SCSICA dianjurkan setiap tahun bertujuan untuk memberi pengiktirafan dan penghargaan atas penghasilan projek inovasi yang dihasilkan oleh penjawat awam agensi kerajaan negeri dan persekutuan sebagai galakan untuk meningkatkan kecemerlangan penyampaian perkhidmatan awam.
Sebanyak empat (4) Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) yang merupakan pemenang Anugerah Inovasi SCSICA 2023 akan mewakili Sarawak dalam ICQCC 2024 iaitu Kumpulan LANDS TAHAI Q, Jabatan Tanah dan Survei, Bahagian Limbang; Kumpulan EAGLE, Majlis Perbandaran Sibu; Kumpulan IPOK, Pejabat Residen Mukah dan Kumpulan TECHSKAP, Lembaga Kemajuan Bintulu.
Inovasi dalam perkhidmatan awam adalah satu proses pengembangan idea-idea baharu dengan melaksanakannya untuk menghasilkan sesuatu yang memberi nilai kepada masyarakat sama ada melalui proses atau perkhidmatan baharu mahupun yang telah dibuat penambahbaikan.
Sarawak Civil Service Innovation Convention Awards (SCSICA) merupakan satu pengiktirafan tertinggi dan berprestij untuk ciptaan atau penambahbaikan inovasi, hasil cetusan idea kreatif dari kalangan penjawat awam khusus untuk mempertingkatkan keberkesanan penyampaian perkhidmatan Kerajaan.
Program HIITS wajar diadakan bagi mengukuhkan imej Perkhidmatan Awam Sarawak dan Jabatan Tanah dan Survei (JTS) khususnya di mata rakyat kerana imej yang baik dan berintegriti adalah penting untuk meningkatkan keyakinan rakyat terhadap setiap perkhidmatan yang diberikan kepada mereka.