Beberapa tahun lalu, perjalanan ke Kapit hanya boleh ditempuhi dengan menaiki bot ekspres dari Sibu. Ketiadaan jalan raya ketika itu menyukarkan perkhidmatan, pengangkutan barangan dan pergerakan penduduk.
Kini, dengan adanya infrastruktur asas seperti jalan-jalan akses, masyarakat Kapit dan Ulu Rajang bukan sahaja menikmati kemudahan perjalanan, malah berpeluang melihat keindahan alam sekitar. Pembangunan ini turut merangsang aktiviti pertanian, memacu ekonomi setempat dan membuka jalan kepada penyediaan kemudahan asas seperti bekalan air, elektrik dan lain-lain.