spot_img

Tag: Jalan

Infrastruktur Sarawak Pemacu Ekonomi dan Kesejahteraan Komuniti

Pembangunan jalan banang kedua dan rangkaian jambatan di Sarawak bukan sekadar projek fizikal, tetapi manifestasi komitmen kerajaan terhadap kemajuan inklusif dan lestari. Infrastruktur ini menjadi pemacu utama ekonomi desa, memperkukuh sektor pertanian, melahirkan usahawan baharu, serta membuka akses lebih luas kepada pendidikan, kesihatan dan peluang sosial. Ia bukan sahaja meningkatkan keterhubungan dan mobiliti rakyat, tetapi juga mengurangkan keterasingan luar bandar, merapatkan silaturahim komuniti dan menyemarakkan keyakinan bahawa masyarakat luar bandar turut menjadi nadi kepada kemajuan negeri yang berdaya saing dan mampan.

Rangsangan Baharu Ekonomi, Usahawan dan Pertanian di Sarawak

Pembinaan Jalan Banang Kedua dan rangkaian jambatan di Sarawak bukan sahaja meningkatkan keterhubungan, malah menjadi pemacu ekonomi desa, memperkukuh pertanian, melahirkan usahawan baharu serta membuka masa depan luar bandar yang lebih inklusif, berdaya saing dan mampan.

Jalan Banang Kedua Meningkatkan Jaringan Jalan Raya

Pembangunan infrastruktur berupaya merapatkan jurang di antara kawasan bandar dengan luar bandar, memacu ekonomi dan meningkatkan taraf hidup rakyat serta memastikan tiada sesiapa pun yang terpinggir daripada menikmati pembangunan.

Lawatan Kerja Setiausaha Kerajaan Sarawak Ke Gedong Dan Simunjan

Setiausaha Kerajaan Sarawak, YB Datuk Amar Haji Mohamad Abu Bakar Bin Marzuki telah mengadakan lawatan kerja ke beberapa tapak di daerah Gedong dan daerah Simunjan bagi memastikan kesesuaian lokasi sempena lawatan Premier Sarawak, YAB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr.) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg ke daerah tersebut pada 20 Mei 2023.

Pembangunan Fizikal Daerah Saratok Dijangka Semakin Rancak

Pihak Pejabat Daerah Saratok menjangkakan sekurang-kurangnya untuk tempoh tiga (3) tahun akan datang, lebih banyak projek pembangunan fizikal yang akan meningkatkan ekonomi Saratok dan menyasarkan pencapaian 100% liputan infrastruktur asas seperti jalan raya, bekalan elektrik dan bekalan air bersih.

Projek Sarawak-Sabah Link Road (SSLR) Wujudkan Lingkaran Jalan Pedalaman Tanpa Melalui Negara Jiran

Projek SSLR ini merupakan projek di bawah Rancangan Malaysia ke-11, Rolling Plan 3. Penyeliaan pada peringkat pembinaan telah diserahkan kepada JKR Sarawak selaku Pengarah Projek.

Worldwide News, Local News in London, Tips & Tricks

spot_img
Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]