Sebagai sebuah universiti penyelidikan, Universiti Putra Malaysia (UPM) meletakkan tanggungjawabnya dalam bidang penyelidikan pertanian melalui Universiti Putra Malaysia Sarawak (UPMS) bagi membantu Kerajaan Sarawak dalam projek Agrihub@Gedong yang akan dikembangkan ke kawasan-kawasan lain di Sarawak yang berpotensi.
Gedong menjadi Kawasan Penanaman Alga Baharu, selepas Kuching dan Bintulu, dengan keluasan terbesar 100 hektar (fasa 1) akan menjadi makmal utama untuk tujuan perniagaan seluruh dunia.
Setiausaha Kerajaan Sarawak, YB Datuk Amar Haji Mohamad Abu Bakar Bin Marzuki telah mengadakan lawatan kerja ke beberapa tapak di daerah Gedong dan daerah Simunjan bagi memastikan kesesuaian lokasi sempena lawatan Premier Sarawak, YAB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr.) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg ke daerah tersebut pada 20 Mei 2023.
Terdapat bermacam-macam jenis kuih-muih tradisional dan moden di Gedong bahkan ada diantara kuih muih tersebut akan dihidangkan mengikut majlis-majlis tertentu yang diadakan.
Terdapat pelbagai teknik yang digunakan dalam penyediaan makanan warisan dalam kalangan masyarakat Gedong seperti menyalai, mengukus, menggoreng dan mengawet.
Gedong adalah salah satu daerah di Sarawak yang kaya dengan warisan kebudayaan di mana ianya dapat dilihat dari aspek dialeknya, makanan warisannya, budaya dan peralatan warisannya, permainan rakyatnya serta seni budaya, cerita rakyat dan sebagainya.
âKhazanahâ bernilai yang terdapat di Daerah Gedong ini wajar dipelihara justeru, adalah menjadi satu tanggungjawab semua pihak khususnya masyarakat Gedong sendiri untuk mengangkat warisan kebudayaan ini ke suatu tahap yang lebih tinggi seiring dengan perkembangan zaman.