Test Beds ini penting kerana ia merupakan asas kepada pembuktian kejayaan sesesuatu ujikaji ataupun percubaan sesuatu teknologi yang belum pernah dilaksanakan di sesuatu tempat.
CENTEXS Sarawak sebagai sebuah institusi teknikal yang menjurus kepada pengaplikasian teknologi telah diberikan tanggungjawab ini bersama rakan strategik industrinya bagi memastikan ia dapat berfungsi dengan sebaiknya termasuklah masyarakat dapat memahami konsep asas kepada pelaksanaan teknologi antaranya seperti solar, hidrogen dan sebagainya