Ketua Menteri YAB Datuk Amar Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Abang Haji Openg (lima, kiri) bersama Timbalan Ketua Menteri YB Datuk Amar Douglas Uggah Embas (empat, kiri) dan Menteri Pembangunan Wanita dan Masyarakat YB Dato’ Sri Hajah Rohani Abdul Karim (kanan) melakukan simbolik pelancaran Projek Skim Perumahan Khas Rakyat (SPEKTRA) yang pertama pada majlis Pelancaran Projek Perumahan Skim Pembesaran Kampung Lundu di Lundu pada 15 Februari.
Daerah Lundu menjadi lokasi pertama pembinaan rumah SPEKTRA, iaitu rumah mampu milik berkonsepkan tiang berketinggian antara lapan hingga sembilan kaki.
Menurut Ketua Menteri, sebagai permulaan, sebanyak 26 buah rumah SPEKTRA akan dibina di Lundu sebelum diperluaskan ke daerah-daerah lain di Sarawak pada masa akan datang.
Rumah SPEKTRA adalah inisiatif terbaharu Kerajaan Negeri yang diperkenalkan pada April tahun lepas sebagai langkah mewujudkan lebih banyak rumah mampu milik bagi memenuhi keperluan rakyat berpendapatan rendah dan sederhana.