spot_img

Category: Rencana

Sarawak Teraju Usaha Tangani Perubahan Iklim

Perubahan iklim adalah isu global yang semakin kritikal dan mendesak semua pihak mengambil tindakan untuk menangani kesannya terhadap manusia dan ekosistem.

Kempen Penghijauan Sarawak

Kempen Penghijauan Sarawak bukan hanya tertumpu kepada penanaman pokok semata-mata, tetapi juga melibatkan pendekatan pemulihan landskap hutan secara holistik. Dalam usaha ini, Jabatan Hutan Sarawak telah mengambil langkah proaktif untuk memulihkan kawasan hutan yang terdegradasi melalui penggunaan teknologi canggih dan kaedah pengurusan tanah yang lebih mampan.

Kesiapsiagaan MKN dalam Pengurusan Bencana dan Kecemasan

Kesiapsiagaan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dalam menghadapi bencana melibatkan strategi terkoordinasi, penggunaan sistem amaran awal, latihan antara agensi, serta pengurusan Tabung Bantuan Bencana Negara (TBBN) dalam usaha mengurangkan impak dan mempercepatkan pemulihan pasca-bencana.

UTS Promosi Kelestarian

Universiti Teknologi Sarawak (UTS), Sibu telah menempa nama sebagai Universiti yang pertama di Malaysia mendapat penarafan Platinum Indeks Bangunan Hijau (GBI) pada Oktober 2021 dengan 5 Bintang GBI EE penilaian. Penarafan Indeks Bangunan Hijau (GBI) adalah alat penarafan hijau yang diiktiraf industri Malaysia dan bagi organisasi yang telah memperolehinya bermaksud bangunan tersebut telah “lulus” sifat kelestariannya dengan beberapa ciri seperti mengurangkan penggunaan tenaga, meningkatkan keselesaan penghuni, mengurangkan kesan penggunaan bahan, dan kurang penggunaan air yang terawat.

Pelaksanaan Prosiding Garnisi Bantu MBM Tangani Tunggakan Cukai Taksiran

Penambahbaikan proses kerja melalui ‘Prosiding Garnisi’ telah berjaya mengatasi masalah tunggakan cukai taksiran yang dihadapi oleh Majlis Bandaraya Miri (MBM).

RECODA Perluaskan Pembangunan Wilayah dan Perkukuh Industri Dalam SCORE

Lembaga Pembangunan Koridor Wilayah (RECODA) sebagai agensi kerajaan yang berautoriti melaksanakan koridor pembangunan wilayah lebih dikenali sebagai Koridor Tenaga Boleh Diperbaharui Sarawak (SCORE) sejak tahun 2008 di bawah Rancangan Malaysia Ke-9. Melalui inisiatif baharu, Premier Sarawak, YAB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari Bin Tun Datuk Abang Haji Openg, RECODA telah melebarkan peranan dan memperluaskan Kawasannya melalui pewujudan Agensi Pembangunan Wilayah iaitu Upper Rajang Development Agency (URDA, kemudian disusuli oleh Agensi Pembangunan Tanah Tinggi atau Highland Development Agency (HDA) pada tahun 2017 dan Agensi Pembagunan Wilayah Utara atau Northern Region Development Agency (NRDA) pada tahun 2018.

Worldwide News, Local News in San Francisco, Tips & Tricks

spot_img
Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]