Mekanisme ini bertujuan memastikan strategi selain memantau pelaksanaan pembangunan negeri adalah sejajar dengan dasar-dasar yang berkuat kuasa bagi menyokong dan merealisasikan dasar untuk pertumbuhan ekonomi yang lebih saksama, memberikan nilai yang lebih tinggi dan menjadikan Malaysia sebuah negara yang kompetitif.
Gerakan koperasi berupaya menjadi saluran untuk membantu rakyat memperbaiki dan meningkatkan taraf hidup melalui aktiviti perkumpulan. Penglibatan anggota dalam aktiviti koperasi dapat meningkatkan pendapatan mereka, sekali gus menjana pendapatan negara.
PUSAKA telah dipertanggungjawabkan untuk menyelaras dan mempergiatkan perkembangan yang dirancangkan bagi industri yang berasaskan kayu kayan di seluruh negeri Sarawak dan ini adalah sejajar dengan pembangunan dan kepentingan keseluruhan ekonomi, kewujudan modal dan kepakaran teknikal dan pengurusan yang berkesan daripada sumber hutan.
Gerakan koperasi di Malaysia yang wujud sejak 100 tahun lalu mampu memacu perkembangan ekonomi negara serta diyakini berperanan sebagai entiti perusahaan sosial dalam membantu anggota dan masyarakat.
Koperasi mampu bertindak sebagai pemacu ketiga ekonomi negara meneroka perniagaan berskala besar dalam bidang seperti bio teknologi, industri herba, automotif, perkhidmatan teknologi maklumat, industri makanan halal, bio komposit, perkapalan, perabot dan pembuatan melalui program vendor dengan kerjasama syarikat berkaitan kerajaan (GLC) serta syarikat gergasi multinasional.