Program ini juga bertujuan untuk membantu masyarakat di luar bandar menjalankan pelbagai aktiviti ekonomi sampingan dengan keutamaan mereka yang berpendapatan rendah B40 yang juga ahli keluarga peserta SALCRA.
Bajet 2022 merupakan pemangkin ke arah pelaksanaan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) yang akan memacu pertumbuhan, keterangkuman dan kelestarian ekonomi dalam jangka sederhana berteraskan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) dan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB2030).
Gerakan koperasi di Malaysia yang wujud sejak 100 tahun lalu mampu memacu perkembangan ekonomi negara serta diyakini berperanan sebagai entiti perusahaan sosial dalam membantu anggota dan masyarakat.
Program Randau Digital adalah untuk menerangkan perkhidmatan-perkhidmatan yang disediakan oleh Kerajaan Sarawak secara dalam talian yang boleh dicapai melalui www.sarawak.gov.my atau menerusi aplikasi telefon pintar dalam Sarawak Gov App.
Pelbagai inisiatif strategik di bawah lembayung PCDS 2030 telah dilaksanakan oleh kerajaan demi memacu Sarawak menjadi sebuah negeri berpendapatan tinggi.
Sebagai bukti, sejumlah RM4.083 bilion atau 64 peratus daripada jumlah perbelanjaan pembangunan dalam Bajet Negeri 2022 diperuntukkan bagi melaksanakan projek infrastruktur dan utiliti di luar bandar dalam usaha meningkatkan taraf ekonomi luar bandar.