Inisiatif Perbendaharaan Malaysia Sarawak (PMS) dengan kerjasama Pejabat Residen Bahagian Samarahan, Pejabat Daerah Asajaya, Pejabat Daerah Simunjan dan Pejabat Daerah Kecil Sadong Jaya mengadakan Program Perkhidmatan Komuniti Bergerak atau Mobile CS di Sadong Jaya (24 Februari 2023) dan Simunjan (26 Februari 2023) dilihat bertepatan dalam usaha menjangkau perkhidmatan agensi kerajaan ke kawasan luar bandar.
Matlamat asal penubuhan Perkhidmatan Pendidikan Majlis Islam Sarawak (BPP-MIS) adalah untuk bertindak sebagai badan pemikir, perancang dan pelaksana pelbagai bentuk inisiatif Pendidikan Berasaskan Komuniti (PBK).
Projek Sudut Bacaan Komuniti Long Latei telah berjaya mencapai objektif dalam menyemarakkan keseronokan membaca dalam kalangan masyarakat serta ahli keluarga dan membudayakan amalan membaca sebagai satu kebiasaan seterusnya melahirkan generasi Penan yang celik huruf.
Perkhidmatan ini merupakan salah satu inisiatif Kementerian Kewangan Malaysia bertujuan memberikan perkhidmatan-perkhidmatan utama yang diperlukan kepada penduduk luar bandar atau komuniti pedalaman.