26.8 C
Kuching
Thursday, January 21, 2021

Mesyuarat Setiausaha Kerajaan Negeri dan Suruhanjaya Khas Mengkaji Transformasi Perkhidmatan Awam

Setiausaha Kerajaan Negeri, YB Tan Sri Datuk Amar Haji Mohamad Morshidi bin Abdul Ghani bersama Pengerusi Suruhanjaya Khas Mengkaji Transformasi Perkhidmatan Awam (SKMTPA), YABhg Tun Dato’ Seri Zaki bin Tun Azmi (dua dari kiri) yang mengetuai rombongan SKMTPA menghadiri Mesyuarat Setiausaha Kerajaan Negeri dan Agensi-agensi Kerajaan Negeri Sarawak bersama Suruhanjaya Khas Mengkaji Transformasi Perkhidmatan Awam yang diadakan di Bilik Gerakan Negeri, Wisma Bapa Malaysia, Kuching pada 27 Ogos 2012.

Hadir sama ialah Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Sumber Manusia), YBhg Datu Haji Misnu bin Haji Taha, Peguam Besar Negeri, Yang Arif Datu Haji Abdul Razak Tready, ahli-ahli SKMTPA yang terdiri daripada YBhg Tan Sri Ismail bin Adam, YBhg Tan Sri Dato’ Haji Alimuddin bin Haji Mohd. Dom, YBhg Tan Sri Datuk Dr. Hadenan bin Abdul Jalil, YBhg Tan Sri Hussin bin Ismail, YBhg Mejar Jeneral (B) Datuk Paduka Che Hasni bin Che Ahmad, Presiden CUEPACS, YBhg Dato’ Haji Omar bin Haji Osman serta beberapa orang Ketua-ketua Jabatan dari pelbagai Agensi Kerajaan Negeri.

Program lawatan Kerja rombongan SKMTPA selama dua hari ke Kuching juga diisi dengan beberapa siri lawatan dan mesyuarat antaranya, lawatan ke Ibu Pejabat Jabatan Tanah dan Survei Sarawak, Jabatan Kehakiman Syariah Sarawak, Poliklinik Kuching, Sekolah Kebangsaan Riih Daso dan lawatan ke Komplek Imigresen, Kastam dan Kuarantin (CIQ) Tebedu serta mesyuarat dengan Setiausaha Persekutuan Sarawak dan Agensi-agensi Persekutuan Sarawak.

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

909FansLike
1,667FollowersFollow
21SubscribersSubscribe
- Advertisement -

Latest Articles