Pembinaan Jalan Banang Kedua dan rangkaian jambatan di Sarawak bukan sahaja meningkatkan keterhubungan, malah menjadi pemacu ekonomi desa, memperkukuh pertanian, melahirkan usahawan baharu serta membuka masa depan luar bandar yang lebih inklusif, berdaya saing dan mampan.
Pembangunan infrastruktur berupaya merapatkan jurang di antara kawasan bandar dengan luar bandar, memacu ekonomi dan meningkatkan taraf hidup rakyat serta memastikan tiada sesiapa pun yang terpinggir daripada menikmati pembangunan.
Pelbagai inisiatif kemudahan dan bantuan pendidikan telah dilaksanakan oleh Kerajaan Sarawak bagi memastikan pendidikan berkualiti dapat dicapai secara inklusif.
Bermula dari pembangunan kemudahan fizikal hingga ke pembangunan modal insan, semuanya dilaksanakan bagi meningkatkan akses pendidikan berkualiti yang selari dengan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) 4, iaitu Pendidikan Berkualiti.
Penjenamaan semula Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu (UPMKB) kepada Universiti Putra Malaysia Sarawak (UPMS) adalah satu langkah strategik yang mengiktiraf kewujudan UPMS di Sarawak, malah juga di Borneo sejak 1974.
Sebagai sebuah universiti penyelidikan, Universiti Putra Malaysia (UPM) meletakkan tanggungjawabnya dalam bidang penyelidikan pertanian melalui Universiti Putra Malaysia Sarawak (UPMS) bagi membantu Kerajaan Sarawak dalam projek Agrihub@Gedong yang akan dikembangkan ke kawasan-kawasan lain di Sarawak yang berpotensi.
Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) sejak 2015 telah memperkukuh pembangunan infrastruktur di Bahagian Sarikei melalui pembinaan jalan, jambatan, jeti, dewan dan prasarana rumah panjang,...