Gerakan koperasi telah bermula di Malaysia sejak 1922 dan semakin berkembang pesat hingga mencatatkan bilangan koperasi berdaftar terkini sebanyak 14,625 buah dengan seramai 6.1 juta keanggotaan di seluruh negara.
Koperasi telah banyak menyumbang kepada pembangunan sosioekonomi. Koperasi menerapkan nilai-nilai yang diperlukan oleh anggotanya dan ini biasanya merupakan nilai-nilai yang terbaik untuk masyarakat pada umumnya.
Perpustakaan Desa Pekan Batu Kawa merupakan antara perpustakaan pertama yang dinaiktaraf menjadi DCC sejak 7 Oktober 2020.
Diletakkan di bawah pentadbiran Majlis Perbandaran Padawan, DCC Perpustakaan Desa Pekan Batu Kawa kini turut memainkan peranan dalam meningkatkan kecekapan dan persediaan komuniti dalam ekonomi digital.
Menyedari hakikat bahawa kawasan-kawasan yang dikendalikan oleh pihak JBALB adalah di luar bandar, program turun padang dan bersemuka bersama penduduk tempatan masih lagi menjadi keutamaan.
Aspek pengoperasian yang mantap merupakan tunjang kepada kekuatan JBALB, projek-projek yang telah dan sedang dilaksanakan melalui Projek Rakyat biayaan sepenuhnya oleh Kerajaan Sarawak tidak mencukupi, justeru itu peruntukan dari RMK-12 ini amat penting untuk JBALB meneruskan kesinambungan projek-projek ke kawasan-kawasan yang belum diliputi dengan bekalan air bersih dan terawat.