Majlis Daerah Luar Bandar Sibu (MDLBS) giat melaksanakan pelbagai projek pembangunan fizikal selari dengan Pelan Strategik MDLBS (2021-2025) bagi mewujudkan persekitaran hidup yang lestari.
Projek di bawah Program Transformasi Luar Bandar (RTP) dilaksanakan sebagai salah satu usaha merapatkan jurang perbezaan pembangunan di antara kawasan bandar dengan luar bandar.
Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) adalah bukti keprihatinan Kerajaan Sarawak dalam memastikan masyarakat luar bandar dilengkapi kemudahan asas yang selesa selain menjadikan kawasan luar bandar sebagai kawasan yang mempunyai keistimewaan dan keunikan tersendiri.
Program Transformasi Luar Bandar (RTP) dan Program Transformasi Luar Bandar (PTLB) adalah salah satu inisiatif kerajaan yang sangat penting dan banyak memberi impak dalam membangunkan kawasan luar bandar dan mensejahterakan rakyat.
JKR sebagai agensi utama pelaksana projek di Meradong menjalankan peranan meliputi proses pengurusan projek berskala kecil seperti projek-projek RTP yang meliputi perancangan, pengurusan belanjawan, reka bentuk, pentadbiran pra-kontrak dan pos-kontrak, penyeliaan projek, pemantauan projek-projek.