Lembaga Pembangunan Koridor Wilayah (RECODA) sebagai agensi kerajaan yang berautoriti melaksanakan koridor pembangunan wilayah lebih dikenali sebagai Koridor Tenaga Boleh Diperbaharui Sarawak (SCORE) sejak tahun 2008 di bawah Rancangan Malaysia Ke-9.
Melalui inisiatif baharu, Premier Sarawak, YAB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari Bin Tun Datuk Abang Haji Openg, RECODA telah melebarkan peranan dan memperluaskan Kawasannya melalui pewujudan Agensi Pembangunan Wilayah iaitu Upper Rajang Development Agency (URDA, kemudian disusuli oleh Agensi Pembangunan Tanah Tinggi atau Highland Development Agency (HDA) pada tahun 2017 dan Agensi Pembagunan Wilayah Utara atau Northern Region Development Agency (NRDA) pada tahun 2018.
Pelan pembangunan di bawah Agensi Pembangunan Tanah Tinggi (HDA) bakal merubah landskap ekonomi kawasan Baram sebagai sebahagian daripada inisiatif pembangunan SCORE.
Daripada 226 projek tersebut, RECODA mempunyai 114 projek di bawah agensi tersebut, 48 projek di bawah Kementerian Kesihatan Awam , Perumahan dan Kerajaan Tempatan manakala 12 projek di bawah Kementerian Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak.
Peruntukan yang diagihkan untuk Rancangan Malaysia Kesebelas (RMKe-11) ditumpukan bagi melaksanakan projek infrastruktur asas dan projek bekalan air di mana Agensi Pembangunan Ulu Rajang (URDA) mempunyai 43 projek berimpak tinggi untuk dilaksanakan.
The establishment of Betong Integrated Development Agency (BIDA) will also streamline and advance development projects in the division, benefiting the people living there.