26.3 C
Kuching
Tuesday, January 19, 2021

Perdana Menteri Lancar Lapan Pakej Pembinaan Jajaran Lebuhraya Pan Borneo

Perdana Menteri YAB Datuk Patinggi Mohd. Najib Tun Haji Abdul Razak melakukan simbolik Pelancaran Lapan Pakej Kerja Pembinaan Jajaran Sematan-Miri di Miri pada 18 Disember 2016.

Lapan pakej itu merupakan sebahagian daripada 11 pakej jajaran Lebuhraya Pan Borneo Sarawak tanpa tol sepanjang 1,089 kilometer yang dianggarkan bernilai RM16 bilion, kini sedang giat dilaksanakan di pelbagai kawasan di Sarawak.

Untuk tujuan tersebut, lapan kontraktor utama telah dipilih bagi lapan pakej pembinaan Pan Borneo iaitu Samling Resources Sdn Bhd untuk projek Sematan ke Sungai Moyan dan Persimpangan KSR merangkumi sejauh 95.403 km, NAIM Gamuda (NAGA) JV Sdn Bhd untuk projek Pantu ke Batang Skrang sejauh 89.439 km, Endaya-TRC-PK (JV) Sdn Bhd untuk projek Batang Skrang ke Sungai Awik sejauh 67.941 km, PPESW-BPSB JV Sdn Bhd untuk projek Sungai Awik ke Persimpangan Bintagor sejauh 64.486 km.

Musyati-Mudajaya Joint Venture untuk projek Jambatan Sungai Kua menuju Jambatan Sungai Arip sejauh 63.678 km, KKB-WCT Joint Venture untuk projek Jambatan Sungai Arip menuju Persimpangan Lapangan Terbang Bintulu sejauh 64.531 km, Pekerjaan Piasau Konkerit Sdn Bhd untuk projek Jejambat Batu 5 Nyabau dan Jalan Persimpangan Bakun ke Sungai Tangap sejauh 77.19 km dan kontraktor utama terakhir ialah Konsortium KPE Sdn Bhd untuk projek Sungai Tangap menuju Jalan Pujut sejauh 79.983 km.

Selain daripada lapan kontraktor utama, sebanyak 26 sub kontraktor bumiputera juga telah dilantik di majlis tersebut

Perdana Menteri turut mencabut undi untuk Pemilihan Kontraktor Bumiputera UPKJ Kelas F bagi Pembinaan Perhentian Bas Berbumbung di Pakej Kerja 11 Sg. Tangap menuju Jalan Pujut dengan 14 kontraktor bumiputera juga telah terpilih ditentukan melalui cabutan undi.

Beliau berkata, pembinaan Lebuh Raya Pan Borneo ini bakal memperkukuh serta memperluaskan jaringan jalan raya sedia ada malah menjadi pemangkin terhadap kewujudan pusat pertumbuhan yang baharu.

Pada masa yang sama, beliau berharap Lebuhraya Pan-Borneo Sarawak akan siap dan dapat digunakan sepenuhnya oleh rakyat di negeri ini menjelang tahun 2021.

Turut hadir ialah Ketua Menteri YAB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Haji Adenan Haji Satem, Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan dan  Menteri Perumahan dan Urbanisasi YB Datuk Amar Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Abang Haji Openg, Setiausaha Kerajaan Negeri YB Tan Sri Datuk Amar Haji Mohamad Morshidi  Abdul Ghani dan dif-dif kenamaan yang lain.

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

900FansLike
1,667FollowersFollow
21SubscribersSubscribe
- Advertisement -

Latest Articles