Program Nyengok Kabar ini berkonsepkan turun padang atau Corporate Social Responsibility (CSR) yang menjadi medium pengantara bagi Pejabat Pembangunan Negeri Sarawak mendekati dan menyantuni golongan yang lebih memerlukan.
Ketua Menteri menyifatkan kejayaan membina dan menyiapkan Pusat Pentadbiran Bahagian Serian ini jelas mencerminkan kesinambungan selepas Serian dinaik taraf daripada Daerah ke Bahagian yang ke-12 pada 2015.
Pelbagai agensi seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Unit Keselamatan dan Penguatkuasaan Negeri (UKPN), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Pejabat Residen dan Daerah serta Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak bekerjasama dalam memastikan kelancaran persiapan menghadapi bencana tersebut.