Kesihatan mental mempengaruhi kesihatan fizikal, kualiti kehidupan dan produktiviti seseorang. Antara faktor-faktor yang mempengaruhi kesihatan mental adalah corak asuhan dalam keluarga, tahap pendidikan, gaya hidup, pengaruh persekitaran dan pergaulan, keistimewaan, kelemahan dan pencapaian seseorang dan kesihatan fizikal.
Prinsip utama yang dilihat amat penting dan perlu ada dalam semua kalangan Anggota Perkhidmatan Awam Sarawak (PANS) sama ada di peringkat Kementerian, Jabatan, Bahagian, Daerah, Ibu Pejabat dan sebagainya adalah di mana kita perlu bekerja sebagai satu pasukan.
Penjawat awam disarankan untuk memberi penekanan terhadap perubahan minda supaya menjadi lebih inovatif dan kreatif dalam menyelesaikan masalah melalui kaedah penyelesaian yang lebih efisien dan efektif.
Setiap tahun, ketua-ketua jabatan merentasi pelbagai kementerian, agensi dan jabatan dalam Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak berkumpul dan bekerja sebagai satu pasukan melalui penganjuran High Performance Team (HPT) Retreat yang bertujuan untuk menangani isu dan seterusnya bertindak balas terhadap hasil perbincangan bagi menambah baik sistem penyampaian perkhidmatan awam.
The only way that we know if we are managing our country well is when we are confident that the policies, regulations and processes we have crafted are effective in ensuring that we are leaving a much better world to our future generations.