Kerajaan Sarawak mengiktiraf sumbangan dan semangat dedikasi anggota perkhidmatan awam Sarawak dan pesara dalam memacu pembangunan di negeri ini dengan meluluskan beberapa inisiatif bagi memastikan kesejahteraan dan kebajikan mereka.
Peranan KMKK adalah untuk menjadi penjaga adat resam dan budaya kaum masing-masing, kemudian seiring arus pemodenan dan pembangunan, peranan serta tanggungjawab mereka telah diperluaskan bagi membantu mengeratkan hubungan di antara masyarakat dengan pihak Kerajaan.
Gedong menjadi Kawasan Penanaman Alga Baharu, selepas Kuching dan Bintulu, dengan keluasan terbesar 100 hektar (fasa 1) akan menjadi makmal utama untuk tujuan perniagaan seluruh dunia.
58 agensi di bawah Pejabat Pentadbiran Bahagian dan Daerah Sarawak mendapat pengiktirafan Malaysia Book Of Records (MBOR) apabila menjadi agensi kerajaan pertama di bawah satu pensijilan yang sama iaitu MS ISO 9001:2015 Sistem Pengurusan Kualiti (Pentadbiran Bahagian Sarawak).
NREB sebagai peneraju agensi alam sekitar di Sarawak sejak 30 tahun dahulu kini bersedia untuk menggalas amanah lebih besar ke arah autonomi alam sekitar termaktub di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan menyokong ekonomi baharu dan mampan Sarawak.