Pada zaman yang telah maju teknologinya hari ini, kemahiran digital amat diperlukan dan menjadi salah satu daripada prasyarat untuk menempatkan diri dalam sektor pekerjaan serta menjadi penanda aras dalam kalangan masyarakat moden.
Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030 Kerajaan Sarawak tidak akan dapat dicapai tanpa masyarakat berilmu dan berketerampilan (competence and knowledge society).
DCC menjadi tempat terbaik untuk peniaga-peniaga pemula memulakan perniagaan kerana di samping dapat memanfaatkan kemudahan-kemudahan yang disediakan, mereka juga berpeluang menyertai program-program yang diadakan serta mendapatkan khidmat nasihat serta bimbingan.
Program Randau Digital adalah untuk menerangkan perkhidmatan-perkhidmatan yang disediakan oleh Kerajaan Sarawak secara dalam talian yang boleh dicapai melalui www.sarawak.gov.my atau menerusi aplikasi telefon pintar dalam Sarawak Gov App.
Kerajaan Sarawak telah memperkenalkan salah satu inisiatif digital iaitu pengenalan diri digital yang dikenali sebagai âSarawak Idâ untuk mengakses semua perkhidmatan atas talian Kerajaan Negeri tidak mengira jabatan atau agensi yang menawarkan perkhidmatan tersebut.