{"id":24238,"date":"2024-03-09T05:36:00","date_gmt":"2024-03-08T21:36:00","guid":{"rendered":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/?p=24238"},"modified":"2024-03-09T17:42:49","modified_gmt":"2024-03-09T09:42:49","slug":"pemimpin-masyarakat-agen-transformasi-daerah-marudi","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v4\/2024\/03\/09\/pemimpin-masyarakat-agen-transformasi-daerah-marudi\/","title":{"rendered":"Pemimpin Masyarakat Agen Transformasi Daerah Marudi"},"content":{"rendered":"\n<p class=\"has-drop-cap\">Daerah Marudi telah mengalami perubahan ketara dari segi pembangunan infrastruktur yang turut memberi impak kepada sosioekonomi penduduk.<\/p>\n\n\n\n<p>Tebingan Sungai Marudi baharu misalnya, menjadi tarikan terkini kepada orang luar dan telah membuka peluang ekonomi kepada penduduk apabila kemudahan tersebut dijadikan sebagai lokasi tetap acara Regata Baram yang ikonik dan bersejarah.<\/p>\n\n\n\n<p>Bukan itu sahaja, Jambatan Marudi yang sedang dalam pembinaan termasuk projek pembinaan jalan raya yang menghubungkan Miri ke Long Terawan melalui Marudi turut dijangka memberi impak kepada ekonomi daerah itu yang pernah menjadi pusat pentadbiran Bahagian Miri ketika pemerintahan Rajah Charles Brooke.<\/p>\n\n\n<div class=\"wp-block-image\">\n<figure class=\"aligncenter size-full\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"640\" height=\"427\" src=\"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/wp-content\/uploads\/2024\/03\/RO-3-8-1-139-2024.jpg\" alt=\"\" class=\"wp-image-24237\" srcset=\"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v4\/wp-content\/uploads\/2024\/03\/RO-3-8-1-139-2024.jpg 640w, https:\/\/www.rakansarawak.com\/v4\/wp-content\/uploads\/2024\/03\/RO-3-8-1-139-2024-300x200.jpg 300w, https:\/\/www.rakansarawak.com\/v4\/wp-content\/uploads\/2024\/03\/RO-3-8-1-139-2024-150x100.jpg 150w, https:\/\/www.rakansarawak.com\/v4\/wp-content\/uploads\/2024\/03\/RO-3-8-1-139-2024-630x420.jpg 630w, https:\/\/www.rakansarawak.com\/v4\/wp-content\/uploads\/2024\/03\/RO-3-8-1-139-2024-600x400.jpg 600w\" sizes=\"auto, (max-width: 640px) 100vw, 640px\" \/><figcaption class=\"wp-element-caption\">Bangunan Pejabat Daerah Marudi<\/figcaption><\/figure><\/div>\n\n\n<p>Di sebalik transformasi tersebut, Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) di Daerah Marudi tidak kurang penting peranan yang dimainkan mereka sebagai \u2018agen transformasi\u2019 membantu kerajaan memastikan pembangunan dapat dinikmati penduduk di kawasan masing-masing.<\/p>\n\n\n\n<p><strong><em>RAKAN Sarawak<\/em><\/strong> telah menemu bual beberapa orang KMKK Daerah Marudi bagi mengetahui peranan mereka dalam usaha pembangunan di peringkat akar umbi serta mendapatkan pandangan mereka tentang perkembangan yang berlaku di daerah berkenaan.<\/p>\n\n\n\n<p>Berbekalkan pengalaman sebagai bekas Ahli Majlis Perbandaran selama lapan (8) tahun, menjalankan tugas sebagai pemimpin masyarakat tidak menjadi masalah kepada Pemanca Randie anak Budan kerana beliau sudah biasa berurusan dengan masyarakat.<\/p>\n\n\n<div class=\"wp-block-image\">\n<figure class=\"aligncenter size-full\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"640\" height=\"427\" src=\"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/wp-content\/uploads\/2024\/03\/RO-3-4-1-139-2024.jpg\" alt=\"\" class=\"wp-image-24233\" srcset=\"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v4\/wp-content\/uploads\/2024\/03\/RO-3-4-1-139-2024.jpg 640w, https:\/\/www.rakansarawak.com\/v4\/wp-content\/uploads\/2024\/03\/RO-3-4-1-139-2024-300x200.jpg 300w, https:\/\/www.rakansarawak.com\/v4\/wp-content\/uploads\/2024\/03\/RO-3-4-1-139-2024-150x100.jpg 150w, https:\/\/www.rakansarawak.com\/v4\/wp-content\/uploads\/2024\/03\/RO-3-4-1-139-2024-630x420.jpg 630w, https:\/\/www.rakansarawak.com\/v4\/wp-content\/uploads\/2024\/03\/RO-3-4-1-139-2024-600x400.jpg 600w\" sizes=\"auto, (max-width: 640px) 100vw, 640px\" \/><figcaption class=\"wp-element-caption\">Pemanca Randie anak Budan <\/figcaption><\/figure><\/div>\n\n\n<p>Beliau yang mewakili masyarakat Iban di Marudi berasa selesa mengurus masalah yang dihadapi penduduk dan pada masa yang sama dapat membantu kerajaan melebarkan pembangunan di luar bandar.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSaya berasa senang dapat mengurus masalah yang dihadapi masyarakat. Kita pun membawa pembangunan kepada mereka dengan kerap mengadakan mesyuarat bersama Tuai Rumah, kumpul maklumat dan sampaikan maklumat kepada wakil rakyat supaya ada tindakan daripada kerajaan,\u201d jelas beliau yang dilantik menjadi Pemanca sejak 2019.<\/p>\n\n\n\n<p>Sebagai pemimpin di peringkat akar umbi, kerjasama dengan Tuai Rumah sangat penting dan mesyuarat Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) perlu diadakan sekurang-kurangnya empat (4) kali setahun.<\/p>\n\n\n\n<p>Tujuannya adalah bagi mengenal pasti keperluan penduduk untuk dikemukakan kepada pihak kerajaan selain membincangkan perkara penting yang perlu diurus dan disegerakan jika sesuatu bencana berlaku, tambah beliau.<\/p>\n\n\n\n<p>Pemimpin masyarakat juga perlu turun padang memantau pelaksanaan sesebuah projek di lokasi projek dijalankan dari semasa ke semasa.<\/p>\n\n\n\n<p>Dari sudut pembangunan, beliau mengakui sebahagian kampung dan rumah panjang yang jauh dari pusat bandar Marudi perlu dihubungkan dengan jalan raya dan jambatan bagi memudahkan urusan mereka ke bandar mahupun ke tempat-tempat lain.<\/p>\n\n\n<div class=\"wp-block-image\">\n<figure class=\"aligncenter size-full\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"640\" height=\"382\" src=\"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/wp-content\/uploads\/2024\/03\/RO-3-3-1-139-2024.jpg\" alt=\"\" class=\"wp-image-24232\" srcset=\"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v4\/wp-content\/uploads\/2024\/03\/RO-3-3-1-139-2024.jpg 640w, https:\/\/www.rakansarawak.com\/v4\/wp-content\/uploads\/2024\/03\/RO-3-3-1-139-2024-300x179.jpg 300w, https:\/\/www.rakansarawak.com\/v4\/wp-content\/uploads\/2024\/03\/RO-3-3-1-139-2024-150x90.jpg 150w, https:\/\/www.rakansarawak.com\/v4\/wp-content\/uploads\/2024\/03\/RO-3-3-1-139-2024-600x358.jpg 600w\" sizes=\"auto, (max-width: 640px) 100vw, 640px\" \/><figcaption class=\"wp-element-caption\">Struktur Jambatan Marudi yang sedang dalam pembinaan<\/figcaption><\/figure><\/div>\n\n<div class=\"wp-block-image\">\n<figure class=\"aligncenter size-full\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"640\" height=\"360\" src=\"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/wp-content\/uploads\/2024\/03\/RO-3-2-1-139-2024.jpg\" alt=\"\" class=\"wp-image-24231\" srcset=\"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v4\/wp-content\/uploads\/2024\/03\/RO-3-2-1-139-2024.jpg 640w, https:\/\/www.rakansarawak.com\/v4\/wp-content\/uploads\/2024\/03\/RO-3-2-1-139-2024-300x169.jpg 300w, https:\/\/www.rakansarawak.com\/v4\/wp-content\/uploads\/2024\/03\/RO-3-2-1-139-2024-150x84.jpg 150w, https:\/\/www.rakansarawak.com\/v4\/wp-content\/uploads\/2024\/03\/RO-3-2-1-139-2024-600x338.jpg 600w\" sizes=\"auto, (max-width: 640px) 100vw, 640px\" \/><figcaption class=\"wp-element-caption\">Suasana di perkarangan Tebingan Sungai Marudi pada waktu malam yang dipenuhi pengunjung<\/figcaption><\/figure><\/div>\n\n\n<p>Pada masa ini, beliau bersama dengan wakil rakyat dan agensi kerajaan yang terlibat sedang dalam proses membuat tindakan susulan untuk projek yang masih dalam pelaksanaan dan juga projek siap yang memerlukan penambahbaikan.<\/p>\n\n\n\n<p>Antara projek yang sedang diusahakan ialah projek bekalan air bersih terawat dan projek tebatan banjir di kawasan sekitar Sungai Dabai.<\/p>\n\n\n\n<p>Menurut Pemanca Randie, salah satu projek utama yang amat dinanti-nantikan penduduk Marudi ialah pembinaan jalan raya sepanjang 100 kilometer yang bakal menghubungkan Miri hingga ke Long Terawan melalui Marudi.<\/p>\n\n\n\n<p>Selain itu, beliau dan rakan-rakan sejawat juga sedang membuat tindakan susulan bersama-sama wakil rakyat dan agensi kerajaan yang berkaitan berkenaan cadangan melaksanakan projek tebatan banjir di kawasan kerap berlaku banjir, iaitu di Dabai, Ridan, Setapang dan Telugan Dasang.<\/p>\n\n\n\n<p>Jelas beliau, projek tersebut perlu dilaksanakan segera kerana jika banjir berlaku, penduduk-penduduk kampung akan terputus hubungan dengan bandar Marudi.<\/p>\n\n\n\n<p>Dari segi kemudahan utiliti, sebanyak tujuh (7) buah rumah panjang di kawasan beliau sudah dibekalkan dengan air bersih.<\/p>\n\n\n\n<p>Yang turut senada dengan Pemanca Randie ialah Pemanca Jamel bin Haji Sabil yang mewakili masyarakat Melayu di Daerah Marudi.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau berpendapat, watak yang dipegang oleh KMKK sebenarnya ialah sebagai jambatan untuk menyalurkan pelbagai maklumat seperti dasar kerajaan, hal-hal berkaitan inisiatif kesihatan, kesejahteraan rakyat, ekonomi, sosial, sukan dan pelbagai lagi.<\/p>\n\n\n<div class=\"wp-block-image\">\n<figure class=\"aligncenter size-full\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"640\" height=\"427\" src=\"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/wp-content\/uploads\/2024\/03\/RO-3-5-1-139-2024.jpg\" alt=\"\" class=\"wp-image-24234\" srcset=\"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v4\/wp-content\/uploads\/2024\/03\/RO-3-5-1-139-2024.jpg 640w, https:\/\/www.rakansarawak.com\/v4\/wp-content\/uploads\/2024\/03\/RO-3-5-1-139-2024-300x200.jpg 300w, https:\/\/www.rakansarawak.com\/v4\/wp-content\/uploads\/2024\/03\/RO-3-5-1-139-2024-150x100.jpg 150w, https:\/\/www.rakansarawak.com\/v4\/wp-content\/uploads\/2024\/03\/RO-3-5-1-139-2024-630x420.jpg 630w, https:\/\/www.rakansarawak.com\/v4\/wp-content\/uploads\/2024\/03\/RO-3-5-1-139-2024-600x400.jpg 600w\" sizes=\"auto, (max-width: 640px) 100vw, 640px\" \/><figcaption class=\"wp-element-caption\">Pemanca Jamel bin Haji Sabil <\/figcaption><\/figure><\/div>\n\n\n<p>\u201cFungsi KMKK ialah untuk mendampingi dan mendengar denyut nadi rakyat di peringkat akar umbi agar mereka tidak dipinggirkan,\u201d jelas beliau.<\/p>\n\n\n\n<p>Dalam Proses permohonan projek, lazimnya, maklumat awal akan dilaporkan kepada wakil rakyat di setiap kawasan untuk diteliti dan diambil tindakan sewajarnya dan KMKK juga bertanggungjawab memantau pelaksanaan projek, tambah beliau.<\/p>\n\n\n\n<p>Pemanca Jamel turut memaklumkan, KMKK akan diserap ke dalam pelbagai jawatankuasa yang melibatkan agensi kerajaan.<\/p>\n\n\n\n<p>Sebagai contoh, dalam aspek kesihatan, KMKK juga terbabit dalam pembanterasan nyamuk aedes melalui Jawatankuasa Wabak Denggi di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia.<\/p>\n\n\n\n<p>Pada masa yang sama, beliau turut terlibat dalam Jawatankuasa Pemulihan Dadah Daerah, Jawatankuasa Tetap Aktiviti Islam Marudi dan lain-lain lagi.<\/p>\n\n\n\n<p>Menyentuh mengenai pembangunan sosial, Pemanca Jamel berpandangan, pembangunan insan hendaklah diberi perhatian dengan menekankan pada ilmu dan pembentukan akhlak dan intelektual.<\/p>\n\n\n\n<p>Usaha ke arah itu perlu dijalankan melalui program yang menjurus kepada pemerkasaan minda pelajar hingga mereka dapat sampai ke menara gading.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau berpandangan, kecemerlangan minda hendaklah diseimbangkan dengan pemantapan kerohanian bagi melahirkan generasi pewaris yang cemerlang, maju dari segi pemikiran, kerohanian dan kebendaan serta berjaya di dunia dan akhirat.<\/p>\n\n\n\n<p>Menurut Pemanca Jamel, perimeter kawasan di bawah kepimpinan beliau agak luas, iaitu merangkumi seluruh kawasan Baram termasuk empat (4) buah kampung di Marudi, Lubok Nibong, Benawa, Bakong, Lapok dan Long Lama.<\/p>\n\n\n\n<p>Sebagai warga tempatan, beliau melihat pembangunan banyak tertumpu di bandar Marudi dan kawasan-kawasan lain masih terkebelakang dari segi pembangunan fizikal.<\/p>\n\n\n\n<p>Walau bagaimanapun, berkat inisiatif wakil rakyat, banyak perubahan dan pembangunan telah dapat dijelmakan, tambah beliau.<\/p>\n\n\n\n<p>Secara keseluruhannya, beliau melihat Daerah Marudi telah mengalami satu transformasi yang agresif dan penduduk dapat menikmati erti pembangunan melalui penyediaan infrastruktur.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau menjangkakan projek Jambatan Marudi yang merentasi Sungai Baram akan dapat dinikmati penduduk dalam sedikit masa lagi selain jalan Miri-Marudi-Mulu-Long Terawan yang bakal dilaksanakan pada tahun ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Mewakili masyarakat Cina di Daerah Marudi, Penghulu Lau Kah Lieng juga pernah berkhidmat sebagai Ahli Majlis Perbandaran selama hampir 10 tahun sebelum dilantik menjadi Penghulu.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau yang berasal dari Sarikei mula berhijrah ke Marudi dan kemudian bermastautin di sana sekitar awal tahun 1980an. Sejak lebih 30 tahun, beliau dapat melihat perubahan sosioekonomi yang berlaku di Marudi.<\/p>\n\n\n<div class=\"wp-block-image\">\n<figure class=\"aligncenter size-full\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"640\" height=\"427\" src=\"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/wp-content\/uploads\/2024\/03\/RO-3-6-1-139-2024.jpg\" alt=\"\" class=\"wp-image-24235\" srcset=\"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v4\/wp-content\/uploads\/2024\/03\/RO-3-6-1-139-2024.jpg 640w, https:\/\/www.rakansarawak.com\/v4\/wp-content\/uploads\/2024\/03\/RO-3-6-1-139-2024-300x200.jpg 300w, https:\/\/www.rakansarawak.com\/v4\/wp-content\/uploads\/2024\/03\/RO-3-6-1-139-2024-150x100.jpg 150w, https:\/\/www.rakansarawak.com\/v4\/wp-content\/uploads\/2024\/03\/RO-3-6-1-139-2024-630x420.jpg 630w, https:\/\/www.rakansarawak.com\/v4\/wp-content\/uploads\/2024\/03\/RO-3-6-1-139-2024-600x400.jpg 600w\" sizes=\"auto, (max-width: 640px) 100vw, 640px\" \/><figcaption class=\"wp-element-caption\">Penghulu Lau Kah Lieng<\/figcaption><\/figure><\/div>\n\n\n<p>\u201cKetika saya mula berpindah ke sini, kegiatan pembalakan begitu rancak dan saya lihat potensi ekonomi Marudi pada masa itu memang bagus,\u201d jelas beliau yang juga mengusahakan perniagaan sendiri pada masa ini.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cDahulu, kami amat bergantung pada pengangkutan bot ekspres kerana belum ada jalan raya. Sekarang, Marudi sudah banyak berubah dan bilangan kenderaan pun banyak hingga menyebabkan kesesakan di bandar Marudi. Itulah perubahan yang paling ketara di sini,\u201d tambah beliau.<\/p>\n\n\n\n<p>Menurut Penghulu Lau, aktiviti pembalakan suatu ketika dahulu telah menyumbang kepada kerancakan aktiviti ekonomi di pusat bandar Marudi berikutan ramai pekerja pembalakan menghabiskan masa hujung minggu untuk mendapatkan barangan keperluan.<\/p>\n\n\n\n<p>Kini, aktiviti pembalakan, khususnya di Baram bukan lagi menjadi aktiviti ekonomi utama di Daerah Marudi.<\/p>\n\n\n\n<p>Walaupun begitu, beliau berharap supaya pembangunan infrastruktur seperti pembinaan jalan Miri-Marudi-Mulu-Long Terawan bakal menjadi pemangkin kepada kepesatan ekonomi di daerah berkenaan.<\/p>\n\n\n\n<p>Berkongsi tentang peranan beliau sebagai pemimpin masyarakat, Penghulu Lau memaklumkan, beliau kerap kali datang ke Pejabat Daerah Marudi untuk bermesyuarat dan mendengar permasalahan yang dihadapi penduduk.<\/p>\n\n\n\n<p>Premis perniagaan yang beliau usahakan juga sentiasa terbuka kepada penduduk untuk berjumpa dengan beliau jika ada perkara dan isu untuk dibincangkan.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau juga berkongsi, untuk menjadi pemimpin masyarakat, pemilihan calon yang layak dibuat berdasarkan kelayakan dalam pendidikan, selain tidak mempunyai rekod jenayah dan tidak diisytiharkan muflis serta mudah bergaul dan beramah mesra dengan masyarakat.<\/p>\n\n\n\n<p>Mewakili masyarakat Orang Ulu di Daerah Marudi, Penghulu Benedict Wak mengambil alih tugas dan amanah tersebut yang diwarisi daripada ayah beliau.<\/p>\n\n\n\n<p>Sebelum ini, beliau pernah dilantik sebagai Ketua Kaum (KK) untuk kaum Kiput di rumah panjang 74 pintu yang terletak di Kuala Tutoh, Baram.<\/p>\n\n\n<div class=\"wp-block-image\">\n<figure class=\"aligncenter size-full\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"640\" height=\"427\" src=\"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/wp-content\/uploads\/2024\/03\/RO-3-7-1-139-2024.jpg\" alt=\"\" class=\"wp-image-24236\" srcset=\"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v4\/wp-content\/uploads\/2024\/03\/RO-3-7-1-139-2024.jpg 640w, https:\/\/www.rakansarawak.com\/v4\/wp-content\/uploads\/2024\/03\/RO-3-7-1-139-2024-300x200.jpg 300w, https:\/\/www.rakansarawak.com\/v4\/wp-content\/uploads\/2024\/03\/RO-3-7-1-139-2024-150x100.jpg 150w, https:\/\/www.rakansarawak.com\/v4\/wp-content\/uploads\/2024\/03\/RO-3-7-1-139-2024-630x420.jpg 630w, https:\/\/www.rakansarawak.com\/v4\/wp-content\/uploads\/2024\/03\/RO-3-7-1-139-2024-600x400.jpg 600w\" sizes=\"auto, (max-width: 640px) 100vw, 640px\" \/><figcaption class=\"wp-element-caption\">Penghulu Benedict Wak <\/figcaption><\/figure><\/div>\n\n\n<p>Menceritakan pengalaman ketika menjadi KK, beliau telah terlibat dengan beberapa projek penyediaan infrastruktur yang disuarakan oleh masyarakat di kawasan beliau.<\/p>\n\n\n\n<p>Antara projek yang beliau terlibat ialah projek Skim Pembekalan Elektrik Alternatif Luar Bandar Sarawak (SARES), projek pembinaan tiga (3) buah pontoon, projek bekalan air bersih, baik pulih rumah panjang di bawah Projek Kecil Luar Bandar (MRP) dan projek pembinaan jalan kampung.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cBanyak juga usaha membawa projek pembangunan yang saya sendiri terlibat ketika menjadi KK dulu dan ada daripada projek perlu dibuat tindakan susulan oleh KK baharu.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cItulah tugas kami sebagai jambatan di antara rakyat dengan kerajaan,\u201d ujar beliau.<\/p>\n\n\n\n<p>Ditanya tentang keperluan utama penduduk, beliau memaklumkan, penduduk di rumah panjang Kuala Tutoh amat memerlukan jalan raya memandangkan kawasan tersebut hanya boleh dihubungi dari bandar Marudi melalui Sungai Baram dan mengambil masa kira-kira dua (2) jam perjalanan menaiki bot.<\/p>\n\n\n\n<p>Tambahan pula, rumah panjang penduduk terletak berdekatan dengan sungai dan kerap dilanda banjir apabila air sungai melimpah pada musim tengkujuh.<\/p>\n\n\n\n<p>Sekiranya jalan raya disediakan, Penghulu Benedict menjangkakan perjalanan dari Kuala Tutoh ke bandar Marudi akan mengambil masa kurang daripada satu jam.<\/p>\n\n\n\n<p>Namun demikian, menurut beliau, cadangan membina jalan raya sudah pun dikemukakan kepada wakil rakyat dan agensi kerajaan berkaitan dan hanya menunggu masa untuk dilaksanakan.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cJika ada jalan raya, ia akan memudahkan penduduk mengangkut hasil pertanian seperti kelapa sawit untuk dijual di luar kawasan,\u201d tambah beliau.<\/p>\n<div style='text-align:center' class='yasr-auto-insert-visitor'><!--Yasr Visitor Votes Shortcode--><div id='yasr_visitor_votes_3697eda73b966' class='yasr-visitor-votes'><div class=\"yasr-custom-text-vv-before yasr-custom-text-vv-before-24238\">Click to rate this post!<\/div><div id='yasr-vv-second-row-container-3697eda73b966'\r\n                                        class='yasr-vv-second-row-container'><div id='yasr-visitor-votes-rater-3697eda73b966'\r\n                                      class='yasr-rater-stars-vv'\r\n                                      data-rater-postid='24238'\r\n                                      data-rating='0'\r\n                                      data-rater-starsize='16'\r\n                                      data-rater-readonly='true'\r\n                                      data-rater-nonce='38ab366d18'\r\n                                      data-issingular='false'\r\n                                    ><\/div><div class=\"yasr-vv-stats-text-container\" id=\"yasr-vv-stats-text-container-3697eda73b966\"><svg xmlns=\"https:\/\/www.w3.org\/2000\/svg\" width=\"20\" height=\"20\"\r\n                                   class=\"yasr-dashicons-visitor-stats\"\r\n                                   data-postid=\"24238\"\r\n                                   id=\"yasr-stats-dashicon-3697eda73b966\">\r\n                                   <path d=\"M18 18v-16h-4v16h4zM12 18v-11h-4v11h4zM6 18v-8h-4v8h4z\"><\/path>\r\n                               <\/svg><span id=\"yasr-vv-text-container-3697eda73b966\" class=\"yasr-vv-text-container\">[Total: <span id=\"yasr-vv-votes-number-container-3697eda73b966\">0<\/span>  Average: <span id=\"yasr-vv-average-container-3697eda73b966\">0<\/span>]<\/span><\/div><div id='yasr-vv-loader-3697eda73b966' class='yasr-vv-container-loader'><\/div><\/div><div id='yasr-vv-bottom-container-3697eda73b966' class='yasr-vv-bottom-container'><div class='yasr-small-block-bold'><span class='yasr-visitor-votes-must-sign-in'>You must sign in to vote<\/span><\/div><\/div><\/div><!--End Yasr Visitor Votes Shortcode--><\/div>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>RAKAN Sarawak telah menemu bual beberapa orang KMKK Daerah Marudi bagi mengetahui peranan mereka dalam usaha pembangunan di peringkat akar umbi serta mendapatkan pandangan mereka tentang perkembangan yang berlaku di daerah berkenaan. <\/p>\n","protected":false},"author":954,"featured_media":24230,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"yasr_overall_rating":0,"yasr_post_is_review":"","yasr_auto_insert_disabled":"","yasr_review_type":"","footnotes":""},"categories":[23,2,30,4177,70,4176,46,47,4180],"tags":[4672,3777,1463],"class_list":{"0":"post-24238","1":"post","2":"type-post","3":"status-publish","4":"format-standard","5":"has-post-thumbnail","7":"category-from-rakan-sarawak","8":"category-featured","9":"category-komuniti","10":"category-local","11":"category-miri","12":"category-news","13":"category-rencana","14":"category-sarawak","15":"category-social","16":"tag-daerah-marudi","17":"tag-kmkk","18":"tag-miri"},"acf":[],"yoast_head":"<!-- This site is optimized with the Yoast SEO plugin v26.3 - https:\/\/yoast.com\/wordpress\/plugins\/seo\/ -->\n<title>Pemimpin Masyarakat Agen Transformasi Daerah Marudi - RAKAN Sarawak<\/title>\n<meta name=\"robots\" content=\"index, follow, max-snippet:-1, max-image-preview:large, max-video-preview:-1\" \/>\n<link rel=\"canonical\" href=\"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v4\/2024\/03\/09\/pemimpin-masyarakat-agen-transformasi-daerah-marudi\/\" \/>\n<meta property=\"og:locale\" content=\"en_US\" \/>\n<meta property=\"og:type\" content=\"article\" \/>\n<meta property=\"og:title\" content=\"Pemimpin Masyarakat Agen Transformasi Daerah Marudi - RAKAN Sarawak\" \/>\n<meta property=\"og:description\" content=\"RAKAN Sarawak telah menemu bual beberapa orang KMKK Daerah Marudi bagi mengetahui peranan mereka dalam usaha pembangunan di peringkat akar umbi serta mendapatkan pandangan mereka tentang perkembangan yang berlaku di daerah berkenaan.\" \/>\n<meta property=\"og:url\" content=\"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v4\/2024\/03\/09\/pemimpin-masyarakat-agen-transformasi-daerah-marudi\/\" \/>\n<meta property=\"og:site_name\" content=\"RAKAN Sarawak\" \/>\n<meta property=\"article:publisher\" content=\"https:\/\/www.facebook.com\/rakanswk\" \/>\n<meta property=\"article:published_time\" content=\"2024-03-08T21:36:00+00:00\" \/>\n<meta property=\"article:modified_time\" content=\"2024-03-09T09:42:49+00:00\" \/>\n<meta property=\"og:image\" content=\"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v4\/wp-content\/uploads\/2024\/03\/RO-3-1-1-139-2024.jpg\" \/>\n\t<meta property=\"og:image:width\" content=\"360\" \/>\n\t<meta property=\"og:image:height\" content=\"480\" \/>\n\t<meta property=\"og:image:type\" content=\"image\/jpeg\" \/>\n<meta name=\"author\" content=\"rakan03sarawak\" \/>\n<meta name=\"twitter:card\" content=\"summary_large_image\" \/>\n<meta name=\"twitter:creator\" content=\"@RAKANSarawak\" \/>\n<meta name=\"twitter:site\" content=\"@RAKANSarawak\" \/>\n<meta name=\"twitter:label1\" content=\"Written by\" \/>\n\t<meta name=\"twitter:data1\" content=\"rakan03sarawak\" \/>\n\t<meta name=\"twitter:label2\" content=\"Est. reading time\" \/>\n\t<meta name=\"twitter:data2\" content=\"7 minutes\" \/>\n<script type=\"application\/ld+json\" class=\"yoast-schema-graph\">{\"@context\":\"https:\/\/schema.org\",\"@graph\":[{\"@type\":\"Article\",\"@id\":\"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v4\/2024\/03\/09\/pemimpin-masyarakat-agen-transformasi-daerah-marudi\/#article\",\"isPartOf\":{\"@id\":\"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v4\/2024\/03\/09\/pemimpin-masyarakat-agen-transformasi-daerah-marudi\/\"},\"author\":{\"name\":\"rakan03sarawak\",\"@id\":\"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v4\/#\/schema\/person\/336d061266bf0e27c346e244d74d2e75\"},\"headline\":\"Pemimpin Masyarakat Agen Transformasi Daerah Marudi\",\"datePublished\":\"2024-03-08T21:36:00+00:00\",\"dateModified\":\"2024-03-09T09:42:49+00:00\",\"mainEntityOfPage\":{\"@id\":\"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v4\/2024\/03\/09\/pemimpin-masyarakat-agen-transformasi-daerah-marudi\/\"},\"wordCount\":1429,\"commentCount\":0,\"publisher\":{\"@id\":\"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v4\/#organization\"},\"image\":{\"@id\":\"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v4\/2024\/03\/09\/pemimpin-masyarakat-agen-transformasi-daerah-marudi\/#primaryimage\"},\"thumbnailUrl\":\"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v4\/wp-content\/uploads\/2024\/03\/RO-3-1-1-139-2024.jpg\",\"keywords\":[\"Daerah Marudi\",\"KMKK\",\"Miri\"],\"articleSection\":[\"Dari RAKAN Sarawak\",\"Featured\",\"Komuniti\",\"Local\",\"Miri\",\"News\",\"Rencana\",\"Sarawak\",\"Social\"],\"inLanguage\":\"en-US\",\"potentialAction\":[{\"@type\":\"CommentAction\",\"name\":\"Comment\",\"target\":[\"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v4\/2024\/03\/09\/pemimpin-masyarakat-agen-transformasi-daerah-marudi\/#respond\"]}]},{\"@type\":\"WebPage\",\"@id\":\"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v4\/2024\/03\/09\/pemimpin-masyarakat-agen-transformasi-daerah-marudi\/\",\"url\":\"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v4\/2024\/03\/09\/pemimpin-masyarakat-agen-transformasi-daerah-marudi\/\",\"name\":\"Pemimpin Masyarakat Agen Transformasi Daerah Marudi - RAKAN Sarawak\",\"isPartOf\":{\"@id\":\"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v4\/#website\"},\"primaryImageOfPage\":{\"@id\":\"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v4\/2024\/03\/09\/pemimpin-masyarakat-agen-transformasi-daerah-marudi\/#primaryimage\"},\"image\":{\"@id\":\"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v4\/2024\/03\/09\/pemimpin-masyarakat-agen-transformasi-daerah-marudi\/#primaryimage\"},\"thumbnailUrl\":\"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v4\/wp-content\/uploads\/2024\/03\/RO-3-1-1-139-2024.jpg\",\"datePublished\":\"2024-03-08T21:36:00+00:00\",\"dateModified\":\"2024-03-09T09:42:49+00:00\",\"breadcrumb\":{\"@id\":\"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v4\/2024\/03\/09\/pemimpin-masyarakat-agen-transformasi-daerah-marudi\/#breadcrumb\"},\"inLanguage\":\"en-US\",\"potentialAction\":[{\"@type\":\"ReadAction\",\"target\":[\"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v4\/2024\/03\/09\/pemimpin-masyarakat-agen-transformasi-daerah-marudi\/\"]}]},{\"@type\":\"ImageObject\",\"inLanguage\":\"en-US\",\"@id\":\"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v4\/2024\/03\/09\/pemimpin-masyarakat-agen-transformasi-daerah-marudi\/#primaryimage\",\"url\":\"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v4\/wp-content\/uploads\/2024\/03\/RO-3-1-1-139-2024.jpg\",\"contentUrl\":\"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v4\/wp-content\/uploads\/2024\/03\/RO-3-1-1-139-2024.jpg\",\"width\":360,\"height\":480,\"caption\":\"Pemandangan dari udara Tebingan Sungai Marudi baharu yang berlatarbelakangkan deretan premis perniagaan yang terdapat di bandar Marudi\"},{\"@type\":\"BreadcrumbList\",\"@id\":\"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v4\/2024\/03\/09\/pemimpin-masyarakat-agen-transformasi-daerah-marudi\/#breadcrumb\",\"itemListElement\":[{\"@type\":\"ListItem\",\"position\":1,\"name\":\"Home\",\"item\":\"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v4\/\"},{\"@type\":\"ListItem\",\"position\":2,\"name\":\"Pemimpin Masyarakat Agen Transformasi Daerah Marudi\"}]},{\"@type\":\"WebSite\",\"@id\":\"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v4\/#website\",\"url\":\"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v4\/\",\"name\":\"RAKAN Sarawak\",\"description\":\"An eyewitness to Sarawak\u2019s transformation\",\"publisher\":{\"@id\":\"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v4\/#organization\"},\"alternateName\":\"Rangkaian Khidmat Awam Negeri Sarawak\",\"potentialAction\":[{\"@type\":\"SearchAction\",\"target\":{\"@type\":\"EntryPoint\",\"urlTemplate\":\"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v4\/?s={search_term_string}\"},\"query-input\":{\"@type\":\"PropertyValueSpecification\",\"valueRequired\":true,\"valueName\":\"search_term_string\"}}],\"inLanguage\":\"en-US\"},{\"@type\":\"Organization\",\"@id\":\"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v4\/#organization\",\"name\":\"RAKAN Sarawak\",\"alternateName\":\"Rangkaian Khidmat Awam Negeri Sarawak\",\"url\":\"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v4\/\",\"logo\":{\"@type\":\"ImageObject\",\"inLanguage\":\"en-US\",\"@id\":\"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v4\/#\/schema\/logo\/image\/\",\"url\":\"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/wp-content\/uploads\/2023\/12\/logo-rstagline.png\",\"contentUrl\":\"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/wp-content\/uploads\/2023\/12\/logo-rstagline.png\",\"width\":172,\"height\":120,\"caption\":\"RAKAN Sarawak\"},\"image\":{\"@id\":\"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v4\/#\/schema\/logo\/image\/\"},\"sameAs\":[\"https:\/\/www.facebook.com\/rakanswk\",\"https:\/\/x.com\/RAKANSarawak\"]},{\"@type\":\"Person\",\"@id\":\"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v4\/#\/schema\/person\/336d061266bf0e27c346e244d74d2e75\",\"name\":\"rakan03sarawak\",\"image\":{\"@type\":\"ImageObject\",\"inLanguage\":\"en-US\",\"@id\":\"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v4\/#\/schema\/person\/image\/\",\"url\":\"https:\/\/secure.gravatar.com\/avatar\/3fa71d524101c1a5634ffea784a73046e61a6279fa211d5b6de3e9178992ba54?s=96&r=g&d=https:\/\/www.rakansarawak.com\/v4\/wp-content\/plugins\/userswp\/assets\/images\/no_profile.png\",\"contentUrl\":\"https:\/\/secure.gravatar.com\/avatar\/3fa71d524101c1a5634ffea784a73046e61a6279fa211d5b6de3e9178992ba54?s=96&r=g&d=https:\/\/www.rakansarawak.com\/v4\/wp-content\/plugins\/userswp\/assets\/images\/no_profile.png\",\"caption\":\"rakan03sarawak\"},\"url\":\"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v4\/myprofile\/rakan03sarawak\/\"},false]}<\/script>\n<!-- \/ Yoast SEO plugin. -->","yoast_head_json":{"title":"Pemimpin Masyarakat Agen Transformasi Daerah Marudi - RAKAN Sarawak","robots":{"index":"index","follow":"follow","max-snippet":"max-snippet:-1","max-image-preview":"max-image-preview:large","max-video-preview":"max-video-preview:-1"},"canonical":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v4\/2024\/03\/09\/pemimpin-masyarakat-agen-transformasi-daerah-marudi\/","og_locale":"en_US","og_type":"article","og_title":"Pemimpin Masyarakat Agen Transformasi Daerah Marudi - RAKAN Sarawak","og_description":"RAKAN Sarawak telah menemu bual beberapa orang KMKK Daerah Marudi bagi mengetahui peranan mereka dalam usaha pembangunan di peringkat akar umbi serta mendapatkan pandangan mereka tentang perkembangan yang berlaku di daerah berkenaan.","og_url":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v4\/2024\/03\/09\/pemimpin-masyarakat-agen-transformasi-daerah-marudi\/","og_site_name":"RAKAN Sarawak","article_publisher":"https:\/\/www.facebook.com\/rakanswk","article_published_time":"2024-03-08T21:36:00+00:00","article_modified_time":"2024-03-09T09:42:49+00:00","og_image":[{"width":360,"height":480,"url":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v4\/wp-content\/uploads\/2024\/03\/RO-3-1-1-139-2024.jpg","type":"image\/jpeg"}],"author":"rakan03sarawak","twitter_card":"summary_large_image","twitter_creator":"@RAKANSarawak","twitter_site":"@RAKANSarawak","twitter_misc":{"Written by":"rakan03sarawak","Est. reading time":"7 minutes"},"schema":{"@context":"https:\/\/schema.org","@graph":[{"@type":"Article","@id":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v4\/2024\/03\/09\/pemimpin-masyarakat-agen-transformasi-daerah-marudi\/#article","isPartOf":{"@id":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v4\/2024\/03\/09\/pemimpin-masyarakat-agen-transformasi-daerah-marudi\/"},"author":{"name":"rakan03sarawak","@id":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v4\/#\/schema\/person\/336d061266bf0e27c346e244d74d2e75"},"headline":"Pemimpin Masyarakat Agen Transformasi Daerah Marudi","datePublished":"2024-03-08T21:36:00+00:00","dateModified":"2024-03-09T09:42:49+00:00","mainEntityOfPage":{"@id":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v4\/2024\/03\/09\/pemimpin-masyarakat-agen-transformasi-daerah-marudi\/"},"wordCount":1429,"commentCount":0,"publisher":{"@id":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v4\/#organization"},"image":{"@id":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v4\/2024\/03\/09\/pemimpin-masyarakat-agen-transformasi-daerah-marudi\/#primaryimage"},"thumbnailUrl":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v4\/wp-content\/uploads\/2024\/03\/RO-3-1-1-139-2024.jpg","keywords":["Daerah Marudi","KMKK","Miri"],"articleSection":["Dari RAKAN Sarawak","Featured","Komuniti","Local","Miri","News","Rencana","Sarawak","Social"],"inLanguage":"en-US","potentialAction":[{"@type":"CommentAction","name":"Comment","target":["https:\/\/www.rakansarawak.com\/v4\/2024\/03\/09\/pemimpin-masyarakat-agen-transformasi-daerah-marudi\/#respond"]}]},{"@type":"WebPage","@id":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v4\/2024\/03\/09\/pemimpin-masyarakat-agen-transformasi-daerah-marudi\/","url":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v4\/2024\/03\/09\/pemimpin-masyarakat-agen-transformasi-daerah-marudi\/","name":"Pemimpin Masyarakat Agen Transformasi Daerah Marudi - RAKAN Sarawak","isPartOf":{"@id":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v4\/#website"},"primaryImageOfPage":{"@id":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v4\/2024\/03\/09\/pemimpin-masyarakat-agen-transformasi-daerah-marudi\/#primaryimage"},"image":{"@id":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v4\/2024\/03\/09\/pemimpin-masyarakat-agen-transformasi-daerah-marudi\/#primaryimage"},"thumbnailUrl":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v4\/wp-content\/uploads\/2024\/03\/RO-3-1-1-139-2024.jpg","datePublished":"2024-03-08T21:36:00+00:00","dateModified":"2024-03-09T09:42:49+00:00","breadcrumb":{"@id":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v4\/2024\/03\/09\/pemimpin-masyarakat-agen-transformasi-daerah-marudi\/#breadcrumb"},"inLanguage":"en-US","potentialAction":[{"@type":"ReadAction","target":["https:\/\/www.rakansarawak.com\/v4\/2024\/03\/09\/pemimpin-masyarakat-agen-transformasi-daerah-marudi\/"]}]},{"@type":"ImageObject","inLanguage":"en-US","@id":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v4\/2024\/03\/09\/pemimpin-masyarakat-agen-transformasi-daerah-marudi\/#primaryimage","url":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v4\/wp-content\/uploads\/2024\/03\/RO-3-1-1-139-2024.jpg","contentUrl":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v4\/wp-content\/uploads\/2024\/03\/RO-3-1-1-139-2024.jpg","width":360,"height":480,"caption":"Pemandangan dari udara Tebingan Sungai Marudi baharu yang berlatarbelakangkan deretan premis perniagaan yang terdapat di bandar Marudi"},{"@type":"BreadcrumbList","@id":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v4\/2024\/03\/09\/pemimpin-masyarakat-agen-transformasi-daerah-marudi\/#breadcrumb","itemListElement":[{"@type":"ListItem","position":1,"name":"Home","item":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v4\/"},{"@type":"ListItem","position":2,"name":"Pemimpin Masyarakat Agen Transformasi Daerah Marudi"}]},{"@type":"WebSite","@id":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v4\/#website","url":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v4\/","name":"RAKAN Sarawak","description":"An eyewitness to Sarawak\u2019s transformation","publisher":{"@id":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v4\/#organization"},"alternateName":"Rangkaian Khidmat Awam Negeri Sarawak","potentialAction":[{"@type":"SearchAction","target":{"@type":"EntryPoint","urlTemplate":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v4\/?s={search_term_string}"},"query-input":{"@type":"PropertyValueSpecification","valueRequired":true,"valueName":"search_term_string"}}],"inLanguage":"en-US"},{"@type":"Organization","@id":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v4\/#organization","name":"RAKAN Sarawak","alternateName":"Rangkaian Khidmat Awam Negeri Sarawak","url":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v4\/","logo":{"@type":"ImageObject","inLanguage":"en-US","@id":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v4\/#\/schema\/logo\/image\/","url":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/wp-content\/uploads\/2023\/12\/logo-rstagline.png","contentUrl":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/wp-content\/uploads\/2023\/12\/logo-rstagline.png","width":172,"height":120,"caption":"RAKAN Sarawak"},"image":{"@id":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v4\/#\/schema\/logo\/image\/"},"sameAs":["https:\/\/www.facebook.com\/rakanswk","https:\/\/x.com\/RAKANSarawak"]},{"@type":"Person","@id":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v4\/#\/schema\/person\/336d061266bf0e27c346e244d74d2e75","name":"rakan03sarawak","image":{"@type":"ImageObject","inLanguage":"en-US","@id":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v4\/#\/schema\/person\/image\/","url":"https:\/\/secure.gravatar.com\/avatar\/3fa71d524101c1a5634ffea784a73046e61a6279fa211d5b6de3e9178992ba54?s=96&r=g&d=https:\/\/www.rakansarawak.com\/v4\/wp-content\/plugins\/userswp\/assets\/images\/no_profile.png","contentUrl":"https:\/\/secure.gravatar.com\/avatar\/3fa71d524101c1a5634ffea784a73046e61a6279fa211d5b6de3e9178992ba54?s=96&r=g&d=https:\/\/www.rakansarawak.com\/v4\/wp-content\/plugins\/userswp\/assets\/images\/no_profile.png","caption":"rakan03sarawak"},"url":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v4\/myprofile\/rakan03sarawak\/"},false]}},"yasr_visitor_votes":{"stars_attributes":{"read_only":true,"span_bottom":"<div class='yasr-small-block-bold'><span class='yasr-visitor-votes-must-sign-in'>You must sign in to vote<\/span><\/div>"},"number_of_votes":0,"sum_votes":0},"publishpress_future_action":{"enabled":false,"date":"2026-04-19 02:44:07","action":"change-status","newStatus":"draft","terms":[],"taxonomy":"category","extraData":[]},"publishpress_future_workflow_manual_trigger":{"enabledWorkflows":[]},"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v4\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/24238","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v4\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v4\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v4\/wp-json\/wp\/v2\/users\/954"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v4\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=24238"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v4\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/24238\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":24239,"href":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v4\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/24238\/revisions\/24239"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v4\/wp-json\/wp\/v2\/media\/24230"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v4\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=24238"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v4\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=24238"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v4\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=24238"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}