Kerajaan Sarawak komited dalam usaha hendak melengkapkan kawasan di luar bandar dengan capaian internet yang bukan sahaja memberikan manfaat yang positif kepada penduduk tetapi menjadi pelengkap kepada pembangunan infrastruktur.
Pusat Komuniti Digital (DCC) ditubuhkan sebagai satu usaha mewujudkan penggunaan digital secara inklusif khususnya dalam kalangan masyarakat luar bandar dengan menyediakan platform teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) serta sokongan dari segi infrastruktur digital dan perkhidmatan.
Hab Inovasi Digital (DIH) Sarawak memainkan peranan yang amat penting dalam menghubungkan komuniti tempatan serta memperluaskan ekosistem keusahawanan di negeri Sarawak.
DCC menjadi tempat terbaik untuk peniaga-peniaga pemula memulakan perniagaan kerana di samping dapat memanfaatkan kemudahan-kemudahan yang disediakan, mereka juga berpeluang menyertai program-program yang diadakan serta mendapatkan khidmat nasihat serta bimbingan.
Program Go Digital Sarawak merupakan satu inisiatif untuk mentransformasikan perniagaan ke arah digitalisasi dan usahawan yang terpilih akan dibimbing dan dipantau selama enam (6) bulan untuk memastikan mereka boleh menggunakan peralatan digital dengan lebih efektif.
Kerajaan Sarawak terus komited melaksanakan beberapa projek berimpak tinggi menerusi RTP sebagai usaha mempercepatkan pembangunan infrastruktur secara terancang, tersusun dan seimbang di kawasan pedalaman luar bandar antaranya ialah di Daerah Kecil Debak.