telah membina budaya kolaboratif berasaskan kepercayaan yang secara semula jadi memupuk <em>soft skills<\/em>.<\/p>\n\n\n\n<p>Model pendidikan Finland, misalnya, menekankan pembelajaran berasaskan inkuiri dan penyelesaian masalah berbanding hafalan, manakala sekolah di Denmark mengutamakan kreativiti dan kolaborasi.<\/p>\n\n\n\n<p>Hasilnya, pemimpin-pemimpin dari negara-negara ini bukan sahaja mahir dari segi teknikal tetapi juga mempunyai keupayaan untuk memberi inspirasi kepada pasukan dan memacu inovasi.<\/p>\n\n\n\n<p>Switzerland, yang menduduki tangga teratas Indeks Kemahiran STEM, menggunakan model latihan vokasional dwi yang menggabungkan pembelajaran di tempat kerja dengan teori bilik darjah, secara eksplisit membangunkan kolaborasi, komunikasi dan pertimbangan dalam kalangan pelajarnya.<\/p>\n\n\n\n<p>Pendekatan ini menunjukkan bahawa apabila <em>soft skills <\/em>dijadikan asas dalam sistem pendidikan dan budaya korporat, produktiviti dan daya saing negara akan meningkat.<\/p>\n\n\n\n<p>Di Asia, negara-negara seperti Singapura dan China menunjukkan komitmen yang tinggi terhadap pembangunan kemahiran yang seimbang.<\/p>\n\n\n\n<p>Singapura, yang menduduki ranking pertama dalam Indeks Kemahiran STEM untuk komponen teknologi, menganggap <em>soft skills <\/em>sebagai asas yang perlu dipupuk sejak awal.<\/p>\n\n\n\n<p>Inisiatif &#8220;Skills Future&#8221; di negara ini menyediakan kursus bersubsidi kerajaan yang menggabungkan peningkatan kemahiran teknikal dengan pembangunan kepimpinan, melahirkan tenaga kerja yang bukan sahaja mahir dalam AI generasi baharu tetapi juga bersedia untuk membimbing orang lain melalui perubahan.<\/p>\n\n\n\n<p>Sementara itu, di China, laporan FII Institute mendapati bahawa kira-kira 40% graduan memiliki kelayakan dalam bidang STEM, namun cabaran utama adalah untuk melengkapkan mereka dengan kemahiran insaniah yang diperlukan oleh pasaran kerja yang berkembang pesat.<\/p>\n\n\n\n<p>Di Jepun, hanya 64% eksekutif menjangkakan untuk menggunakan AI dalam tempoh lima (5) tahun akan datang, kadar terendah di rantau Asia, yang mungkin mencerminkan keperluan untuk peningkatan kemahiran kepimpinan dan kebolehsuaian dalam kalangan pengurusan atasan.<\/p>\n\n\n\n<p>Sementara itu, India menunjukkan tumpuan yang lebih terhadap kemahiran menyelesaikan masalah (93%), tetapi kurang menekankan kemahiran pengaruh dan empati, menunjukkan keperluan untuk pendekatan yang lebih holistik dalam pembangunan bakat.<\/p>\n\n\n\n<p>Benua Afrika juga menyedari bahawa <em>soft skills <\/em>adalah kunci untuk memanfaatkan potensi penduduk mudanya yang besar.<\/p>\n\n\n\n<p>Menurut laporan GABI, masalah ketidakpadanan kemahiran di negara seperti Nigeria dan Kenya menunjukkan bahawa graduan sering kekurangan kesediaan kerja dari segi komunikasi profesional dan etika perundingan, walaupun memiliki kemahiran teknikal yang kukuh.<\/p>\n\n\n\n<p>Di Nigeria, majikan sering mengadu tentang jurang kemahiran ini, manakala di Kenya, syarikat teknologi melaporkan bahawa pengaturcara yang baik gagal dalam peranan berdepan pelanggan kerana kekurangan kemahiran komunikasi.<\/p>\n\n\n\n<p>Sebaliknya, negara seperti Rwanda telah mengintegrasikan penyelesaian masalah dan kerja berpasukan ke dalam kurikulum pendidikan menengahnya, yang telah menunjukkan peningkatan dalam kadar keusahawanan dalam kalangan belia.<\/p>\n\n\n\n<p>Afrika Selatan pula bereksperimen dengan &#8220;mentor songsang&#8221; di mana pekerja muda yang celik teknologi membimbing eksekutif kanan, memupuk pembelajaran merentas generasi dan meningkatkan kebolehsuaian organisasi.<\/p>\n\n\n\n<p>Pendekatan ini penting kerana dalam ekonomi global yang terhubung, keupayaan untuk berhubung, memujuk, memimpin dan berinovasi dengan empati adalah apa yang akan membezakan bakat Afrika.<\/p>\n\n\n\n<p>Di rantau Amerika Latin, realiti sosioekonomi yang mencabar telah membentuk set <em>soft skills <\/em>yang unik dan sangat bernilai.<\/p>\n\n\n\n<p>Menurut analisis oleh Lefebvre Dalloz Comp\u00e9tences, pekerja di Amerika Selatan mengembangkan kemahiran seperti daya tahan (<em>resilience<\/em>), kebijaksanaan (<em>resourcefulness<\/em>), solidariti dan kebolehsuaian yang tinggi dalam persekitaran yang tidak stabil.<\/p>\n\n\n\n<p>Ungkapan Mexico &#8220;<em>Sacamos la chamba no importa c\u00f3mo<\/em>&#8221; (kami lakukan kerja, tidak kira bagaimana) menggambarkan keupayaan untuk mengatasi halangan dan mencari penyelesaian kreatif dalam situasi yang sukar.<\/p>\n\n\n\n<p>Kecerdasan hubungan (<em>relational intelligence<\/em>) menjadi asas dalam dunia kerja Amerika Latin, di mana membina kepercayaan dan mewujudkan hubungan peribadi yang kukuh adalah prasyarat untuk sebarang kerjasama perniagaan.<\/p>\n\n\n\n<p>Pemimpin yang baik dinilai berdasarkan kedekatan mereka dengan pasukan, kesediaan untuk mendengar dan keupayaan untuk mengekalkan keharmonian dalam organisasi yang sering mempunyai struktur hierarki yang jelas.<\/p>\n\n\n\n<p>Kemahiran ini, yang diasah oleh realiti sosial yang mencabar, menjadi aset besar dalam industri seperti perkhidmatan pelanggan dan perniagaan keluarga, serta dalam konteks kerja jarak jauh yang memerlukan empati digital yang tinggi.<\/p>\n\n\n\n<p>Bagi syarikat yang mencari bakat di Amerika Latin melalui model BPO (<em>Business Process Outsourcing<\/em>), kemahiran seperti komunikasi tidak segerak yang jelas, pengurusan diri berorientasikan hasil dan pemikiran kritis terhadap output AI menjadi penapis eksklusif yang menentukan kejayaan atau kegagalan pengambilan pekerja.<\/p>\n\n\n\n<p>Data dan laporan global menyokong kepentingan <em>soft skills <\/em>ini sebagai sebahagian daripada kerjaya idaman.<\/p>\n\n\n\n<p>Kajian dunia oleh upGrad Enterprise dalam The Power Skills Imperative (Global Outlook 2026) menyatakan bahawa <em>traditional<\/em> <em>soft skills <\/em>seperti kepimpinan, komunikasi dan penyelesaian masalah semakin menjadi faktor pembeza utama dalam organisasi yang ingin memacu prestasi di era tempat kerja yang dipacu oleh AI (AI <em>driven workplace<\/em>).<\/p>\n\n\n\n<p>Menurut kajian itu, kemampuan memimpin malah dianggap lebih kritikal daripada kecekapan teknikal semata-mata dalam menentukan kejayaan organisasi di tengah tekanan produktiviti dan perubahan persekitaran kerja.<\/p>\n\n\n\n<p>Walau bagaimanapun, laporan yang sama juga memberi amaran bahawa pengukuran keberkesanan latihan <em>soft skills <\/em>masih lemah di peringkat global, dengan penarafan pengurus mendominasi penilaian (87% secara global) tanpa adanya kaedah yang lebih objektif dan konsisten.<\/p>\n\n\n\n<p>Kombinasi bukti ini menunjukkan bahawa <em>soft skills <\/em>bukan sekadar &#8220;nilai tambah&#8221;, tetapi keperluan strategik dalam pembentukan kerjaya idaman masa depan.<\/p>\n\n\n\n<p>Ia memberi kelebihan berbanding pekerja yang hanya bergantung kepada kemahiran teknikal semata-mata, membantu individu menyesuaikan diri dengan perubahan pasaran dan teknologi, serta meningkatkan daya tahan profesional dan kepuasan kerjaya dalam jangka panjang.<\/p>\n\n\n\n<p>Seorang futuris terkenal, Sinead Bovell, menyatakan bahawa dalam dunia yang dipacu AI dan automasi, <em>soft skills <\/em>adalah penentu kelangsungan kerjaya; &#8220;Kemahiran ini membezakan manusia daripada mesin. Tanpa <em>soft skills<\/em>, individu mungkin terjejas oleh automasi walaupun menguasai kemahiran teknikal.&#8221;<\/p>\n\n\n\n<p>Bagi memastikan <em>soft skills <\/em>berkembang, institusi pendidikan perlu menyediakan latihan praktikal, pengalaman dunia sebenar dan program interaktif.<\/p>\n\n\n\n<p>Model seperti Universiti Monterrey di Mexico, yang menggunakan pendekatan pembelajaran berasaskan cabaran (Tec21) di mana lebih 50% kurikulum melibatkan projek kerjasama dengan syarikat untuk menyelesaikan masalah dunia sebenar, adalah contoh terbaik dalam membina kemahiran seperti pemikiran kritis, kolaborasi dan kebolehsuaian.<\/p>\n\n\n\n<p>Organisasi korporat pula harus membina budaya kerja yang menyokong inovasi, kerjasama dan komunikasi efektif.<\/p>\n\n\n\n<p>Inisiatif seperti penggunaan platform simulasi AI oleh AWS (SimuLearn) yang menggabungkan latihan teknikal dengan kemahiran komunikasi dan strategi dalam persekitaran maya, telah terbukti berkesan.<\/p>\n\n\n\n<p>Kerajaan boleh menyokong dengan dasar kemahiran bersepadu yang menekankan keseimbangan antara teknikal dan <em>soft skills<\/em>, seperti yang dilakukan oleh Singapura melalui inisiatif SkillsFuture.<\/p>\n\n\n\n<p>Kerjaya idaman dalam era automasi dan AI memerlukan gabungan kemahiran teknikal dan <em>soft skills<\/em>.<\/p>\n\n\n\n<p>Tanpa kedua-dua elemen ini, pekerja berisiko tidak relevan dalam pasaran kerja yang semakin kompetitif.<\/p>\n\n\n\n<p>Dengan pendidikan, latihan, pengalaman praktikal dan sokongan kerajaan serta industri, generasi pekerja masa depan akan lebih bersedia untuk meraih kerjaya idaman yang bermakna, fleksibel dan tahan lama.<\/p>\n\n\n\n<p>Rujukan:<\/p>\n\n\n\n<p>1. &nbsp;&nbsp;&nbsp; Future of Jobs Report 2025 &#8212; World Economic Forum (kemahiran teras yang dicari majikan): [https:\/\/www.weforum.org\/publications\/the-future-of-jobs-report-2025](https:\/\/www.weforum.org\/publications\/the-future-of-jobs-report-2025)<\/p>\n\n\n\n<p>2. &nbsp;&nbsp;&nbsp; The Power Skills Imperative &#8212; Global Outlook 2026 &#8212; upGrad Enterprise Global Study (kepentingan soft skills): [https:\/\/m.economictimes.com\/jobs\/hr-policies-trends\/traditional-soft-skills-gain-power-in-2026-upgrad-enterprise-global-study\/articleshow\/126475110.cms](https:\/\/m.economictimes.com\/jobs\/hr-policies-trends\/traditional-soft-skills-gain-power-in-2026-upgrad-enterprise-global-study\/articleshow\/126475110.cms)<\/p>\n\n\n\n<p>3. &nbsp;&nbsp;&nbsp; Bughin, J., Hazan, E., Lund, S., Dahlstr\u00f6m, P., Wiesinger, A., &amp; Subramaniam, A. (2018, May 23).&nbsp;Skill shift: Automation and the future of the workforce. McKinsey &amp; Company. [https:\/\/www.mckinsey.com\/featured-insights\/future-of-work\/skill-shift-automation-and-the-future-of-the-workforce](https:\/\/www.mckinsey.com\/featured-insights\/future-of-work\/skill-shift-automation-and-the-future-of-the-workforce)<\/p>\n\n\n\n<p>4. &nbsp;&nbsp;&nbsp; Zarafshan Shiraz. (2025, October 7).&nbsp;5 future-proof skills Harvard says will outlast AI. The Times of India. [https:\/\/timesofindia.indiatimes.com\/education\/news\/5-future-proof-skills-harvard-says-will-outlast-ai\/photostory\/124359381.cms](https:\/\/timesofindia.indiatimes.com\/education\/news\/5-future-proof-skills-harvard-says-will-outlast-ai\/photostory\/124359381.cms)<\/p>\n\n\n\n<p>5. &nbsp;&nbsp;&nbsp; World Economic Forum. (2025). New Economy Skills: Unlocking Human Advantage (White Paper).<\/p>\n\n\n\n<p>6. &nbsp;&nbsp;&nbsp; SThree. (2025). The <em>Soft skills <\/em>Advantage: Which Countries are Winning the STEM Leadership Race?<\/p>\n\n\n\n<p>7. &nbsp;&nbsp;&nbsp; GABI. (2025). The Skills Race: Why <em>Soft skills <\/em>Will Decide Africa\u2019s Role in The Global Economy.&nbsp;<\/p>\n\n\n\n<p>8. &nbsp;&nbsp;&nbsp; FII Institute. (2025). Global Future of Work Compass: Asia Edition.&nbsp;<\/p>\n\n\n\n<p>9. &nbsp;&nbsp;&nbsp; Lefebvre Dalloz Comp\u00e9tences. (2025). Tour du monde des <em>soft skills <\/em>: comment sont-elles per\u00e7ues en Am\u00e9rique du Sud ?<\/p>\n\n\n\n<p>10. BPO Latam. (2026). Beyond Wi-Fi: The 4 <em>Soft skills <\/em>That Define Success (or Failure) in Remote Work.&nbsp;<\/p>\n\n\n\n<p>11. ATD. (2019). Global Trends in Talent Development Report.&nbsp;<\/p>\n\n\n\n<p>12. HRD Corp. (n.d.). Teknologi Digital. [https:\/\/hrdcorp.gov.my\/ms\/indsf-bm\/teknologi-digital](https:\/\/hrdcorp.gov.my\/ms\/indsf-bm\/teknologi-digital)<\/p>\n\n\n\n<p>13. Wikipedia Contributors. (2025, October 28).&nbsp;Sinead Bovell. Wikipedia; Wikimedia Foundation.<\/p>\n<div style='text-align:center' class='yasr-auto-insert-visitor'><!--Yasr Visitor Votes Shortcode--><div id='yasr_visitor_votes_f6e66fe1d6e94' class='yasr-visitor-votes'><div class=\"yasr-custom-text-vv-before yasr-custom-text-vv-before-28985\">Click to rate this post!<\/div><div id='yasr-vv-second-row-container-f6e66fe1d6e94'\r\n                                        class='yasr-vv-second-row-container'><div id='yasr-visitor-votes-rater-f6e66fe1d6e94'\r\n                                      class='yasr-rater-stars-vv'\r\n                                      data-rater-postid='28985'\r\n                                      data-rating='0'\r\n                                      data-rater-starsize='16'\r\n                                      data-rater-readonly='true'\r\n                                      data-rater-nonce='43eb3b341f'\r\n                                      data-issingular='false'\r\n                                    ><\/div><div class=\"yasr-vv-stats-text-container\" id=\"yasr-vv-stats-text-container-f6e66fe1d6e94\"><svg xmlns=\"https:\/\/www.w3.org\/2000\/svg\" width=\"20\" height=\"20\"\r\n                                   class=\"yasr-dashicons-visitor-stats\"\r\n                                   data-postid=\"28985\"\r\n                                   id=\"yasr-stats-dashicon-f6e66fe1d6e94\">\r\n                                   <path d=\"M18 18v-16h-4v16h4zM12 18v-11h-4v11h4zM6 18v-8h-4v8h4z\"><\/path>\r\n                               <\/svg><span id=\"yasr-vv-text-container-f6e66fe1d6e94\" class=\"yasr-vv-text-container\">[Total: <span id=\"yasr-vv-votes-number-container-f6e66fe1d6e94\">0<\/span>  Average: <span id=\"yasr-vv-average-container-f6e66fe1d6e94\">0<\/span>]<\/span><\/div><div id='yasr-vv-loader-f6e66fe1d6e94' class='yasr-vv-container-loader'><\/div><\/div><div id='yasr-vv-bottom-container-f6e66fe1d6e94' class='yasr-vv-bottom-container'><div class='yasr-small-block-bold'><span class='yasr-visitor-votes-must-sign-in'>You must sign in to vote<\/span><\/div><\/div><\/div><!--End Yasr Visitor Votes Shortcode--><\/div>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Soft skills seperti kepimpinan, komunikasi dan penyelesaian masalah terbukti meningkatkan produktiviti secara signifikan. Data global menunjukkan organisasi yang mengutamakan pembangunan soft skills mencapai keuntungan lebih tinggi dan tenaga kerja lebih berdaya saing dalam era automasi. <\/p>\n","protected":false},"author":958,"featured_media":28984,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"yasr_overall_rating":0,"yasr_post_is_review":"","yasr_auto_insert_disabled":"","yasr_review_type":"","footnotes":""},"categories":[23,2575,2,46,4180],"tags":[5849,874,5852,2773,5848,5851,1116,5850],"class_list":{"0":"post-28985","1":"post","2":"type-post","3":"status-publish","4":"format-standard","5":"has-post-thumbnail","7":"category-from-rakan-sarawak","8":"category-digital-era","9":"category-featured","10":"category-rencana","11":"category-social","12":"tag-empati","13":"tag-inovasi","14":"tag-kebolehsuaian","15":"tag-kepimpinan","16":"tag-ketahanan","17":"tag-kolaborasi","18":"tag-komunikasi","19":"tag-kreativiti"},"acf":[],"yoast_head":"<!-- This site is optimized with the Yoast SEO plugin v26.3 - https:\/\/yoast.com\/wordpress\/plugins\/seo\/ -->\n<title>Produktiviti Unggul Hasil Pengukuhan Soft skills Secara Berterusan - RAKAN Sarawak<\/title>\n<meta name=\"robots\" content=\"index, follow, max-snippet:-1, max-image-preview:large, max-video-preview:-1\" \/>\n<link rel=\"canonical\" href=\"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/2026\/03\/22\/produktiviti-unggul-hasil-pengukuhan-soft-skills-secara-berterusan\/\" \/>\n<meta property=\"og:locale\" content=\"en_US\" \/>\n<meta property=\"og:type\" content=\"article\" \/>\n<meta property=\"og:title\" content=\"Produktiviti Unggul Hasil Pengukuhan Soft skills Secara Berterusan - RAKAN Sarawak\" \/>\n<meta property=\"og:description\" content=\"Soft skills seperti kepimpinan, komunikasi dan penyelesaian masalah terbukti meningkatkan produktiviti secara signifikan. Data global menunjukkan organisasi yang mengutamakan pembangunan soft skills mencapai keuntungan lebih tinggi dan tenaga kerja lebih berdaya saing dalam era automasi.\" \/>\n<meta property=\"og:url\" content=\"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/2026\/03\/22\/produktiviti-unggul-hasil-pengukuhan-soft-skills-secara-berterusan\/\" \/>\n<meta property=\"og:site_name\" content=\"RAKAN Sarawak\" \/>\n<meta property=\"article:publisher\" content=\"https:\/\/www.facebook.com\/rakanswk\" \/>\n<meta property=\"article:published_time\" content=\"2026-03-21T17:01:00+00:00\" \/>\n<meta property=\"article:modified_time\" content=\"2026-03-23T00:22:47+00:00\" \/>\n<meta property=\"og:image\" content=\"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/wp-content\/uploads\/2026\/03\/RO-7-2-1-256-2026.jpg\" \/>\n\t<meta property=\"og:image:width\" content=\"900\" \/>\n\t<meta property=\"og:image:height\" content=\"600\" \/>\n\t<meta property=\"og:image:type\" content=\"image\/jpeg\" \/>\n<meta name=\"author\" content=\"rakan07sarawak\" \/>\n<meta name=\"twitter:card\" content=\"summary_large_image\" \/>\n<meta name=\"twitter:creator\" content=\"@RAKANSarawak\" \/>\n<meta name=\"twitter:site\" content=\"@RAKANSarawak\" \/>\n<meta name=\"twitter:label1\" content=\"Written by\" \/>\n\t<meta name=\"twitter:data1\" content=\"rakan07sarawak\" \/>\n\t<meta name=\"twitter:label2\" content=\"Est. reading time\" \/>\n\t<meta name=\"twitter:data2\" content=\"10 minutes\" \/>\n<script type=\"application\/ld+json\" class=\"yoast-schema-graph\">{\"@context\":\"https:\/\/schema.org\",\"@graph\":[{\"@type\":\"Article\",\"@id\":\"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/2026\/03\/22\/produktiviti-unggul-hasil-pengukuhan-soft-skills-secara-berterusan\/#article\",\"isPartOf\":{\"@id\":\"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/2026\/03\/22\/produktiviti-unggul-hasil-pengukuhan-soft-skills-secara-berterusan\/\"},\"author\":{\"name\":\"rakan07sarawak\",\"@id\":\"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/#\/schema\/person\/cff835068ea7809fb10a7fe8e05a8465\"},\"headline\":\"Produktiviti Unggul Hasil Pengukuhan Soft skills Secara Berterusan\",\"datePublished\":\"2026-03-21T17:01:00+00:00\",\"dateModified\":\"2026-03-23T00:22:47+00:00\",\"mainEntityOfPage\":{\"@id\":\"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/2026\/03\/22\/produktiviti-unggul-hasil-pengukuhan-soft-skills-secara-berterusan\/\"},\"wordCount\":2199,\"commentCount\":0,\"publisher\":{\"@id\":\"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/#organization\"},\"image\":{\"@id\":\"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/2026\/03\/22\/produktiviti-unggul-hasil-pengukuhan-soft-skills-secara-berterusan\/#primaryimage\"},\"thumbnailUrl\":\"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/wp-content\/uploads\/2026\/03\/RO-7-2-1-256-2026.jpg\",\"keywords\":[\"Empati\",\"Inovasi\",\"Kebolehsuaian\",\"Kepimpinan\",\"Ketahanan\",\"Kolaborasi\",\"Komunikasi\",\"Kreativiti\"],\"articleSection\":[\"Dari RAKAN Sarawak\",\"Digital Era\",\"Featured\",\"Rencana\",\"Social\"],\"inLanguage\":\"en-US\",\"potentialAction\":[{\"@type\":\"CommentAction\",\"name\":\"Comment\",\"target\":[\"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/2026\/03\/22\/produktiviti-unggul-hasil-pengukuhan-soft-skills-secara-berterusan\/#respond\"]}]},{\"@type\":\"WebPage\",\"@id\":\"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/2026\/03\/22\/produktiviti-unggul-hasil-pengukuhan-soft-skills-secara-berterusan\/\",\"url\":\"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/2026\/03\/22\/produktiviti-unggul-hasil-pengukuhan-soft-skills-secara-berterusan\/\",\"name\":\"Produktiviti Unggul Hasil Pengukuhan Soft skills Secara Berterusan - RAKAN Sarawak\",\"isPartOf\":{\"@id\":\"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/#website\"},\"primaryImageOfPage\":{\"@id\":\"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/2026\/03\/22\/produktiviti-unggul-hasil-pengukuhan-soft-skills-secara-berterusan\/#primaryimage\"},\"image\":{\"@id\":\"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/2026\/03\/22\/produktiviti-unggul-hasil-pengukuhan-soft-skills-secara-berterusan\/#primaryimage\"},\"thumbnailUrl\":\"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/wp-content\/uploads\/2026\/03\/RO-7-2-1-256-2026.jpg\",\"datePublished\":\"2026-03-21T17:01:00+00:00\",\"dateModified\":\"2026-03-23T00:22:47+00:00\",\"breadcrumb\":{\"@id\":\"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/2026\/03\/22\/produktiviti-unggul-hasil-pengukuhan-soft-skills-secara-berterusan\/#breadcrumb\"},\"inLanguage\":\"en-US\",\"potentialAction\":[{\"@type\":\"ReadAction\",\"target\":[\"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/2026\/03\/22\/produktiviti-unggul-hasil-pengukuhan-soft-skills-secara-berterusan\/\"]}]},{\"@type\":\"ImageObject\",\"inLanguage\":\"en-US\",\"@id\":\"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/2026\/03\/22\/produktiviti-unggul-hasil-pengukuhan-soft-skills-secara-berterusan\/#primaryimage\",\"url\":\"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/wp-content\/uploads\/2026\/03\/RO-7-2-1-256-2026.jpg\",\"contentUrl\":\"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/wp-content\/uploads\/2026\/03\/RO-7-2-1-256-2026.jpg\",\"width\":900,\"height\":600,\"caption\":\"Kemahiran kmunikasi diperlukan dalam rjaya idaman masa kini untuk menyampaikan idea dengan jelas dan membina kerjasama berkesan\"},{\"@type\":\"BreadcrumbList\",\"@id\":\"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/2026\/03\/22\/produktiviti-unggul-hasil-pengukuhan-soft-skills-secara-berterusan\/#breadcrumb\",\"itemListElement\":[{\"@type\":\"ListItem\",\"position\":1,\"name\":\"Home\",\"item\":\"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/\"},{\"@type\":\"ListItem\",\"position\":2,\"name\":\"Produktiviti Unggul Hasil Pengukuhan Soft skills Secara Berterusan\"}]},{\"@type\":\"WebSite\",\"@id\":\"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/#website\",\"url\":\"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/\",\"name\":\"RAKAN Sarawak\",\"description\":\"An eyewitness to Sarawak\u2019s transformation\",\"publisher\":{\"@id\":\"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/#organization\"},\"alternateName\":\"Rangkaian Khidmat Awam Negeri Sarawak\",\"potentialAction\":[{\"@type\":\"SearchAction\",\"target\":{\"@type\":\"EntryPoint\",\"urlTemplate\":\"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/?s={search_term_string}\"},\"query-input\":{\"@type\":\"PropertyValueSpecification\",\"valueRequired\":true,\"valueName\":\"search_term_string\"}}],\"inLanguage\":\"en-US\"},{\"@type\":\"Organization\",\"@id\":\"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/#organization\",\"name\":\"RAKAN Sarawak\",\"alternateName\":\"Rangkaian Khidmat Awam Negeri Sarawak\",\"url\":\"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/\",\"logo\":{\"@type\":\"ImageObject\",\"inLanguage\":\"en-US\",\"@id\":\"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/#\/schema\/logo\/image\/\",\"url\":\"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/wp-content\/uploads\/2023\/12\/logo-rstagline.png\",\"contentUrl\":\"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/wp-content\/uploads\/2023\/12\/logo-rstagline.png\",\"width\":172,\"height\":120,\"caption\":\"RAKAN Sarawak\"},\"image\":{\"@id\":\"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/#\/schema\/logo\/image\/\"},\"sameAs\":[\"https:\/\/www.facebook.com\/rakanswk\",\"https:\/\/x.com\/RAKANSarawak\"]},{\"@type\":\"Person\",\"@id\":\"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/#\/schema\/person\/cff835068ea7809fb10a7fe8e05a8465\",\"name\":\"rakan07sarawak\",\"image\":{\"@type\":\"ImageObject\",\"inLanguage\":\"en-US\",\"@id\":\"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/#\/schema\/person\/image\/\",\"url\":\"https:\/\/secure.gravatar.com\/avatar\/32bb9704b1dd0fb231e639ea9b08d41ec59d651fe5dedb728c69287785cf046e?s=96&r=g&d=https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/wp-content\/plugins\/userswp\/assets\/images\/no_profile.png\",\"contentUrl\":\"https:\/\/secure.gravatar.com\/avatar\/32bb9704b1dd0fb231e639ea9b08d41ec59d651fe5dedb728c69287785cf046e?s=96&r=g&d=https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/wp-content\/plugins\/userswp\/assets\/images\/no_profile.png\",\"caption\":\"rakan07sarawak\"},\"url\":\"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/myprofile\/rakan07sarawak\/\"},false]}<\/script>\n<!-- \/ Yoast SEO plugin. -->","yoast_head_json":{"title":"Produktiviti Unggul Hasil Pengukuhan Soft skills Secara Berterusan - RAKAN Sarawak","robots":{"index":"index","follow":"follow","max-snippet":"max-snippet:-1","max-image-preview":"max-image-preview:large","max-video-preview":"max-video-preview:-1"},"canonical":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/2026\/03\/22\/produktiviti-unggul-hasil-pengukuhan-soft-skills-secara-berterusan\/","og_locale":"en_US","og_type":"article","og_title":"Produktiviti Unggul Hasil Pengukuhan Soft skills Secara Berterusan - RAKAN Sarawak","og_description":"Soft skills seperti kepimpinan, komunikasi dan penyelesaian masalah terbukti meningkatkan produktiviti secara signifikan. Data global menunjukkan organisasi yang mengutamakan pembangunan soft skills mencapai keuntungan lebih tinggi dan tenaga kerja lebih berdaya saing dalam era automasi.","og_url":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/2026\/03\/22\/produktiviti-unggul-hasil-pengukuhan-soft-skills-secara-berterusan\/","og_site_name":"RAKAN Sarawak","article_publisher":"https:\/\/www.facebook.com\/rakanswk","article_published_time":"2026-03-21T17:01:00+00:00","article_modified_time":"2026-03-23T00:22:47+00:00","og_image":[{"width":900,"height":600,"url":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/wp-content\/uploads\/2026\/03\/RO-7-2-1-256-2026.jpg","type":"image\/jpeg"}],"author":"rakan07sarawak","twitter_card":"summary_large_image","twitter_creator":"@RAKANSarawak","twitter_site":"@RAKANSarawak","twitter_misc":{"Written by":"rakan07sarawak","Est. reading time":"10 minutes"},"schema":{"@context":"https:\/\/schema.org","@graph":[{"@type":"Article","@id":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/2026\/03\/22\/produktiviti-unggul-hasil-pengukuhan-soft-skills-secara-berterusan\/#article","isPartOf":{"@id":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/2026\/03\/22\/produktiviti-unggul-hasil-pengukuhan-soft-skills-secara-berterusan\/"},"author":{"name":"rakan07sarawak","@id":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/#\/schema\/person\/cff835068ea7809fb10a7fe8e05a8465"},"headline":"Produktiviti Unggul Hasil Pengukuhan Soft skills Secara Berterusan","datePublished":"2026-03-21T17:01:00+00:00","dateModified":"2026-03-23T00:22:47+00:00","mainEntityOfPage":{"@id":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/2026\/03\/22\/produktiviti-unggul-hasil-pengukuhan-soft-skills-secara-berterusan\/"},"wordCount":2199,"commentCount":0,"publisher":{"@id":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/#organization"},"image":{"@id":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/2026\/03\/22\/produktiviti-unggul-hasil-pengukuhan-soft-skills-secara-berterusan\/#primaryimage"},"thumbnailUrl":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/wp-content\/uploads\/2026\/03\/RO-7-2-1-256-2026.jpg","keywords":["Empati","Inovasi","Kebolehsuaian","Kepimpinan","Ketahanan","Kolaborasi","Komunikasi","Kreativiti"],"articleSection":["Dari RAKAN Sarawak","Digital Era","Featured","Rencana","Social"],"inLanguage":"en-US","potentialAction":[{"@type":"CommentAction","name":"Comment","target":["https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/2026\/03\/22\/produktiviti-unggul-hasil-pengukuhan-soft-skills-secara-berterusan\/#respond"]}]},{"@type":"WebPage","@id":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/2026\/03\/22\/produktiviti-unggul-hasil-pengukuhan-soft-skills-secara-berterusan\/","url":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/2026\/03\/22\/produktiviti-unggul-hasil-pengukuhan-soft-skills-secara-berterusan\/","name":"Produktiviti Unggul Hasil Pengukuhan Soft skills Secara Berterusan - RAKAN Sarawak","isPartOf":{"@id":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/#website"},"primaryImageOfPage":{"@id":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/2026\/03\/22\/produktiviti-unggul-hasil-pengukuhan-soft-skills-secara-berterusan\/#primaryimage"},"image":{"@id":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/2026\/03\/22\/produktiviti-unggul-hasil-pengukuhan-soft-skills-secara-berterusan\/#primaryimage"},"thumbnailUrl":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/wp-content\/uploads\/2026\/03\/RO-7-2-1-256-2026.jpg","datePublished":"2026-03-21T17:01:00+00:00","dateModified":"2026-03-23T00:22:47+00:00","breadcrumb":{"@id":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/2026\/03\/22\/produktiviti-unggul-hasil-pengukuhan-soft-skills-secara-berterusan\/#breadcrumb"},"inLanguage":"en-US","potentialAction":[{"@type":"ReadAction","target":["https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/2026\/03\/22\/produktiviti-unggul-hasil-pengukuhan-soft-skills-secara-berterusan\/"]}]},{"@type":"ImageObject","inLanguage":"en-US","@id":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/2026\/03\/22\/produktiviti-unggul-hasil-pengukuhan-soft-skills-secara-berterusan\/#primaryimage","url":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/wp-content\/uploads\/2026\/03\/RO-7-2-1-256-2026.jpg","contentUrl":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/wp-content\/uploads\/2026\/03\/RO-7-2-1-256-2026.jpg","width":900,"height":600,"caption":"Kemahiran kmunikasi diperlukan dalam rjaya idaman masa kini untuk menyampaikan idea dengan jelas dan membina kerjasama berkesan"},{"@type":"BreadcrumbList","@id":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/2026\/03\/22\/produktiviti-unggul-hasil-pengukuhan-soft-skills-secara-berterusan\/#breadcrumb","itemListElement":[{"@type":"ListItem","position":1,"name":"Home","item":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/"},{"@type":"ListItem","position":2,"name":"Produktiviti Unggul Hasil Pengukuhan Soft skills Secara Berterusan"}]},{"@type":"WebSite","@id":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/#website","url":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/","name":"RAKAN Sarawak","description":"An eyewitness to Sarawak\u2019s transformation","publisher":{"@id":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/#organization"},"alternateName":"Rangkaian Khidmat Awam Negeri Sarawak","potentialAction":[{"@type":"SearchAction","target":{"@type":"EntryPoint","urlTemplate":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/?s={search_term_string}"},"query-input":{"@type":"PropertyValueSpecification","valueRequired":true,"valueName":"search_term_string"}}],"inLanguage":"en-US"},{"@type":"Organization","@id":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/#organization","name":"RAKAN Sarawak","alternateName":"Rangkaian Khidmat Awam Negeri Sarawak","url":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/","logo":{"@type":"ImageObject","inLanguage":"en-US","@id":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/#\/schema\/logo\/image\/","url":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/wp-content\/uploads\/2023\/12\/logo-rstagline.png","contentUrl":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/wp-content\/uploads\/2023\/12\/logo-rstagline.png","width":172,"height":120,"caption":"RAKAN Sarawak"},"image":{"@id":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/#\/schema\/logo\/image\/"},"sameAs":["https:\/\/www.facebook.com\/rakanswk","https:\/\/x.com\/RAKANSarawak"]},{"@type":"Person","@id":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/#\/schema\/person\/cff835068ea7809fb10a7fe8e05a8465","name":"rakan07sarawak","image":{"@type":"ImageObject","inLanguage":"en-US","@id":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/#\/schema\/person\/image\/","url":"https:\/\/secure.gravatar.com\/avatar\/32bb9704b1dd0fb231e639ea9b08d41ec59d651fe5dedb728c69287785cf046e?s=96&r=g&d=https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/wp-content\/plugins\/userswp\/assets\/images\/no_profile.png","contentUrl":"https:\/\/secure.gravatar.com\/avatar\/32bb9704b1dd0fb231e639ea9b08d41ec59d651fe5dedb728c69287785cf046e?s=96&r=g&d=https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/wp-content\/plugins\/userswp\/assets\/images\/no_profile.png","caption":"rakan07sarawak"},"url":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/myprofile\/rakan07sarawak\/"},false]}},"yasr_visitor_votes":{"stars_attributes":{"read_only":true,"span_bottom":"<div class='yasr-small-block-bold'><span class='yasr-visitor-votes-must-sign-in'>You must sign in to vote<\/span><\/div>"},"number_of_votes":0,"sum_votes":0},"publishpress_future_action":{"enabled":false,"date":"2026-04-26 13:23:59","action":"change-status","newStatus":"draft","terms":[],"taxonomy":"category","extraData":[]},"publishpress_future_workflow_manual_trigger":{"enabledWorkflows":[]},"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/28985","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/wp-json\/wp\/v2\/users\/958"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=28985"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/28985\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":28986,"href":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/28985\/revisions\/28986"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/wp-json\/wp\/v2\/media\/28984"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=28985"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=28985"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=28985"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}