{"id":9178,"date":"2007-02-13T07:54:35","date_gmt":"2007-02-13T07:54:35","guid":{"rendered":"http:\/\/rakansarawak.com\/webv\/?p=72"},"modified":"2007-02-13T07:54:35","modified_gmt":"2007-02-13T07:54:35","slug":"sisa-toksik-berbahaya-pada-manusia-dan-ekosistem","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/2007\/02\/13\/sisa-toksik-berbahaya-pada-manusia-dan-ekosistem\/","title":{"rendered":"Sisa Toksik Berbahaya Pada Manusia dan Ekosistem"},"content":{"rendered":"<p><span>Dalam usaha mengejar  pembangunan, kita turut menyaksikan pertumbuhan pelbagai jenis industri  yang turut membawa banyak peluang pekerjaan.<\/span><\/p>\n<p>Tetapi, penghasilan sisa industri termasuk sisa toksik merupakan kesan sampingan yang tidak dapat dielakkan.<br \/>\nDianggarkan  lebih kurang 5,000 syarikat yang dikenal pasti mengeluarkan sisa toksik  atau sisa berjadual yang memerlukan rawatan teliti sebelum dilupuskan  di negara ini.<\/p>\n<p>Secara purata industri berkenaan menghasilkan  kira-kira 430,000 tan metrik sisa toksik setiap tahun sejak tahun 2001  di seluruh negara.<\/p>\n<p>Sarawak pula mencatatkan antara 8,000  sehingga 14,000 tan dalam setahun. Namun, angka itu merupakan data rasmi  yang bermakna bilangan yang melalui pengendalian pelupusan dan  perawatannya berdasarkan prosidur yang telah ditetapkan oleh kerajaan.<\/p>\n<p>Bagaimana  pula dengan sisa toksik yang tidak dibuang atau dilupuskan dengan cara  yang sepatutnya sama ada di tanah lapang, kawasan terpencil dan sungai  yang berhampiran dengan kediaman manusia?<\/p>\n<p>Di antara tahun 2001  sehingga 2005, sebanyak 97 kes pembuangan sisa toksik telah dikendalikan  oleh JAS kerana adanya laporan yang dibuat oleh pelbagai pihak.<\/p>\n<p>Antara  penyebab yang dikatakan membawa kepada masalah itu ialah kos rawatan  yang tinggi terpaksa ditanggung oleh pihak industri yang menghasilkan  bahan tersebut.<\/p>\n<p>Bagi pelupusan secara timbus, industri terpaksa  memperuntukkan sekitar RM400 bagi satu tan manakala untuk sisa-sisa  toksik yang berbahaya kosnya mencapai RM4,000 satu tan.<\/p>\n<p>Sisa  toksik yang tidak dikendalikan dengan cara yang sepatutnya itu telah  menimbulkan pelbagai bahaya yang sukar diramal tahapnya kepada manusia  dan ekosistem keseluruhannya.<\/p>\n<p>Begitu juga dengan pelbagai jenis penyakit yang tidak pernah berlaku pada zaman nenek moyang kita suatu ketika dahulu.<\/p>\n<p>Kewujudan  pelbagai jenis penyakit akut atau kronik pada hari ini tidak dapat  dinafikan daripada kesan agen-agen toksik yang terdapat di persekitaran  kehidupan manusia.<\/p>\n<p>Ia menjejaskan kesihatan kita sama ada melalui  air yang diminum dan digunakan, udara yang dihirup dan bahan makanan  yang dimakan setiap hari.<\/p>\n<p>Ini bermakna ekosistem kita yang  terdiri daripada tumbuh-tumbuhan, buah-buahan atau makanan seperti  sayur-sayuran, ikan dan haiwan peliharaan yang terdedah pada bahan  toksik akan turut memberi kesan memudaratkan kepada kesihatan manusia.<\/p>\n<p>Kimia  organik meruap seperti bahan pencuci, perekat, cat, cecair pencuci  kering, pengawet kayu, pewangi, semburan rambut, kerosin, asap tembakau,  pengecat kuku dan pelarut cat mengandungi bahan kimia seperti <em>trikloroetilina<\/em>, <em>benzena<\/em>, <em>toluene<\/em>, <em>etil keton<\/em>, alkohol, <em>metakrilat, akrolein, polisiklik aromatik hidrokarbon <\/em>(PAH)  dan racun makhluk perosak boleh menyebabkan loya, muntah, pening,  letih, keradangan pada mata, kulit, saluran pernafasan dan hidung  tersumbat.<\/p>\n<p>Bahan seperti formaldehid yang dibebaskan dari papan  lapis, kayu gentian, perekat dan gam, bahan tekstil, asap tembakau, cat  dan kosmetik pula menyebabkan tindakbalas alahan ke atas kulit, mata,  paru-paru dan saluran pernafasan.<\/p>\n<p>Plumbum yang biasa digunakan  dalam industri cat, saluran paip, alat permainan, perabot, industri  kimpalan, seramik, kaca dan bateri pula boleh menyebabkan kerosakan pada  sistem saraf, buah pinggang, kesukaran belajar, memberi perhatian dan  daya ingatan yang rendah. Pendedahan yang besar ke atas bahan itu  menyebabkan sawan, tidak sedarkan diri dan kematian.<\/p>\n<p>Bahan yang  digunakan dalam pembuatan racun makhluk perosak seperti racun serangga,  racun makhluk perosak, racun kulat dan racun lalang dalam aktiviti  pertanian atau kegunaan rumah boleh menyebabkan simtom keracunan  ditunjukkan dengan serta merta seperti sakit kepala, pening, otot  memulas, lemah dan loya.<\/p>\n<p>Di samping toksik kepada tumbuhan, bahan  kimia organik meruap yang dihasilkan dari aktiviti pelupusan sampah,  loji pembersihan air dan penghasilan minyak mentah dan gas asli pula  menyebabkan penyakit berkaitan kanser kulit, katarak, lemah sistem badan  melawan penyakit dan masalah pernafasan.<\/p>\n<blockquote><p><span><strong>Implikasi Toksik Pada Kesihatan<\/strong><\/span><\/p>\n<p><span><strong>Alergi<\/strong><\/span><\/p>\n<blockquote><p><span>Terutama  pada kanak-kanak yang sangat sensitif bahan kimia tertentu dari jenis  sintetik lalu menyebabkan kesan alergi seperti  bersin, mata gatal dan  hidung berair.<\/span><\/p><\/blockquote>\n<p><span><strong>Cacat<\/strong><\/span><\/p>\n<blockquote><p><span>Racun  makhluk perosak, pengganggu endokrin, logam berat, pencemar organik dan  sebagainya boleh menyebabkan kerosakan pada  sistem pembiakan manusia.  Ia seterusnya menyebabkan  kecacatan fizikal dan  sistem saraf pada  kanak-kanak baru lahir atau setelah mereka meningkat  dewasa.<\/span><\/p><\/blockquote>\n<p><span><strong>Keradangan kulit <\/strong><\/span><\/p>\n<blockquote><p><span>Keradangan kulit boleh disebabkan oleh bahan kimia seperti pelarut, bahan pencuci, logam berat serta tumbuhan tercemar.<\/span><\/p><\/blockquote>\n<p><span><strong>Emfisema<\/strong><\/span><\/p>\n<blockquote><p><span>Paru-paru  tidak dapat mengepam masuk dan keluar udara dengan sempurna disebabkan  oleh pencemaran udara oleh bau dan asap bahan toksik. <\/span><\/p><\/blockquote>\n<p><span><strong>Kerosakan Ginjal<\/strong><\/span><\/p>\n<blockquote><p><span>Logam  seperti kromium, plumbum, raksa, kadmium, kuprum, racun makhluk  perosak, pelarut organik boleh menyebabkan kerosakan ginjal. <\/span><\/p><\/blockquote>\n<p><span><strong>Gangguan Hormon<\/strong><\/span><\/p>\n<blockquote><p><span>Boleh terjadi jika terdedah kepada pencemar organik kekal seperti  dioksin, <em>PCB <\/em>(<em>poliklorinated bifenil<\/em>) serta pengganggu endokrin seperti racun makhluk perosak dan  phthalate.<\/span><\/p><\/blockquote>\n<p><span><strong>Kelemahan Sistem Imunisasi<\/strong><\/span><\/p>\n<blockquote><p><span>Kelemahan  sistem imuniasasi menyebabkan badan mudah mendapat penyakit. Biasanya  disebabkan oleh pencemar organik kekal, pengganggu endokrin dan  lain-lain.<\/span><\/p><\/blockquote>\n<p><span><strong>Kanser<\/strong><\/span><\/p>\n<blockquote><p><span>Pelbagai  jenis kanser dikaitkan dengan pendedahan terhadap asbestos, pelarut  organik, logam berat dan racun serangga. Kanser tersebut adalah seperti  kanser paru-paru, payudara, hati, sistem pembiakan, leukemia dan  lain-lain.<\/span><\/p><\/blockquote>\n<p><span><strong>Keracunan  Plumbum<\/strong><\/span><\/p>\n<blockquote><p><span>Keracunan  ini ditunjukkan oleh tanda dan simptom seperti sakit kepala, kekejangan  otot, sawan, kesukaran belajar dan menyebabkan kematian. Biasanya  terdapat  dalam cat, alat tulis dan air yang tercemar oleh sisa  industri.<\/span><\/p><\/blockquote>\n<p><span><strong>Keracunan  Raksa<\/strong><\/span><\/p>\n<blockquote><p><span>Makanan  yang dimakanan seperti ikan yang telah tercemar dengan bahan ini boleh  menyebabkan kerosakan ginjal, hati dan saraf. Tanda dan simptom  keracunan seperti kebas, lemah otot, kekaburan mata, lumpuh dan juga  boleh membawa kepada kematian. <\/span><\/p><\/blockquote>\n<p><span><strong>Kerosakan  Sistem saraf<\/strong><\/span><\/p>\n<blockquote><p><span>Boleh berlaku akibat dedahan kepada kimia seperti racun makhluk perosak, logam berat dan pelarut organik.<\/span><\/p><\/blockquote>\n<\/blockquote>\n<p><span><br \/>\n<strong>Masih Selamatkah Kita Dengan Kehadiran <em>POPs<\/em>?<\/strong><br \/>\n<em>POPs<\/em> atau pencemar organik kekal adalah bahan kimia yang paling toksik dan  sedang tersebar meluas di alam sekitar kita. Ia sangat toksik kepada  manusia dan haiwan walaupun dalam jumlah pendedahan yang kecil.<\/span><\/p>\n<p>Umumnya, <em>POPs <\/em>bersifat  separa meruap yang menyebabkannya mudah tersebar pada jarak jauh  sehingga beribu kilometer dari puncanya sama ada melalui aliran udara  dan air.<\/p>\n<p><em>POPs <\/em>juga mempunyai struktur kimia yang tidak  mudah lupus dan ia sangat stabil serta mudah larut di dalam lemak dan  berkumpul secara biologi di dalam tisu lemak haiwan, manusia dan  organisma hidup sehingga mencecah 20 hingga 30 tahun.<\/p>\n<p>Didapati paras <em>POPs <\/em>di dalam haiwan lebih tinggi daripada ikan dan diikuti <em>fitoplankton <\/em>dan <em>sedimen<\/em>.<\/p>\n<p>Agensi perlindungan Alam Sekitar  Amerika Syarikat (<em>EPA<\/em>) juga pernah melaporkan kira-kira 95 peratus POPs di dalam manusia adalah berpunca dari makanan yang dimakan.<\/p>\n<p>Pada masa ini terdapat 12 bahan kimia yang diklasifikasi sebagai <em>POPs<\/em>, iaitu <em>Aldrin, Klordan,<\/em><em>Dieldrin, Endrin, Heptaklor, Mirek, Toxafen<\/em>, <em>DDT<\/em>, <em>poliklorinated dibenzo-p-dioksins<\/em> (dioksin), <em>poliklorinated dibenzofurans, Hexaklorobenzena <\/em>dan PCB.<\/p>\n<p>Hexaklorobenzena dan <em>PCB <\/em>merupakan  bahan bahan kimia yang biasa dihasilkan oleh industri dan boleh juga  terbentuk sebagai hasil sampingan pembakaran dari aktiviti yang tidak  disengajakan.<\/p>\n<p>Selain dari dioksin dan furans, <em>PCBs <\/em>dan  heksaklorobenzena juga telah dikenal pasti sebagai hasil sampingan  aktiviti pembakaran industri. Ia terhasil dari pembakaran klorin yang  berasal dari polivinil klorida (<em>PVC<\/em>), pembungkus plastik, pelarut berklorin, kepingan cat dan racun makhluk perosak atau racun serangga.<\/p>\n<p>Aktiviti peleburan logam,  penapisan minyak, relau dan dandang boleh juga menyumbang kepada penghasilan <em>POPs<\/em>.<\/p>\n<p>Bulletin  Umum Pusat Racun Negara (Bilangan 48), Universiti Sains Malaysia  menjelaskan bahawa secara amnya punca perlepasan utama <em>POPs <\/em>di  Malaysia adalah dari hasil sampingan aktiviti-aktiviti yang tidak  disengajakan dari pembakaran industri seperti insinerator bagi sisa  perubatan, buangan Majlis Perbandaran dan sisa berbahaya, asap  kenderaan, pembakaran arang batu dan kayu dan sebagainya.<\/p>\n<p>Setiap <em>POP\u2019s <\/em>mempunyai kesan jangka pendek dan panjang sama ada ke atas manusia mahupun ekosistemnya seperti berikut :<\/p>\n<blockquote><p><span><strong>Aldrin<\/strong><\/span><\/p>\n<ul>\n<li><span>Kegunaan:  Racun makhluk perosak untuk pengawalan serangga tanah seperti cacing,  belalang dan lain-lain. Diharamkan oleh kerajaan Malaysia pada tahun  1994<\/span><\/li>\n<li><span>Metabolisma: Dimetabolisma di dalam tumbuhan dan haiwan kepada <em>dieldrin<\/em>.<\/span><\/li>\n<\/ul>\n<p><span><strong>Chlordan<\/strong><\/span><\/p>\n<ul>\n<li><span>Kegunaan: Racun serangga di dalam pertanian dan racun anai-anai. Diharamkan oleh kerajaan Malaysia pada tahun 1998.<\/span><\/li>\n<li><span>Metabolisma:Terikat  kuat pada sedimen akuatik dan terkumpul di dalam lemak organisma.  Ia  memberi kesan ke atas sistem ketahanan badan  melawan penyakit. <\/span><\/li>\n<\/ul>\n<p><span><strong>DDT<\/strong><\/span><\/p>\n<ul>\n<li><span>Kegunaan:   Kawalan penyakit berjangkit atau vektor seperti malaria dan juga  digunakan di dalam pertanian. Diharamkan oleh kerajaan Malaysia pada  tahun 1999.<\/span><\/li>\n<\/ul>\n<p><span><strong>Dieldrin<\/strong><\/span><\/p>\n<ul>\n<li><span>Kegunaan:Di dalam pertanian untuk mengawal serangga tanah, anai- anai. Diharamkan oleh kerajaan Malaysia pada tahun 1994.<\/span><\/li>\n<li><span>Metabolisma: Dieldrin akan terkumpul di dalam badan dan merosakkan hati dan saluran <em>\u2018biliary\u2019<\/em><\/span><\/li>\n<\/ul>\n<p><span><strong>Dioksin<\/strong><\/span><\/p>\n<ul>\n<li><span>Kegunaan:   Tiada kegunaan dan terhasil dari kegiatan yang tidak disengajakan  seperti pembakaran dan tindakbalas kimia di antara jisim organik dengan  klorin atau bahan kimia hidrokarbon yang mengandungi klorin. <\/span><\/li>\n<li><span>Keracunan: Menyebabkan <em>chloracne<\/em>, <em>peripheral neuropathies<\/em>,  kepenatan, kemurungan, perubahan personaliti, hepatitis, pembengkakkan  hati, paras enzim yang tidak normal dan gangguan sistem pembiakan lelaki  dan wanita.<\/span><\/li>\n<\/ul>\n<p><span><strong>Endrin<\/strong><\/span><\/p>\n<ul>\n<li><span>Kegunaan: Racun serangga dan tikus di dalam pertanian. Diharamkan oleh kerajaan Malaysia pada tahun 1990.<\/span><\/li>\n<li><span>Metabolisma: Dimetabolisma dengan cepat dan tidak terkumpul di dalam badan.<\/span><\/li>\n<\/ul>\n<p><span><strong>Hexachlorobenzene<\/strong><\/span><\/p>\n<ul>\n<li><span>Kegunaan: Racun kulat dan juga hasil sampingan industri kimia. Diharamkan oleh kerajaan Malaysia pada tahun 1990.<\/span><\/li>\n<li><span>Metabolisma: Terkumpul di dalam lemak organisma<\/span><\/li>\n<li><span>Keracunan:  Memberi kesan pada kulit, pigmen kulit, pertumbuhan bulu yang tidak normal, sakit dada, <em>porphyrinuria <\/em>dan keletihan. <\/span><\/li>\n<\/ul>\n<p><span><strong>Heptachlor<\/strong><\/span><\/p>\n<ul>\n<li><span>Kegunaan: Racun serangga dan anai-anai. Diharamkan oleh kerajaan Malaysia pada tahun 1990.<\/span><\/li>\n<li><span>Metabolisma: Berkumpul di dalam lemak organisma. Dimetabolisma kepada <em>heptachlor epoksid<\/em><em>heptachlor<\/em>.<\/span><\/li>\n<\/ul>\n<p><span><strong>Mirex<\/strong><\/span><\/p>\n<ul>\n<li><span>Kegunaan:  Racun serangga seperti semut, anai-anai, lebah. Ia juga diguna sebagai  penghalang api di dalam barangan plastik, getah, kertas dan elektrik.  Diharamkan oleh kerajaan Malaysia pada tahun 1990.<\/span><\/li>\n<li><span>Metabolisma: Berkumpul di dalam organisma hidup terutama tisu lemak. <\/span><\/li>\n<li><span>Keracunan:  Kerosakan hati, katarak dan kecacatan bayi. <\/span><\/li>\n<\/ul>\n<p><span><strong>Polychlorinated biphenyls (PCB)<\/strong><\/span><\/p>\n<ul>\n<li><span>Kegunaan: Dalam transformer dan kapasitor, cat, kertas pendua tanpa karbon dan plastik. Terdapat 209 jenis PCB.<\/span><\/li>\n<li><span>Keracunan:  Kerosakan pada hati, pembengkakkan mata, pigmentasi pada kuku dan  selaput mukos, kepenatan, loya dan muntah, penipisan lapisan kulit,  kulit menjadi gelap, jerawat, kanser, sistem pembiakan, saluran  penghadaman dan kelenjar tiroid.<\/span><\/li>\n<\/ul>\n<p><span><strong>Toxafen<\/strong><\/span><\/p>\n<ul>\n<li><span>Kegunaan: Racun serangga dalam pertanian dan ternakan. Diharamkan oleh kerajaan Malaysia pada tahun 1990. <\/span><\/li>\n<li><span>Metabolisma: Terkumpul didalam organisma hidup.<\/span><\/li>\n<li><span>Keracunan: Merosakkan kromosom, buah pinggang, tiroid dan hati. <\/span><\/li>\n<\/ul>\n<p><span><strong>Furans<\/strong><\/span><\/p>\n<ul>\n<li><span>Kegunaan:   Tiada kegunaan dan terhasil dari kegiatan yang tidak disengajakan  seperti pembakaran dan tindakbalas kimia di antara jisim organik dengan  klorin atau bahan kimia hidrokarbon yang mengandungi klorin.<\/span><\/li>\n<li><span>Keracunan:  Menyebabkan chloracne, gangguan sistem saraf, kepenatan, kemurungan,  perubahan personaliti, hepatitis, pembengkakan hati, paras enzim yang  tidak normal dan gangguan sistem pembiakan lelaki dan wanita.<\/span><\/li>\n<\/ul>\n<\/blockquote>\n<div style='text-align:center' class='yasr-auto-insert-visitor'><!--Yasr Visitor Votes Shortcode--><div id='yasr_visitor_votes_bcd0a19dac086' class='yasr-visitor-votes'><div class=\"yasr-custom-text-vv-before yasr-custom-text-vv-before-9178\">Click to rate this post!<\/div><div id='yasr-vv-second-row-container-bcd0a19dac086'\r\n                                        class='yasr-vv-second-row-container'><div id='yasr-visitor-votes-rater-bcd0a19dac086'\r\n                                      class='yasr-rater-stars-vv'\r\n                                      data-rater-postid='9178'\r\n                                      data-rating='0'\r\n                                      data-rater-starsize='16'\r\n                                      data-rater-readonly='true'\r\n                                      data-rater-nonce='38ab366d18'\r\n                                      data-issingular='false'\r\n                                    ><\/div><div class=\"yasr-vv-stats-text-container\" id=\"yasr-vv-stats-text-container-bcd0a19dac086\"><svg xmlns=\"https:\/\/www.w3.org\/2000\/svg\" width=\"20\" height=\"20\"\r\n                                   class=\"yasr-dashicons-visitor-stats\"\r\n                                   data-postid=\"9178\"\r\n                                   id=\"yasr-stats-dashicon-bcd0a19dac086\">\r\n                                   <path d=\"M18 18v-16h-4v16h4zM12 18v-11h-4v11h4zM6 18v-8h-4v8h4z\"><\/path>\r\n                               <\/svg><span id=\"yasr-vv-text-container-bcd0a19dac086\" class=\"yasr-vv-text-container\">[Total: <span id=\"yasr-vv-votes-number-container-bcd0a19dac086\">0<\/span>  Average: <span id=\"yasr-vv-average-container-bcd0a19dac086\">0<\/span>]<\/span><\/div><div id='yasr-vv-loader-bcd0a19dac086' class='yasr-vv-container-loader'><\/div><\/div><div id='yasr-vv-bottom-container-bcd0a19dac086' class='yasr-vv-bottom-container'><div class='yasr-small-block-bold'><span class='yasr-visitor-votes-must-sign-in'>You must sign in to vote<\/span><\/div><\/div><\/div><!--End Yasr Visitor Votes Shortcode--><\/div>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Dalam usaha mengejar pembangunan, kita turut menyaksikan pertumbuhan pelbagai jenis industri yang turut membawa banyak peluang pekerjaan. Tetapi, penghasilan sisa industri termasuk sisa toksik merupakan kesan sampingan yang tidak dapat dielakkan. Dianggarkan lebih kurang 5,000 syarikat yang dikenal pasti mengeluarkan sisa toksik atau sisa berjadual yang memerlukan rawatan teliti sebelum dilupuskan di negara ini. Secara [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":4,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"yasr_overall_rating":0,"yasr_post_is_review":"","yasr_auto_insert_disabled":"","yasr_review_type":"","footnotes":""},"categories":[64,32],"tags":[],"class_list":{"0":"post-9178","1":"post","2":"type-post","3":"status-publish","4":"format-standard","6":"category-kuching","7":"category-lestari"},"acf":[],"yoast_head":"<!-- This site is optimized with the Yoast SEO plugin v26.3 - https:\/\/yoast.com\/wordpress\/plugins\/seo\/ -->\n<title>Sisa Toksik Berbahaya Pada Manusia dan Ekosistem - RAKAN Sarawak<\/title>\n<meta name=\"robots\" content=\"index, follow, max-snippet:-1, max-image-preview:large, max-video-preview:-1\" \/>\n<link rel=\"canonical\" href=\"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/2007\/02\/13\/sisa-toksik-berbahaya-pada-manusia-dan-ekosistem\/\" \/>\n<meta property=\"og:locale\" content=\"en_US\" \/>\n<meta property=\"og:type\" content=\"article\" \/>\n<meta property=\"og:title\" content=\"Sisa Toksik Berbahaya Pada Manusia dan Ekosistem - RAKAN Sarawak\" \/>\n<meta property=\"og:description\" content=\"Dalam usaha mengejar pembangunan, kita turut menyaksikan pertumbuhan pelbagai jenis industri yang turut membawa banyak peluang pekerjaan. Tetapi, penghasilan sisa industri termasuk sisa toksik merupakan kesan sampingan yang tidak dapat dielakkan. Dianggarkan lebih kurang 5,000 syarikat yang dikenal pasti mengeluarkan sisa toksik atau sisa berjadual yang memerlukan rawatan teliti sebelum dilupuskan di negara ini. Secara [&hellip;]\" \/>\n<meta property=\"og:url\" content=\"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/2007\/02\/13\/sisa-toksik-berbahaya-pada-manusia-dan-ekosistem\/\" \/>\n<meta property=\"og:site_name\" content=\"RAKAN Sarawak\" \/>\n<meta property=\"article:publisher\" content=\"https:\/\/www.facebook.com\/rakanswk\" \/>\n<meta property=\"article:published_time\" content=\"2007-02-13T07:54:35+00:00\" \/>\n<meta property=\"og:image\" content=\"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/wp-content\/uploads\/2025\/02\/Facebook-Google-Chrome-13_2_2025-7_32_32-PM.png\" \/>\n\t<meta property=\"og:image:width\" content=\"1200\" \/>\n\t<meta property=\"og:image:height\" content=\"675\" \/>\n\t<meta property=\"og:image:type\" content=\"image\/png\" \/>\n<meta name=\"author\" content=\"myadmin\" \/>\n<meta name=\"twitter:card\" content=\"summary_large_image\" \/>\n<meta name=\"twitter:creator\" content=\"@RAKANSarawak\" \/>\n<meta name=\"twitter:site\" content=\"@RAKANSarawak\" \/>\n<meta name=\"twitter:label1\" content=\"Written by\" \/>\n\t<meta name=\"twitter:data1\" content=\"myadmin\" \/>\n\t<meta name=\"twitter:label2\" content=\"Est. reading time\" \/>\n\t<meta name=\"twitter:data2\" content=\"8 minutes\" \/>\n<script type=\"application\/ld+json\" class=\"yoast-schema-graph\">{\"@context\":\"https:\/\/schema.org\",\"@graph\":[{\"@type\":\"Article\",\"@id\":\"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/2007\/02\/13\/sisa-toksik-berbahaya-pada-manusia-dan-ekosistem\/#article\",\"isPartOf\":{\"@id\":\"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/2007\/02\/13\/sisa-toksik-berbahaya-pada-manusia-dan-ekosistem\/\"},\"author\":{\"name\":\"myadmin\",\"@id\":\"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/#\/schema\/person\/9713f416c32fe7cea286ed193fa6517a\"},\"headline\":\"Sisa Toksik Berbahaya Pada Manusia dan Ekosistem\",\"datePublished\":\"2007-02-13T07:54:35+00:00\",\"mainEntityOfPage\":{\"@id\":\"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/2007\/02\/13\/sisa-toksik-berbahaya-pada-manusia-dan-ekosistem\/\"},\"wordCount\":1566,\"commentCount\":0,\"publisher\":{\"@id\":\"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/#organization\"},\"articleSection\":[\"Kuching\",\"Lestari\"],\"inLanguage\":\"en-US\",\"potentialAction\":[{\"@type\":\"CommentAction\",\"name\":\"Comment\",\"target\":[\"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/2007\/02\/13\/sisa-toksik-berbahaya-pada-manusia-dan-ekosistem\/#respond\"]}]},{\"@type\":\"WebPage\",\"@id\":\"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/2007\/02\/13\/sisa-toksik-berbahaya-pada-manusia-dan-ekosistem\/\",\"url\":\"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/2007\/02\/13\/sisa-toksik-berbahaya-pada-manusia-dan-ekosistem\/\",\"name\":\"Sisa Toksik Berbahaya Pada Manusia dan Ekosistem - RAKAN Sarawak\",\"isPartOf\":{\"@id\":\"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/#website\"},\"datePublished\":\"2007-02-13T07:54:35+00:00\",\"breadcrumb\":{\"@id\":\"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/2007\/02\/13\/sisa-toksik-berbahaya-pada-manusia-dan-ekosistem\/#breadcrumb\"},\"inLanguage\":\"en-US\",\"potentialAction\":[{\"@type\":\"ReadAction\",\"target\":[\"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/2007\/02\/13\/sisa-toksik-berbahaya-pada-manusia-dan-ekosistem\/\"]}]},{\"@type\":\"BreadcrumbList\",\"@id\":\"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/2007\/02\/13\/sisa-toksik-berbahaya-pada-manusia-dan-ekosistem\/#breadcrumb\",\"itemListElement\":[{\"@type\":\"ListItem\",\"position\":1,\"name\":\"Home\",\"item\":\"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/\"},{\"@type\":\"ListItem\",\"position\":2,\"name\":\"Sisa Toksik Berbahaya Pada Manusia dan Ekosistem\"}]},{\"@type\":\"WebSite\",\"@id\":\"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/#website\",\"url\":\"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/\",\"name\":\"RAKAN Sarawak\",\"description\":\"An eyewitness to Sarawak\u2019s transformation\",\"publisher\":{\"@id\":\"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/#organization\"},\"alternateName\":\"Rangkaian Khidmat Awam Negeri Sarawak\",\"potentialAction\":[{\"@type\":\"SearchAction\",\"target\":{\"@type\":\"EntryPoint\",\"urlTemplate\":\"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/?s={search_term_string}\"},\"query-input\":{\"@type\":\"PropertyValueSpecification\",\"valueRequired\":true,\"valueName\":\"search_term_string\"}}],\"inLanguage\":\"en-US\"},{\"@type\":\"Organization\",\"@id\":\"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/#organization\",\"name\":\"RAKAN Sarawak\",\"alternateName\":\"Rangkaian Khidmat Awam Negeri Sarawak\",\"url\":\"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/\",\"logo\":{\"@type\":\"ImageObject\",\"inLanguage\":\"en-US\",\"@id\":\"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/#\/schema\/logo\/image\/\",\"url\":\"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/wp-content\/uploads\/2023\/12\/logo-rstagline.png\",\"contentUrl\":\"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/wp-content\/uploads\/2023\/12\/logo-rstagline.png\",\"width\":172,\"height\":120,\"caption\":\"RAKAN Sarawak\"},\"image\":{\"@id\":\"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/#\/schema\/logo\/image\/\"},\"sameAs\":[\"https:\/\/www.facebook.com\/rakanswk\",\"https:\/\/x.com\/RAKANSarawak\"]},{\"@type\":\"Person\",\"@id\":\"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/#\/schema\/person\/9713f416c32fe7cea286ed193fa6517a\",\"name\":\"myadmin\",\"image\":{\"@type\":\"ImageObject\",\"inLanguage\":\"en-US\",\"@id\":\"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/#\/schema\/person\/image\/\",\"url\":\"https:\/\/secure.gravatar.com\/avatar\/c880bd271af91fefeaae861a069e7c326c841ec9c6a6881d624603fefa718e78?s=96&r=g&d=https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/wp-content\/plugins\/userswp\/assets\/images\/no_profile.png\",\"contentUrl\":\"https:\/\/secure.gravatar.com\/avatar\/c880bd271af91fefeaae861a069e7c326c841ec9c6a6881d624603fefa718e78?s=96&r=g&d=https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/wp-content\/plugins\/userswp\/assets\/images\/no_profile.png\",\"caption\":\"myadmin\"},\"url\":\"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/myprofile\/myadmin\/\"},false]}<\/script>\n<!-- \/ Yoast SEO plugin. -->","yoast_head_json":{"title":"Sisa Toksik Berbahaya Pada Manusia dan Ekosistem - RAKAN Sarawak","robots":{"index":"index","follow":"follow","max-snippet":"max-snippet:-1","max-image-preview":"max-image-preview:large","max-video-preview":"max-video-preview:-1"},"canonical":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/2007\/02\/13\/sisa-toksik-berbahaya-pada-manusia-dan-ekosistem\/","og_locale":"en_US","og_type":"article","og_title":"Sisa Toksik Berbahaya Pada Manusia dan Ekosistem - RAKAN Sarawak","og_description":"Dalam usaha mengejar pembangunan, kita turut menyaksikan pertumbuhan pelbagai jenis industri yang turut membawa banyak peluang pekerjaan. Tetapi, penghasilan sisa industri termasuk sisa toksik merupakan kesan sampingan yang tidak dapat dielakkan. Dianggarkan lebih kurang 5,000 syarikat yang dikenal pasti mengeluarkan sisa toksik atau sisa berjadual yang memerlukan rawatan teliti sebelum dilupuskan di negara ini. Secara [&hellip;]","og_url":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/2007\/02\/13\/sisa-toksik-berbahaya-pada-manusia-dan-ekosistem\/","og_site_name":"RAKAN Sarawak","article_publisher":"https:\/\/www.facebook.com\/rakanswk","article_published_time":"2007-02-13T07:54:35+00:00","og_image":[{"width":1200,"height":675,"url":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/wp-content\/uploads\/2025\/02\/Facebook-Google-Chrome-13_2_2025-7_32_32-PM.png","type":"image\/png"}],"author":"myadmin","twitter_card":"summary_large_image","twitter_creator":"@RAKANSarawak","twitter_site":"@RAKANSarawak","twitter_misc":{"Written by":"myadmin","Est. reading time":"8 minutes"},"schema":{"@context":"https:\/\/schema.org","@graph":[{"@type":"Article","@id":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/2007\/02\/13\/sisa-toksik-berbahaya-pada-manusia-dan-ekosistem\/#article","isPartOf":{"@id":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/2007\/02\/13\/sisa-toksik-berbahaya-pada-manusia-dan-ekosistem\/"},"author":{"name":"myadmin","@id":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/#\/schema\/person\/9713f416c32fe7cea286ed193fa6517a"},"headline":"Sisa Toksik Berbahaya Pada Manusia dan Ekosistem","datePublished":"2007-02-13T07:54:35+00:00","mainEntityOfPage":{"@id":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/2007\/02\/13\/sisa-toksik-berbahaya-pada-manusia-dan-ekosistem\/"},"wordCount":1566,"commentCount":0,"publisher":{"@id":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/#organization"},"articleSection":["Kuching","Lestari"],"inLanguage":"en-US","potentialAction":[{"@type":"CommentAction","name":"Comment","target":["https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/2007\/02\/13\/sisa-toksik-berbahaya-pada-manusia-dan-ekosistem\/#respond"]}]},{"@type":"WebPage","@id":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/2007\/02\/13\/sisa-toksik-berbahaya-pada-manusia-dan-ekosistem\/","url":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/2007\/02\/13\/sisa-toksik-berbahaya-pada-manusia-dan-ekosistem\/","name":"Sisa Toksik Berbahaya Pada Manusia dan Ekosistem - RAKAN Sarawak","isPartOf":{"@id":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/#website"},"datePublished":"2007-02-13T07:54:35+00:00","breadcrumb":{"@id":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/2007\/02\/13\/sisa-toksik-berbahaya-pada-manusia-dan-ekosistem\/#breadcrumb"},"inLanguage":"en-US","potentialAction":[{"@type":"ReadAction","target":["https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/2007\/02\/13\/sisa-toksik-berbahaya-pada-manusia-dan-ekosistem\/"]}]},{"@type":"BreadcrumbList","@id":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/2007\/02\/13\/sisa-toksik-berbahaya-pada-manusia-dan-ekosistem\/#breadcrumb","itemListElement":[{"@type":"ListItem","position":1,"name":"Home","item":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/"},{"@type":"ListItem","position":2,"name":"Sisa Toksik Berbahaya Pada Manusia dan Ekosistem"}]},{"@type":"WebSite","@id":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/#website","url":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/","name":"RAKAN Sarawak","description":"An eyewitness to Sarawak\u2019s transformation","publisher":{"@id":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/#organization"},"alternateName":"Rangkaian Khidmat Awam Negeri Sarawak","potentialAction":[{"@type":"SearchAction","target":{"@type":"EntryPoint","urlTemplate":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/?s={search_term_string}"},"query-input":{"@type":"PropertyValueSpecification","valueRequired":true,"valueName":"search_term_string"}}],"inLanguage":"en-US"},{"@type":"Organization","@id":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/#organization","name":"RAKAN Sarawak","alternateName":"Rangkaian Khidmat Awam Negeri Sarawak","url":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/","logo":{"@type":"ImageObject","inLanguage":"en-US","@id":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/#\/schema\/logo\/image\/","url":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/wp-content\/uploads\/2023\/12\/logo-rstagline.png","contentUrl":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/wp-content\/uploads\/2023\/12\/logo-rstagline.png","width":172,"height":120,"caption":"RAKAN Sarawak"},"image":{"@id":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/#\/schema\/logo\/image\/"},"sameAs":["https:\/\/www.facebook.com\/rakanswk","https:\/\/x.com\/RAKANSarawak"]},{"@type":"Person","@id":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/#\/schema\/person\/9713f416c32fe7cea286ed193fa6517a","name":"myadmin","image":{"@type":"ImageObject","inLanguage":"en-US","@id":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/#\/schema\/person\/image\/","url":"https:\/\/secure.gravatar.com\/avatar\/c880bd271af91fefeaae861a069e7c326c841ec9c6a6881d624603fefa718e78?s=96&r=g&d=https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/wp-content\/plugins\/userswp\/assets\/images\/no_profile.png","contentUrl":"https:\/\/secure.gravatar.com\/avatar\/c880bd271af91fefeaae861a069e7c326c841ec9c6a6881d624603fefa718e78?s=96&r=g&d=https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/wp-content\/plugins\/userswp\/assets\/images\/no_profile.png","caption":"myadmin"},"url":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/myprofile\/myadmin\/"},false]}},"yasr_visitor_votes":{"stars_attributes":{"read_only":true,"span_bottom":"<div class='yasr-small-block-bold'><span class='yasr-visitor-votes-must-sign-in'>You must sign in to vote<\/span><\/div>"},"number_of_votes":0,"sum_votes":0},"publishpress_future_action":{"enabled":false,"date":"2026-04-19 06:52:17","action":"change-status","newStatus":"draft","terms":[],"taxonomy":"category","extraData":[]},"publishpress_future_workflow_manual_trigger":{"enabledWorkflows":[]},"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/9178","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/wp-json\/wp\/v2\/users\/4"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=9178"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/9178\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=9178"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=9178"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=9178"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}