Berbanding model ekonomi linear “ambil–guna–buang”, pendekatan kitaran memberi peluang kepada Sarawak untuk menyeimbangkan pertumbuhan ekonomi dengan penjagaan alam sekitar.
Sisa dan Penggunaan Sumber yang Tidak Efisien
Pengurusan sisa masih menjadi isu besar di Sarawak. Misalnya, di Serian, pengeluaran sisa mencecah hampir 4,000 tan sebulan, dan sistem pelupusan tradisional semakin tidak mencukupi. Premier Sarawak, YAB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg, menegaskan keperluan memperkenalkan kaedah pengurusan sisa moden bagi menjadikan Serian sebagai model bandar hijau mini seumpama New Zealand.
Dalam sektor pembinaan, model “ambil–guna–buang” juga menimbulkan masalah sisa tapak yang besar. Sarawak kini memperkenalkan konsep “pembinaan kitaran” (circular construction) bagi menggunakan semula bahan binaan dan mengurangkan pembaziran.
Sementara itu, dalam pertanian, bahan buangan seperti tandan kosong kelapa sawit, sisa tanaman dan rumput napier masih belum dimanfaatkan sepenuhnya, walaupun mempunyai potensi tinggi untuk dijadikan biofuel, makanan ternakan, atau baja organik.
Artikel lengkap :







