Sarawak Coastguard ditubuhkan di bawah Unit Keselamatan dan Penguatkuasaan Negeri (UKPN), Jabatan Ketua Menteri akan menguatkuasakan undang-undang di bawah Ordinan Negeri, khususnya State Fisheries Ordinance 2003, Forest Ordinance 2015, Wildlife Protection Ordinance 1998, National Parks and Nature
Ketua Menteri tidak menafikan bahawa laluan-laluan tikus di kawasan sempadan Lubok Antu begitu mudah dibolosi terutamanya di kawasan ladang-ladang sawit, dan oleh kerana perkara ini akan diberi perhatian yang sewajarnya.
Penubuhan Sarawak Coastguard sejajar dengan polisi serta keperluan kerajaan Sarawak untuk mengambil tindakan konkrit dan melengkapkan agensi-agensi penguatkuasaan maritim yang lain dalam menjaga keselamatan nelayan dan mencegah kehilangan hasil sumber asli maritim Sarawak daripada kerakusan pencerobohan pihak asing dan tempatan.