Friday, May 7, 2021

spot_img

6,000 Orang Sertai Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri 2016

Sambutan dan Perarakan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Sarawak Tahun 2016 bertempat di Kompleks Sukan Limbang pada 12 Disember berjaya menarik penyertaan sebanyak 119 kontinjen, iaitu kira-kira seramai 6,000 orang peserta dari pelbagai sektor, organisasi, institusi dan pertubuhan.

Ini merupakan kali kedua Limbang menjadi tuan rumah Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Sarawak.

Bertepatan dengan tema ‘Ukhuwah Islamiah Asas Penyatuan Ummah‘, sambutan kali ini disambut dengan semangat perpaduan yang tinggi kerana melibatkan pelbagai kaum seperti Bisaya, Lun Bawang, Cina dan sebagainya.

Acara dimulakan dengan persembahan nasyid oleh kumpulan nasyid tempatan dan diikuti dengan bacaan doa yang dipimpin oleh Imam Besar Negeri Sarawak, YBhg Ustaz Dato Haji Jogi Haji Suhaili.

Menteri Perancangan dan Sumber dan Alam Sekitar II dan Menteri Pembangunan, Perindustrian dan Keusahawanan, Perdagangan dan Pelaburan Sarawak, YB Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan yang mewakili Ketua Menteri Sarawak dalam ucapannya menyifatkan penyertaan peserta dari pelbagai kaum dan agama dalam sambutan tersebut melambangkan sokongan padu rakyat dalam mengukuhkan perpaduan sejagat dan ummah.

Tambah beliau, keperibadian dan kaedah bijaksana Rasulullah SAW di dalam Piagam Madinah yang memberi hak kemanusiaan yang saksama kepada penduduk Madinah tanpa melihat agama, kaum dan latar belakang mereka perlu dicontohi.

Beliau yang mewakili Ketua Menteri pada sambutan tersebut turut menyeru agar semua rakyat sentiasa menyuburkan semangat perpaduan antara satu sama lain sebagai rakyat negeri Sarawak khasnya dan Malaysia amnya dengan menonjolkan persamaan dan meraikan kepelbagaian yang ada.

Sementara itu, Tuan Yang Terutama Pemangku di-Pertua Negeri Sarawak, YB Datuk Amar Mohammad Asfia Awang Nasar dalam ucapannya pada majlis itu menekankan aspek perpaduan yang menjadi keutamaan yang tinggi untuk membentuk sebuah negara yang aman dan harmoni.

Menurut beliau, umat Islam perlu menerapkan nilai ukhuwah dan perpaduan dengan mengambil contoh kepimpinan Rasulullah untuk membangunkan negeri Sarawak agar menjadi lebih makmur dan diberkati.

Turut hadir isteri Tuan Yang Terutama Pemangku di-Pertua Negeri Sarawak, Dato Fatimah Mohd Iskandar, Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak YB Tan Sri Datuk Amar Haji Mohamad Morshidi Abdul Ghani dan serta isteri, Menteri Muda Kebajikan dan Kesejahteraan Masyarakat YB Dr. Abdul Rahman Ismail serta isteri, Residen Bahagian Limbang selaku Pengerusi bersama Jawatankuasa Pengelola Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Negeri Sarawak tahun 2016  YBhg Datu Maria Hasman dan pengarah Jabatan Agama Islam Sarawak Encik Ismail Mohd. Hanis.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
 
An eyewitness to Sarawak’s transformation

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

1,005FansLike
1,783FollowersFollow
21SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]