Matlamat asal penubuhan Perkhidmatan Pendidikan Majlis Islam Sarawak (BPP-MIS) adalah untuk bertindak sebagai badan pemikir, perancang dan pelaksana pelbagai bentuk inisiatif Pendidikan Berasaskan Komuniti (PBK).
Program Upskilling for Deeptech and Future Skills merupakan inisiatif Kerajaan Malaysia melalui Majlis Pekerjaan Negara (MPN) dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) bagi mewujudkan peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia semasa pasca-pandemik Covid-19. Program ini berbentuk insentif kewangan yang diberikan kepada pekerja dan majikan yang terlibat bagi pewujudan pekerjaan dan peningkatan kemahiran dalam bidang deeptech dan futureskills.
Bidang pendidikan amat penting dalam melahirkan generasi baharu seimbang, bukan sahaja rohani tetapi juga jasmani selain mempunyai daya pemikiran yang kreatif, kritis dan berdaya saing seperti mana matlamat Dasar Pendidikan Negara.
Yayasan Sarawak turut memenuhi keperluan Kerajaan Sarawak dalam Pendidikan Sekolah Antarabangsa melalui pelaksanaan dan perancangan pembinaan lima (5) buah Sekolah Antarabangsa.
Pada 1946, masyarakat Kayan yang dipimpin oleh TK Tama Ingan Sang telah berpindah ke Long Bedian dan menjadikan lokasi tersebut sebagai penempatan yang kekal hingga sekarang. Dalam istilah tempatan Long bererti Kuala manakala bedian dalam dialek kaum Kayan merujuk kepada buah durian.
Sepanjang 50 tahun kewujudannya, Yayasan Sarawak telah pun melalui pelbagai penambahbaikan dalam perkhidmatannya. Pelbagai bentuk bantuan dan program pendidikan telah diwujudkan yang semuanya untuk anak dan rakyat Negeri Sarawak.