Antara Objektif SCSICA 2024 adalah untuk memberi pengiktirafan dan penghargaan atas penghasilan projek inovasi oleh penjawat awam untuk meningkatkan kecemerlangan penyampaian perkhidmatan.
Inovasi yang diperkenalkan bukan sekadar untuk meningkatkan penyampaian perkhidmatan kepada rakyat, tetapi juga mencerminkan kebijaksanaan dan integriti yang tinggi dalam perkhidmatan awam.
The theme for the 2024 edition of SCSICA and SCSIMon highlights the importance of integrity and innovation as key aspects in service delivery and socio-economic development that need to be incorporated among civil servants in Sarawak.
Inovasi dalam perkhidmatan awam adalah satu proses pengembangan idea-idea baharu dengan melaksanakannya untuk menghasilkan sesuatu yang memberi nilai kepada masyarakat sama ada melalui proses atau perkhidmatan baharu mahupun yang telah dibuat penambahbaikan.
Antara inisiatif yang telah dilaksanakan dalam usaha memperkukuh Transformasi Perkhidmatan Awam Sarawak ialah My Creative Idea (MCi) dan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA), Innovative and Creative Circle (ICC), Key Focus Activities 2.0 (KFA 2.0), High Performance Team (HPT), MyPortfolio, SCS Scorecard, Anugerah Kualiti Perkhidmatan Awam Sarawak (AKPANS) dan sebagainya.