Pembukaan Jalan Seksyen Selangau, Pakej Kerja Jambatan Sungai Kua ke Jambatan Sungai Arip (WPC08) Lebuhraya Pan Borneo Sarawak (LPBS) telah dirasmikan oleh Perdana Menteri, YAB Datoâ Sri Ismail Sabri Bin Yaakob pada 14 November 2022.
Rancangan pembangunan Projek Lebuhraya Pan Borneo Sarawak ini ialah hasil perancangan yang rapi dan bersifat holistik antara Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri Sarawak melalui Pelan Pembangunan Rangkaian Jalan Raya atau Highway Network Development Plan (HNDP).
Projek Lebuhraya Pan Borneo Sarawak merupakan projek Kerajaan Persekutuan yang dilaksanakan Kementerian Kerja Raya sebagai pemilik projek dan Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak selaku Pegawai Penguasa Projek.
Jalan Lubok Teranggas ke Kampung Gedong sepanjang 6.85 kilometer akan memendekkan perjalanan dari Kota Samarahan ke Gedong kepada kira-kira 50 minit berbanding dengan satu jam 30 minit melalui Lebuh Raya Pan Borneo sekarang.