Pembangunan jalan banang kedua dan rangkaian jambatan di Sarawak bukan sekadar projek fizikal, tetapi manifestasi komitmen kerajaan terhadap kemajuan inklusif dan lestari.
Infrastruktur ini menjadi pemacu utama ekonomi desa, memperkukuh sektor pertanian, melahirkan usahawan baharu, serta membuka akses lebih luas kepada pendidikan, kesihatan dan peluang sosial.
Ia bukan sahaja meningkatkan keterhubungan dan mobiliti rakyat, tetapi juga mengurangkan keterasingan luar bandar, merapatkan silaturahim komuniti dan menyemarakkan keyakinan bahawa masyarakat luar bandar turut menjadi nadi kepada kemajuan negeri yang berdaya saing dan mampan.
Aktiviti berasaskan akuakultur, pertanian dan agropelancongan semakin terbukti sebagai pemacu transformasi ekonomi luar bandar, seperti yang sedang berlaku di Bahagian Serian.
Dalam pengurusan kecemasan semasa bencana pastinya akan dihadapi situasi kesukaran akses ke kawasan terjejas, kekurangan pasukan penyelamat di pedalaman, tahap kesedaran masyarakat yang rendah, serta impak psikologi terhadap mangsa dan petugas.
Program Bicara Ilmu âMemperkasa Komuniti Melalui Berkoperasiâ anjuran Institut Koperasi Malaysia (IKMa) Zon Sarawak merupakan salah satu wadah untuk menjelaskan bagaimana berkoperasi mampu meningkatkan sosio ekonomi masyarakat.
Komuniti memainkan peranan penting dalam menjaga dan memastikan keselamatan bersama terjamin. Kesedaran yang timbul dalam kalangan komuniti untuk bekerjasama dalam hal berkaitan keselamatan boleh membantu meningkatkan tahap keselamatan dan mencegah perkara yang lebih buruk berlaku semasa kecemasan sama ada disebabkan oleh ancaman jenayah ataupun bencana alam.
Aktiviti kesukarelawanan sering dikaitkan dengan penglibatan belia sama ada lelaki mahupun wanita. Hal tersebut dikatakan demikian mungkin kerana belia ialah generasi muda yang bertenaga, berani mengambil risiko dan masih dalam peringkat belajar dan memahami erti kehidupan.