CENTEXS bersama rakan-rakan kongsi industri global dan tempatan menjalin kerjasama melalui penganjuran simposium antarabangsa yang akan merangsang perbincangan dalam transformasi digital industri.
Kelestarian alam sekitar merupakan bahagian yang tidak akan pernah terpisah daripada inisiatif pembangunan kerana Sarawak begitu komited memastikan persekitaran yang bersih dan sihat untuk generasi semasa dan akan datang.
Dalam RMK-12, Kerajaan akan mempercepat penerima gunaan teknologi digital dan teknologi termaju untuk mewujudkan peluang baharu, secara tidak langsung, ia akan memaksimumkan potensi ekonomi digital serta mencapai pertumbuhan sosioekonomi yang inklusif, bertanggungjawab dan mampan.
Perkhidmatan awam harus melihat bagaimana daya kreativiti dan inovasi dapat ditingkatkan bagi memenuhi kehendak rakyat, terutama ketika mengharungi norma baharu dalam berdepan pandemik COVID-19.
Majlis Anugerah Sarawak Civil Service Innovation Convention Awards (SCSICA) 2021 telah dilangsungkan secara fizikal dan maya pada 14 Oktober di Dewan Undangan Negeri Sarawak di Kuching.