Semasa Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di New York, Amerika Syarikat pada September 2015, sebanyak 17 matlamat dalam SDG telah dikemukakan untuk dicapai pada tahun 2030.
SARTECH akan dibangunkan di beberapa kawasan di Sarawak bagi membantu kajian dan pemasaran produk serta tanaman yang bersesuaian dengan kehendak industri dan masyarakat.
Konsep Taman Pertanian Teliti atau âPrecision Farming Parkâ yang diperkenalkan oleh Kementerian Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak (M-FICORD) amat bersesuaian dengan aspirasi Sarawak untuk memperkasakan sektor pertanian serta pengeluaran makanan.
Selain infrastruktur, M-FICORD juga komited melaksanakan Program Pembangunan Benih Padi di mana produktiviti padi dan kualiti pengeluaran terutamanya bergantung kepada kualiti benih.
Beras adalah antara makanan utama yang diberi tumpuan oleh Kerajaan Sarawak menerusi Kementerian Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak (M-FICORD) dalam usaha meningkatkan keselamatan makanan di negeri ini.
Penggunaan teknologi baharu yang boleh diaplikasikan dan dikomersilkan dalam sektor pertanian perlu dimanfaatkan agar hasil pertanian mampu memenuhi permintaan makanan dalam negara seterusnya mengurangkan kebergantungan terhadap makanan import.