25 C
Kuching
Sunday, November 29, 2020

Sumber Tenaga Boleh Diperbaharui Sediakan Tenaga Alternatif Bagi Kawasan Luar Bandar

Rancangan Malaysia Ke-11 telah menggariskan penggunaan tenaga daripada sumber-sumber boleh diperbaharui sebagai salah satu langkah penjimatan dan pengurangan kadar penggunaan tenaga yang terhasil daripada sumber asli.

Malah, sasaran teknologi hijau dalam Dasar Teknologi Hijau Negara juga menggalakkan sektor-sektor yang terlibat supaya bekerjasama dan bergiat aktif dalam mencari penyelesaian ke arah kelestarian tenaga dan mempromosi kepentingan kecekapan tenaga kepada umum.

Oleh itu, kerjasama di antara agensi-agensi kerajaan dan swasta serta para penyelidik daripada institusi pengajian tempatan dan luar negara mampu menggerakkan Malaysia ke arah kemampanan teknologi hijau yang lebih berkesan selaras dengan sasaran teknologi hijau dalam Dasar Teknologi Hijau Negara.

Perkara ini dinyatakan oleh Menteri Utiliti YB Dato Sri Stephen Rundi Utom melalui teks ucapan perasmian beliau yang dibaca oleh Setiausaha Tetap Kementerian Utiliti YBhg Datu Ir. Alice Jawan pada Majlis Perasmian Seminar Tenaga Boleh Diperbaharui anjuran Pusat Tenaga Boleh Diperbaharui (CREN), Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dengan kerjasama Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KETTHA) di Kuching pada 6 September.

Dalam teks ucapan tersebut, beliau turut mengakui masih banyak kawasan terpencil di Malaysia yang tidak dihubungkan dengan bekalan elektrik dan jalan raya yang sempurna, khususnya di Sarawak atas faktor ketidaksesuaian bentuk muka bumi yang membataskan usaha kerajaan untuk membekalkan kemudahan air terawat, elektrik dan infrastruktur lain.

Walau bagaimanapun, menurut beliau, Sarawak amat bertuah kerana memiliki sungai yang begitu banyak dan telah membuka ruang untuk KETTHA dan CREN UNIMAS melaksanakan sistem hidro mikro di sungai-sungai yang berpotensi tinggi dan sesuai untuk pembangunan sistem hidro mikro.

Selain itu, sistem tenaga solar juga dikenal pasti sebagai sumber tenaga yang berpotensi untuk dibangunkan sebagai tenaga alternatif di Sarawak, terutama di kawasan air yang sesuai untuk sistem hidro mikro.

Oleh yang demikian, beliau berharap agar seminar tersebut mampu memberi pemahaman mendalam kepada masyarakat mengenai kepentingan sistem tenaga boleh diperbaharui di samping penglibatan lebih ramai pihak dalam membantu penduduk luar bandar di negeri ini mendapatkan kemudahan elektrik.

Sementara itu, Timbalan Naib Canselor UNIMAS Profesor Dr. Wan Hashim bin Wan Ibrahim yang mewakili Naib Canselor UNIMAS YBhg Profesor Dato’ Dr. Mohamad Kadim Suaidi berharap agar seminar dua hari tersebut dapat mewujudkan persekitaran penyelidikan yang pelbagai dan kondusif di kalangan penyelidik dengan memfokuskan kepada bidang Penyelidikan dan Pembangunan (R&D), pengkomersilan teknologi boleh diperbaharui serta penyelesaian isu yang berasaskan komuniti dan alam sekitar.

Tambah beliau, usaha CREN UNIMAS dalam melengkapkan penduduk luar bandar dengan kemudahan elektrik telah membuahkan hasil melalui sistem tenaga boleh diperbaharui yang dibangunkan seperti di Bario, Lio Mato, Kpg Assum dan Punan Trusan.

Previous articleRAKAN Sarawak (Jan-Mar) 2017
Next article

Related Articles

Entrepreneurism to empower the women of Kampung Sebandi Hulu

The fire razing their longhouse in 1981 was a dark moment for the residents of Kampung Sebandi Hulu, Lundu. Having resided in Kampung Sebandi Hulu...

Virtual Public Talk on Mental Health

Sarawak Development Institute (SDI) held a virtual public talk titled ‘Mental Health during Covid-19 Pandemic and Our Growth’ on the 27th November via Zoom. Dr....

A Promising Future in Kampung Beliong’s Agriculture Sector

At present, many people living in Kampung Beliong, as well as neighbouring villages in this part of Asajaya District, are involved in the agriculture...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

890FansLike
1,658FollowersFollow
21SubscribersSubscribe
- Advertisement -

Latest Articles

Entrepreneurism to empower the women of Kampung Sebandi Hulu

The fire razing their longhouse in 1981 was a dark moment for the residents of Kampung Sebandi Hulu, Lundu. Having resided in Kampung Sebandi Hulu...

Virtual Public Talk on Mental Health

Sarawak Development Institute (SDI) held a virtual public talk titled ‘Mental Health during Covid-19 Pandemic and Our Growth’ on the 27th November via Zoom. Dr....

A Promising Future in Kampung Beliong’s Agriculture Sector

At present, many people living in Kampung Beliong, as well as neighbouring villages in this part of Asajaya District, are involved in the agriculture...

PPWS Kampung Sejijaq Plaman in reflecting the spirit of women supporting women

The Sarawak Federation of Women’s Institute or Persekutuan Perkumpulan Wanita Sarawak (PPWS) for Kampung Sejijaq Plaman, Tebedu truly does reflect the spirit of women...

Profile: Kampung Sebandi Hulu, Lundu

Kampung Sebandi Hulu is a five-acre village located in Lundu District, Kuching Division. Originally from Lubok Antu as Kampung Sebandi, it was then moved to...