Podcast
Podcast Gedong : Episod 3 – Makanan Warisan Gedong
Terdapat pelbagai teknik yang digunakan dalam penyediaan makanan warisan dalam kalangan masyarakat Gedong seperti menyalai, mengukus, menggoreng dan mengawet.
Podcast Gedong : Episod 3 – Makanan Warisan Gedong
Gedong adalah salah satu daerah di Sarawak yang kaya dengan warisan kebudayaan di mana ianya dapat dilihat dari aspek dialeknya, makanan warisannya, budaya dan peralatan warisannya, permainan rakyatnya serta seni budaya, cerita rakyat dan sebagainya.
‘Khazanah’ bernilai yang terdapat di Daerah Gedong ini wajar dipelihara justeru, adalah menjadi satu tanggungjawab semua pihak khususnya masyarakat Gedong sendiri untuk mengangkat warisan kebudayaan ini ke suatu tahap yang lebih tinggi seiring dengan perkembangan zaman.
Podcast Gedong : Episod 2 – Dialek Gedong
Dialek Wujudkan Perhubungan Harmoni Masyarakat Gedong
Podcast bertemakan #Cerita Kampungku Sayang yang diadakan ini telah membawa topik yang sangat menarik iaitu berkenaan dialek atau loghat yang merupakan pertuturan harian masyarakat Gedong yang dilihat agak sedikit berbeza daripada pertuturan masyarakat yang di daerah-daerah lain.
Podcast episod kali ini menampilkan empat orang panelis iaitu Pemanca Haji Abang Ronee bin Haji Abang Sa’adili (mengulas tentang sejarah dan kedatangan dialek di Gedong);
Penghulu Adian bin Salleh (menyentuh tentang perubahan dialek dari masa ke semasa; Encik Marikan bin Kut (mengulas tentang penggunaan dialek Gedong); dan Encik Pundu bin Abai (mengulas tentang keunikan dialek di Gedong).
Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
You must sign in to vote