{"id":2351,"date":"2007-02-12T00:00:00","date_gmt":"2007-02-12T00:00:00","guid":{"rendered":"http:\/\/localhost\/wordpress\/2007\/02\/12\/usahawan-wanita-teroka-industi-rempah-masakan\/"},"modified":"2007-02-12T00:00:00","modified_gmt":"2007-02-12T00:00:00","slug":"usahawan-wanita-teroka-industi-rempah-masakan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v4\/2007\/02\/12\/usahawan-wanita-teroka-industi-rempah-masakan\/","title":{"rendered":"Usahawan Wanita Teroka Industi Rempah Masakan"},"content":{"rendered":"<div align=&quot;justify&quot;><font face=&quot;Arial, Helvetica, sans-serif&quot; size=&quot;2&quot;><br \/>\nBukan mudah untuk menceburi bidang industri kerana ia memerlukan sumber kewangan yang cukup besar. Malah persaingan yang terpaksa dilalui terlalu banyak terutama apabila ramai pengusaha industri mengeluarkan produk yang sama. <\/font><\/p>\n<p><font face=&quot;Arial, Helvetica, sans-serif&quot; size=&quot;2&quot;>Namun, bagi Sharifah Noor Aisah bte Wan Ismail Edruce, seorang usahawan wanita yang baru berusia 32 tahun, halangan dan cabaran itu tidak menghalangnya daripada menceburi industri pemprosesan rempah masakan. <\/font><\/p>\n<p><font face=&quot;Arial, Helvetica, sans-serif&quot; size=&quot;2&quot;>Sebaliknya, lulusan bidang Pengurusan Perniagaan dari Universiti Islam Antarabangsa itu nekad telah memilih rempah masakan sebagai produk syarikat yang ditubuhnya, Emecs Food Industry Sdn. Bhd. kira-kira tiga tahun yang lalu. <\/font><\/p>\n<p><font face=&quot;Arial, Helvetica, sans-serif&quot; size=&quot;2&quot;>Sebelum ini, dia telah bekerja dalam sektor pembinaan iaitu sejurus selepas menamatkan pengajiannya. <\/font><\/p>\n<p><font face=&quot;Arial, Helvetica, sans-serif&quot; size=&quot;2&quot;>Menurut Sharifah Noor Aisah yang juga Pengarah Eksekutif Emecs Food Industry Sdn. Bhd., produk rempah masakan yang dikeluarkan oleh syarikatnya atas jenama \u2018Suri\u2019 kini semakin mendapat tempat di kalangan pengguna.<\/font><\/p>\n<p><font face=&quot;Arial, Helvetica, sans-serif&quot; size=&quot;2&quot;>Selain pasaran dalam negeri, produk syarikatnya juga telah mendapat tempat di negeri Sabah, negara Brunei dan terbaru ialah di pasaran Semenanjung Malaysia.<\/font><\/p>\n<p><font face=&quot;Arial, Helvetica, sans-serif&quot; size=&quot;2&quot;><img src=&quot;http:\/\/www.faradalemedia.com\/newsphoto\/pet-2006\/emecs3.jpg&quot; border=&quot;&quot; height=&quot;216&quot; width=&quot;162&quot;>  <\/font><br \/><font face=&quot;Arial, Helvetica, sans-serif&quot; size=&quot;2&quot;><i>Kakitangan syarikat En. Asri, menunjukkan dua bungkusan produk rempah hasil keluaran syarikat.<\/i><\/font><\/p>\n<p><font face=&quot;Arial, Helvetica, sans-serif&quot; size=&quot;2&quot;><b>Ceburi Pemprosesan Rempah<\/b><\/font><br \/><font face=&quot;Arial, Helvetica, sans-serif&quot; size=&quot;2&quot;>Sebenarnya pengalaman sejak kecil iaitu melihat keluarga dari kedua-dua belah ibu dan bapanya mengusahakan produk rempah masakan secara kecil-kecilan di rumah telah banyak mempengaruhinya memilih produk rempah sebagai keluaran syarikatnya. <\/font><\/p>\n<p><font face=&quot;Arial, Helvetica, sans-serif&quot; size=&quot;2&quot;>Secara kebetulan, keluarga dari sebelah ibunya yang berasal dari Pulau Pinang dan bapanya yang berasal dari Sibu telah mengusahakan produk rempah secara kecil-kecilan di rumah sehingga ke hari ini. Pasaran produk mereka adalah untuk memenuhi permintaan daripada sahabat handai serta kenalan.<\/font><\/p>\n<p><font face=&quot;Arial, Helvetica, sans-serif&quot; size=&quot;2&quot;>Justeru, sejak usia kecil, dia selalu menolong ahli keluarganya yang lain yang mengusahakannya secara tradisional. <\/font><\/p>\n<p><font face=&quot;Arial, Helvetica, sans-serif&quot; size=&quot;2&quot;>Menurutnya, keluarga di sebelah bapanya telah mempunyai pengalaman dalam pembuatan rempah sejak kira-kira 40 tahun yang lalu. Kebanyakan bahan mentahnya diperoleh dari Kuching.<\/font><\/p>\n<p><font face=&quot;Arial, Helvetica, sans-serif&quot; size=&quot;2&quot;>Pengalaman masa lalu serta potensi yang mampu diraih dari industri rempah telah dibawanya berbincang dengan seorang sahabatnya, Syarifah Fatimah bt Tuanku Abdullah. Syarifah Fatimah kini telah menjadi Pengarah Syarikat yang juga rakan kongsi perniagaannya. <\/font><\/p>\n<p><font face=&quot;Arial, Helvetica, sans-serif&quot; size=&quot;2&quot;>Melalui beberapa siri perbincangan, mereka akhirnya sepakat untuk menubuhkan sebuah syarikat pemprosesan rempah pada tahun 2004. <\/font><\/p>\n<p><font face=&quot;Arial, Helvetica, sans-serif&quot; size=&quot;2&quot;>Syarikat itu telah didaftarkan pada 29 Januari 2004 dengan modal diluluskan berjumlah RM500,000 serta modal berbayar berjumlah RM150 ribu. <\/font><\/p>\n<p><font face=&quot;Arial, Helvetica, sans-serif&quot; size=&quot;2&quot;>Kini syarikatnya mempunyai tujuh orang pekerja, tiga orang daripadanya bekerja di kilang memproses di Kawasan Industri  Majlis Amanah Rakyat Malaysia (MARA), Demak Laut sementara empat orang lagi termasuk dirinya di pejabat pengurusan di Bangunan Tuanku Muhammad Al-Idrus, Kuching.<\/font><\/p>\n<p><font face=&quot;Arial, Helvetica, sans-serif&quot; size=&quot;2&quot;><b>Berkembang<\/b><\/font><br \/><font face=&quot;Arial, Helvetica, sans-serif&quot; size=&quot;2&quot;>Menurut Sharifah Noor Aisah, cabaran terbesar yang telah dilaluinya ialah untuk mendapatkan modal yang mencukupi bagi memulakan perniagaan. <\/font><\/p>\n<p><font face=&quot;Arial, Helvetica, sans-serif&quot; size=&quot;2&quot;>Untuk tujuan itu dia telah mendapatkan pelbagai maklumat yang perlu dari pelbagai pihak, sama ada individu, institusi kewangan mahupun badan kerajaan. <\/font><\/p>\n<p><font face=&quot;Arial, Helvetica, sans-serif&quot; size=&quot;2&quot;>Walau bagaimanapun, pelbagai syarat dan prosidur terpaksa dilalui untuk memberi keyakinan kepada pihak yang berkenaan dan proses itu telah memakan masa yang cukup panjang. <\/font><\/p>\n<p><font face=&quot;Arial, Helvetica, sans-serif&quot; size=&quot;2&quot;>Namun, semuanya dilalui dengan tabah sehingga akhirnya pelbagai pihak seperti Bank Pembangunan, MARA, Perbadanan Pembangunan Industri Kecil dan Sederhana (<i>SMIDEC<\/i>) serta <i>SME Bank<\/i> telah menghulurkan pelbagai bentuk bantuan sama ada dalam bentuk nasihat kewangan, bantuan modal mahupun geran peralatan kepadanya. <\/font><\/p>\n<p><font face=&quot;Arial, Helvetica, sans-serif&quot; size=&quot;2&quot;>Selain terpaksa melalui cabaran itu, dia juga telah melalui beberapa halangan yang memerlukan penilaian yang teliti sebelum keputusan dibuat bagi menentukan lokasi serta kadar sewa operasi kilang memproses, jenis produk rempah yang akan dihasilkan, ciri-ciri reka bentuk pembungkusan dan pelabelan, spesifikasi produk akhir, logo Halal dan banyak lagi perkara berkaitan. <\/font><\/p>\n<p><font face=&quot;Arial, Helvetica, sans-serif&quot; size=&quot;2&quot;>Walau bagaimanapun, hasil sokongan dan kerjasama daripada pelbagai pihak telah banyak membantunya iaitu Institut Penyelidikan dan Pembangunan Pertanian Malaysia (<i>MARDI<\/i>) (aspek kualiti produk seperti kelembapan dan kandungan), Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (<i>MITI<\/i>) (pembekal bahan mentah dari Kerala, India), <i>SIRIM<\/i> (harga, pembungkusan, pelabelan, kebersihan dan keselamatan di tempat kerja), Majlis Islam (logo Halal), Pusat Pembangunan Kemahiran Sarawak (PPKS) (penjenamaan dan pembungkusan), Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (<i>SEDC<\/i>) dan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (<i>FAMA<\/i>) (kursus keusahawanan). <\/font><\/p>\n<p><font face=&quot;Arial, Helvetica, sans-serif&quot; size=&quot;2&quot;>Sungguhpun demikian, katanya, itu hanya sebahagian daripada pelbagai pihak yang telah banyak membantunya dalam merealisasikan cita-citanya menjadi realiti. <\/font><\/p>\n<p><font face=&quot;Arial, Helvetica, sans-serif&quot; size=&quot;2&quot;>Semua proses untuk membentuk operasi kilang dan keperluan asas bagi produk yang bakal dikeluarkan itu sahaja telah melibatkan masa kira-kira dua tahun. <\/font><\/p>\n<p><font face=&quot;Arial, Helvetica, sans-serif&quot; size=&quot;2&quot;>Apabila operasi pengeluaran rempah mula dilaksanakan, sekali lagi dia berdepan dengan cabaran untuk memastikan rasa dan kualiti rempah masakan yang dihasilkan mengikut resipi yang dimahukannya.<\/font><\/p>\n<p><font face=&quot;Arial, Helvetica, sans-serif&quot; size=&quot;2&quot;>Ini menurutnya amat penting bagi membolehkan pengguna mempunyai pilihan serta sebab untuk memilih jenama rempah masakan yang bakal dikeluarkan oleh syarikatnya. <\/font><\/p>\n<p><font face=&quot;Arial, Helvetica, sans-serif&quot; size=&quot;2&quot;>Lagipun, kata Sharifah Noor Aisah, bagi mengekalkan rasa serta kualiti yang diharapkan dalam proses pengeluaran berskala besar, dia perlu melalui proses ujian dan percubaan kerana pemprosesan menggunakan mesin jauh berbeza dengan usaha cara tradisional seperti yang diamalkan oleh keluarganya. <\/font><\/p>\n<p><font face=&quot;Arial, Helvetica, sans-serif&quot; size=&quot;2&quot;>Mesin banyak membantu dalam kerja pengeringan, pemotongan, pengisaran dan mengadun bahan mentah yang digunakan untuk membuat rempah masakannya iaitu jintan manis, jintan putih, ketumbar, cili besar, kayu manis dan sebagainya. <\/font><\/p>\n<p><font face=&quot;Arial, Helvetica, sans-serif&quot; size=&quot;2&quot;>Walaupun mesin mempunyai banyak kelebihan, menurutnya, dalam soal jaminan kualiti kaedah pengasingan bendasing seperti batu kecil dan kulapuk dari bahan mentah menggunakan tangan masih lagi diperlukan.<\/font><\/p>\n<p><font face=&quot;Arial, Helvetica, sans-serif&quot; size=&quot;2&quot;>Sungguhpun banyak cabaran dan halangan yang terpaksa ditempuh, produk rempah masakan dari kilangnya telah dihasilkan pada September 2006. Ia diikuti oleh penghantaran kepada pengedar yang pertama dilakukan dua bulan kemudiannya melalui penghantaran sejumlah kira-kira 80 kotak (40 bungkus rempah sekotak) kepada wakil pengedarnya.<\/font><\/p>\n<p><font face=&quot;Arial, Helvetica, sans-serif&quot; size=&quot;2&quot;>Ketika ini syarikatnya memfokuskan kepada dua produk utama iaitu serbuk kari ikan dan serbuk kari daging\/ayam kerana dua produk ini paling banyak digunakan oleh pengguna di rumah. Setiap bungkus rempah masakannya itu dijual dengan harga kira-kira RM2.50 di pasaran tempatan.<\/font><\/p>\n<p><font face=&quot;Arial, Helvetica, sans-serif&quot; size=&quot;2&quot;>Dalam masa beberapa bulan sahaja, kini syarikat itu mempu menjual kira-kira 400 hingga 500 kotak serbuk kari ikan serta serbuk kari daging\/ayam dalam masa sebulan.<\/font><\/p>\n<p><font face=&quot;Arial, Helvetica, sans-serif&quot; size=&quot;2&quot;><img src=&quot;http:\/\/www.faradalemedia.com\/newsphoto\/pet-2006\/emecs1.jpg&quot; border=&quot;&quot; height=&quot;215&quot; width=&quot;289&quot;> <img src=&quot;http:\/\/www.faradalemedia.com\/newsphoto\/pet-2006\/emecs2.jpg&quot; border=&quot;&quot; height=&quot;216&quot; width=&quot;162&quot;><\/font><br \/><font face=&quot;Arial, Helvetica, sans-serif&quot; size=&quot;2&quot;><i>Kiri: Pekerja sedang memilih bahan mentah bagi memastikan kualiti produk terjamin<\/i><\/font><br \/><font face=&quot;Arial, Helvetica, sans-serif&quot; size=&quot;2&quot;><i>Kanan: Kerja membungkus menggunakan mesin membantu meningkatkan produktiviti<\/i><\/font><\/p>\n<p><font face=&quot;Arial, Helvetica, sans-serif&quot; size=&quot;2&quot;><b>Perancangan <\/b><\/font><br \/><font face=&quot;Arial, Helvetica, sans-serif&quot; size=&quot;2&quot;>Sharifah Noor Aisah percaya bahawa kepelbagaian produk rempah masakan amat perlu untuk terus berkembang serta meraih sambutan para pelanggan di pasaran. Sehubungan itu, fokus serta kebergantungan syarikatnya kepada dua jenis produk sahaja iaitu serbuk kari ikan dan serbuk kari daging\/ayam tidak akan memadai. <\/font><\/p>\n<p><font face=&quot;Arial, Helvetica, sans-serif&quot; size=&quot;2&quot;>Justeru, syarikatnya akan mengeluarkan serbuk rempah kurma daging\/ayam, serbuk kunyit, rempah sup dan serbuk masak hitam Sarawak dalam sedikit masa lagi. <\/font><\/p>\n<p><font face=&quot;Arial, Helvetica, sans-serif&quot; size=&quot;2&quot;>Produknya yang dijual dalam satu bentuk bungkusan ketika ini (250 gram) juga akan dipelbagai jenis saiz untuk memenuhi keperluan pengguna di pelbagai peringkat, dari pengguna di rumah sehingga di restoren dan hotel. <\/font><\/p>\n<p><font face=&quot;Arial, Helvetica, sans-serif&quot; size=&quot;2&quot;>Untuk meningkatkan kepercayaan dan memenuhi citarasa pengguna, pihaknya juga akan menggiatkan usaha mempromosi produk keluaran syarikatnya di kedai-kedai dan pasaraya-pasaraya. <\/font><\/p>\n<p><font face=&quot;Arial, Helvetica, sans-serif&quot; size=&quot;2&quot;>Bagi tujuan itu, sampel produk \u2018Suri\u2019 dalam bentuk bungkusan kecil sedang diusahakan dan akan diberikan secara percuma bagi tujuan maklumbalas pelanggannya.<\/font><\/p>\n<p><font face=&quot;Arial, Helvetica, sans-serif&quot; size=&quot;2&quot;>Melalui usaha itu, pihaknya akan lebih mengetahui kehendak dan citarasa pengguna sebelum usaha penambahbaikan kualiti dibuat. <\/font><\/p>\n<p><font face=&quot;Arial, Helvetica, sans-serif&quot; size=&quot;2&quot;>Kerjasama dengan wakil-wakil jualan di Sabah, Negara Brunei dan Semenanjung Malaysia juga akan ditingkatkan supaya produk keluaran mereka dapat dijual di merata-rata tempat dan mudah untuk diperoleh oleh pengguna. <\/font><\/p>\n<p><font face=&quot;Arial, Helvetica, sans-serif&quot; size=&quot;2&quot;>Katanya, usaha itu perlu bagi membolehkan langkah berikutnya iaitu mempromosikan produk secara berperingkat iaitu melalui pelbagai jenis media massa seperti radio, majalah dan suratkhabar diusahakan.<\/font><\/p>\n<p><font face=&quot;Arial, Helvetica, sans-serif&quot; size=&quot;2&quot;>Ini menurutnya amat perlu supaya apabila pelanggan melihat iklan tentang produk \u2018Suri\u2019 dikeluarkan melalui media, mereka dengan serta merta dapat mendapatkannya di kedai-kedai dan pasaraya-pasaraya berhampiran. <\/font><\/p>\n<p><font face=&quot;Arial, Helvetica, sans-serif&quot; size=&quot;2&quot;>Ketika ditanya tentang persaingan dengan produk syarikat lain, Sharifah Noor Aisah menjelaskan bahawa setakat pengetahuannya hanya ada dua syarikat lain yang mengeluarkan rempah masakan di Sarawak dalam skala industri. <\/font><\/p>\n<p><font face=&quot;Arial, Helvetica, sans-serif&quot; size=&quot;2&quot;>Walau bagaimanapun, katanya, kewujudan syarikat lain tidak harus dianggap sebagai persaingan kerana setiap produk ada keistimewaannya tersendiri terutama dari segi rasa yang bersifat subjektif bagi pengguna. <\/font><\/p>\n<p><font face=&quot;Arial, Helvetica, sans-serif&quot; size=&quot;2&quot;>Justeru, perkara paling penting ialah cara bagaimana setiap produk syarikat itu mampu menarik citarasa pembeli dan mempunyai harga yang kompetitif serta mudah diperoleh oleh pengguna.<\/font><br \/><font face=&quot;Arial, Helvetica, sans-serif&quot; size=&quot;2&quot;>Sharifah Noor Aisah juga menjelaskan bahawa syarikatnya mempunyai potensi besar untuk terus meningkat maju.  <\/font><\/p>\n<p><font face=&quot;Arial, Helvetica, sans-serif&quot; size=&quot;2&quot;>Pada mulanya dia hanya menyewa sebuah lot kilang, tetapi keperluan serta perkembangan perniagaan yang kian rancak menyebabkannya mendapatkan sebuah lagi lot khusus bagi penyimpanan stok. Dia juga amat berterima kasih kepada pihak MARA kerana mempunyai kemudahan seperti kilang yang mampu disewa pada kadar yang amat minimum. <\/font><\/p>\n<p><font face=&quot;Arial, Helvetica, sans-serif&quot; size=&quot;2&quot;>Dengan keadaan sekarang, dia yakin bahawa syarikatnya akan mula mendapat keuntungan bersih pada pertengahan tahun 2008. <\/font><\/p>\n<p><font face=&quot;Arial, Helvetica, sans-serif&quot; size=&quot;2&quot;>Dia juga amat yakin bahawa sasaran syarikatnya untuk mencapai 20 peratus daripada pasaran rempah masakan di Sarawak akan tercapai pada masa akan datang melalui pelbagai strategi yang telah disusun bagi pelaksanaan syarikatnya. <\/font><\/p>\n<p><font face=&quot;Arial, Helvetica, sans-serif&quot; size=&quot;2&quot;>Jika langkah itu tercapai, baru pihaknya akan mengusahakan sasaran untuk mancapai kira-kira 10 hingga 15 peratus pasaran rempah masakan di seluruh negara. <\/font><\/p>\n<p><font face=&quot;Arial, Helvetica, sans-serif&quot; size=&quot;2&quot;><b>Nasihat <\/b><\/font><br \/><font face=&quot;Arial, Helvetica, sans-serif&quot; size=&quot;2&quot;>Walaupun melibatkan diri dalam kegiatan keusahawanan seperti perniagaan dan perindustrian kelihatan mudah, sebenarnya seseorang yang bakal bergelar usahawan perlu mempunyai persediaan yang cukup rapi. <\/font><\/p>\n<p><font face=&quot;Arial, Helvetica, sans-serif&quot; size=&quot;2&quot;>Demikian menurut Sharifah Noor Aisah, yang kemudiannya menjelaskan bahawa untuk melibatkan diri dalam perniagaan seseorang itu mesti ada minat terlebih dahulu. <\/font><\/p>\n<p><font face=&quot;Arial, Helvetica, sans-serif&quot; size=&quot;2&quot;>Minat itu pula harus diiringi dengan pengetahuan yang mendalam. Hanya dengan minat yang mendalam dan pengetahuan yang mencukupi seseorang usahawan itu akan mempunyai inisiatif untuk meneruskan usahanya walaupun ada ketikanya dia terpaksa berdepan dengan kesukaran. <\/font><\/p>\n<p><font face=&quot;Arial, Helvetica, sans-serif&quot; size=&quot;2&quot;>Tidak dilupakan juga sokongan daripada ahli keluarga dan kepercayaan daripada rakan niaga yang dikatakannya amat penting bagi memastikan usaha seseorang usahawan akan terus meningkat maju. <\/font><\/p>\n<p><font face=&quot;Arial, Helvetica, sans-serif&quot; size=&quot;2&quot;>Kerajaan juga katanya mempunyai pelbagai program dan bantuan untuk membantu mereka yang mahu menceburi bidang keusahawanan. <\/font><\/p>\n<p><font face=&quot;Arial, Helvetica, sans-serif&quot; size=&quot;2&quot;>Justeru, paling mustahak ialah seseorang yang bakal bergelar usahawan itu perlu tahu bagaimana untuk mendapatkan bantuan yang disediakan itu. <\/font><\/p>\n<p><\/p>\n<div align=&quot;center&quot;><font face=&quot;Arial, Helvetica, sans-serif&quot; size=&quot;2&quot;><i><font size=&quot;1&quot;>Sharifah Noor Aisah bte Wan Ismail Edruce<\/font><\/i><\/font><br \/><font face=&quot;Arial, Helvetica, sans-serif&quot; size=&quot;2&quot;><i><font size=&quot;1&quot;>Pengarah Eksekutif<\/font><\/i><\/font><br \/><font face=&quot;Arial, Helvetica, sans-serif&quot; size=&quot;2&quot;><i><font size=&quot;1&quot;>Emecs Food Industry Sdn. Bhd. <\/font><\/i><\/font><br \/><font face=&quot;Arial, Helvetica, sans-serif&quot; size=&quot;2&quot;><i><font size=&quot;1&quot;>Bangunan Tuanku Muhammad Al-Idrus, <\/font><\/i><\/font><br \/><font face=&quot;Arial, Helvetica, sans-serif&quot; size=&quot;2&quot;><i><font size=&quot;1&quot;>Jalan Kulas, 93400 Kuching, Sarawak.<\/font><\/i><\/font><br \/><font face=&quot;Arial, Helvetica, sans-serif&quot; size=&quot;2&quot;><i><font size=&quot;1&quot;>Telefon: 082-413101\/411102 Faks:082-413102<\/font><\/i><\/font><\/div>\n<p><font face=&quot;Arial, Helvetica, sans-serif&quot; size=&quot;2&quot;><br \/>Sila lihat juga : <br \/><a href=&quot;http:\/\/www.faradalemedia.com\/rakansarawak\/default.asp?cat=2&amp;id=454&quot;><font face=&quot;Arial, Helvetica, sans-serif&quot; size=&quot;2&quot;>Rebut Peluang Jadi Usahawan MARA<\/font><\/a><font face=&quot;Arial, Helvetica, sans-serif&quot; size=&quot;2&quot;><br \/><a href=&quot;http:\/\/www.faradalemedia.com\/rakansarawak\/default.asp?cat=2&amp;id=323&quot;><font face=&quot;Arial, Helvetica, sans-serif&quot; size=&quot;2&quot;>MARA Sasar 18 Ribu Usahawan Baru<\/font><\/a><font face=&quot;Arial, Helvetica, sans-serif&quot; size=&quot;2&quot;><\/font><br \/><\/font><\/font><\/div>\n<p><font face=&quot;Arial, Helvetica, sans-serif&quot; size=&quot;2&quot;><font face=&quot;Arial, Helvetica, sans-serif&quot; size=&quot;2&quot;>       <\/font><\/font><\/p>\n<div style='text-align:center' class='yasr-auto-insert-visitor'><!--Yasr Visitor Votes Shortcode--><div id='yasr_visitor_votes_396e3178e0076' class='yasr-visitor-votes'><div class=\"yasr-custom-text-vv-before yasr-custom-text-vv-before-2351\">Click to rate this post!<\/div><div id='yasr-vv-second-row-container-396e3178e0076'\r\n                                        class='yasr-vv-second-row-container'><div id='yasr-visitor-votes-rater-396e3178e0076'\r\n                                      class='yasr-rater-stars-vv'\r\n                                      data-rater-postid='2351'\r\n                                      data-rating='0'\r\n                                      data-rater-starsize='16'\r\n                                      data-rater-readonly='true'\r\n                                      data-rater-nonce='677e197557'\r\n                                      data-issingular='false'\r\n                                    ><\/div><div class=\"yasr-vv-stats-text-container\" id=\"yasr-vv-stats-text-container-396e3178e0076\"><svg xmlns=\"https:\/\/www.w3.org\/2000\/svg\" width=\"20\" height=\"20\"\r\n                                   class=\"yasr-dashicons-visitor-stats\"\r\n                                   data-postid=\"2351\"\r\n                                   id=\"yasr-stats-dashicon-396e3178e0076\">\r\n                                   <path d=\"M18 18v-16h-4v16h4zM12 18v-11h-4v11h4zM6 18v-8h-4v8h4z\"><\/path>\r\n                               <\/svg><span id=\"yasr-vv-text-container-396e3178e0076\" class=\"yasr-vv-text-container\">[Total: <span id=\"yasr-vv-votes-number-container-396e3178e0076\">0<\/span>  Average: <span id=\"yasr-vv-average-container-396e3178e0076\">0<\/span>]<\/span><\/div><div id='yasr-vv-loader-396e3178e0076' class='yasr-vv-container-loader'><\/div><\/div><div id='yasr-vv-bottom-container-396e3178e0076' class='yasr-vv-bottom-container'><div class='yasr-small-block-bold'><span class='yasr-visitor-votes-must-sign-in'>You must sign in to vote<\/span><\/div><\/div><\/div><!--End Yasr Visitor Votes Shortcode--><\/div>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Bukan mudah untuk menceburi bidang industri kerana ia memerlukan sumber kewangan yang cukup besar<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"yasr_overall_rating":0,"yasr_post_is_review":"","yasr_auto_insert_disabled":"","yasr_review_type":"","footnotes":""},"categories":[2],"tags":[3170],"class_list":{"0":"post-2351","1":"post","2":"type-post","3":"status-publish","4":"format-standard","6":"category-featured","7":"tag-rakan-sarawak-tuntas"},"acf":[],"yoast_head":"<!-- This site is optimized with the Yoast SEO plugin v26.3 - https:\/\/yoast.com\/wordpress\/plugins\/seo\/ -->\n<title>Usahawan Wanita Teroka Industi Rempah Masakan - RAKAN Sarawak<\/title>\n<meta name=\"robots\" content=\"index, follow, max-snippet:-1, max-image-preview:large, max-video-preview:-1\" \/>\n<link rel=\"canonical\" href=\"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v4\/2007\/02\/12\/usahawan-wanita-teroka-industi-rempah-masakan\/\" \/>\n<meta property=\"og:locale\" content=\"en_US\" \/>\n<meta property=\"og:type\" content=\"article\" \/>\n<meta property=\"og:title\" content=\"Usahawan Wanita Teroka Industi Rempah Masakan - RAKAN Sarawak\" \/>\n<meta property=\"og:description\" content=\"Bukan mudah untuk menceburi bidang industri kerana ia memerlukan sumber kewangan yang cukup besar\" \/>\n<meta property=\"og:url\" content=\"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v4\/2007\/02\/12\/usahawan-wanita-teroka-industi-rempah-masakan\/\" \/>\n<meta property=\"og:site_name\" content=\"RAKAN Sarawak\" \/>\n<meta property=\"article:publisher\" content=\"https:\/\/www.facebook.com\/rakanswk\" \/>\n<meta property=\"article:published_time\" content=\"2007-02-12T00:00:00+00:00\" \/>\n<meta property=\"og:image\" content=\"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v4\/wp-content\/uploads\/2025\/02\/Facebook-Google-Chrome-13_2_2025-7_32_32-PM.png\" \/>\n\t<meta property=\"og:image:width\" content=\"1200\" \/>\n\t<meta property=\"og:image:height\" content=\"675\" \/>\n\t<meta property=\"og:image:type\" content=\"image\/png\" \/>\n<meta name=\"author\" content=\"RAKAN Sarawak\" \/>\n<meta name=\"twitter:card\" content=\"summary_large_image\" \/>\n<meta name=\"twitter:creator\" content=\"@RAKANSarawak\" \/>\n<meta name=\"twitter:site\" content=\"@RAKANSarawak\" \/>\n<meta name=\"twitter:label1\" content=\"Written by\" \/>\n\t<meta name=\"twitter:data1\" content=\"RAKAN Sarawak\" \/>\n\t<meta name=\"twitter:label2\" content=\"Est. reading time\" \/>\n\t<meta name=\"twitter:data2\" content=\"8 minutes\" \/>\n<script type=\"application\/ld+json\" class=\"yoast-schema-graph\">{\"@context\":\"https:\/\/schema.org\",\"@graph\":[{\"@type\":\"Article\",\"@id\":\"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v4\/2007\/02\/12\/usahawan-wanita-teroka-industi-rempah-masakan\/#article\",\"isPartOf\":{\"@id\":\"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v4\/2007\/02\/12\/usahawan-wanita-teroka-industi-rempah-masakan\/\"},\"author\":{\"name\":\"RAKAN Sarawak\",\"@id\":\"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v4\/#\/schema\/person\/d698020a2e61d11eef92f5146bee5f26\"},\"headline\":\"Usahawan Wanita Teroka Industi Rempah Masakan\",\"datePublished\":\"2007-02-12T00:00:00+00:00\",\"mainEntityOfPage\":{\"@id\":\"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v4\/2007\/02\/12\/usahawan-wanita-teroka-industi-rempah-masakan\/\"},\"wordCount\":1540,\"commentCount\":0,\"publisher\":{\"@id\":\"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v4\/#organization\"},\"keywords\":[\"RAKAN Sarawak Tuntas\"],\"articleSection\":[\"Featured\"],\"inLanguage\":\"en-US\",\"potentialAction\":[{\"@type\":\"CommentAction\",\"name\":\"Comment\",\"target\":[\"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v4\/2007\/02\/12\/usahawan-wanita-teroka-industi-rempah-masakan\/#respond\"]}]},{\"@type\":\"WebPage\",\"@id\":\"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v4\/2007\/02\/12\/usahawan-wanita-teroka-industi-rempah-masakan\/\",\"url\":\"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v4\/2007\/02\/12\/usahawan-wanita-teroka-industi-rempah-masakan\/\",\"name\":\"Usahawan Wanita Teroka Industi Rempah Masakan - RAKAN Sarawak\",\"isPartOf\":{\"@id\":\"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v4\/#website\"},\"datePublished\":\"2007-02-12T00:00:00+00:00\",\"breadcrumb\":{\"@id\":\"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v4\/2007\/02\/12\/usahawan-wanita-teroka-industi-rempah-masakan\/#breadcrumb\"},\"inLanguage\":\"en-US\",\"potentialAction\":[{\"@type\":\"ReadAction\",\"target\":[\"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v4\/2007\/02\/12\/usahawan-wanita-teroka-industi-rempah-masakan\/\"]}]},{\"@type\":\"BreadcrumbList\",\"@id\":\"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v4\/2007\/02\/12\/usahawan-wanita-teroka-industi-rempah-masakan\/#breadcrumb\",\"itemListElement\":[{\"@type\":\"ListItem\",\"position\":1,\"name\":\"Home\",\"item\":\"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v4\/\"},{\"@type\":\"ListItem\",\"position\":2,\"name\":\"Usahawan Wanita Teroka Industi Rempah Masakan\"}]},{\"@type\":\"WebSite\",\"@id\":\"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v4\/#website\",\"url\":\"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v4\/\",\"name\":\"RAKAN Sarawak\",\"description\":\"An eyewitness to Sarawak\u2019s transformation\",\"publisher\":{\"@id\":\"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v4\/#organization\"},\"alternateName\":\"Rangkaian Khidmat Awam Negeri Sarawak\",\"potentialAction\":[{\"@type\":\"SearchAction\",\"target\":{\"@type\":\"EntryPoint\",\"urlTemplate\":\"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v4\/?s={search_term_string}\"},\"query-input\":{\"@type\":\"PropertyValueSpecification\",\"valueRequired\":true,\"valueName\":\"search_term_string\"}}],\"inLanguage\":\"en-US\"},{\"@type\":\"Organization\",\"@id\":\"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v4\/#organization\",\"name\":\"RAKAN Sarawak\",\"alternateName\":\"Rangkaian Khidmat Awam Negeri Sarawak\",\"url\":\"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v4\/\",\"logo\":{\"@type\":\"ImageObject\",\"inLanguage\":\"en-US\",\"@id\":\"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v4\/#\/schema\/logo\/image\/\",\"url\":\"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/wp-content\/uploads\/2023\/12\/logo-rstagline.png\",\"contentUrl\":\"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/wp-content\/uploads\/2023\/12\/logo-rstagline.png\",\"width\":172,\"height\":120,\"caption\":\"RAKAN Sarawak\"},\"image\":{\"@id\":\"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v4\/#\/schema\/logo\/image\/\"},\"sameAs\":[\"https:\/\/www.facebook.com\/rakanswk\",\"https:\/\/x.com\/RAKANSarawak\"]},{\"@type\":\"Person\",\"@id\":\"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v4\/#\/schema\/person\/d698020a2e61d11eef92f5146bee5f26\",\"name\":\"RAKAN Sarawak\",\"image\":{\"@type\":\"ImageObject\",\"inLanguage\":\"en-US\",\"@id\":\"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v4\/#\/schema\/person\/image\/\",\"url\":\"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v4\/wp-content\/uploads\/2023\/12\/android-chrome-192x192-1_uwp_avatar_thumb.png\",\"contentUrl\":\"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v4\/wp-content\/uploads\/2023\/12\/android-chrome-192x192-1_uwp_avatar_thumb.png\",\"caption\":\"RAKAN Sarawak\"},\"url\":\"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v4\/myprofile\/rakansarawak\/\"},false]}<\/script>\n<!-- \/ Yoast SEO plugin. -->","yoast_head_json":{"title":"Usahawan Wanita Teroka Industi Rempah Masakan - RAKAN Sarawak","robots":{"index":"index","follow":"follow","max-snippet":"max-snippet:-1","max-image-preview":"max-image-preview:large","max-video-preview":"max-video-preview:-1"},"canonical":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v4\/2007\/02\/12\/usahawan-wanita-teroka-industi-rempah-masakan\/","og_locale":"en_US","og_type":"article","og_title":"Usahawan Wanita Teroka Industi Rempah Masakan - RAKAN Sarawak","og_description":"Bukan mudah untuk menceburi bidang industri kerana ia memerlukan sumber kewangan yang cukup besar","og_url":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v4\/2007\/02\/12\/usahawan-wanita-teroka-industi-rempah-masakan\/","og_site_name":"RAKAN Sarawak","article_publisher":"https:\/\/www.facebook.com\/rakanswk","article_published_time":"2007-02-12T00:00:00+00:00","og_image":[{"width":1200,"height":675,"url":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v4\/wp-content\/uploads\/2025\/02\/Facebook-Google-Chrome-13_2_2025-7_32_32-PM.png","type":"image\/png"}],"author":"RAKAN Sarawak","twitter_card":"summary_large_image","twitter_creator":"@RAKANSarawak","twitter_site":"@RAKANSarawak","twitter_misc":{"Written by":"RAKAN Sarawak","Est. reading time":"8 minutes"},"schema":{"@context":"https:\/\/schema.org","@graph":[{"@type":"Article","@id":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v4\/2007\/02\/12\/usahawan-wanita-teroka-industi-rempah-masakan\/#article","isPartOf":{"@id":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v4\/2007\/02\/12\/usahawan-wanita-teroka-industi-rempah-masakan\/"},"author":{"name":"RAKAN Sarawak","@id":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v4\/#\/schema\/person\/d698020a2e61d11eef92f5146bee5f26"},"headline":"Usahawan Wanita Teroka Industi Rempah Masakan","datePublished":"2007-02-12T00:00:00+00:00","mainEntityOfPage":{"@id":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v4\/2007\/02\/12\/usahawan-wanita-teroka-industi-rempah-masakan\/"},"wordCount":1540,"commentCount":0,"publisher":{"@id":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v4\/#organization"},"keywords":["RAKAN Sarawak Tuntas"],"articleSection":["Featured"],"inLanguage":"en-US","potentialAction":[{"@type":"CommentAction","name":"Comment","target":["https:\/\/www.rakansarawak.com\/v4\/2007\/02\/12\/usahawan-wanita-teroka-industi-rempah-masakan\/#respond"]}]},{"@type":"WebPage","@id":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v4\/2007\/02\/12\/usahawan-wanita-teroka-industi-rempah-masakan\/","url":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v4\/2007\/02\/12\/usahawan-wanita-teroka-industi-rempah-masakan\/","name":"Usahawan Wanita Teroka Industi Rempah Masakan - RAKAN Sarawak","isPartOf":{"@id":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v4\/#website"},"datePublished":"2007-02-12T00:00:00+00:00","breadcrumb":{"@id":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v4\/2007\/02\/12\/usahawan-wanita-teroka-industi-rempah-masakan\/#breadcrumb"},"inLanguage":"en-US","potentialAction":[{"@type":"ReadAction","target":["https:\/\/www.rakansarawak.com\/v4\/2007\/02\/12\/usahawan-wanita-teroka-industi-rempah-masakan\/"]}]},{"@type":"BreadcrumbList","@id":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v4\/2007\/02\/12\/usahawan-wanita-teroka-industi-rempah-masakan\/#breadcrumb","itemListElement":[{"@type":"ListItem","position":1,"name":"Home","item":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v4\/"},{"@type":"ListItem","position":2,"name":"Usahawan Wanita Teroka Industi Rempah Masakan"}]},{"@type":"WebSite","@id":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v4\/#website","url":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v4\/","name":"RAKAN Sarawak","description":"An eyewitness to Sarawak\u2019s transformation","publisher":{"@id":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v4\/#organization"},"alternateName":"Rangkaian Khidmat Awam Negeri Sarawak","potentialAction":[{"@type":"SearchAction","target":{"@type":"EntryPoint","urlTemplate":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v4\/?s={search_term_string}"},"query-input":{"@type":"PropertyValueSpecification","valueRequired":true,"valueName":"search_term_string"}}],"inLanguage":"en-US"},{"@type":"Organization","@id":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v4\/#organization","name":"RAKAN Sarawak","alternateName":"Rangkaian Khidmat Awam Negeri Sarawak","url":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v4\/","logo":{"@type":"ImageObject","inLanguage":"en-US","@id":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v4\/#\/schema\/logo\/image\/","url":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/wp-content\/uploads\/2023\/12\/logo-rstagline.png","contentUrl":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/wp-content\/uploads\/2023\/12\/logo-rstagline.png","width":172,"height":120,"caption":"RAKAN Sarawak"},"image":{"@id":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v4\/#\/schema\/logo\/image\/"},"sameAs":["https:\/\/www.facebook.com\/rakanswk","https:\/\/x.com\/RAKANSarawak"]},{"@type":"Person","@id":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v4\/#\/schema\/person\/d698020a2e61d11eef92f5146bee5f26","name":"RAKAN Sarawak","image":{"@type":"ImageObject","inLanguage":"en-US","@id":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v4\/#\/schema\/person\/image\/","url":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v4\/wp-content\/uploads\/2023\/12\/android-chrome-192x192-1_uwp_avatar_thumb.png","contentUrl":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v4\/wp-content\/uploads\/2023\/12\/android-chrome-192x192-1_uwp_avatar_thumb.png","caption":"RAKAN Sarawak"},"url":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v4\/myprofile\/rakansarawak\/"},false]}},"yasr_visitor_votes":{"stars_attributes":{"read_only":true,"span_bottom":"<div class='yasr-small-block-bold'><span class='yasr-visitor-votes-must-sign-in'>You must sign in to vote<\/span><\/div>"},"number_of_votes":0,"sum_votes":0},"publishpress_future_action":{"enabled":false,"date":"2026-04-24 03:53:20","action":"change-status","newStatus":"draft","terms":[],"taxonomy":"category","extraData":[]},"publishpress_future_workflow_manual_trigger":{"enabledWorkflows":[]},"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v4\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/2351","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v4\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v4\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v4\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v4\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=2351"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v4\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/2351\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v4\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=2351"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v4\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=2351"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v4\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=2351"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}