Serian Agrofest 2025 menyerlahkan transformasi pertanian Sarawak melalui teknologi, sokongan keusahawanan, dan kisah inspirasi usahawan tempatan sekali gus menghubungkan komuniti luar bandar dengan peluang ekonomi dan digital.
Aktiviti Agrofest ini rangka untuk menyediakan platform kepada petani, penternak dan nelayan mempamerkan produk mereka kepada umum selain berperanan untuk mendekatkan masyarakat dengan teknologi digital pertanian terkini dan dalam masa yang sama meningkatkan kesedaran mengenai program pembangunan pertanian Jabatan Pertanian Sarawak dan menggalakkan interaksi antara masyarakat dan agensi kerajaan melalui konsep 'one-stop centre'.
Inovasi dalam varieti tanaman bukan sekadar untuk meningkatkan hasil tanaman, tetapi ia juga adalah tentang menciptakan ekosistem makanan yang lebih baik untuk semua.
Antara objektif Bahagian Perikanan Darat Sarawak adalah untuk menjamin keperluan sumber makanan mencukupi dan selamat dimakan serta meningkatkan pendapatan keluarga penternak dan pengusaha akuakultur selain untuk menjadi negeri pengeksport sumber perikanan pertama menjelang 2030.
Dalam memperkasakan ekonomi baharu luar bandar dalam sektor pertanian, para petani digalakkan untuk melakukan aktiviti pertanian bercorak komersial, penggunaan tanah yang intensif, pengurusan yang cekap, amalan agronomi yang betul dan penggunaan teknologi yang lebih canggih dan moden.