Landas Summit merupakan program tahunan Jabatan Tanah dan Survei dijadikan platform pertemuan pegawai-pegawai kanan demi memantapkan kapasiti ,membincangkan pencapaian, memperkukuhkan perancangan serta memperkasakan pelaksanaan agar selari dengan polisi pembangunan Sarawak.
Maklum balas dari komuniti setempat diambil kira dalam perancangan pembangunan sosioekonomi di Spaoh yang bertujuan memastikan dasar dan strategi direalisasikan untuk pembangunan seimbang dengan mengoptimumkan sumber segenap aspek.