spot_img

Tag: Data

Memanfaatkan Potensi IR4.0

Revolusi Industri 4.0 (IR4.0) berpotensi mengubah Sarawak menjadi hab ekonomi digital dan hijau melalui automasi, kecerdasan buatan dan data raya. Dengan tenaga kerja mahir TVET, negeri ini mampu menarik pelaburan berteknologi tinggi, meningkatkan produktiviti dan memastikan pembangunan mampan serta kesejahteraan rakyat secara inklusif.

Era Ekonomi Baharu : Transformasi Kerjaya di Sarawak

Automasi, kecerdasan buatan, pendigitalan serta peralihan kepada ekonomi hijau telah mengubah struktur pasaran buruh secara mendasar. Justeru, kerjaya tidak lagi boleh dinilai secara terpisah daripada realiti ekonomi, dasar awam dan keupayaan sistem pendidikan serta latihan.

Ekosistem Kerjaya Berasaskan Data

Dalam konteks ekonomi moden yang dicirikan oleh ketidaktentuan, globalisasi dan kemajuan teknologi pesat, konsep kerjaya idaman semakin berubah menjadi isu struktur dan dasar awam. Ia bukan lagi sekadar soal “pekerjaan apa yang diingini”, tetapi “pekerjaan apa yang realistik, mampan dan relevan dengan masa depan”.

Siap Siaga Hadapi Bencana Banjir, Bila ‘Flood Task Force’ JPS Diaktifkan

Ketika Sarawak terus bergelut dengan ancaman banjir saban tahun, tidak ramai yang menyedari di sebalik kesiapsiagaan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS)—daripada pengaktifan 'Flood Task Force' sehingga penerapan kecerdasan buatan dalam ramalan bencana. Di tengah perubahan iklim dan tekanan pembangunan pesat, pendekatan struktur dan bukan struktur dilaksanakan secara menyeluruh dan berterusan, termasuk peranan komuniti, undang-undang, dan perancangan bandar masa depan termasuklah pelaksanaan projek tebatan banjir yang meluas di seluruh Sarawak serta pelaksanaan Pelan Induk Saliran Mesra Alam (PISMA)

Siapsiaga Hadapi Kecemasan dan Bencana

Malaysia merekodkan kerugian sebanyak RM933.4 juta akibat banjir tahun 2024, bersamaan 0.05 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), menurut Laporan Khas Impak Banjir di Malaysia yang dikeluarkan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) Sarawak pernah mencatatkan sejarah banjir paling teruk iaitu pada tahun 2009 yang mana telah mencatatkan kerugian berjumlah lebih kurang RM300 juta dan yang terkini 2024 banjir besar di Sarawak yang menyebabkan kerugian RM27 juta dengan menjejaskan sejumlah 618,108 buah rumah kediaman terutama di Kuching, Sibu, Miri dan Bintulu. Strategi konvensional dalam kesiapsiagaan bencana sudah tidak memadai dalam menghadapi realiti iklim yang semakin ekstrem. Dengan meneliti data impak bencana terkini serta cabaran geografi Sarawak, ia memerlukan pendekatan baharu yang lebih agresif—merangkumi teknologi ramalan berasaskan AI, aplikasi amaran awal, serta peranan penting komuniti tempatan dalam pelan kecemasan setempat dengan mengambil contoh luar negara seperti negara Jepun.

Kebersihan Siber

Sekiranya anda menghadapi serangan siber, laporkan insiden berkenaan kepada Cyber999 dan pihak berkuasa.

Worldwide News, Local News in London, Tips & Tricks

spot_img
Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]