{"id":29062,"date":"2026-04-03T01:01:00","date_gmt":"2026-04-02T17:01:00","guid":{"rendered":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/?p=29062"},"modified":"2026-03-30T08:02:33","modified_gmt":"2026-03-30T00:02:33","slug":"membina-ekosistem-kesejahteraan-ummah","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/2026\/04\/03\/membina-ekosistem-kesejahteraan-ummah\/","title":{"rendered":"Membina Ekosistem Kesejahteraan Ummah"},"content":{"rendered":"\n<p class=\"has-drop-cap\">Penganugerahan <strong>Emas Anugerah Kualiti Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak (AKPANS) 2025<\/strong> kepada Tabung Baitulmal Sarawak (TBS) bagi kategori Badan Berkanun bukan sekadar satu pengiktirafan pentadbiran namun ia mencerminkan perjalanan panjang sebuah institusi amanah yang berkembang secara tersusun selama hampir enam dekad.<\/p>\n\n\n\n<p>Dalam tempoh tersebut, TBS bukan sahaja menyesuaikan diri dengan perubahan zaman, malah berjaya mengekalkan prinsip syariah, integriti serta tanggungjawab sosial sebagai asas kepada setiap langkah transformasinya.<\/p>\n\n\n\n<p>Kejayaan ini membuktikan bahawa pengurusan perbendaharaan Islam mampu berdiri setaraf dengan amalan tadbir urus moden bertaraf antarabangsa.<\/p>\n\n\n\n<p>Asas kepada kewujudan institusi ini bermula pada tahun 1966 melalui penggubalan Undang-Undang Zakat 1966 atas usaha Almarhum Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud.<\/p>\n\n\n\n<p>Pada peringkat awal, institusi ini dikenali sebagai Tabung Zakat dan Fitrah, yang berfungsi menyelaraskan kutipan zakat yang sebelum itu dilaksanakan secara tradisional oleh masyarakat setempat.<\/p>\n\n\n\n<p>Ketika itu, masyarakat Islam biasanya menyerahkan zakat secara langsung kepada fakir miskin, imam, guru agama atau tokoh masyarakat di kampung masing-masing.<\/p>\n\n\n\n<p>Walaupun amalan tersebut memenuhi tuntutan agama, ketiadaan sistem yang menyeluruh menyukarkan perancangan jangka panjang serta pemantauan agihan secara strategik.<\/p>\n\n\n\n<p>Kesedaran terhadap keperluan pengurusan yang lebih sistematik akhirnya membawa kepada penubuhan rasmi Tabung Baitulmal Sarawak pada tahun 1985.<\/p>\n\n\n\n<p>Institusi ini bukan sahaja mengurus kutipan zakat, malah turut memperluas mandatnya meliputi pengurusan wakaf, sedekah dan pembangunan kebajikan masyarakat Islam.<\/p>\n\n\n\n<p>Konsep \u2018baitulmal\u2019 itu sendiri berasal daripada istilah Arab yang bermaksud \u201crumah harta\u201d, iaitu perbendaharaan Islam yang bertanggungjawab mengurus sumber kewangan bagi kesejahteraan umat.<\/p>\n\n\n\n<p>Dalam konteks Sarawak, TBS berperanan sebagai institusi yang bukan sekadar mengumpul dana, tetapi merancang, mengurus dan mengembangkan sumber kewangan demi manfaat jangka panjang masyarakat.<\/p>\n\n\n\n<p>Detik perubahan paling signifikan dalam sejarah organisasi ini berlaku sekitar tahun 1998 apabila proses transformasi menyeluruh dilaksanakan.<\/p>\n\n\n\n<p>Penyusunan semula pengurusan TBS yang diluluskan pada 15 Disember 1998 memperkukuh lagi peranan institusi ini sebagai organisasi zakat yang lebih dinamik dan responsif.<\/p>\n\n\n\n<p>Di bawah kepimpinan Pengurus Besar, Datu Haji Abang Mohd. Shibli Bin Haji Abang Mohd. Nailie, organisasi ini melalui penstrukturan semula yang merangkumi pelan strategik, sistem kerja, tadbir urus dan pembinaan budaya organisasi berasaskan nilai amanah.<\/p>\n\n\n<div class=\"wp-block-image\">\n<figure class=\"aligncenter size-full\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"400\" height=\"600\" src=\"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/wp-content\/uploads\/2026\/03\/RO-16-1-1-20-2026.jpg\" alt=\"\" class=\"wp-image-29057\" srcset=\"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/wp-content\/uploads\/2026\/03\/RO-16-1-1-20-2026.jpg 400w, https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/wp-content\/uploads\/2026\/03\/RO-16-1-1-20-2026-200x300.jpg 200w, https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/wp-content\/uploads\/2026\/03\/RO-16-1-1-20-2026-280x420.jpg 280w, https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/wp-content\/uploads\/2026\/03\/RO-16-1-1-20-2026-150x225.jpg 150w, https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/wp-content\/uploads\/2026\/03\/RO-16-1-1-20-2026-300x450.jpg 300w\" sizes=\"auto, (max-width: 400px) 100vw, 400px\" \/><figcaption class=\"wp-element-caption\">Pengurus Besar Tabung Baitulmal Sarawak (TBS), Datu Haji Abang Mohd. Shibli Bin Haji Abang Mohd. Nailie<\/figcaption><\/figure><\/div>\n\n\n<p>Namun, transformasi ini tidak berlaku secara teoritikal semata-mata.<\/p>\n\n\n\n<p>Pendekatan turun padang dilaksanakan secara intensif bagi memahami realiti masyarakat di seluruh Sarawak dan dengan keluasan negeri yang hampir menyamai satu Semenanjung Malaysia, pemahaman terhadap keperluan komuniti tempatan menjadi keutamaan.<\/p>\n\n\n\n<p>Lawatan lapangan dari Lawas hingga Sematan membuka ruang dialog langsung dengan masyarakat bagi mengenal pasti cabaran sebenar yang dihadapi oleh umat Islam di pelbagai kawasan.<\/p>\n\n\n\n<p>Hasilnya, strategi organisasi dibentuk berdasarkan data, pengalaman lapangan serta aspirasi masyarakat sendiri.<\/p>\n\n\n\n<p>Hari ini, TBS berkembang sebagai sebuah organisasi yang mantap dengan lebih 160 warga kerja serta rangkaian pejabat yang meliputi Kuching, Kota Samarahan, Serian, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Daro, Bintulu, Miri, Limbang dan Lawas.<\/p>\n\n\n\n<p>Kehadiran fizikal ini memastikan akses perkhidmatan dapat dinikmati secara menyeluruh oleh masyarakat bandar dan luar bandar, sekali gus mencerminkan komitmen TBS terhadap prinsip inklusiviti.<\/p>\n\n\n\n<p>Selain itu, sokongan daripada Rakan Zakat turut memperkukuh keupayaan organisasi dalam mengenal pasti golongan asnaf dan mempercepatkan penyaluran bantuan, khususnya dalam situasi kecemasan seperti kebakaran dan banjir.<\/p>\n\n\n\n<p>Menurut Pengurus Besar Tabung Baitulmal Sarawak, YBhg. Datu Haji Abang Mohd. Shibli bin Haji Abang Mohd Nailie, kekuatan TBS terletak pada kerangka ekosistem yang dikenali sebagai <strong>K.A.T.A<\/strong><strong>, <\/strong>iaitu Kutip, Agih, Tadbir dan Aset.<\/p>\n\n\n\n<p>Dalam aspek kutipan, pelbagai inovasi diperkenalkan termasuk potongan gaji automatik, pembayaran dalam talian serta integrasi dengan sistem perbankan.<\/p>\n\n\n\n<p>Memandangkan kelangsungan operasinya bergantung sepenuhnya kepada kepercayaan pembayar zakat dan penyumbang, ketelusan dan profesionalisme menjadi keutamaan dalam setiap urusan kewangan.<\/p>\n\n\n\n<p>Dari sudut agihan pula, dana disalurkan melalui empat program utama yang berfokus kepada pendidikan, kebajikan, pembangunan institusi Islam dan kemahiran seperti :<\/p>\n\n\n\n<p><strong>1. Program Mengukuh Tradisi Keilmuan (PMTK)<\/strong> &#8211; Menyediakan sebanyak 17 jenis bantuan yang memfokuskan kepada pembangunan pendidikan.<\/p>\n\n\n\n<p>Bantuan ini merangkumi pelbagai peringkat pengajian, bermula dari sekolah rendah sehingga ke institusi pengajian tinggi, bagi memastikan akses pendidikan yang berterusan kepada golongan yang memerlukan.<\/p>\n\n\n\n<p><strong>2. Program Membangunkan Institusi Islam (PMII)<\/strong> &#8211; Melibatkan 15 jenis bantuan yang bertujuan memperkukuh infrastruktur serta institusi berkaitan Islam di Sarawak.<\/p>\n\n\n\n<p>Inisiatif ini merangkumi kerja-kerja baik pulih dan pembinaan masjid serta surau, penganjuran aktiviti keagamaan, seminar dan bengkel pendidikan, serta pelbagai usaha lain dalam memartabatkan institusi Islam.<\/p>\n\n\n\n<p><strong>3. Program Memantapkan Kebajikan Ummah (PMKU)<\/strong> &#8211; Menyalurkan 19 bentuk bantuan kepada golongan asnaf dan individu yang terkesan akibat musibah atau kesempitan hidup.<\/p>\n\n\n\n<p>Bantuan yang disediakan merangkumi sokongan sara hidup, bantuan perubatan, bantuan kecemasan serta bantuan kepada saudara baharu yang memeluk Islam.<\/p>\n\n\n\n<p><strong>4. Program Peningkatan Kemahiran Ummah (PPKU)<\/strong> &#8211; Diperkenalkan selepas pandemik COVID-19 memberi penekanan kepada pembangunan kemahiran dan keusahawanan dalam kalangan golongan asnaf.<\/p>\n\n\n\n<p>Program ini merangkumi bantuan pembangunan modal insan, penyediaan modal serta peralatan perniagaan, selain peluang latihan industri bagi meningkatkan kebolehpasaran dan keupayaan berdikari penerima bantuan.<\/p>\n\n\n\n<p>Dalam pada yang sama, di bawah program ini dan melalui Akademi Latihan Insan (ALI), lebih daripada 20,000 peserta telah mengikuti pelbagai kursus jangka pendek yang praktikal dan relevan dengan keperluan pasaran kerja.<\/p>\n\n\n\n<p>Pendekatan ini menunjukkan perubahan paradigma daripada bantuan bersifat reaktif kepada pembangunan kapasiti jangka panjang.<\/p>\n\n\n\n<p>Setakat 30 Jun 2025, jumlah keseluruhan agihan melalui keempat-empat program tersebut telah mencecah lebih RM65 juta dengan kadar kelulusan permohonan sebanyak 99 peratus.<\/p>\n\n\n\n<p>Pencapaian ini mencerminkan kecekapan sistem penyampaian bantuan serta komitmen organisasi dalam memastikan dana sampai kepada golongan yang benar-benar memerlukan.<\/p>\n\n\n\n<p>Dari aspek pengurusan data dan penggunaan teknologi, penggunaan <strong>Sistem Baitulmal Maju Ke Hadapan (BMK)<\/strong> turut memperkukuh budaya pengurusan berasaskan data dalam organisasi ini.<\/p>\n\n\n<div class=\"wp-block-image\">\n<figure class=\"aligncenter size-full\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"800\" height=\"600\" src=\"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/wp-content\/uploads\/2026\/03\/RO-16-2-1-20-2026.jpg\" alt=\"\" class=\"wp-image-29058\" srcset=\"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/wp-content\/uploads\/2026\/03\/RO-16-2-1-20-2026.jpg 800w, https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/wp-content\/uploads\/2026\/03\/RO-16-2-1-20-2026-300x225.jpg 300w, https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/wp-content\/uploads\/2026\/03\/RO-16-2-1-20-2026-768x576.jpg 768w, https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/wp-content\/uploads\/2026\/03\/RO-16-2-1-20-2026-560x420.jpg 560w, https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/wp-content\/uploads\/2026\/03\/RO-16-2-1-20-2026-80x60.jpg 80w, https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/wp-content\/uploads\/2026\/03\/RO-16-2-1-20-2026-150x113.jpg 150w, https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/wp-content\/uploads\/2026\/03\/RO-16-2-1-20-2026-696x522.jpg 696w, https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/wp-content\/uploads\/2026\/03\/RO-16-2-1-20-2026-265x198.jpg 265w, https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/wp-content\/uploads\/2026\/03\/RO-16-2-1-20-2026-600x450.jpg 600w\" sizes=\"auto, (max-width: 800px) 100vw, 800px\" \/><figcaption class=\"wp-element-caption\">Kumpulan Urusetia AKPANS Tabung Baitulmal Sarawak (TBS) bersama Pengurus Besar TBS dan barisan Pengurusan Kanan TBS<\/figcaption><\/figure><\/div>\n\n\n<p>Semua proses daripada permohonan bantuan hingga pembayaran direkodkan dan dianalisis secara digital.<\/p>\n\n\n\n<p>Pendekatan ini bukan sahaja meningkatkan kecekapan pentadbiran, malah membantu organisasi merangka strategi yang lebih tepat berdasarkan data sebenar. Analisis data pasca pandemik, misalnya, menunjukkan peningkatan ketara dalam permohonan bantuan kesihatan dan makanan.<\/p>\n\n\n\n<p>Selain itu, berdasarkan dapatan tersebut, TBS memperluaskan fokus strategiknya kepada empat bidang utama menjelang tahun 2030 iaitu kesihatan, pendidikan, ekonomi dan keselamatan makanan.<\/p>\n\n\n\n<p>Seiring dengan pembangunan teknologi yang semakin berkembang pesat, TBS juga mengambil peluang tersebut dengan membangunkan aplikasi yang mampu memudahkan urusan umat Islam di Sarawak iaitu Aplikasi Tabung Baitulmal Sarawak dan Jejak Asnaf 3.0.<\/p>\n\n\n\n<p>Aplikasi Tabung Baitulmal Sarawak ini merupakan aplikasi \u2018\u2019all-in-one\u2019\u2019 bagi pelanggan TBS sama ada untuk pembayar zakat mahupun pemohon dalam kategori asnaf memohon bantuan agihan secara terus melalui telefon pintar tanpa perlu ke kaunter.<\/p>\n\n\n\n<p>Jejak Asnaf 3.0 pula dibangunkan bagi memudahkan pihak TBS mengesan potensi golongan asnaf yang memerlukan bantuan di Sarawak.<\/p>\n\n\n\n<p>Aplikasi ini berfungsi sebagai \u201cmata dan telinga\u201d TBS untuk memastikan tiada asnaf yang tercicir daripada menerima bantuan yang selayaknya diterima.<\/p>\n\n\n\n<p>Melalui aplikasi ini, orang awam juga boleh melaporkan atau mencadangkan individu atau keluarga yang dilihat hidup dalam kesusahan kepada pihak TBS untuk tindakan selanjutnya.<\/p>\n\n\n\n<p>Selain menguruskan dana secara efisien, Tabung Baitulmal Sarawak turut memperkasa pembangunan aset strategik seperti Kompleks Islam di Kuching, Sibu, Miri dan Sri Aman yang menempatkan pelbagai pejabat kerajaan, sekali gus memperkukuh peranannya sebagai pemangkin pembangunan ummah.<\/p>\n\n\n\n<p>Menurut Datu Haji Abang Mohd. Shibli, Kompleks Islam di Kuching memiliki keunikan tersendiri dengan kewujudan Majma Mall, sebuah pusat membeli-belah yang bukan sahaja menghidupkan suasana setempat, malah membuka ruang dan peluang kepada para peniaga untuk menjana rezeki.<\/p>\n\n\n\n<p>Bersebelahan dengan Majma Mall, terdapat sebuah dewan iaitu&nbsp; Dewan Majma&#8217; Tuanku Abdul Halim Mu&#8217;adzam Shah (Kompleks Islam Sarawak) yang sering menjadi pilihan masyarakat Kuching bagi penganjuran majlis perkahwinan serta pelbagai acara rasmi, menjadikannya sebagai nadi aktiviti komuniti.<\/p>\n\n\n\n<p>Aset ini bukan sekadar melambangkan pemilikan dan kebanggaan masyarakat Islam, tetapi turut berfungsi sebagai sumber penjanaan pendapatan yang mampan dalam menyokong operasi serta pelaksanaan program kebajikan secara berterusan.<\/p>\n\n\n\n<p>Institusi ini juga mengurus beberapa rumah wakaf di sekitar Kuching, Sibu dan Mukah serta kemudahan komuniti seperti Ummah Distribution Centre di Medan Hamidah yang berfungsi sebagai pusat agihan bantuan bersepadu yang menekankan penggunaan teknologi digital.<\/p>\n\n\n\n<p>Dari sudut tadbir urus pula, pencapaian audit bersih selama 25 tahun berturut-turut menjadi bukti konsistensi dan integriti pengurusan kewangan organisasi ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Pelaksanaan Pelan Anti-Rasuah Organisasi (OACP), sistem pengurusan anti-rasuah serta pensijilan kualiti turut memperkukuh lagi kredibiliti TBS sebagai institusi yang telus dan bertanggungjawab.<\/p>\n\n\n\n<p>Kerjasama dengan agensi seperti SIRIM Berhad dan Perbadanan Produktiviti Malaysia membantu memastikan amalan pengurusan yang diterapkan selari dengan standard nasional dan antarabangsa.<\/p>\n\n\n\n<p>Keunikan Tabung Baitulmal Sarawak juga terserlah melalui perancangan jangka panjangnya sehingga tahun 2066.<\/p>\n\n\n\n<p>Visi untuk melahirkan ummah yang sihat, berilmu, mampu dan terbela dirangka melalui strategi menyeluruh yang merangkumi dimensi manusia, teknologi, kewangan, proses dan spiritual.<\/p>\n\n\n\n<p>Dalam era digital, transformasi perkhidmatan ke arah akses dalam talian sepenuhnya menjadi keutamaan bagi memenuhi keperluan generasi baharu yang semakin bergantung kepada teknologi.<\/p>\n\n\n\n<p>Hasil daripada pelaksanaan pelbagai inisiatif yang berimpak tinggi dalam membantu masyarakat khususnya masyarakat Islam, tidak hairanlah TBS dinobatkan sebagai penerima Anugerah Emas AKPANS 2025 bagi kategori Badan Berkanun kerana pencapaian ini mencerminkan kecemerlangan holistik yang melangkaui sekadar kecekapan pentadbiran.<\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image aligncenter size-full\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"900\" height=\"600\" src=\"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/wp-content\/uploads\/2026\/03\/RO-16-5-1-20-2026.jpg\" alt=\"\" class=\"wp-image-29061\" srcset=\"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/wp-content\/uploads\/2026\/03\/RO-16-5-1-20-2026.jpg 900w, https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/wp-content\/uploads\/2026\/03\/RO-16-5-1-20-2026-300x200.jpg 300w, https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/wp-content\/uploads\/2026\/03\/RO-16-5-1-20-2026-768x512.jpg 768w, https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/wp-content\/uploads\/2026\/03\/RO-16-5-1-20-2026-630x420.jpg 630w, https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/wp-content\/uploads\/2026\/03\/RO-16-5-1-20-2026-150x100.jpg 150w, https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/wp-content\/uploads\/2026\/03\/RO-16-5-1-20-2026-696x464.jpg 696w, https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/wp-content\/uploads\/2026\/03\/RO-16-5-1-20-2026-600x400.jpg 600w\" sizes=\"auto, (max-width: 900px) 100vw, 900px\" \/><figcaption class=\"wp-element-caption\">Sesi Pembentangan Khas Agensi dalam Penilaian AKPANS bersama barisan panel penilai\n\n<\/figcaption><\/figure>\n\n\n<div class=\"wp-block-image\">\n<figure class=\"aligncenter size-full\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"1024\" height=\"548\" src=\"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/wp-content\/uploads\/2026\/03\/RO-16-4-1-20-2026.jpg\" alt=\"\" class=\"wp-image-29060\" srcset=\"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/wp-content\/uploads\/2026\/03\/RO-16-4-1-20-2026.jpg 1024w, https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/wp-content\/uploads\/2026\/03\/RO-16-4-1-20-2026-300x161.jpg 300w, https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/wp-content\/uploads\/2026\/03\/RO-16-4-1-20-2026-768x411.jpg 768w, https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/wp-content\/uploads\/2026\/03\/RO-16-4-1-20-2026-785x420.jpg 785w, https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/wp-content\/uploads\/2026\/03\/RO-16-4-1-20-2026-150x80.jpg 150w, https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/wp-content\/uploads\/2026\/03\/RO-16-4-1-20-2026-696x372.jpg 696w, https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/wp-content\/uploads\/2026\/03\/RO-16-4-1-20-2026-600x321.jpg 600w\" sizes=\"auto, (max-width: 1024px) 100vw, 1024px\" \/><figcaption class=\"wp-element-caption\">Barisan panel penilai AKPANS semasa sesi lawatan di Ibu Pejabat Tabung Baitulmal Sarawak <\/figcaption><\/figure><\/div>\n\n\n<p>Ia merupakan manifestasi kepada perjalanan panjang sebuah institusi amanah yang berupaya mengimbangi tradisi dan inovasi, kerohanian dan profesionalisme, serta kebajikan dan kelestarian ekonomi khususnya untuk kesejahteraan masyarakat Islam.<\/p>\n\n\n\n<p>Berteraskan komitmen yang utuh terhadap integriti, kecekapan dan kemakmuran ummah, TBS terus membuktikan bahawa institusi Islam mampu berkembang sebagai organisasi moden yang berdaya saing, diyakini serta relevan dengan tuntutan semasa.<\/p>\n\n\n\n<p>Pencapaian ini sekali gus memperkukuh peranan TBS sebagai tonggak harapan masyarakat dan legasi kebanggaan negeri Sarawak untuk generasi akan datang.<strong><\/strong><\/p>\n\n\n<div class=\"wp-block-image\">\n<figure class=\"aligncenter size-full\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"900\" height=\"600\" src=\"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/wp-content\/uploads\/2026\/03\/RO-16-3-1-20-2026.jpg\" alt=\"\" class=\"wp-image-29059\" srcset=\"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/wp-content\/uploads\/2026\/03\/RO-16-3-1-20-2026.jpg 900w, https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/wp-content\/uploads\/2026\/03\/RO-16-3-1-20-2026-300x200.jpg 300w, https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/wp-content\/uploads\/2026\/03\/RO-16-3-1-20-2026-768x512.jpg 768w, https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/wp-content\/uploads\/2026\/03\/RO-16-3-1-20-2026-630x420.jpg 630w, https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/wp-content\/uploads\/2026\/03\/RO-16-3-1-20-2026-150x100.jpg 150w, https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/wp-content\/uploads\/2026\/03\/RO-16-3-1-20-2026-696x464.jpg 696w, https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/wp-content\/uploads\/2026\/03\/RO-16-3-1-20-2026-600x400.jpg 600w\" sizes=\"auto, (max-width: 900px) 100vw, 900px\" \/><figcaption class=\"wp-element-caption\">Sesi Lawatan di Galeri Lobi Utama Ibu Pejabat Tabung Baitulmal Sarawak<\/figcaption><\/figure><\/div>\n\n\n<p><strong>Rujukan :<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p>Laman Sesawang Tabung Baitulmal Sarawak. <em>Portal Rasmi TABUNG BAITULMAL SARAWAK<\/em>. https:\/\/www.tbs.org.my\/www\/?<\/p>\n\n\n\n<p>Pengurus Besar Tabung Baitulmal Sarawak &#8211; YBhg. Datu Haji Abang Mohd. Shibli bin Haji Abang Mohd Nailie . (2026). <em>Sesi Temu Bual Khas Bersama Penerima AKPANS 2025<\/em> (Komunikasi Peribadi).<\/p>\n\n\n\n<p>YBhg. Datu Haji Abang Mohd. Shibli bin Haji Abang Mohd Nailie. (2025). <em>Tabung Baitulmal Sarawak &#8211; Al-Mal Magazine : Empowering Ummah Ownership Through WAQF<\/em> (Special Edition 2025). Koperasi Al-Bait Sarawak Berhad.<\/p>\n\n\n\n<p>YBhg. Datu Haji Abang Mohd. Shibli bin Haji Abang Mohd Nailie. (2025). <em>Tabung Baitulmal Sarawak &#8211; Majalah Al-Mal : Laluan Kita Menuju Kebenaran<\/em> (02\/2025 ed.). Koperasi Al-Bait Sarawak Berhad.<\/p>\n<div style='text-align:center' class='yasr-auto-insert-visitor'><!--Yasr Visitor Votes Shortcode--><div id='yasr_visitor_votes_16b46f259f453' class='yasr-visitor-votes'><div class=\"yasr-custom-text-vv-before yasr-custom-text-vv-before-29062\">Click to rate this post!<\/div><div id='yasr-vv-second-row-container-16b46f259f453'\r\n                                        class='yasr-vv-second-row-container'><div id='yasr-visitor-votes-rater-16b46f259f453'\r\n                                      class='yasr-rater-stars-vv'\r\n                                      data-rater-postid='29062'\r\n                                      data-rating='0'\r\n                                      data-rater-starsize='16'\r\n                                      data-rater-readonly='true'\r\n                                      data-rater-nonce='3c280a1231'\r\n                                      data-issingular='false'\r\n                                    ><\/div><div class=\"yasr-vv-stats-text-container\" id=\"yasr-vv-stats-text-container-16b46f259f453\"><svg xmlns=\"https:\/\/www.w3.org\/2000\/svg\" width=\"20\" height=\"20\"\r\n                                   class=\"yasr-dashicons-visitor-stats\"\r\n                                   data-postid=\"29062\"\r\n                                   id=\"yasr-stats-dashicon-16b46f259f453\">\r\n                                   <path d=\"M18 18v-16h-4v16h4zM12 18v-11h-4v11h4zM6 18v-8h-4v8h4z\"><\/path>\r\n                               <\/svg><span id=\"yasr-vv-text-container-16b46f259f453\" class=\"yasr-vv-text-container\">[Total: <span id=\"yasr-vv-votes-number-container-16b46f259f453\">0<\/span>  Average: <span id=\"yasr-vv-average-container-16b46f259f453\">0<\/span>]<\/span><\/div><div id='yasr-vv-loader-16b46f259f453' class='yasr-vv-container-loader'><\/div><\/div><div id='yasr-vv-bottom-container-16b46f259f453' class='yasr-vv-bottom-container'><div class='yasr-small-block-bold'><span class='yasr-visitor-votes-must-sign-in'>You must sign in to vote<\/span><\/div><\/div><\/div><!--End Yasr Visitor Votes Shortcode--><\/div>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Tabung Baitulmal Sarawak membuktikan kecemerlangan sebagai institusi amanah melalui inovasi, tadbir urus telus dan pembangunan ekosistem ummah, sekali gus meraih Anugerah Emas AKPANS 2025 sebagai pengiktirafan berprestij negeri.<\/p>\n","protected":false},"author":4910,"featured_media":29058,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"yasr_overall_rating":0,"yasr_post_is_review":"","yasr_auto_insert_disabled":"","yasr_review_type":"","footnotes":""},"categories":[23,2,4181,46],"tags":[5878,5879,2312],"class_list":{"0":"post-29062","1":"post","2":"type-post","3":"status-publish","4":"format-standard","5":"has-post-thumbnail","7":"category-from-rakan-sarawak","8":"category-featured","9":"category-governance","10":"category-rencana","11":"tag-akpans-2025","12":"tag-anugerah-emas","13":"tag-tabung-baitulmal-sarawak"},"acf":[],"yoast_head":"<!-- This site is optimized with the Yoast SEO plugin v27.4 - https:\/\/yoast.com\/product\/yoast-seo-wordpress\/ -->\n<title>Membina Ekosistem Kesejahteraan Ummah - RAKAN Sarawak<\/title>\n<meta name=\"robots\" content=\"index, follow, max-snippet:-1, max-image-preview:large, max-video-preview:-1\" \/>\n<link rel=\"canonical\" href=\"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/2026\/04\/03\/membina-ekosistem-kesejahteraan-ummah\/\" \/>\n<meta property=\"og:locale\" content=\"en_US\" \/>\n<meta property=\"og:type\" content=\"article\" \/>\n<meta property=\"og:title\" content=\"Membina Ekosistem Kesejahteraan Ummah - RAKAN Sarawak\" \/>\n<meta property=\"og:description\" content=\"Tabung Baitulmal Sarawak membuktikan kecemerlangan sebagai institusi amanah melalui inovasi, tadbir urus telus dan pembangunan ekosistem ummah, sekali gus meraih Anugerah Emas AKPANS 2025 sebagai pengiktirafan berprestij negeri.\" \/>\n<meta property=\"og:url\" content=\"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/2026\/04\/03\/membina-ekosistem-kesejahteraan-ummah\/\" \/>\n<meta property=\"og:site_name\" content=\"RAKAN Sarawak\" \/>\n<meta property=\"article:publisher\" content=\"https:\/\/www.facebook.com\/rakanswk\" \/>\n<meta property=\"article:published_time\" content=\"2026-04-02T17:01:00+00:00\" \/>\n<meta property=\"og:image\" content=\"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/wp-content\/uploads\/2026\/03\/RO-16-2-1-20-2026.jpg\" \/>\n\t<meta property=\"og:image:width\" content=\"800\" \/>\n\t<meta property=\"og:image:height\" content=\"600\" \/>\n\t<meta property=\"og:image:type\" content=\"image\/jpeg\" \/>\n<meta name=\"author\" content=\"rakan16sarawak\" \/>\n<meta name=\"twitter:card\" content=\"summary_large_image\" \/>\n<meta name=\"twitter:creator\" content=\"@RAKANSarawak\" \/>\n<meta name=\"twitter:site\" content=\"@RAKANSarawak\" \/>\n<meta name=\"twitter:label1\" content=\"Written by\" \/>\n\t<meta name=\"twitter:data1\" content=\"rakan16sarawak\" \/>\n\t<meta name=\"twitter:label2\" content=\"Est. reading time\" \/>\n\t<meta name=\"twitter:data2\" content=\"9 minutes\" \/>\n<script type=\"application\/ld+json\" class=\"yoast-schema-graph\">{\"@context\":\"https:\\\/\\\/schema.org\",\"@graph\":[{\"@type\":\"Article\",\"@id\":\"https:\\\/\\\/www.rakansarawak.com\\\/v3\\\/2026\\\/04\\\/03\\\/membina-ekosistem-kesejahteraan-ummah\\\/#article\",\"isPartOf\":{\"@id\":\"https:\\\/\\\/www.rakansarawak.com\\\/v3\\\/2026\\\/04\\\/03\\\/membina-ekosistem-kesejahteraan-ummah\\\/\"},\"author\":{\"name\":\"rakan16sarawak\",\"@id\":\"https:\\\/\\\/www.rakansarawak.com\\\/v3\\\/#\\\/schema\\\/person\\\/db74caec7088dbf82e82c4c292d0577e\"},\"headline\":\"Membina Ekosistem Kesejahteraan Ummah\",\"datePublished\":\"2026-04-02T17:01:00+00:00\",\"mainEntityOfPage\":{\"@id\":\"https:\\\/\\\/www.rakansarawak.com\\\/v3\\\/2026\\\/04\\\/03\\\/membina-ekosistem-kesejahteraan-ummah\\\/\"},\"wordCount\":1629,\"commentCount\":0,\"publisher\":{\"@id\":\"https:\\\/\\\/www.rakansarawak.com\\\/v3\\\/#organization\"},\"image\":{\"@id\":\"https:\\\/\\\/www.rakansarawak.com\\\/v3\\\/2026\\\/04\\\/03\\\/membina-ekosistem-kesejahteraan-ummah\\\/#primaryimage\"},\"thumbnailUrl\":\"https:\\\/\\\/www.rakansarawak.com\\\/v3\\\/wp-content\\\/uploads\\\/2026\\\/03\\\/RO-16-2-1-20-2026.jpg\",\"keywords\":[\"AKPANS 2025\",\"Anugerah Emas\",\"Tabung Baitulmal Sarawak\"],\"articleSection\":[\"Dari RAKAN Sarawak\",\"Featured\",\"Governance\",\"Rencana\"],\"inLanguage\":\"en-US\",\"potentialAction\":[{\"@type\":\"CommentAction\",\"name\":\"Comment\",\"target\":[\"https:\\\/\\\/www.rakansarawak.com\\\/v3\\\/2026\\\/04\\\/03\\\/membina-ekosistem-kesejahteraan-ummah\\\/#respond\"]}]},{\"@type\":\"WebPage\",\"@id\":\"https:\\\/\\\/www.rakansarawak.com\\\/v3\\\/2026\\\/04\\\/03\\\/membina-ekosistem-kesejahteraan-ummah\\\/\",\"url\":\"https:\\\/\\\/www.rakansarawak.com\\\/v3\\\/2026\\\/04\\\/03\\\/membina-ekosistem-kesejahteraan-ummah\\\/\",\"name\":\"Membina Ekosistem Kesejahteraan Ummah - RAKAN Sarawak\",\"isPartOf\":{\"@id\":\"https:\\\/\\\/www.rakansarawak.com\\\/v3\\\/#website\"},\"primaryImageOfPage\":{\"@id\":\"https:\\\/\\\/www.rakansarawak.com\\\/v3\\\/2026\\\/04\\\/03\\\/membina-ekosistem-kesejahteraan-ummah\\\/#primaryimage\"},\"image\":{\"@id\":\"https:\\\/\\\/www.rakansarawak.com\\\/v3\\\/2026\\\/04\\\/03\\\/membina-ekosistem-kesejahteraan-ummah\\\/#primaryimage\"},\"thumbnailUrl\":\"https:\\\/\\\/www.rakansarawak.com\\\/v3\\\/wp-content\\\/uploads\\\/2026\\\/03\\\/RO-16-2-1-20-2026.jpg\",\"datePublished\":\"2026-04-02T17:01:00+00:00\",\"breadcrumb\":{\"@id\":\"https:\\\/\\\/www.rakansarawak.com\\\/v3\\\/2026\\\/04\\\/03\\\/membina-ekosistem-kesejahteraan-ummah\\\/#breadcrumb\"},\"inLanguage\":\"en-US\",\"potentialAction\":[{\"@type\":\"ReadAction\",\"target\":[\"https:\\\/\\\/www.rakansarawak.com\\\/v3\\\/2026\\\/04\\\/03\\\/membina-ekosistem-kesejahteraan-ummah\\\/\"]}]},{\"@type\":\"ImageObject\",\"inLanguage\":\"en-US\",\"@id\":\"https:\\\/\\\/www.rakansarawak.com\\\/v3\\\/2026\\\/04\\\/03\\\/membina-ekosistem-kesejahteraan-ummah\\\/#primaryimage\",\"url\":\"https:\\\/\\\/www.rakansarawak.com\\\/v3\\\/wp-content\\\/uploads\\\/2026\\\/03\\\/RO-16-2-1-20-2026.jpg\",\"contentUrl\":\"https:\\\/\\\/www.rakansarawak.com\\\/v3\\\/wp-content\\\/uploads\\\/2026\\\/03\\\/RO-16-2-1-20-2026.jpg\",\"width\":800,\"height\":600,\"caption\":\"Kumpulan Urusetia AKPANS Tabung Baitulmal Sarawak (TBS) bersama Pengurus Besar TBS dan barisan Pengurusan Kanan TBS\"},{\"@type\":\"BreadcrumbList\",\"@id\":\"https:\\\/\\\/www.rakansarawak.com\\\/v3\\\/2026\\\/04\\\/03\\\/membina-ekosistem-kesejahteraan-ummah\\\/#breadcrumb\",\"itemListElement\":[{\"@type\":\"ListItem\",\"position\":1,\"name\":\"Home\",\"item\":\"https:\\\/\\\/www.rakansarawak.com\\\/v3\\\/\"},{\"@type\":\"ListItem\",\"position\":2,\"name\":\"Membina Ekosistem Kesejahteraan Ummah\"}]},{\"@type\":\"WebSite\",\"@id\":\"https:\\\/\\\/www.rakansarawak.com\\\/v3\\\/#website\",\"url\":\"https:\\\/\\\/www.rakansarawak.com\\\/v3\\\/\",\"name\":\"RAKAN Sarawak\",\"description\":\"An eyewitness to Sarawak\u2019s transformation\",\"publisher\":{\"@id\":\"https:\\\/\\\/www.rakansarawak.com\\\/v3\\\/#organization\"},\"alternateName\":\"Rangkaian Khidmat Awam Negeri Sarawak\",\"potentialAction\":[{\"@type\":\"SearchAction\",\"target\":{\"@type\":\"EntryPoint\",\"urlTemplate\":\"https:\\\/\\\/www.rakansarawak.com\\\/v3\\\/?s={search_term_string}\"},\"query-input\":{\"@type\":\"PropertyValueSpecification\",\"valueRequired\":true,\"valueName\":\"search_term_string\"}}],\"inLanguage\":\"en-US\"},{\"@type\":\"Organization\",\"@id\":\"https:\\\/\\\/www.rakansarawak.com\\\/v3\\\/#organization\",\"name\":\"RAKAN Sarawak\",\"alternateName\":\"Rangkaian Khidmat Awam Negeri Sarawak\",\"url\":\"https:\\\/\\\/www.rakansarawak.com\\\/v3\\\/\",\"logo\":{\"@type\":\"ImageObject\",\"inLanguage\":\"en-US\",\"@id\":\"https:\\\/\\\/www.rakansarawak.com\\\/v3\\\/#\\\/schema\\\/logo\\\/image\\\/\",\"url\":\"https:\\\/\\\/www.rakansarawak.com\\\/v3\\\/wp-content\\\/uploads\\\/2023\\\/12\\\/logo-rstagline.png\",\"contentUrl\":\"https:\\\/\\\/www.rakansarawak.com\\\/v3\\\/wp-content\\\/uploads\\\/2023\\\/12\\\/logo-rstagline.png\",\"width\":172,\"height\":120,\"caption\":\"RAKAN Sarawak\"},\"image\":{\"@id\":\"https:\\\/\\\/www.rakansarawak.com\\\/v3\\\/#\\\/schema\\\/logo\\\/image\\\/\"},\"sameAs\":[\"https:\\\/\\\/www.facebook.com\\\/rakanswk\",\"https:\\\/\\\/x.com\\\/RAKANSarawak\"]},{\"@type\":\"Person\",\"@id\":\"https:\\\/\\\/www.rakansarawak.com\\\/v3\\\/#\\\/schema\\\/person\\\/db74caec7088dbf82e82c4c292d0577e\",\"name\":\"rakan16sarawak\",\"image\":{\"@type\":\"ImageObject\",\"inLanguage\":\"en-US\",\"@id\":\"https:\\\/\\\/secure.gravatar.com\\\/avatar\\\/a8ff7919b50f48c9616122dfbd2397d3d2dbb87d5305c31130044fded8bc49a3?s=96&r=g&d=https:\\\/\\\/www.rakansarawak.com\\\/v3\\\/wp-content\\\/plugins\\\/userswp\\\/assets\\\/images\\\/no_profile.png\",\"url\":\"https:\\\/\\\/secure.gravatar.com\\\/avatar\\\/a8ff7919b50f48c9616122dfbd2397d3d2dbb87d5305c31130044fded8bc49a3?s=96&r=g&d=https:\\\/\\\/www.rakansarawak.com\\\/v3\\\/wp-content\\\/plugins\\\/userswp\\\/assets\\\/images\\\/no_profile.png\",\"contentUrl\":\"https:\\\/\\\/secure.gravatar.com\\\/avatar\\\/a8ff7919b50f48c9616122dfbd2397d3d2dbb87d5305c31130044fded8bc49a3?s=96&r=g&d=https:\\\/\\\/www.rakansarawak.com\\\/v3\\\/wp-content\\\/plugins\\\/userswp\\\/assets\\\/images\\\/no_profile.png\",\"caption\":\"rakan16sarawak\"},\"url\":\"https:\\\/\\\/www.rakansarawak.com\\\/v3\\\/myprofile\\\/rakan16sarawak\\\/\"},false]}<\/script>\n<!-- \/ Yoast SEO plugin. -->","yoast_head_json":{"title":"Membina Ekosistem Kesejahteraan Ummah - RAKAN Sarawak","robots":{"index":"index","follow":"follow","max-snippet":"max-snippet:-1","max-image-preview":"max-image-preview:large","max-video-preview":"max-video-preview:-1"},"canonical":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/2026\/04\/03\/membina-ekosistem-kesejahteraan-ummah\/","og_locale":"en_US","og_type":"article","og_title":"Membina Ekosistem Kesejahteraan Ummah - RAKAN Sarawak","og_description":"Tabung Baitulmal Sarawak membuktikan kecemerlangan sebagai institusi amanah melalui inovasi, tadbir urus telus dan pembangunan ekosistem ummah, sekali gus meraih Anugerah Emas AKPANS 2025 sebagai pengiktirafan berprestij negeri.","og_url":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/2026\/04\/03\/membina-ekosistem-kesejahteraan-ummah\/","og_site_name":"RAKAN Sarawak","article_publisher":"https:\/\/www.facebook.com\/rakanswk","article_published_time":"2026-04-02T17:01:00+00:00","og_image":[{"width":800,"height":600,"url":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/wp-content\/uploads\/2026\/03\/RO-16-2-1-20-2026.jpg","type":"image\/jpeg"}],"author":"rakan16sarawak","twitter_card":"summary_large_image","twitter_creator":"@RAKANSarawak","twitter_site":"@RAKANSarawak","twitter_misc":{"Written by":"rakan16sarawak","Est. reading time":"9 minutes"},"schema":{"@context":"https:\/\/schema.org","@graph":[{"@type":"Article","@id":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/2026\/04\/03\/membina-ekosistem-kesejahteraan-ummah\/#article","isPartOf":{"@id":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/2026\/04\/03\/membina-ekosistem-kesejahteraan-ummah\/"},"author":{"name":"rakan16sarawak","@id":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/#\/schema\/person\/db74caec7088dbf82e82c4c292d0577e"},"headline":"Membina Ekosistem Kesejahteraan Ummah","datePublished":"2026-04-02T17:01:00+00:00","mainEntityOfPage":{"@id":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/2026\/04\/03\/membina-ekosistem-kesejahteraan-ummah\/"},"wordCount":1629,"commentCount":0,"publisher":{"@id":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/#organization"},"image":{"@id":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/2026\/04\/03\/membina-ekosistem-kesejahteraan-ummah\/#primaryimage"},"thumbnailUrl":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/wp-content\/uploads\/2026\/03\/RO-16-2-1-20-2026.jpg","keywords":["AKPANS 2025","Anugerah Emas","Tabung Baitulmal Sarawak"],"articleSection":["Dari RAKAN Sarawak","Featured","Governance","Rencana"],"inLanguage":"en-US","potentialAction":[{"@type":"CommentAction","name":"Comment","target":["https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/2026\/04\/03\/membina-ekosistem-kesejahteraan-ummah\/#respond"]}]},{"@type":"WebPage","@id":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/2026\/04\/03\/membina-ekosistem-kesejahteraan-ummah\/","url":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/2026\/04\/03\/membina-ekosistem-kesejahteraan-ummah\/","name":"Membina Ekosistem Kesejahteraan Ummah - RAKAN Sarawak","isPartOf":{"@id":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/#website"},"primaryImageOfPage":{"@id":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/2026\/04\/03\/membina-ekosistem-kesejahteraan-ummah\/#primaryimage"},"image":{"@id":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/2026\/04\/03\/membina-ekosistem-kesejahteraan-ummah\/#primaryimage"},"thumbnailUrl":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/wp-content\/uploads\/2026\/03\/RO-16-2-1-20-2026.jpg","datePublished":"2026-04-02T17:01:00+00:00","breadcrumb":{"@id":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/2026\/04\/03\/membina-ekosistem-kesejahteraan-ummah\/#breadcrumb"},"inLanguage":"en-US","potentialAction":[{"@type":"ReadAction","target":["https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/2026\/04\/03\/membina-ekosistem-kesejahteraan-ummah\/"]}]},{"@type":"ImageObject","inLanguage":"en-US","@id":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/2026\/04\/03\/membina-ekosistem-kesejahteraan-ummah\/#primaryimage","url":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/wp-content\/uploads\/2026\/03\/RO-16-2-1-20-2026.jpg","contentUrl":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/wp-content\/uploads\/2026\/03\/RO-16-2-1-20-2026.jpg","width":800,"height":600,"caption":"Kumpulan Urusetia AKPANS Tabung Baitulmal Sarawak (TBS) bersama Pengurus Besar TBS dan barisan Pengurusan Kanan TBS"},{"@type":"BreadcrumbList","@id":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/2026\/04\/03\/membina-ekosistem-kesejahteraan-ummah\/#breadcrumb","itemListElement":[{"@type":"ListItem","position":1,"name":"Home","item":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/"},{"@type":"ListItem","position":2,"name":"Membina Ekosistem Kesejahteraan Ummah"}]},{"@type":"WebSite","@id":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/#website","url":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/","name":"RAKAN Sarawak","description":"An eyewitness to Sarawak\u2019s transformation","publisher":{"@id":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/#organization"},"alternateName":"Rangkaian Khidmat Awam Negeri Sarawak","potentialAction":[{"@type":"SearchAction","target":{"@type":"EntryPoint","urlTemplate":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/?s={search_term_string}"},"query-input":{"@type":"PropertyValueSpecification","valueRequired":true,"valueName":"search_term_string"}}],"inLanguage":"en-US"},{"@type":"Organization","@id":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/#organization","name":"RAKAN Sarawak","alternateName":"Rangkaian Khidmat Awam Negeri Sarawak","url":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/","logo":{"@type":"ImageObject","inLanguage":"en-US","@id":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/#\/schema\/logo\/image\/","url":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/wp-content\/uploads\/2023\/12\/logo-rstagline.png","contentUrl":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/wp-content\/uploads\/2023\/12\/logo-rstagline.png","width":172,"height":120,"caption":"RAKAN Sarawak"},"image":{"@id":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/#\/schema\/logo\/image\/"},"sameAs":["https:\/\/www.facebook.com\/rakanswk","https:\/\/x.com\/RAKANSarawak"]},{"@type":"Person","@id":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/#\/schema\/person\/db74caec7088dbf82e82c4c292d0577e","name":"rakan16sarawak","image":{"@type":"ImageObject","inLanguage":"en-US","@id":"https:\/\/secure.gravatar.com\/avatar\/a8ff7919b50f48c9616122dfbd2397d3d2dbb87d5305c31130044fded8bc49a3?s=96&r=g&d=https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/wp-content\/plugins\/userswp\/assets\/images\/no_profile.png","url":"https:\/\/secure.gravatar.com\/avatar\/a8ff7919b50f48c9616122dfbd2397d3d2dbb87d5305c31130044fded8bc49a3?s=96&r=g&d=https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/wp-content\/plugins\/userswp\/assets\/images\/no_profile.png","contentUrl":"https:\/\/secure.gravatar.com\/avatar\/a8ff7919b50f48c9616122dfbd2397d3d2dbb87d5305c31130044fded8bc49a3?s=96&r=g&d=https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/wp-content\/plugins\/userswp\/assets\/images\/no_profile.png","caption":"rakan16sarawak"},"url":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/myprofile\/rakan16sarawak\/"},false]}},"yasr_visitor_votes":{"stars_attributes":{"read_only":true,"span_bottom":"<div class='yasr-small-block-bold'><span class='yasr-visitor-votes-must-sign-in'>You must sign in to vote<\/span><\/div>"},"number_of_votes":0,"sum_votes":0},"publishpress_future_action":{"enabled":false,"date":"2026-05-07 14:18:29","action":"change-status","newStatus":"draft","terms":[],"taxonomy":"category","extraData":[]},"publishpress_future_workflow_manual_trigger":{"enabledWorkflows":[]},"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/29062","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/wp-json\/wp\/v2\/users\/4910"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=29062"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/29062\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":29063,"href":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/29062\/revisions\/29063"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/wp-json\/wp\/v2\/media\/29058"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=29062"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=29062"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=29062"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}