{"id":27253,"date":"2025-06-19T09:23:51","date_gmt":"2025-06-19T01:23:51","guid":{"rendered":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/?p=27253"},"modified":"2025-06-19T09:24:02","modified_gmt":"2025-06-19T01:24:02","slug":"aplikasi-digital-nadi-perhubungan-kerajaan-dan-rakyat","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v4\/2025\/06\/19\/aplikasi-digital-nadi-perhubungan-kerajaan-dan-rakyat\/","title":{"rendered":"Aplikasi Digital Nadi Perhubungan Kerajaan dan Rakyat"},"content":{"rendered":"\n<p class=\"has-drop-cap\">Dalam dunia moden yang semakin bergantung kepada teknologi, aplikasi digital telah menjadi jambatan baharu antara rakyat dan kerajaan.<\/p>\n\n\n\n<p>Disebabkan itu, Kerajaan Sarawak telah tampil dengan pendekatan inovatif dalam usaha mentransformasikan perkhidmatan awam menerusi aplikasi digital yang bukan sahaja mesra pengguna, tetapi benar-benar berpaksikan rakyat.<\/p>\n\n\n\n<p>Apa yang dahulunya memerlukan perjalanan berjam-jam kini boleh diselesaikan dari rumah cukup dengan sambungan internet dan kemahiran teknologi asas.<\/p>\n\n\n\n<p>Inilah detik perubahan budaya perkhidmatan iaitu dari sistem yang kompleks dan jauh, kepada sistem yang pantas, mudah diakses, dan mesra komuniti.<\/p>\n\n\n\n<p>Dulu, penduduk luar bandar berdepan rasa kecewa apabila aduan lambat ditangani, bantuan sukar diperoleh, dan komunikasi dengan agensi kerajaan sering terputus.<\/p>\n\n\n\n<p>Tapi landskap itu berubah apabila Sarawak membangunkan ekosistem digital yang menjawab keperluan tempatan, bukan sekadar meniru formula pusat.<\/p>\n\n\n\n<p>Contoh terbaik ialah <strong>S Pay Global<\/strong>, yang bermula sebagai <em>Sarawak Pay<\/em> sebelum dijenamakan semula pada 2022.<\/p>\n\n\n\n<p>Aplikasi ini bukan sekadar dompet digital, tetapi satu gerakan ekonomi tanpa tunai yang memperkasa rakyat dari bandar besar hingga ke kawasan luar bandar mahupun pedalaman.<\/p>\n\n\n\n<p>Dengan lebih 770,000 pengguna, 91,000 peniaga, dan transaksi melebihi RM4.2 bilion setakat Januari 2025, impaknya sudah sangat jelas. <a href=\"https:\/\/ecentral.my\/sarawak-pay\/\">https:\/\/ecentral.my\/sarawak-pay\/<\/a><\/p>\n\n\n\n<p>Lebih menarik, S Pay Global turut bekerjasama dengan Bank Simpanan Nasional (BSN) bagi memudahkan pemindahan wang secara dalam talian melalui Ejen Bank Berdaftar BSN, terutamanya di kawasan pedalaman yang tiada akses kepada kemudahan perbankan.<\/p>\n\n\n\n<p>Usaha ini memberi manfaat besar dalam mengurangkan jurang sosio-ekonomi antara penduduk bandar dan luar bandar.<\/p>\n\n\n\n<p>Aplikasi ini diuruskan oleh SiliconNet Technologies Sdn Bhd (SNT) bagi pihak Kerajaan Sarawak dan memegang lesen e-Wallet yang sah dari Bank Negara Malaysia.<\/p>\n\n\n\n<p>Peranan strategiknya bukan sahaja sebagai alat pembayaran digital, malah sebagai platform rasmi kerajaan negeri untuk menyalurkan bantuan tunai dan menyelesaikan urusan rasmi dengan lebih cepat dan telus.<\/p>\n\n\n\n<p>Hakikat keberkesanannya disokong oleh pengalaman pengguna sendiri. <strong>Elferieda Shylynna anak Daud, 36<\/strong>, dari Serian, mula menggunakan S Pay Global ketika pandemik COVID-19 melanda pada tahun 2020.<\/p>\n\n\n\n<p>Ketika itu, belum banyak premis menyokong aplikasi ini, namun beliau tetap menggunakannya untuk membuat pembayaran bil utiliti tanpa perlu hadir ke kaunter.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau menyifatkan aplikasi itu sebagai penyelamat kerana urusan harian seperti membayar bil tetap boleh dilakukan walaupun tertinggal dompet.<\/p>\n\n\n\n<p>Bagi <strong>Wan Zarith Zulfiqar, 28<\/strong>, beliau telah menggunakan aplikasi ini sejak tahun 2017, terutamanya di kedai makan dan pasar raya kerana ia menawarkan transaksi yang cepat dan selamat.<\/p>\n\n\n\n<p>Sementara itu, <strong>Azwan Mohd Zulkifli, 35<\/strong>, pula memanfaatkan aplikasi ini untuk menambah nilai prabayar dan membayar bil utiliti dengan lebih efisien.<\/p>\n\n\n\n<p>Baginya, urusan menjadi lebih senang dan tidak perlu keluar rumah semata-mata untuk menyelesaikan komitmen asas.<\/p>\n\n\n\n<p>Sementara itu, <strong>Aiman Jamil, 23<\/strong>, melihat S Pay Global sebagai teras kepada ekonomi digital negeri kerana beliau bukan sahaja menggunakannya untuk membayar bil air dan elektrik, malah turut memantau bil baharu serta membayar kupon parkir secara terus melalui aplikasi tersebut.<\/p>\n\n\n\n<p>Bagi Aiman, sistem seperti ini seharusnya diperluaskan dan dijadikan setaraf dengan platform e-dompet lain di Malaysia, apatah lagi ganjaran dalam bentuk pulangan tunai setiap kali transaksi turut menjadi satu kelebihan yang amat dihargainya.<\/p>\n\n\n\n<p>Namun begitu, masih ada ruang untuk penambahbaikan apabila <strong>Nur Risha Natasha, 24<\/strong>, menyatakan bahawa proses pendaftaran akaun baharu masih kurang lancar.<\/p>\n\n\n\n<p>Menurutnya, kadangkala proses mendaftar mengambil masa yang lama dan pengesahan maklumat peribadi terlalu lambat.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau berharap pihak berwajib dapat meningkatkan prestasi sistem agar lebih efisien dan mesra pengguna.<\/p>\n\n\n<div class=\"wp-block-image\">\n<figure class=\"aligncenter size-full\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"566\" height=\"800\" src=\"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/wp-content\/uploads\/2025\/06\/RO-inf-7-1-1-231-993-2025.jpg\" alt=\"\" class=\"wp-image-27252\" srcset=\"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v4\/wp-content\/uploads\/2025\/06\/RO-inf-7-1-1-231-993-2025.jpg 566w, https:\/\/www.rakansarawak.com\/v4\/wp-content\/uploads\/2025\/06\/RO-inf-7-1-1-231-993-2025-212x300.jpg 212w, https:\/\/www.rakansarawak.com\/v4\/wp-content\/uploads\/2025\/06\/RO-inf-7-1-1-231-993-2025-297x420.jpg 297w, https:\/\/www.rakansarawak.com\/v4\/wp-content\/uploads\/2025\/06\/RO-inf-7-1-1-231-993-2025-150x212.jpg 150w, https:\/\/www.rakansarawak.com\/v4\/wp-content\/uploads\/2025\/06\/RO-inf-7-1-1-231-993-2025-300x424.jpg 300w\" sizes=\"auto, (max-width: 566px) 100vw, 566px\" \/><figcaption class=\"wp-element-caption\">Infografik ringkas tentang pandangan beberapa individu terhadap aplikasi S Pay Global<\/figcaption><\/figure><\/div>\n\n\n<p>Pengalaman-pengalaman ini memberi gambaran yang jelas bahawa rakyat Sarawak bersedia menyahut agenda digital kerajaan negeri, namun keberkesanan pelaksanaan tetap bergantung kepada kemampuan sistem untuk menjawab keperluan harian mereka.<\/p>\n\n\n\n<p>Seiring dengan kejayaan S Pay Global, satu lagi inisiatif penting Kerajaan Sarawak ialah pelancaran aplikasi Service Sarawak pada 12 Disember 2018.<\/p>\n\n\n\n<p>Service Sarawak telah menjadi gerbang seragam untuk pelbagai perkhidmatan kerajaan bermula dari permohonan sehinggalah semakan status dan bayaran bil, pokoknya semua dalam satu platform.<\/p>\n\n\n\n<p>Istimewanya juga, ia bukan hanya aplikasi mudah alih, tetapi turut hadir dalam bentuk portal laman sesawang, e-Kiosk, dan pusat fizikal mesra rakyat.<\/p>\n\n\n\n<p>Kepelbagaian saluran ini menjadikannya inklusif dalam melayani keperluan warga emas, masyarakat luar bandar, dan mereka yang belum bersedia sepenuhnya ke arah digital.<\/p>\n\n\n\n<p>Selain itu, Sarawak turut melancarkan aplikasi SarawakID yang membolehkan pengguna log masuk ke pelbagai sistem kerajaan negeri dengan satu identiti tunggal.<\/p>\n\n\n<div class=\"wp-block-image\">\n<figure class=\"aligncenter size-large\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"1024\" height=\"720\" src=\"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/wp-content\/uploads\/2025\/06\/RO-7-2-1-231-2025-1024x720.jpg\" alt=\"\" class=\"wp-image-27250\" srcset=\"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v4\/wp-content\/uploads\/2025\/06\/RO-7-2-1-231-2025-1024x720.jpg 1024w, https:\/\/www.rakansarawak.com\/v4\/wp-content\/uploads\/2025\/06\/RO-7-2-1-231-2025-300x211.jpg 300w, https:\/\/www.rakansarawak.com\/v4\/wp-content\/uploads\/2025\/06\/RO-7-2-1-231-2025-768x540.jpg 768w, https:\/\/www.rakansarawak.com\/v4\/wp-content\/uploads\/2025\/06\/RO-7-2-1-231-2025-597x420.jpg 597w, https:\/\/www.rakansarawak.com\/v4\/wp-content\/uploads\/2025\/06\/RO-7-2-1-231-2025-150x105.jpg 150w, https:\/\/www.rakansarawak.com\/v4\/wp-content\/uploads\/2025\/06\/RO-7-2-1-231-2025-696x489.jpg 696w, https:\/\/www.rakansarawak.com\/v4\/wp-content\/uploads\/2025\/06\/RO-7-2-1-231-2025-1068x751.jpg 1068w, https:\/\/www.rakansarawak.com\/v4\/wp-content\/uploads\/2025\/06\/RO-7-2-1-231-2025-100x70.jpg 100w, https:\/\/www.rakansarawak.com\/v4\/wp-content\/uploads\/2025\/06\/RO-7-2-1-231-2025-600x422.jpg 600w, https:\/\/www.rakansarawak.com\/v4\/wp-content\/uploads\/2025\/06\/RO-7-2-1-231-2025.jpg 1138w\" sizes=\"auto, (max-width: 1024px) 100vw, 1024px\" \/><figcaption class=\"wp-element-caption\">Perlunya Sarawak ID untuk memohon dan menyemak status SKAS secara mudah dan pantas<\/figcaption><\/figure><\/div>\n\n\n<p>Pendekatan ini yang merangkumi urusan berkaitan tanah, perumahan, lesen, dan bantuan kebajikan bukan sahaja memudahkan penyampaian perkhidmatan, malah turut meningkatkan kepercayaan terhadap sistem kerajaan.<\/p>\n\n\n\n<p>Banyak lagi aplikasi lain yang telah dibangunkan seperti SarawakGov, MyCreativeIdea, Events, Jejak Halal, Rain &amp; Water Level, iTibyan, I-Syariah, eBooking dan sebagainya namun, transformasi ini tidak akan lengkap tanpa capaian internet yang bagus.<\/p>\n\n\n\n<p>Kerana itu, pada Ogos 2023, Kerajaan Sarawak melalui Perbadanan Ekonomi Digital Sarawak (SDEC) telah memperkenalkan aplikasi MySDEC khusus untuk pengguna rangkaian jalur lebar luar bandar (MySRBN).<\/p>\n\n\n<div class=\"wp-block-image\">\n<figure class=\"aligncenter size-large\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"1024\" height=\"574\" src=\"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/wp-content\/uploads\/2025\/06\/RO-7-3-1-231-2025-1024x574.jpg\" alt=\"\" class=\"wp-image-27251\" srcset=\"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v4\/wp-content\/uploads\/2025\/06\/RO-7-3-1-231-2025-1024x574.jpg 1024w, https:\/\/www.rakansarawak.com\/v4\/wp-content\/uploads\/2025\/06\/RO-7-3-1-231-2025-300x168.jpg 300w, https:\/\/www.rakansarawak.com\/v4\/wp-content\/uploads\/2025\/06\/RO-7-3-1-231-2025-768x431.jpg 768w, https:\/\/www.rakansarawak.com\/v4\/wp-content\/uploads\/2025\/06\/RO-7-3-1-231-2025-749x420.jpg 749w, https:\/\/www.rakansarawak.com\/v4\/wp-content\/uploads\/2025\/06\/RO-7-3-1-231-2025-150x84.jpg 150w, https:\/\/www.rakansarawak.com\/v4\/wp-content\/uploads\/2025\/06\/RO-7-3-1-231-2025-696x390.jpg 696w, https:\/\/www.rakansarawak.com\/v4\/wp-content\/uploads\/2025\/06\/RO-7-3-1-231-2025-1068x599.jpg 1068w, https:\/\/www.rakansarawak.com\/v4\/wp-content\/uploads\/2025\/06\/RO-7-3-1-231-2025-600x337.jpg 600w, https:\/\/www.rakansarawak.com\/v4\/wp-content\/uploads\/2025\/06\/RO-7-3-1-231-2025.jpg 1280w\" sizes=\"auto, (max-width: 1024px) 100vw, 1024px\" \/><figcaption class=\"wp-element-caption\">Pengguna boleh muat turun aplikasi MySDEC untuk mendaftar MySRBN <\/figcaption><\/figure><\/div>\n\n\n<p>Aplikasi ini menggabungkan fungsi semakan akaun, pemantauan penggunaan data, serta akses kepada dompet digital S Pay Global.<\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-embed\"><div class=\"wp-block-embed__wrapper\">\nhttps:\/\/sarawakimpact.rakansarawak.com\/vision-for-a-digitally-connected-sarawak\n<\/div><\/figure>\n\n\n\n<p>Pengguna SRBN menerima 300\u202fMB data percuma setiap bulan, diikuti pilihan pelan mampu milik bermula RM5 seminggu (200GB) atau RM20 sebulan (1\u202fTB), dengan semua peranti dan pemasangan disediakan secara percuma.<\/p>\n\n\n\n<p>Di peringkat Persekutuan, Kerajaan telah memperkenalkan platform GAMMA yang dibangunkan oleh Jabatan Digital Negara sebagai pusat sehenti perkhidmatan digital kerajaan.<\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-embed\"><div class=\"wp-block-embed__wrapper\">\nhttps:\/\/gamma.malaysia.gov.my\n<\/div><\/figure>\n\n\n\n<p>Dengan lebih 283 aplikasi kerajaan dihimpunkan dalam satu sistem dan mencatatkan 98 juta muat turun setakat Jun 2025, GAMMA merupakan contoh integrasi berskala besar dalam ekosistem digital negara.<\/p>\n\n\n\n<p>GAMMA merupakan platform digital bersepadu yang menghimpunkan pelbagai aplikasi mudah alih rasmi daripada agensi-agensi kerajaan di seluruh negara.<\/p>\n\n\n\n<p>Melaluinya, orang awam boleh mengakses, mencari, dan memuat turun aplikasi-aplikasi kerajaan yang sahih dengan mudah, terus dari telefon pintar mereka.<\/p>\n\n\n\n<p>Walau bagaimanapun, meskipun GAMMA memperlihatkan usaha penyatuan di peringkat nasional, keperluan komuniti tempatan yang pelbagai menuntut pendekatan yang lebih bersasar seperti yang diamalkan di Sarawak.<\/p>\n\n\n\n<p>Mengikut konsep pembangunan digital di negeri ini, kebanyakan aplikasi dibangunkan menerusi pendekatan <em>bottom-up<\/em> yang mengambil kira faktor lokaliti, bahasa, budaya serta kekangan infrastruktur.<\/p>\n\n\n\n<p>Sebagai contoh, sistem SarawakID telah dilaksanakan lebih awal dan terbukti berfungsi dengan lebih berkesan berbanding MyDigital ID di peringkat Persekutuan.<\/p>\n\n\n\n<p>Dari sudut capaian internet pula, Kerajaan Sarawak turut bersikap proaktif melalui pelaksanaan inisiatif seperti pembinaan menara SMART dan penyediaan tapak VSAT bagi menampung keperluan jalur lebar di kawasan luar bandar.<\/p>\n\n\n\n<p>Namun begitu, di sebalik kemajuan transformasi digital yang giat dilaksanakan di semua peringkat, beberapa cabaran masih membayangi usaha ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Antara isu utama ialah capaian internet yang masih belum menyeluruh, terutamanya di kawasan pedalaman yang jauh daripada infrastruktur asas.<\/p>\n\n\n\n<p>Masalah teknikal turut membelenggu, termasuk gangguan sistem dan aplikasi yang bertindak balas dengan perlahan, sekali gus menjejaskan pengalaman pengguna.<\/p>\n\n\n\n<p>Dalam kalangan warga emas pula, tahap literasi digital yang rendah menjadi penghalang untuk mereka memanfaatkan sepenuhnya aplikasi yang disediakan.<\/p>\n\n\n\n<p>Tambahan pula, kewujudan terlalu banyak aplikasi untuk pelbagai perkhidmatan telah menimbulkan kekeliruan dalam kalangan pengguna, terutamanya apabila fungsi dan capaian setiap aplikasi tidak dijelaskan secara konsisten.<\/p>\n\n\n\n<p>Bagi mengatasinya, kerajaan harus mempercepatkan pembinaan menara SMART dan memperluas program inklusiviti digital ke rumah panjang, sekolah dan pusat komuniti.<\/p>\n\n\n\n<p>Sarawak telah membuktikan bahawa keberanian untuk berinovasi mampu mengatasi cabaran geografi dan infrastruktur, menjadikan aplikasi digital bukan lagi sekadar alat di telefon pintar, tetapi sebagai nadi hubungan antara kerajaan dan rakyat.<\/p>\n\n\n\n<p>Kejayaan ini bukanlah satu penamat, sebaliknya menjadi titik tolak kepada pembinaan sistem perkhidmatan awam yang lebih canggih, menyeluruh dan benar-benar berpaksikan keperluan rakyat.<\/p>\n<div style='text-align:center' class='yasr-auto-insert-visitor'><!--Yasr Visitor Votes Shortcode--><div id='yasr_visitor_votes_97dd6282d685b' class='yasr-visitor-votes'><div class=\"yasr-custom-text-vv-before yasr-custom-text-vv-before-27253\">Click to rate this post!<\/div><div id='yasr-vv-second-row-container-97dd6282d685b'\r\n                                        class='yasr-vv-second-row-container'><div id='yasr-visitor-votes-rater-97dd6282d685b'\r\n                                      class='yasr-rater-stars-vv'\r\n                                      data-rater-postid='27253'\r\n                                      data-rating='0'\r\n                                      data-rater-starsize='16'\r\n                                      data-rater-readonly='true'\r\n                                      data-rater-nonce='4da712c347'\r\n                                      data-issingular='false'\r\n                                    ><\/div><div class=\"yasr-vv-stats-text-container\" id=\"yasr-vv-stats-text-container-97dd6282d685b\"><svg xmlns=\"https:\/\/www.w3.org\/2000\/svg\" width=\"20\" height=\"20\"\r\n                                   class=\"yasr-dashicons-visitor-stats\"\r\n                                   data-postid=\"27253\"\r\n                                   id=\"yasr-stats-dashicon-97dd6282d685b\">\r\n                                   <path d=\"M18 18v-16h-4v16h4zM12 18v-11h-4v11h4zM6 18v-8h-4v8h4z\"><\/path>\r\n                               <\/svg><span id=\"yasr-vv-text-container-97dd6282d685b\" class=\"yasr-vv-text-container\">[Total: <span id=\"yasr-vv-votes-number-container-97dd6282d685b\">0<\/span>  Average: <span id=\"yasr-vv-average-container-97dd6282d685b\">0<\/span>]<\/span><\/div><div id='yasr-vv-loader-97dd6282d685b' class='yasr-vv-container-loader'><\/div><\/div><div id='yasr-vv-bottom-container-97dd6282d685b' class='yasr-vv-bottom-container'><div class='yasr-small-block-bold'><span class='yasr-visitor-votes-must-sign-in'>You must sign in to vote<\/span><\/div><\/div><\/div><!--End Yasr Visitor Votes Shortcode--><\/div>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Teknologi harus menjadi jambatan yang merapatkan jurang digital, bukannya mencipta jurang baharu, kerana transformasi digital hari ini bukan lagi sekadar Impian, namun ia sudah menjadi realiti yang dapat disentuh, digunakan dan diyakini oleh rakyat.<\/p>\n","protected":false},"author":958,"featured_media":27249,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"yasr_overall_rating":0,"yasr_post_is_review":"","yasr_auto_insert_disabled":"","yasr_review_type":"","footnotes":""},"categories":[23,2575,58,2,46],"tags":[5488,5490],"class_list":{"0":"post-27253","1":"post","2":"type-post","3":"status-publish","4":"format-standard","5":"has-post-thumbnail","7":"category-from-rakan-sarawak","8":"category-digital-era","9":"category-e-government","10":"category-featured","11":"category-rencana","12":"tag-perbadanan-ekonomi-digital-sarawak-sdec","13":"tag-siliconnet-technologies-sdn-bhd-snt"},"acf":[],"yoast_head":"<!-- This site is optimized with the Yoast SEO plugin v26.3 - https:\/\/yoast.com\/wordpress\/plugins\/seo\/ -->\n<title>Aplikasi Digital Nadi Perhubungan Kerajaan dan Rakyat - RAKAN Sarawak<\/title>\n<meta name=\"robots\" content=\"index, follow, max-snippet:-1, max-image-preview:large, max-video-preview:-1\" \/>\n<link rel=\"canonical\" href=\"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v4\/2025\/06\/19\/aplikasi-digital-nadi-perhubungan-kerajaan-dan-rakyat\/\" \/>\n<meta property=\"og:locale\" content=\"en_US\" \/>\n<meta property=\"og:type\" content=\"article\" \/>\n<meta property=\"og:title\" content=\"Aplikasi Digital Nadi Perhubungan Kerajaan dan Rakyat - RAKAN Sarawak\" \/>\n<meta property=\"og:description\" content=\"Teknologi harus menjadi jambatan yang merapatkan jurang digital, bukannya mencipta jurang baharu, kerana transformasi digital hari ini bukan lagi sekadar Impian, namun ia sudah menjadi realiti yang dapat disentuh, digunakan dan diyakini oleh rakyat.\" \/>\n<meta property=\"og:url\" content=\"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v4\/2025\/06\/19\/aplikasi-digital-nadi-perhubungan-kerajaan-dan-rakyat\/\" \/>\n<meta property=\"og:site_name\" content=\"RAKAN Sarawak\" \/>\n<meta property=\"article:publisher\" content=\"https:\/\/www.facebook.com\/rakanswk\" \/>\n<meta property=\"article:published_time\" content=\"2025-06-19T01:23:51+00:00\" \/>\n<meta property=\"article:modified_time\" content=\"2025-06-19T01:24:02+00:00\" \/>\n<meta property=\"og:image\" content=\"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v4\/wp-content\/uploads\/2025\/06\/RO-7-1-1-231-2025.jpg\" \/>\n\t<meta property=\"og:image:width\" content=\"640\" \/>\n\t<meta property=\"og:image:height\" content=\"800\" \/>\n\t<meta property=\"og:image:type\" content=\"image\/jpeg\" \/>\n<meta name=\"author\" content=\"rakan07sarawak\" \/>\n<meta name=\"twitter:card\" content=\"summary_large_image\" \/>\n<meta name=\"twitter:creator\" content=\"@RAKANSarawak\" \/>\n<meta name=\"twitter:site\" content=\"@RAKANSarawak\" \/>\n<meta name=\"twitter:label1\" content=\"Written by\" \/>\n\t<meta name=\"twitter:data1\" content=\"rakan07sarawak\" \/>\n\t<meta name=\"twitter:label2\" content=\"Est. reading time\" \/>\n\t<meta name=\"twitter:data2\" content=\"7 minutes\" \/>\n<script type=\"application\/ld+json\" class=\"yoast-schema-graph\">{\"@context\":\"https:\/\/schema.org\",\"@graph\":[{\"@type\":\"Article\",\"@id\":\"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v4\/2025\/06\/19\/aplikasi-digital-nadi-perhubungan-kerajaan-dan-rakyat\/#article\",\"isPartOf\":{\"@id\":\"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v4\/2025\/06\/19\/aplikasi-digital-nadi-perhubungan-kerajaan-dan-rakyat\/\"},\"author\":{\"name\":\"rakan07sarawak\",\"@id\":\"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v4\/#\/schema\/person\/cff835068ea7809fb10a7fe8e05a8465\"},\"headline\":\"Aplikasi Digital Nadi Perhubungan Kerajaan dan Rakyat\",\"datePublished\":\"2025-06-19T01:23:51+00:00\",\"dateModified\":\"2025-06-19T01:24:02+00:00\",\"mainEntityOfPage\":{\"@id\":\"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v4\/2025\/06\/19\/aplikasi-digital-nadi-perhubungan-kerajaan-dan-rakyat\/\"},\"wordCount\":1197,\"commentCount\":0,\"publisher\":{\"@id\":\"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v4\/#organization\"},\"image\":{\"@id\":\"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v4\/2025\/06\/19\/aplikasi-digital-nadi-perhubungan-kerajaan-dan-rakyat\/#primaryimage\"},\"thumbnailUrl\":\"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v4\/wp-content\/uploads\/2025\/06\/RO-7-1-1-231-2025.jpg\",\"keywords\":[\"Perbadanan Ekonomi Digital Sarawak (SDEC)\",\"SiliconNet Technologies Sdn Bhd (SNT)\"],\"articleSection\":[\"Dari RAKAN Sarawak\",\"Digital Era\",\"e-kerajaan | e-Government\",\"Featured\",\"Rencana\"],\"inLanguage\":\"en-US\",\"potentialAction\":[{\"@type\":\"CommentAction\",\"name\":\"Comment\",\"target\":[\"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v4\/2025\/06\/19\/aplikasi-digital-nadi-perhubungan-kerajaan-dan-rakyat\/#respond\"]}]},{\"@type\":\"WebPage\",\"@id\":\"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v4\/2025\/06\/19\/aplikasi-digital-nadi-perhubungan-kerajaan-dan-rakyat\/\",\"url\":\"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v4\/2025\/06\/19\/aplikasi-digital-nadi-perhubungan-kerajaan-dan-rakyat\/\",\"name\":\"Aplikasi Digital Nadi Perhubungan Kerajaan dan Rakyat - RAKAN Sarawak\",\"isPartOf\":{\"@id\":\"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v4\/#website\"},\"primaryImageOfPage\":{\"@id\":\"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v4\/2025\/06\/19\/aplikasi-digital-nadi-perhubungan-kerajaan-dan-rakyat\/#primaryimage\"},\"image\":{\"@id\":\"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v4\/2025\/06\/19\/aplikasi-digital-nadi-perhubungan-kerajaan-dan-rakyat\/#primaryimage\"},\"thumbnailUrl\":\"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v4\/wp-content\/uploads\/2025\/06\/RO-7-1-1-231-2025.jpg\",\"datePublished\":\"2025-06-19T01:23:51+00:00\",\"dateModified\":\"2025-06-19T01:24:02+00:00\",\"breadcrumb\":{\"@id\":\"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v4\/2025\/06\/19\/aplikasi-digital-nadi-perhubungan-kerajaan-dan-rakyat\/#breadcrumb\"},\"inLanguage\":\"en-US\",\"potentialAction\":[{\"@type\":\"ReadAction\",\"target\":[\"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v4\/2025\/06\/19\/aplikasi-digital-nadi-perhubungan-kerajaan-dan-rakyat\/\"]}]},{\"@type\":\"ImageObject\",\"inLanguage\":\"en-US\",\"@id\":\"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v4\/2025\/06\/19\/aplikasi-digital-nadi-perhubungan-kerajaan-dan-rakyat\/#primaryimage\",\"url\":\"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v4\/wp-content\/uploads\/2025\/06\/RO-7-1-1-231-2025.jpg\",\"contentUrl\":\"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v4\/wp-content\/uploads\/2025\/06\/RO-7-1-1-231-2025.jpg\",\"width\":640,\"height\":800,\"caption\":\"S Pay Global memudahkan urusan harian kita dengan pembayaran digital yang pantas, selamat dan efisien\"},{\"@type\":\"BreadcrumbList\",\"@id\":\"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v4\/2025\/06\/19\/aplikasi-digital-nadi-perhubungan-kerajaan-dan-rakyat\/#breadcrumb\",\"itemListElement\":[{\"@type\":\"ListItem\",\"position\":1,\"name\":\"Home\",\"item\":\"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v4\/\"},{\"@type\":\"ListItem\",\"position\":2,\"name\":\"Aplikasi Digital Nadi Perhubungan Kerajaan dan Rakyat\"}]},{\"@type\":\"WebSite\",\"@id\":\"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v4\/#website\",\"url\":\"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v4\/\",\"name\":\"RAKAN Sarawak\",\"description\":\"An eyewitness to Sarawak\u2019s transformation\",\"publisher\":{\"@id\":\"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v4\/#organization\"},\"alternateName\":\"Rangkaian Khidmat Awam Negeri Sarawak\",\"potentialAction\":[{\"@type\":\"SearchAction\",\"target\":{\"@type\":\"EntryPoint\",\"urlTemplate\":\"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v4\/?s={search_term_string}\"},\"query-input\":{\"@type\":\"PropertyValueSpecification\",\"valueRequired\":true,\"valueName\":\"search_term_string\"}}],\"inLanguage\":\"en-US\"},{\"@type\":\"Organization\",\"@id\":\"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v4\/#organization\",\"name\":\"RAKAN Sarawak\",\"alternateName\":\"Rangkaian Khidmat Awam Negeri Sarawak\",\"url\":\"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v4\/\",\"logo\":{\"@type\":\"ImageObject\",\"inLanguage\":\"en-US\",\"@id\":\"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v4\/#\/schema\/logo\/image\/\",\"url\":\"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/wp-content\/uploads\/2023\/12\/logo-rstagline.png\",\"contentUrl\":\"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/wp-content\/uploads\/2023\/12\/logo-rstagline.png\",\"width\":172,\"height\":120,\"caption\":\"RAKAN Sarawak\"},\"image\":{\"@id\":\"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v4\/#\/schema\/logo\/image\/\"},\"sameAs\":[\"https:\/\/www.facebook.com\/rakanswk\",\"https:\/\/x.com\/RAKANSarawak\"]},{\"@type\":\"Person\",\"@id\":\"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v4\/#\/schema\/person\/cff835068ea7809fb10a7fe8e05a8465\",\"name\":\"rakan07sarawak\",\"image\":{\"@type\":\"ImageObject\",\"inLanguage\":\"en-US\",\"@id\":\"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v4\/#\/schema\/person\/image\/\",\"url\":\"https:\/\/secure.gravatar.com\/avatar\/32bb9704b1dd0fb231e639ea9b08d41ec59d651fe5dedb728c69287785cf046e?s=96&r=g&d=https:\/\/www.rakansarawak.com\/v4\/wp-content\/plugins\/userswp\/assets\/images\/no_profile.png\",\"contentUrl\":\"https:\/\/secure.gravatar.com\/avatar\/32bb9704b1dd0fb231e639ea9b08d41ec59d651fe5dedb728c69287785cf046e?s=96&r=g&d=https:\/\/www.rakansarawak.com\/v4\/wp-content\/plugins\/userswp\/assets\/images\/no_profile.png\",\"caption\":\"rakan07sarawak\"},\"url\":\"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v4\/myprofile\/rakan07sarawak\/\"},false]}<\/script>\n<!-- \/ Yoast SEO plugin. -->","yoast_head_json":{"title":"Aplikasi Digital Nadi Perhubungan Kerajaan dan Rakyat - RAKAN Sarawak","robots":{"index":"index","follow":"follow","max-snippet":"max-snippet:-1","max-image-preview":"max-image-preview:large","max-video-preview":"max-video-preview:-1"},"canonical":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v4\/2025\/06\/19\/aplikasi-digital-nadi-perhubungan-kerajaan-dan-rakyat\/","og_locale":"en_US","og_type":"article","og_title":"Aplikasi Digital Nadi Perhubungan Kerajaan dan Rakyat - RAKAN Sarawak","og_description":"Teknologi harus menjadi jambatan yang merapatkan jurang digital, bukannya mencipta jurang baharu, kerana transformasi digital hari ini bukan lagi sekadar Impian, namun ia sudah menjadi realiti yang dapat disentuh, digunakan dan diyakini oleh rakyat.","og_url":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v4\/2025\/06\/19\/aplikasi-digital-nadi-perhubungan-kerajaan-dan-rakyat\/","og_site_name":"RAKAN Sarawak","article_publisher":"https:\/\/www.facebook.com\/rakanswk","article_published_time":"2025-06-19T01:23:51+00:00","article_modified_time":"2025-06-19T01:24:02+00:00","og_image":[{"width":640,"height":800,"url":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v4\/wp-content\/uploads\/2025\/06\/RO-7-1-1-231-2025.jpg","type":"image\/jpeg"}],"author":"rakan07sarawak","twitter_card":"summary_large_image","twitter_creator":"@RAKANSarawak","twitter_site":"@RAKANSarawak","twitter_misc":{"Written by":"rakan07sarawak","Est. reading time":"7 minutes"},"schema":{"@context":"https:\/\/schema.org","@graph":[{"@type":"Article","@id":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v4\/2025\/06\/19\/aplikasi-digital-nadi-perhubungan-kerajaan-dan-rakyat\/#article","isPartOf":{"@id":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v4\/2025\/06\/19\/aplikasi-digital-nadi-perhubungan-kerajaan-dan-rakyat\/"},"author":{"name":"rakan07sarawak","@id":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v4\/#\/schema\/person\/cff835068ea7809fb10a7fe8e05a8465"},"headline":"Aplikasi Digital Nadi Perhubungan Kerajaan dan Rakyat","datePublished":"2025-06-19T01:23:51+00:00","dateModified":"2025-06-19T01:24:02+00:00","mainEntityOfPage":{"@id":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v4\/2025\/06\/19\/aplikasi-digital-nadi-perhubungan-kerajaan-dan-rakyat\/"},"wordCount":1197,"commentCount":0,"publisher":{"@id":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v4\/#organization"},"image":{"@id":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v4\/2025\/06\/19\/aplikasi-digital-nadi-perhubungan-kerajaan-dan-rakyat\/#primaryimage"},"thumbnailUrl":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v4\/wp-content\/uploads\/2025\/06\/RO-7-1-1-231-2025.jpg","keywords":["Perbadanan Ekonomi Digital Sarawak (SDEC)","SiliconNet Technologies Sdn Bhd (SNT)"],"articleSection":["Dari RAKAN Sarawak","Digital Era","e-kerajaan | e-Government","Featured","Rencana"],"inLanguage":"en-US","potentialAction":[{"@type":"CommentAction","name":"Comment","target":["https:\/\/www.rakansarawak.com\/v4\/2025\/06\/19\/aplikasi-digital-nadi-perhubungan-kerajaan-dan-rakyat\/#respond"]}]},{"@type":"WebPage","@id":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v4\/2025\/06\/19\/aplikasi-digital-nadi-perhubungan-kerajaan-dan-rakyat\/","url":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v4\/2025\/06\/19\/aplikasi-digital-nadi-perhubungan-kerajaan-dan-rakyat\/","name":"Aplikasi Digital Nadi Perhubungan Kerajaan dan Rakyat - RAKAN Sarawak","isPartOf":{"@id":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v4\/#website"},"primaryImageOfPage":{"@id":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v4\/2025\/06\/19\/aplikasi-digital-nadi-perhubungan-kerajaan-dan-rakyat\/#primaryimage"},"image":{"@id":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v4\/2025\/06\/19\/aplikasi-digital-nadi-perhubungan-kerajaan-dan-rakyat\/#primaryimage"},"thumbnailUrl":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v4\/wp-content\/uploads\/2025\/06\/RO-7-1-1-231-2025.jpg","datePublished":"2025-06-19T01:23:51+00:00","dateModified":"2025-06-19T01:24:02+00:00","breadcrumb":{"@id":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v4\/2025\/06\/19\/aplikasi-digital-nadi-perhubungan-kerajaan-dan-rakyat\/#breadcrumb"},"inLanguage":"en-US","potentialAction":[{"@type":"ReadAction","target":["https:\/\/www.rakansarawak.com\/v4\/2025\/06\/19\/aplikasi-digital-nadi-perhubungan-kerajaan-dan-rakyat\/"]}]},{"@type":"ImageObject","inLanguage":"en-US","@id":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v4\/2025\/06\/19\/aplikasi-digital-nadi-perhubungan-kerajaan-dan-rakyat\/#primaryimage","url":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v4\/wp-content\/uploads\/2025\/06\/RO-7-1-1-231-2025.jpg","contentUrl":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v4\/wp-content\/uploads\/2025\/06\/RO-7-1-1-231-2025.jpg","width":640,"height":800,"caption":"S Pay Global memudahkan urusan harian kita dengan pembayaran digital yang pantas, selamat dan efisien"},{"@type":"BreadcrumbList","@id":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v4\/2025\/06\/19\/aplikasi-digital-nadi-perhubungan-kerajaan-dan-rakyat\/#breadcrumb","itemListElement":[{"@type":"ListItem","position":1,"name":"Home","item":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v4\/"},{"@type":"ListItem","position":2,"name":"Aplikasi Digital Nadi Perhubungan Kerajaan dan Rakyat"}]},{"@type":"WebSite","@id":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v4\/#website","url":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v4\/","name":"RAKAN Sarawak","description":"An eyewitness to Sarawak\u2019s transformation","publisher":{"@id":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v4\/#organization"},"alternateName":"Rangkaian Khidmat Awam Negeri Sarawak","potentialAction":[{"@type":"SearchAction","target":{"@type":"EntryPoint","urlTemplate":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v4\/?s={search_term_string}"},"query-input":{"@type":"PropertyValueSpecification","valueRequired":true,"valueName":"search_term_string"}}],"inLanguage":"en-US"},{"@type":"Organization","@id":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v4\/#organization","name":"RAKAN Sarawak","alternateName":"Rangkaian Khidmat Awam Negeri Sarawak","url":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v4\/","logo":{"@type":"ImageObject","inLanguage":"en-US","@id":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v4\/#\/schema\/logo\/image\/","url":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/wp-content\/uploads\/2023\/12\/logo-rstagline.png","contentUrl":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/wp-content\/uploads\/2023\/12\/logo-rstagline.png","width":172,"height":120,"caption":"RAKAN Sarawak"},"image":{"@id":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v4\/#\/schema\/logo\/image\/"},"sameAs":["https:\/\/www.facebook.com\/rakanswk","https:\/\/x.com\/RAKANSarawak"]},{"@type":"Person","@id":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v4\/#\/schema\/person\/cff835068ea7809fb10a7fe8e05a8465","name":"rakan07sarawak","image":{"@type":"ImageObject","inLanguage":"en-US","@id":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v4\/#\/schema\/person\/image\/","url":"https:\/\/secure.gravatar.com\/avatar\/32bb9704b1dd0fb231e639ea9b08d41ec59d651fe5dedb728c69287785cf046e?s=96&r=g&d=https:\/\/www.rakansarawak.com\/v4\/wp-content\/plugins\/userswp\/assets\/images\/no_profile.png","contentUrl":"https:\/\/secure.gravatar.com\/avatar\/32bb9704b1dd0fb231e639ea9b08d41ec59d651fe5dedb728c69287785cf046e?s=96&r=g&d=https:\/\/www.rakansarawak.com\/v4\/wp-content\/plugins\/userswp\/assets\/images\/no_profile.png","caption":"rakan07sarawak"},"url":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v4\/myprofile\/rakan07sarawak\/"},false]}},"yasr_visitor_votes":{"stars_attributes":{"read_only":true,"span_bottom":"<div class='yasr-small-block-bold'><span class='yasr-visitor-votes-must-sign-in'>You must sign in to vote<\/span><\/div>"},"number_of_votes":0,"sum_votes":0},"publishpress_future_action":{"enabled":false,"date":"2026-04-15 09:42:32","action":"change-status","newStatus":"draft","terms":[],"taxonomy":"category","extraData":[]},"publishpress_future_workflow_manual_trigger":{"enabledWorkflows":[]},"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v4\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/27253","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v4\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v4\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v4\/wp-json\/wp\/v2\/users\/958"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v4\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=27253"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v4\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/27253\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":27254,"href":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v4\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/27253\/revisions\/27254"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v4\/wp-json\/wp\/v2\/media\/27249"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v4\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=27253"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v4\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=27253"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v4\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=27253"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}